Chereads / Cinta Yang Ke ? / Chapter 4 - Bab 4 : Noktah

Chapter 4 - Bab 4 : Noktah

"12 tahun lepas

Sudah seminggu budak itu tidak hadir ke sekolah, kali terakhir ku bertemu dengannya adalah ketika berbual mengenai keluarga kami di pintu pagar sekolah.Ku menerus persekolahan ku seperti biasa. Selepas seminggu, budak tu hadir tapi hanya senyap dan keceriaan yang selalu nampak diwajahnya pudar. Ku ingin bertanya tapi ketika itu ku menganggap aku masih tidak rapat dengannya lalu ku menunggu dia menegur ku.

Sudah seminggu kedatangannya, tapi dia masih tidak menegurku. Lalu ku mula bertanya kepada teman semejanya Fatin. Dan Fatin mengatakan dia tidak hadir selama 2 minggu kerana dia tidak sihat dan dia muram kerana, semasa dia sakit ayah dia tak pulang melawat dia dan ibunya mengatakan bahawa ayahnya sibuk dengan hal kerja. Dan selepas seminggu, ayahnya pulang hanya menegur dia ala kadar tanpa riak wajah risau.Itu membuatkan dia ini terasa dengan ayahnya.

Selepas sebulan, riak wajahnya mula ceria perlahan-lahan,mula menegur rakan sekelasnya dan mula senyum semula padaku.Tetapi ku rasa seperti janggal dengannya kerana lebih sebulan tidak berbicara dengannya, lalu ku selalu membalas senyumannya kepadaku dengan senyum dan terus mengelak.Dia seperti mengetahui yang aku rasa janggal padanya lalu dia acap kali ingin datang padaku dan menegurku, dan ku pun menunggu. Tetapi malangnya masa tidak menyebelahi kami, kerana acap kali dia merapati aku ada sahaja halangan seperti guru masuk kelas, ada yang memanggil salah seorang dari kami ataupun aku sendiri yang mengelak tanpa sebab yang kukuh.

Hampir sebulan lebih hubungan kami renggang, sekali lagi dia tidak hadir ke sekolah selama 2 hari. Dan pada hari kedua, guru kelas mula membuat pengumuman yang mengejutkan seluruh kelas. Iaitu budak itu terlibat didalam kecelakaan dihadapan pintu pagar sekolah dan sedang dirawat. Cikgu juga memaklumkan kami keadaan dia amat kritikal dan berharap kami mendoakan dia cepat pulih serta sihat seperti sediakala.

Berita ini amat mengejutkan ku serta membanjiri perasaan aku dengan penyesalan. Aku menyesal acap kali menunggu peluang tanpa mengengam peluang yang ada.Aku menyesal acap kali duduk menunggu orang menyuapku tanpa mengambil sesuap untuk menyuap diriku sendiri. Aku meletakkan diriku di tempak paling rendah, tapi menunggu bagaikan aku orang atasan. Dan ku sedar ku tidak berhak atau tidak mempunyai hak untuk rasa menyesal, keranaku tidak pernah mencuba. Dan disaat itu aku membuat keputusan untuk mengambil segala peluang yang ada untuk bersahabat serta lebih mengenali budak itu selepas dia pulih.

Dan sesuatu yang tidak pernah terdetik dihati ini terjadi lagi. Guru kelas kami membuat pengumuman sekali lagi untuk mengatakan yang budak itu pindah ke KL untuk mengambil rawatan yang lebih bagus. Satu keluarga pindah kesana dan mungkin tidak akan kembali lagi kesini. Dan ketika itu baruku tahu, peluang kedua untuk untuk semua orang. Yang pasti bukan aku.

Sebulan selepas itu, masih tiada khabar mengenai gadis itu dan guru jugak tidak membuat apa-apa pengumuman.Kerana ku bukan dari keluarga senang serta untuk menjaga janjiku kepada ibuku, aku cuba kuatkan diri ini serta cuba lupakan kisah ini.Aku mula menyibukan diri ini dengan hal akademik serta keluargaku. Sekali-sekala aku teringat tanpa sengaja tapi ku anggap itu adalah pengalaman atau kejadian untuk mengajar serta menguatkan aku.

Tanpa kusedar setahun sudah berlalu, dan dalam penyediaan masuk ke tingkatan 2 aku selalu menolong ibuku di gerai.Kerana gerai ibuku dekat dengan sekolahku,selalu juga ku bertemu rakan-rakan sekolahku yang turut tinggal dia kawasan situ.

Tahun baru sudah bermula, dan alhamdulillah tahun ini aku dapat naik kelas ke kelas kedua. Dan alhamdulillah hampir 40% pelajar kelas ini adalah dari kelas ku sebelum ni yang juga sahabatku. Seperti biasa sesi memperkenalkan diri, dan pada hari pertama persekolahan tiada sesi pembelajaran. Tamat waktu persekolahan pada hari itu dan dalam perjalanan ku pulang, hampir di pagar seorang gadis menjerit memanggil aku sambil berlari kearah aku.

Rupanya gadis itu adalah Fatin rakan kelas lamaku jugak sahabat semeja budak yang eksiden itu.Lalu ku bertanya padanya.

"Fatin, kenapa hang terjerit-jerit nie? Ada pape ke?", tanya ku padanya.

"Aah...ada sesuatu aku nak khabar dekat hang",balas Fatin dengan nafas tercunggap-cunggap.

"Apa dia..penting ke",tanyaku padanya.

"Time cuti sekolah tu, aku lalu kat rumah crush hang. Dan aku tengok ada family baru pindah rumah tu.Sambil-sambil tu ada jiran yang tengah siram pokok diluar, aku tanya la",kata Fatin

"Crush ap nyer?..Apa yang hang tanya?",tanya aku pada Fatin

"Emm..aku tanya kat makcik tu kalau ada dengar apa-apa khabar mengenai diorang, makcik tu kata..budak tu da meninggal....keadaan dia waktu kat sini pun dah kritikal, dua bulan di KL dia menghembuskan nafas terakhirnya."kata Fatin padaku.

Kata-kata Fatin membuatkan aku terdiam sebentar,dan Fatin berkata lagi,

"Tapi makcik tu pun dengar dari orang keliling, jadi aku tak pasti la. Tapi pelik la diorang jual rumah besar tu. Kalau sewa aku boleh faham lagi. Katanya jual pon terburu-buru dengan harga rendah. Wallahualam",kata Fatin dengan nada menyakinkan

Aku masih mendiamkan diri dan otak aku bercelaru.Pelbagai scenario bermain didalam kepalaku.Lalu aku katakan pada Fatin.

"Owh..ok, aku gerak dulu",kataku pada Fatin tanpa memandangnya lalu ku pusing dan pulang.

Otakku masih tidak boleh mengiyakan kenyataan yang diungkap oleh Fatin tadi. Budak seusia aku dipanggil Allah S.W.T. Dan ketika itu, aku hanya menganggap itu hanyalah kata-kata kosong dari makcik-makcik jiran untuk memenuhkan kuota harian mereka. Lalu aku mengabaikannya.

Tetapi sebulan selepas itu sepertinya kenyataan Fatin adalah benar. Kerana apabila kenyataan itu menjadi topik bualan di seluruh sekolah aku mula bertanya pada guru kelas tingkatan 1 ku, dan dia mengiyakan. Katanya tiada kenyataan yang jelas, tetapi jika dilihat pada situasi kemalangan sehingga ke penjualan rumah dengan harga rendah, itu membuatkan berita kosong itu berisi. Dan ku tahu mungkin sahaja itu tidak benar, tetapi hati ini mengiyakan tanpa ku sedari.

** Walaupun tragedi cinta pertamaku dinoktah di alam persekolahan, penyesalan terus mengekoriku **

bersambung...