Chereads / Cinta Yang Ke ? / Chapter 3 - Bab 3 : Permulaan

Chapter 3 - Bab 3 : Permulaan

"Am!..dah lambat,masuk pejabat jom.Nanti malam kita sambung ye",kata Apiz sambil menepuk bahu Mi dan aku,lalu bangun.

Kami kemas meja dan berlari masuk pejabat.Sampai di pejabat, kami ke meja masing-masing lalu sambung melakukan rutin pekerjaan kami.Sejam selepas itu,ku dipanggil oleh bos ke pejabat dia. Ku lantas ke pejabat beliau dan disuruh duduk. Nur Shaizah, itu nama bosku yang juga merangkap kakak Syafiq sahabat sekolah rendahku.

"Am..aku nak minta tolong kau la.Kau tahu kan yang company kita baru je buka branch baru kat Alor Gajah Melaka. And since takde outlet yang terdekat untuk assist persediaan dekat sana, Big Boss assign 3 outlet untuk send experience staff untuk supervise. Dan salah satu outlet tu adalah kita. Aku ada minta pendapat Azri dan dia cadangkan Hakimi. Malangnya dia tolak sebab Ibu dia sakit. So for now aku cuma ada kau dengan Apiz je. Tapi aku harap sangat kau boleh terima, sebab kau pon kenal Apiz kan. Bab kerja dia memang kemas dan terbaik punya, tapi kalau bab supervise dia kureng sikit. Sakgi aku hantar dia setel semua sorang-sorang.So macam-mana?",tanya bos kepadaku.

Ku berfikir sejenak,dan membalas.

"Emm…ok.Saya ok je, tapi untuk tempoh berapa lama dan bila kena bertolak",balasku sambil menanyakan soalan.

"Ok cantik. Tempoh diberi sebulan, setel awal cantik. Bertolak insyallah minggu depan dan kalau kau nak gerak awal makan angina dulu pon boleh. Kami lepas kau awal 3 hari. Elaun perjalanan dengan tempat tinggal disediakan dan elaun makan pada waktu kerja juga disediakan.Dan untuk mempercepatkan tempoh penyediaan nie, pihak management dari HQ request untuk semua staff yang pergi untuk assist wat syif Full kecuali hari Sabtu dan Ahad cuti.Of course outlet tu bukak je,so kau nak masuk setel awal xde hal. Ada apa-apa nak tanya lagi?",tanya bos selepas memberi penjelasan panjang lebar

"Emm..tu je kot. Dari outlet kita saya seorang sahaja ke?",ku membalas.

"Nope,kau boleh angkut junior staff sorang. Pilih je",balas Boss dengan ringkas

"Emm..macam tu saya pinjam staff baru kita,Razi. Boleh tambah pengalaman dia", balasku sambil memandang kearah bos.

"Anda pasti, Aqilah ada,staf praktikal baru…hehe",balas boss dengan senyum sinis.

"Haha..takpe la,terima kasih je. Staff laki senang nak handle", balasku sambil mengangkat tangan.

"Sebab nie la kau dok bujang lagi, syafiq tu da kahwin dua kali siap cerai sekali.Kau nie memilih sangat nie",kata bos dengan tegas.

"Erk..cerai pon nak bangga ke kak. Bukan memilih, tapi saya pilih yang mana mempermudahkan keje saya. Lagi-lagi nak pergi jauh, tak ke orang mengata kalau jalan jauh berdua" balasku dengan nada perlahan.

"Hmm..macam-macam la kau nie.Ikut kau la, nanti aku minta HR inform Razi dan tanya dia ok tak. Dan lagi satu kalau kau gerak lambat, hujung minggu nie kami buat reunion, kalau kau nak join mai la. Qahlea pon join. Kau syok kat dia kan dulu",kata bos sambil senyum.

"Eh apanya,dia yang syok kat saya. Tak mau la join",balas ku dengan meninggikan suara.

"Emm..ikut kau la",balas bos dengan riak wajah menghairankan

"Ok la kak, saya gerak ke meja saya setelkan apa yang patut",kata ku lalu bangun.

"Ah..ok-ok. Nanti kau tolong inform Razi jumpa HR. Nanti aku inform HR",kata bos lalu mengangkat gagang telefon.

"Orite noted",balasku ringkas langsung keluar.

Ku keluar dalam perjalanan kea rah meja ku,ku singgah ke meja Razi dan inform padanya untuk ke HR Dept laluku gerak ke meja ku.Tiba dia meja aku diserang dengan soalan yang diajukan oleh Apiz serta Mi mengenai situasi ku dipanggil Bos.Ku menceritakan kepada mereka secara ringkas. Kami langsung meneruskan kerja kami dan berangkat pulang tepat jam 6.00 petang. Dalam perjalanan keluar, Apiz mencadangkan untuk lepak malam ini.

"Wei gais,malam lepak jom. Aku nak dengar sambungan love story hang",kata Apiz sambil memandangku.

"Yup, aku on."balas Mi ringkas

"On-on..nanti set tempat inform aku, gerak dulu", balasku langsung bergerak ke tempat parking

Langsung kami berangkat pulang,ku singgah di cafe untuk membeli Kopi dan langsung pulang ke rumah.Setibanya di rumah, kelihatan seperti Ibu dan Nana tiada dia rumah. Ku masuk dan terus ke bilikku. Aku mandi dan ke dapur untuk makan.Dan dibawah tudung saji siap terhidang lauk yang siap dimasak oleh ibu, Ayam masak merah berserta sayur campur.Aku pon menjamu selera sorang-sorang dihadapan TV. Selesai makan aku bersiap untuk keluar solat maghrib dan isyak di masjid.Selesai bersiap, sebelum ku keluar aku cuba call Nana tapi tiada reply.

Lalu aku hanya meninggal mesej di whatsapp menanyakan di mana dia dan ibu. Aku langsung berangkat keluar.Selesai menunaikan solat isyak aku langsung pulang.Dan kelihatan seperti mereka masih belum pulang. Aku rasa tidak sedap hati tapiku husnuzon.Ku masuk ke dalam rumah dan duduk diruang tamu sambil menghidupkan television.Walaupun mataku melihat rancangan di kaca tv,tapi hati ini masih memikirkan ibu dan Nana.

Setengah jam setelah ku pulang,ku dengar ketukan yang kuat di pintu berserta suara Nana yang menjerit,

"Abang!!!...Buka pintu cepat..cepat",jerit Nana

Ku langsung ke pintu lalu membuka pintu dan melihat muka Nana yang cuba untuk menjerit sekali lagi.

"Awat...Ibu mana, kenapa hang menjerit", tanya ku dengan nada kerisauan serta melilau mataku mencari ibu.

"Tu..sembang dengan Mak Long kat kereta.Tepi-tepi adik tak tahan nak kencing nie",balas Nana sambil menunjuk ke arah kereta lalu berlari kearah tandas.

"Bertuah punya budak,sebab nak kencing kau menjerit riuh satu kampung",kataku seorang dan langsung ke luar ke arah ibu dan menegur Mak Long.

"Asssalamualaikum Mak Long,sihat?"tanyaku kepada Mak Long.

"Waalaikumusalam..Alhamdulillah sihat.Eh Ibu kata kamu tengah mencari jodoh.Syafiqah kamu nak,dah lama dia berkenan dengan kamu."Kata Mak Long sambil tersenggih.

"Eh..mana ada.Ibu ni",balasku sambil memandang ibu

"Haha..iye-iye je kamu",kata Mak Long sambil memandang aku.

"Iye..dah la tu..jemput masuk Mak Long",aku menjemput Mak Long ke rumah

"Eh takpe la,Pak Long kamu tu sorang dekat rumah"balas Mak Long lantas masuk ke dalam kereta.

"Haha..hati-hati balik na",kata ibu sambil ketawa lalu melambai kearah Mak Long.

"Ye..balik dulu na...Assalamualaikum",balas Mak Long.

"Waalaikumusalam...Hati-hati",kataku sambil melambai.

Aku dan ibu langsung masuk ke rumah setelah Mak Long pulang.Dan bersembang sebentar dengan ibu mengenai kerja ku di Melaka sambil meneman Ibu dan adik makan.Tepat jam 10.00 malam aku meminta kebenaran pada ibu untuk keluar dan terus keluar. Seperti biasa kami lepak di Cafe berhadapan Pejabat kami kerana Cafe itu bukak sampai Jam 12.00 dan juga dekat dengan rumah Apiz. Selesai order air, Mi memulakan perbualan.

"Wei Am..sambung la love story hang petang tadi. Apa maksud hang bila hang kata perbualan terakhir kami tu. Budak tu dapat pakwe lain ka",kata Mi dengan nada ingin tahu.

"Eh kau nie, konfem-konfem budak tu pindah sekolah.Cliche doh storyline macam ni.Kan-kan.",kata Apiz sambil memandang aku.

"Emm..tak lah....budak tu pergi...emm",kataku disamput Apiz.

"Pergi mana..luar negara ke?",tanya Apiz pada ku

"Pergi berjumpa penciptanya..Budak tu meninggal",kataku sambil memandang bawah

Dan ku sambung menceritakan tragedi cinta pertamaku.

bersambung...