Chereads / Cinta Yang Ke ? / Chapter 5 - Bab 5 : Kenyataan

Chapter 5 - Bab 5 : Kenyataan

Ku menamatkan ceritaku dengan mendiamkan diri lalu meneguk sedikit air. Apiz dan Mi hanya terdiam. Lalu aku memulakan perbicaraan.

"Oi..diam pasaipa, tadi bukan main riuh suruh cerita", tanya aku dengan nada bercanda untuk menceriakan suasana.

"Erh..aku tak expect budak tu mati wei. Aku...emm",kata Apiz dengan nada keluhan.

"Betul..tapi yang paling aku tak boleh faham, apasal hang tak ingat nama budak tu wei. Padahal dia tu crush hang?",tanya Mi kepada ku.

"Emm..aku pun tak pasti. Mungkin masa tu aku fikir untuk fokus belajar. Dalam hidup aku masa tu, aku takde masa untuk bermain atau couple-couple nie. Situasi aku tak membenarkan untuk aku rasa sedih pun time tu. Ye betul, mungkin aku kejam. Rakan sekelas aku merangkap cinta pertama aku meninggal tapi aku, hanya rasa sedih dua tiga hari je.",balas ku dengan nada sesalan.

"Da la tu wei..benda da lama..sekarang hang fokus cari peneman hidup je", kata Apiz padaku sambil menepuk bahuku.

Lalu kami meneruskan perbualan kosong, dan bergerak pulang jam 11.50 malam. Kesokan harinya aku meneruskan kehidupan aku seperti biasa. Aku menyinggah ke cafe untuk membeli Kopi sebelum masuk kerja. Dan sekali lagi aku bertemu Mi yang sedang mengambil sandwich serta air yang siap diordernya. Lalu aku menegurnya,

"Mi..tunggu aku", kataku padanya sambil menepuk bahunya.

"Maaf la bosku..Aku nak masuk awal sikit harini jumpa bos jap. Nak bincang mengenai permohonan cuti aku hujung minggu ni",balasnya padaku sambil bergerak kearah luar.

"Oh..ok-ok",balasku ringkas.

Lalu aku membuat pesanan kepada pekerja Cafe dan menunggu pesananku. Dalam 3 ke 4 min pesanan ku siap dan diberi kepadaku oleh staff yang lain dari semalam. Tanpaku sedari mataku melilau mencari gadis memakai mask semalam. Aku mengambil pesananku lalu bergerak masuk ke office. Selesai waktu pejabat aku pulang ke rumah dan bersiap untuk ke masjid. Dan ibu bertanya,

"Am..besok kerja tak?", tanya ibu padaku

"Cuti bu..tiga hari..Lusa insyallah Am da gerak ke Melaka, rehat sehari pastu Isnin tu da start keje kat sana. Kenapa bu?", tanyaku pada ibu.

"Ouh..bagus la. Ibu nak ajak Am teman bu pergi rumah mak long kamu. Nana keluar besok dengan kawan dia cari kerja."kata ibu padaku

"Ouh..boleh-boleh..Am gerak masjid dulu bu",tanyaku pada ibu selepas menerima ajakan ibu

"Baiklah..hati-hati",balas ibu ringkas.

Aku bergerak ke masjid. Selesai solat Isyak aku langsung bergerak ke rumah. Aku makan malam dan langsung ke ruang tamu untuk menonton tv. Tepat jam 11.00 malam aku bergerak ke bilikku untuk tidur.

Keesokan harinya aku bangun lalu menunai solat subuh dan bergerak ke dapur untuk membuat sarapan pagi. Tapi ibu sudah berada di dapur, lalu ku bertanya.

"Bu..buat apa tu?", tanyaku pada ibu.

"Am..awal bangun. Ibu buat sarapan je nie. Sambil- sambil tu,Ibu goreng Karipap dengan kukus Kuh Talam nie untuk bawa ke rumah mak long kamu.", balas ibu

"Ouh..mai Am tolong",kataku sambil kearah ibu

"Tak payah la Am..dah nak siap da nie..Kamu pergi kejut adik kamu tu suruh bersiap solat subuh pastu turun makan",kata ibu sambil menunjuk kearah bilik adik dengan senduk mengoreng karipap.

"Baiklah bu",balasku ringkas lalu pergi mengejut adikku.

Selesai mengejutkan adikku, aku ke ruang tamu dan menghidupkan radio.Sambil mendengar radio aku bermain game di telefonku. 15 min selepas itu, adik selesai siap dan datang duduk disebelahku. Lalu aku meninggikan suara dan halau dia ke dapur untuk bantu ibu. Dia bergerak ke dapur dengan riak wajah bebal lalu pergi menolong ibu. Selesai ibu membuat sarapan ibu memanggil ku untuk bersarapan. Lalu kami bersarapan sekali.

"Bu..bu nak gi rumah mak long pukul berapa?",tanyaku kepada ibu.

"Em..lepas zohor la Am",balas ibu kepada ku.

"Ouh..baiklah..Nana,kamu nak keluar jam berapa?",tanyaku kepada Nana.

"9 atau 10 kot...nape?",balas Nana padaku diikuti dengan soalan.

"Ouh..nak abang hantar ke?",tanyaku pada Nana.

"Emm..tak payah la.Jannah datang ambik Nana nanti",balas Nana.

"Ouh baiklah..Hati-hati, balik awal",kataku pada Nana.

Nana hanya menganguk lalu sambung menyuap nasi goreng ke mulutnya. Aku sambung bersarapan. Selesai bersarapan, aku ke ruang tamu untuk sambung mendengar Radio sambil bermain telefon. Tepat jam 9.20 pagi kawan Nana, Jannah kemari untuk menjemput Nana. Sementara menunggu Nana bersiap, aku menjemput Jannah masuk ke panas diluar.10 minit selepas itu Nana keluar, dan aku menegurnya kerana lambat bersiap membuatkan orang yang menjemputnya terpaksa menunggu. Mereka pun bergerak keluar, dan aku mengunci pintu lalu sambung baring disofa hadapan.

Tepat jam 12.30 tengahari, ibu mengejutkan aku untuk bangun bersiap solat Zohor serta ke rumah mak long. Aku pun bangun mandi solat zohor bersama ibu lalu kami bergerak ke rumah mak long. Kedatangan kami disambut oleh anak bongsu mak long iaitu Syafiqah yang berumur 20 tahun, tua setahun dari Nana. Aku menolong ibu membawa masuk kuih yang dibuat oleh ibu, Pika turut membantu aku.

Ibu bersembang bersama mak long ditemani Pika. Aku pula hanya duduk di luar bersembang bersama pak long dan Idham,abang Pika dan juga sahabatku dari zaman sekolah. Kami hanya berbual kosong sehingga Pika datang menjemput minum di dalam rumah. Ketika ku baru sahaja meneguk air yang dihidang, mak long bertanya padaku.

"Am..ibu kata kamu berangkat ke Melaka besok",tanya mak long padaku.

"Aah...sebulan jugak la Am disana..Kenapa?..Mak long nak pape ke?",tanyaku pada mak long setelah menjawab soalannya.

"Tak lah...Tirah pon keje kat keje kat sana..kot-kot lah bertemu",kata mak long mengenai Tirah anak ketiga mak long padaku.

"Ouh..ada rezeki insyallah le.",balasku ringkas.

"Owh ye..ni si Pika mu tak berkenan ke?", tanya mak long padaku membuatkan Pika tunduk malu.

"Eh mak long nie..Mi kenal Pika dari kecil, Mi da anggap Pika macam adik Mi sendiri. Mak long jangan selalu cakap macam ni, apa perasaan Pika nanti.", balasku kepada Mak Long

"Em..tapi Pika pu...", kata-kata Mak Long disampuk Pika.

"Maaf la abang...Umi nie kadang-kadang memang macam ni",kata Pika sambil senyum lalu tunduk.

"Eh...tak de pape la Pika. Ni mesti ibu yang selalu dok sembang pasal perkahwinan Abang Am dengan mak long.",balasku sambil senyum.

"Ish..ada-ada je kamu ni Am",balas Ibu padaku.

Kami makan petang di rumah mak long, lalu berangkat pulang sebelum Asar. Sampai di rumah, kelihatan Nana sudah pulang. Lalu ku bertanya padanya.

"Nana..Camne cari keje? Dapat tak?", tanyaku padanya.

"Dapat..Tapi kedai makan je.Cuma Jannah bukan sama bahagian dengan Nana", balas Nana padaku sambil melihat telefonnya.

"Ouh bagusla.Kamu da solat belum nie", tanyaku pada Nana.

"Belum", balas Nana ringkas.

"Ouh..bagus la", kataku sambil pergi kearahnya lalu mengambil telefonnya.

"Ish abang nie", kata Nana lalu berdiri.

"Bawak ish-ish hang tu pergi bilik air, ambil wudhu solat. Pastu mai ambik fon kat abang", balasku sambil menunjuk kearah bilik air.

Nana pergi ke bilik air sambil membebel sorang-sorang.Lalu aku meletakkan fonnya di atas meja di ruang tamu, lalu pergi bersiap untuk solat Asar dan menyiapkan baranganku untuk berangkat ke Melaka.

Selesai mengemas baranganku, aku bersiap untuk solat di masjid.Sebelum keluar aku menelefon Razi untuk bertanya sama ada dia hendak bergerak sendiri atau bersamaku. Dan dia plan untuk gerak sendiri dan bergerak pada hari Ahad. Lalu aku gerak ke Masjid untuk menunaikan solat fardhu Maghrib dan Isyak. Selesai solat aku pulang dan rehat diruang tamu sambil menonton tv. Tepat jam 10.30 malam aku berangkat ke bilik untuk berehat kerana aku plan untuk berangkat awal besok.

Keesokan harinya, aku bangun awal selesai solat aku terus bersarapan lalu bersiap untuk bergerak pada jam 9.00 pagi. Ibu memesan supaya aku berhati-hati, dan menelefon jika aku sudah tiba disana. Selesai bersiap aku mula bergerak ke Melaka.

**Dan ketika itu tidak terdetik pada diri ini, akan ku bertemu semula gadis di sekolah rendahku.**

bersambung...