Chereads / Cinta Yang Ke ? / Chapter 6 - Bab 6 : Pertemuan

Chapter 6 - Bab 6 : Pertemuan

Aku selamat sampai di Alor Setar dalam lingkungan jam 4.00 petang.Aku tinggal di rumah sewa yang disediakan oleh Syarikat. Setibanya aku dirumah, aku berehat sebentar lalu aku pergi mandi serta solat Asar. Setelah itu aku menghubungi ibu untuk memberitahu aku selamat tiba disini. Lalu aku makan makanan yang aku bungkus di kedai berdekatan dengan rumahku. Selesai makan, aku berehat sebentar sambil menyemak semula list yang diberi oleh ketua penyelia melalui emel iaitu list kerja-kerja yang tertangguh serta yang harus dilakukan di cawangan ini dalam tempoh sebulan. Selesai aku melihat list itu, aku melihat mesej di telefon aku.Dan aku perasaan aku dimasukkan ke group whatsapp cawangan Alor Setar. Lalu aku menghantar mesej untuk mencadangkan kita mengadakan mesyuarat ringkas pada pagi isnin. Cadangan aku disetujui oleh ketua penyelia lalu mesyuarat diadakan pada jam 9.00 pagi hari isnin.

Lalu aku keluar untuk menyinggah di pasar raya yang kuperasaan dalam perjalanan hendak ke sini. Aku membeli barang asas, serta barang mentah untuk dimasak. Selesai membeli, aku bergerak pulang ke rumah lalu masak untuk makan malam. Siap memasak, aku mandi menunaikan solat maghrib lalu makan malam sambil menonton rancangan di tv. Selasai makan aku baring diruang tamu sambil menonton tv lalu terlelap. Keesokkan hari selesai solat subuh, aku mengemas rumah serta memasukkan pakaian aku ke almari. Selesai mengemas aku mandi dan terus ke dapur untuk masak. Aku masak untuk 2 orang sebab Razi kata dia sampai harini. Razi sampai selepas Zohor, aku menyuruhnya mandi, makan dan rehat. Kerana hendak gerak awal pagi esok. Setelah solat Isyak aku hanya terbaring di ruang tamu sambil mendengar radio lalu terlelap.

Pagi keesokan hari, aku bangun jam 4 lalu bersenam selama sejam. Selesai bersenam aku pulang mandi dan breakfast. Aku kejutkan Razi untuk bersiap, dia membuka pintu lalu keluar dengan sembab dibawah matanya lalu ku bertanya,

"Woi hang nie pasaipa?tidoq kul berapa nie?", tanyaku padanya.

"Kul 2 abang.On-call..hehe",jawabnya diikuti dengan senyum.

"Ish hang nie..Aku suruh tidoq awal..da,sekarang nie hang gi bersiap.Tepat jam 8.15 aku nak gerak",balasku diikuti dengan arahan.

Kami bergerak jam 8.10 pagi lalu sampai di cawangan jam 8.40 pagi. Aku masuk terus ke bilik mesyuarat. Dalam perjalanan ke bilik, aku menegur beberapa orang yang turut dihantar untuk supervise pekerjaan disini. Tiba di bilik mesyuarat aku bertemu dengan Asyraf iaitu Trainee Supervisor cawangan ini. Sambil aku bersembang dengannya, dia memperkenalkan aku dengan staff yang lain.Kemudian dia memanggil seorang gadis yang dipanggil dengan gelaran Miss. Dan tanpa kusangka ku bertemu dengan gadis di sekolah menengahku.

Dia menoleh ke belakang dan aku tercenggang di situ melihat dia kerana itu adalah kenalan sekolah menengah ku. Fatin, kenalan aku di sekolah merangkap kawan cinta pertamaku.Asyraf memperkenal dia padaku sebagai Ketua Penyelia dari HQ. Sebelum sempat Asyraf menghabiskan ayatnya, Fatin berkata.

"Am?.Am kan?",tanya fatin padaku sambil melihatku

"Aah..Fatin SMKAI?", tanyaku padanya walaupun sudah ku tahu.

"Ye..tak sangka jumpa hang dekat sini. Apa citer hang sekarang? Kahwin da?", tanya dia padaku

"Emm..macam biasa je and yup still single but not available.", balasku padanya

"Uuuh...not available...udah berpunya ke?", tanya dia padaku.

"Ada-ada je la hang nie. Hang tu ap citer? Cmne leh kerje kat HQ nie. Bila hang pindah Selangor?", tanyaku padanya untuk mengelak dari menjawab soalannya.

"Woah..3 tahun da aku kerja kat Selangor.Aku ikut laki aku pindah sana.",balasnya padaku.

"Owh..kahwin da", tanyaku padanya

"Haha..awat?.Nak try aku eh..sorry la wei..kalau aku ada laki ja bole la ikut hang..tapi 3 orang anak aku tu tak lepas aku kot.Hahaha.", balasnya sambil ketawa

"Haha..idak mau la aku kat hang",balasku ringkas.

"Hmmp!..kojaq!...ouh ye jom kita start meeting nanti aku kenalkan kau dengan yang len",katanya padaku lalu ke meja.

Selesai mesyuarat ringkas dalam masa 45min, kami langsung ke selling floor serta chief supervisor mengagihkan kami ke site masing-masing untuk di supervise. Fatin memanggil aku, lalu memperkenalkan aku pada partner aku.

"Am..nie Lili Amilea, partner hang dari Pahang, seumur dengan kita dan juga masih single..hehe",Fatin memperkenalkan Lili padaku diikuti dengan kenyit mata.

"Erk..panggil je Lili dan emm..selamat berkenalan",kata Lili padaku selepas memandang Fatin.

"Ah..ok. Panggil je saya Am and jom ke Blok C",balasku ringkas diikuti dengan mengajak dia ke site kami.

Lalu kami ke site kami, sambil membincangkan mengenai pekerjaan kami juga berbual kosong dan itu membuatkan kami rapat. Aku banyak menghabiskan masa untuk mengajar Razi serta mengarahnya supaya dia lebih mahir di site.Lili juga banyak mengajar partnernya iaitu Ros. Selesai mengarahkan mereka apa yang patut dilakukan, kami pusing ke site yang lain untuk memantau.Kami juga harus membuat list stok yang harus diorder oleh pihak HQ serta memastikan penyedia cawangan sebelum dibuka.Selesai membuat list kami memberi kepada Fatin untuk berkomunikasi dengan pihak HQ.

Hampir beberapa hari di sana, setiap hari seperti deja vu.Kecuali hari ini, kerana selesai waktu bekerja aku pulang lalu mandi dan solat. Selesai solat aku makan bersama Razi sambil menonton tv, dan ketika itu aku terima mesej dari Lili.Dia ingin bertemu untuk bincang mengenai hal kerja.Lalu aku bertanya di mana dan dia mengajak jumpa dia restoran berdekatan rumah ku.Lalu aku bersiap untuk keluar, aku pinjam motor Razi lalu keluar.Baru dipagar rumah, aku ditegur oleh Lili yang turut mengejutkan aku.

"Erk...camne awak tau rumah saya",tanya aku kepelikan.

"Erm...sebab kita berjiran and rumah kita kan disediakan oleh syarikat",balasnya sambil menunjuk rumah yang berhadapan dengan rumahku.

"So tu rumah awak",tanyaku padanya sambil menuding kearah rumah nya

"Emm..secara teknikalnya ye tapi tu rumah company..not mine",balasnya lalu senyum.

"Haha..itu saya tahu but secara kebetulan kita berjiran plus we are partners make me think are we destined to be together."kataku dengan niat jenaka lalu senyum pada Lili

"Haha..maybe. Jom lah, sembang dengan awak sampai besok pagi tak habis.",katanya padaku lalu mengajak untuk gerak ke kedai.

"Haha...owh ye..kita jalan kaki je la..kedai dekat lagipun",aku cadangkan lalu membawa masuk semula motor ke rumah.

"Jom",balasnya ringkas.

Kami berjalan ke restoran, sambil-sambil berbual kosong diikuti dengan hal-hal kerja. Sampai di restoran kami hanya order air lalu terus bual mengenai hal kerja serta menyiap beberapa kertas kerja.Selesai hal kerja kami berbual kosong disuntik dengan beberapa hal peribadi.

"Emm..Lili, saya nak tanya sikit boleh tak.Tapi jangan marah la", tanyaku padanya dengan nada meminta izin.

"Tanya je la..",balasnya ringkas

"Emm..kitakan seumur, and Fatin kata awak still bujang. Bukan niat saya nak kata salah kahwin lewat, it just most people including Ibu saya keep pushing me to get marry. Bagi saya tu pendapat and pegangan masing-masing.Cuma saya nak tau camna awak still tabah dalam situasi yang dianggap normal nie?", tanyaku padanya selepas memberi penerangan panjang kerana takut Lili salah faham.

"Haha..panjangnye. Tak ada sapa nak saya kot, sebab tu saya still single maybe.Orang keliling akan sentiasa bagi pelbagai pendapat Am. Its up to you,atas awak je. Awak nak terima atau tidak tu kat tangan awak.Awak jangan sesekali terbeban atas pendapat orang sahaja, rasa seperti ditinggalkan. Allah s.w.t da susun life kita cantik. So keep trying, it's a struggle but you have to keep going, because in the end it will all be worth it.",balasnya.

"Woah..sebelum kerje sini awak ni pakar motivasi ke?.Anyways thanks Lili",balasku padanya

"Haha..welcome.",balasnya ringkas.

Kami menerus perbualan kami sehingga jam 11 malam dan mula bergerak pulang.Setibanya di rumah kami berbual sebentar lalu masuk ke rumah masing-masing.Dan meneruskan perbualan kami melalui mesej.

Hubungan kami makin rapat sehingga kami mesej setiap hari sehingga lewat malam.Satu hari selepas hampir 3 minggu ku disana Lili berkata padaku yang di selesa denganku.Dan aku juga turut berkata yang aku juga selesa dengan dia. Dan dia bertanya padaku jika aku punya apa-apa perasaan pada dia.Aku hanya membalas,

"Buat masa ni saya selesa dengan awak.Perasaan lain maaf la,tak ada.Kenapa?"tanyaku padanya.

"Owh kalau macam tu tak apa la.Saya ada perasaan suka dekat awak, ingat awak pon sama",katanya padaku

"Erk..Tapi..tapi kita baru je kenal kan?",tanyaku padanya dengan riak wajah kehairanan

"Nak suka someone tak perlu ada berkenalan lama.Saya selesa dengan awak dan secara langsung perasaan tu wujud. Tapi tak apa la..mungkin saya yang fikir lebih,maaf la",katanya padaku langsung bergerak ke rumahnya.

"Eh jap,kita stay berkawan macam biasa. Mana tau suatu hari nanti perasaan tu wujud dalam diri saya nie. Saya selesa dengan awak jadi saya tak nak kita renggang sebab nie.Boleh?", tanyaku padanya

"Ok...bye",balasnya ringkas lalu masuk ke rumah.

Dan aku masih berdiri keseorangan di luar rumah sambil memikir semula apa yang baru terjadi.Seorang gadis yang sungguh cantik kata padaku yang dia menyukai aku.Gadis yang sama memberi perasaan ketenangan serta keselesaan padaku. Tapi aku musykil mengapa perasaan cinta tidak wujud dalam hati ini untuk gadis itu.Akal ku mengatakan dia peneman hidupku tapi hati ini mengatakan yang sebaliknya.Tetapi kerana aku menunggu la penyesalan cinta pertamaku terus mengekori aku.

*Siapakah Lili dalam hidupku? Peneman hidup atau ujian bagiku? Akal atau Hati?*

Bersambung...