Download Chereads APP
Chereads App StoreGoogle Play
Chereads

Spreader Of Joy

šŸ‡²šŸ‡¾Nellafantasia5330
--
chs / week
--
NOT RATINGS
59k
Views
Synopsis
Ia dikisahkan dalam sebuah kehidupan yang penuh dugaan yang harus dihadapi oleh seorang gadis semuda Revi Brilliant. Dalam dunia fantasi yang dibawakan oleh penulis untuk memukau hati Dan minda para pembaca. selamat membaca
VIEW MORE

Chapter 1 - chapter 1

Chapter One ( True Hearts )

Namaku Revi Brilliant, sebut sahaja namaku pasti satu kelas akan tertawa mendengarnya. Kenapa? Buruk sangat ke namaku itu? Tapi, itulah nama yang diberikan oleh mendiang mama dan papaku. Bagi mereka namaku sangat unik dan mempunyai sebab mengapa aku dipanggil Revi Brilliant. Cuma, mereka tidak berkesempatan memberitahu perihal kisah disebalik namaku. Kedua orang tuaku terlibat dalam satu kemalangan yang mengundang kepada kematian mereka. Sewaktu kejadian itu berlaku, umurku dalam lingkungan lima belas tahun dan kini aku sudahpun berusia tujuh belas tahun. Selama dua tahun aku menjalani perit kehidupan tanpa mereka disisiku, hidup dalam kesunyian. Apa yang lebih penting aku menjadi dewasa tanpa kasih sayang ibu bapa. Walaupun aku begitu takut dan sangat gentar untuk menghadapi semua rintangan sendirian, akan tetapi dengan kepercayaan terhadap diri sendiri aku boleh menempuh semuanya yang mendatang. Hanya kerana mataku tidak pernah mengalirkan air mata, itu tidak bermakna hati ini tidak pernah menangis. Biarlah peredaran masa yang membawa pergi kesedihanku ini. Kehidupan adalah terlalu singkat untuk dimulakan dengan kesedihan semalam, ianya pasti akan menghancurkan keindahan hari anda pada hari ini dan bakal merosakkan hari terbaik anda pada keesokannya.

Aku menghabiskan masa rehat berada di Taman Green Generation yang terdapat dalam kawasan sekolah. Rumah hijau dan bunga-bungaan yang tumbuh merimbun disekelilingnya. Fikiranku bercelaru buat kebelakangan ini, tekanan dengan masalah di rumah dan diriku yang bakal menduduki peperiksaan SPM. Aduhai, aku mendongakkan kepala ke langit diselang dengan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa membuai wajahku. Diikuti dengan linangan air mata yang tidak berhenti mengalir membasahi pipiku. Kenapa rencana Tuhan ini begini besar untukku tempuhi? Kegelapan mula menyelubungi perasaanku.

"Revi Brilliant!" laung satu suara memecahkan lamunanku.

Memecahkan kesedihanku buat seketika. Suara itu memang sangat kukenali lantas segera menyeka air mata agar Eric tidak melihatku menangis.

"Waktu rehat dah nak habis, awak buat apa kat sini?" Tanya Eric sambil mengerutkan keningnya.

Sudahlah keningnya itu sangat tebal dan terbentuk secara semulajadi. Dia memang seorang lelaki yang tampan namun perangainya lembut seperti seorang perempuan. Rata-rata kawannya adalah golongan perempuan. Akulah teman rapatnya. Apalagi, mestilah dia nak buat gayanya yang tidak berpuas hati denganku lah tu? Kesedihan yang menyinggah sebentar tadi aku segera menyembunyikannya dengan sekuntum senyuman.

"Saja nak relaks kat sini kejap." Jawabku selamba.

Eric membuat perangainya lagiā€¦ mesti ada sesuatu yang tengah mengganggu hatinya saat ini. Aku merenungnya, tajam.

"Tak bawa orang pun." Katanya pula setelah mendapat renungan maut daripadaku.

Hem, tau takut? Aduhai Ericā€¦ satu-satunya sahabat baikku dalam dunia ini.

"Awak pun tahu kan kalau saya dah kata nak relaks, it's mean I want privacy. Jauh daripada orang sekeliling dan yang paling penting jauh daripada awak!" Balasku sengaja hendak menyakatnya.

Lantas aku berdiri lalu mengorak seribu langkah meninggalkan dia di sana, terlopong sendirian. Masa rehat dah tamat, jadi aku bergegas hendak masuk ke dalam kelas mendahuluinya.

"Nah, ini untuk awak!" Sergah Eric secara tiba-tiba yang datang ke mejaku entah dari mana arahnya.

Em, seorang manusia bernama Eric tidak akan pernah berhenti daripada membuat hatiku terkejut. Memang akan sentiasa menyebabkan semangatku melayang. Oh, semangat!

"Awak ni kan, macam hantu buat orang selalu terkejut aje."

"Tak peā€¦ awak boleh panggil saya hantu. Tapi yang penting awak baca ayat ni dulu."

Ada-ada saja kalau budak lelaki yang bernama Eric ni. Entah apa lagi? Aku mengambil kertas nota tersebut, lalu membacanya dalam hati.

There are stars you

Haven't seen

And loves you haven't loved

There's light you haven't felt

And sunrises yet to dawn

There are dreams

You haven't dreamt

And days you won't forget

And flowers yet to grow

And there is more to you

That you have to

Know.

"Satu petikan ayat yang sangat menarikā€¦" Luahku dengan jujur setelah selesai membaca yang terkandung di dalamnya.

Ungkapan ayat itu benar-benar menusuk ke dalam kalbuku.

"Simpanlah ia jauh dalam sudut hatimu, Revi. Jadikan ia sebagai satu pedoman kehidupan awak setiap hari."

Pada saat Eric menuturkan kata-katanya memang hatiku dapat merasakan sesuatu. Dan perasaan itu terasa begitu sukar untuk diungkapkan. Apakah perasaan itu? Aku merenung jauh ke dalam anak matanya, cuba mencari jawapan.

"Kenapa awak tengok saya macam itu pula?"

Eric menjadi rimas apabila aku merenungnya dengan demikian. Aku segera melarikan sorotan mata ke arah lain. Malu dengan kelakuan sendiri, padan muka! Aku mula diam dan menyimpan kertas nota pemberian Eric ke dalam buku diariku. Memang sudah banyak lembaran nota yang telah kuterima daripadanya. Kali ini gilirannya pula hendak merenungku yang sedang berdiam diri.

"Revi, you are as quiet as the wind but demand attention like a storm." Kata Eric secara tiba-tiba setelah lama berdiam diri.

Hem, rupanya dia mendiamkan diri sebentar tadi kerana sedang memikirkan satu petikan ayat untuk menarik perhatianku pula? Tersengih kecil aku dibuatnya.

"Tapi ayat itu macam tak habis aje, boleh sambung lagi?" Pintaku dengan nada serius sengaja hendak menyakatnya.

"Boleh saja kalau awak, Revi." Balasnya pula sambil mengenyitkan matanya kepadaku.

Aku menunjukkan muka menyampahā€¦ tak kuasa nak melayan perangai kawanku ini. Makin dilayan, makin menjadi-jadi pula gayanya. Eiiiā€¦

Terasa berat hatiku hendak balik ke rumah. Sejak menjadi seorang anak yatim piatu, aku dijaga oleh emak saudaraku yang bernama Auntie Allyn. Dia merupakan adik kepada papaku manakala suaminya, Uncle Patrick. Mereka mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Vienna. Adik sepupuku itu baru berusia empat belas tahun dan seorang adik lelakinya, Vick berumur sepuluh tahun. Keluarga mereka boleh dikatakan tergolong daripada orang berada dan kaya-raya kerana masing-masing mempunyai kerjaya sendiri. Uncle Patrick bekerja sebagai pegawai bank dan Auntie Allyn pula mempunyai sebuah butik kecantikan. Disebabkan oleh yang demikian, aku selalu memganggap diriku seperti orang asing yang menumpang atas kekayaan yang dimiliki oleh mereka sekeluarga. Aku sanggup melakukan apa sahaja yang diarahkan sebagai tanda penghargaan dan serba-sedikit boleh mengurangkan bebanan mereka yang perit mencari nafkah keluarga. Akan tetapi, niatku yang sangat tulus itu telah disalahertikan. Entah mengapa Auntie Allyn boleh berprasangka buruk terhadapku pula? Aku sedar akan diri sendiri yang hanya hidup menumpang dalam banglo mewah mereka itu. Fikiranku kembali teringat akan peristiwa beberapa hari yang lalu. Auntie Allyn menyerangku dengan pelbagai tuduhan yang tidak munasabah langsung!

"Revi!!!" Teriak Auntie Allyn dari arah tingkat satu.

Aku yang sedang khusyuk mengulangkaji pelajaran di dalam bilik begitu terkejut apabila Auntie Allyn berteriak nyaring memanggil namaku. Bergema cuping telingaku mendengarnya. Tanpa berfikir apa-apa pun aku segera bangkit dari kerusi lalu meluru keluar ke tingkat bawah. Belum pernah walau sekali Auntie Allyn memanggilku dengan nada yang begitu tinggi. Berdegup kencang dadaku dan ketakutan mulai bersarang dalam jiwaku saat ini. Hanya Tuhan sahaja yang mengetahui akan perasaanku detik ini.

"Ada apa, Auntie?" Soalku sebaik sahaja tiba di ruang tamu.

Aku melihat Auntie Allyn yang lengkap berpakaian kerja dan mekap tebal masih melekat pada wajahnya. Dari raut mukanya, aku dah dapat agak mesti dia tengah marah sekarang ini. Tapi, kenapa pula? Aku sudah buat salah, ke? Makin banyak persoalan yang wujud dalam kepala otakku. Bersalah ke aku kepadanya?

"Harap muka je cantik, tapi hati busuk!" Hina Auntie Allyn secara tiba-tiba.

Terkedu aku ditempatku berdiri sebaik sahaja mendengar hinaan yang baru meluncur keluar daripada bibir Auntie Allyn. Kata-kata itu terlalu tajam untukku hadam. Kenapa Auntie Allyn sanggup berkata sedemikian rupa denganku? Aku mengepal tangan untuk menguatkan semangat. Hati... Tolong tahan.

"Kenapa Auntie cakap begitu pula? Apa saya dah buat?"

Betullah tu, apa kesalahanku sehingga Auntie Allyn tegah hatinya mengutuk diriku ini?

"Amboi, pandai sangat nak berdolak-dalih, yer? Ingat, kau tu cuma penumpang tak berbayar kat rumah mewah ni! Tak layak, tau tak?! Budak tak kenang budi! Sampai laki aku sekali kau nak kebas, ye?"

Kali ini... Hampir sahaja aku hendak jatuh tersungkur mendengarnya. Oh Tuhan, apa semua ini? Bila masa pula aku hendak merampas Uncle Patrick daripada Auntie Allyn ni? Merekalah satu-satunya saudara yang aku ada selepas papa dan mamaku sudah tiada dalam muka bumi ni. Kini, aku difitnah sampai begini sekali? Tidak dapat kutahan air mata daripada tumpah. Deras saja ia mengalir. Tangisan yang tidak bermakna buatku kerana cacian itu begitu besar bebanan yang harus kutanggung.

"Saya tak pernah ada niat terkutuk sebegitu, Auntie. Saya sedar diri juga hanya seorang penumpang di sini."

"Eleh, janganlah kau nak berbohong dengan saya pula! Ini apa? Gambar sampah!"

Herdik Auntie Allyn seraya menghamburkan beberapa keping gambar tepat ke arah wajahku. Gambar-gambar itu jatuh ke atas lantai dan sorotan mataku tertumpu kepada salah satu keping foto tersebut. Aku menyeka air mata yang serba sedikit mengaburi pandanganku. Aku mengamati sepenuhnya akan foto itu, memang ianya adalah aku bersama seorang lelaki dalam gambar tersebut. Hebat, dalam hujan pun orang itu boleh membuat kerjanya? Aku meneliti pula wajah lelaki dalam gambar tersebut. Terdiam seribu bahasa terus aku jadinya setelah mengenali akan wajah itu. Tidak terasa jantungku berdenyut pada masa yang sama kakiku sedang berdiri di atas bumi yang nyata. Tolong sedarkan aku bahawa ini hanyalah satu mimpi.

"Hoi, perempuan! Awak keluar dari sini sekarang! Benci aku tengok kau ada dalam rumah ni! Buat semak mata aku aje!"

Kasar sungguh kata-kata yang meluncur keluar dari buah mulut Auntie Allyn. Pedihnya mencucuk-cucuk tajam ke dalam jiwaku. Auntie Allyn menghalauku keluar dari rumah mereka. Jadi, dimanakah lagi harus ku pergi?

"Auntieā€¦ saya tak pernah ada niat nak buat benda terkutuk seperti itu. Uncle Patrick sudah seperti seorang bapa kepada saya. Ini Cuma salah faham." Terangku dalam tangisan.

Aku berusaha hendak menerangkan situasi yang sebenarnya kepada Auntie Allyn. Memang ini merupakan satu salah faham, aku tak bersalah begitu juga dengan Uncle Patrick. Cuma, aku tak tahu bagaimana hendak menceritakan perkara sebenar kepada Auntie Allyn situasi yang berlaku pada masa itu? Lagipula siapa yang sangat berani menabur fitnah tidak bertempat ni?

"Sudahlah! Mulut memang tau cakap lain tapi berani menikam aku dari belakang!"

"Lyn!!" Teriak Uncle Patrick dari arah pintu utama.

Uncle Patrick baru sahaja balik kerja, dan terdengar pertengkaran kami dari luar rumah. Mungkin dia terdengar semua hasutan yang dilemparkan oleh Auntie Allyn kepadaku. Aku masih lagi sedang menangis ditempatku berdiri. Hanya dengan menangis sahaja yang aku boleh lakukan sekarang. Biarlah air mata yang berbicaraā€¦

"Oh, baguslah awak dah balik. Lelaki tak guna!" Maki Auntie Allyn kepada suaminya pula.

Syurga seorang isteri terletak dibawah tapak kaki suaminya. Tidak sangka, Auntie Allyn sekasar itu mengata Uncle Patrick seorang lelaki yang tak berguna. Apalagi jika dibandingkan dengan diriku ini? Auntie Allyn seakan-akan sedang dikuasai dengan api syaitan, tidak dapat mempertimbangkan antara kebaikan dan keburukan. Uncle Patrick buat acuh tak acuh sahaja mendengar makian Auntie Allyn sebentar tadi, dia merenungku sebentar.

"Pergi masuk dalam bilik awak, Revi." Arah Uncle Patrick.

Bahang kemarahan Auntie Allyn semakin memuncak. Masakan tidak, Uncle Patrick hanya mengendahkannya malah menyuruhku agar masuk ke dalam bilik pula.

"Hem, memang kamu tengah bermadu kasihlah ni, kan? Hebatnya awak perempuan sundal!"

Mendengarkan itu, Uncle Patrick menampar pipi kanan Auntie Allyn. Aku yang melihat pipi Auntie Allyn ditampar mendapat satu kejutan yang teramat pada jiwaku. Lidahku keluh untuk mengeluarkan sebarang kata-kata.

"kenapa awak tampar saya? Jadi, betullah?"

Sekali lagi Uncle Patrick tidak segera menjawab kepada persoalan Auntie Allyn.

"Revi, pergi naik dalam bilik awak sekarang!" kali ini sangat tegas suara Uncle Patrick mengarahku.

Tanpa membuang masa, aku terus berlari menuju ke tingkat dua lalu berkurung dalam bilik. Selepas itu, aku hanya mendengar suara pergaduhan mereka di tingkat bawah. Kedengaran bunyi kaca pecah berantakan yang dibuang oleh Auntie Allyn. Buat pertama kali aku berada dalam situasi sebegini, dan dihadapan mataku Uncle Patrick menampar wajah isterinya.

"kenapa awak lebih sokong budak itu? Bukannya dengan saya yang merupakan isteri awak yang sah!"

"Kau sudah melampau, Lyn! Percaya dengan apa yang awak nampak depan mata bukannya dengan gambar fitnah ni semua! Percaya dengan apa yang awak dengar bukan sekadar dengar dari buah mulut orang!"

"Nak percaya apa lagi? Bukankah sudah secara terangannya kamu berskandal dibelakang saya?"

"Situasi yang berlaku bukan seperti dalam gambar ni! Dahlah, tak kuasa nak layan perasaan cemburu tak bertempat awak tu! Bersyukurlah sebab Revi tinggal kat sini bukan sekadar goyang kaki aje, dia buat juga semua kerja dalam rumah dan tolong uruskan anak. Kau sepatutnya berterima kasih, bukan menghasut tanpa usul periksa!"

"Jadi, awak salahkan saya lah? Tak urus rumah dan tak urus anak-anak, macam itu?"

"Dahlahā€¦ ada otak tu, fikirlah sendiri."

Langkahku terhenti dengan pandangan mata mengamati pintu pagar rumah banglo milik Uncle Patrick. Sungguh besar dugaanku ini, kan lebih baik kalau papa dan mama masih hidup bersamaku saat ini. Tidaklah aku akan menghadapi situasi seperti ini. Aku mendongakkan kepala ke langit yang terbentang luas. Hari kelihatan hendak hujan, sama seperti jiwaku yang dilanda kesedihan. Langit berubah cuaca seakan-akan memahami setiap perincian hatiku. Setiap kisah yang menghancurkan diri ini, biarlah ia dihanyutkan dalam hujan dan aku mempunyai satu perasaan yang merelakan segalanya. 'Tuhan, saya terima semua ini.' Kataku sendirian dalam hati sambil menutup mata buat seketika. Aku perlu mencari kekuatan untuk meneruskan satu kehidupan, yang mana aku hanya ada aku seorang sahaja dalam dunia ini.

"Revi!"

Itu namaku, siapa yang memanggilku? Oh Tuhan, baru kusedar sungguh jauh aku mengelamun mengenangkan kisah yang menyedihkan.

"Uncle Patrick."

Cuma itu yang boleh kuungkapkan, kesedihan melemahkanku.

"Revi, awak tak boleh lemah begini. Mama dan papa awak tak pernah inginkan anak mereka berada dalam keadaan seperti ini."

Nasihat Ituā€¦ sudah tidak berguna lagi kerana diriku memang lemah, lemah untuk menghadapi semuanya! Arrgghhā€¦ hanya tangisan yang menemaniku sepanjang masa. Titisan hujan sudah mula membasahi bumi.

"Tolong bertahan dan buat yang terbaik dalam peperiksaan SPM yang bakal menjelang."

Terkedu hatiku dan merasakan kepalaku baru sahaja diketuk. Bagaimana aku boleh melupakan SPM yang akan berlangsung beberapa bulan saja lagi? Tuhan, apa yang telah kulakukan? Terlalu mengenangkan kesedihan sehingga membiarkan diriku terlepas memikirkan masa hadapanku.

Honkkk!! Secara tiba-tiba sebuah kereta membunyikan hon kepada kami berdua. Pandangan mata kami segera ke arah kenderaan tersebut yang berada dibelakang kereta milik Uncle Patrick. Auntie Allyn rupanya dan dengan langkah yang pantas dia meluru kepada kami.

"Apa hal dengan kamu berdua ni? Nak bercengkerama kat luar ni pula, ke?" Tuduh Auntie Allyn lalu tersengih kecil.

"Hoi, Allyn! Mulut tu jaga sikit, ek? Tak tau pangkal cerita jangan nak sembarang buat tuduhan pula!" Kata Uncle Patrick yang cuba hendak menerangkan situasi kepada isterinya.

Uncle Patrick berusaha mengelak daripada Auntie Allyn berfikiran yang bukan-bukan, namun keadaan yang terjadi adalah disebaliknya pula. Auntie Allyn tetap dengan pendiriannya yang mengatakan aku dan suaminya itu tengah berskandal dibelakangnya. Padahal kami tidak pernah berbuat yang tidak baik pun. Uncle Patrick Cuma mahu aku berjaya dalam hidup, memandangkan aku hanya ada aku sendiri sahaja.

"Tengoklah disebabkan perempuan inilah hubungan kita menjadi renggang!" Tegas Auntie Allyn lagi yang masih dengan fitnahnya terhadap kami.

"Kau sedar tak? Hubungan kita renggang bukan disebabkan Revi atau sesiapapun. Tapi melainkan diri kau tu yang tak habis-habis dengan cemburu tak bertempat dan lebih mendengarkan fitnah orang lain!"

Tersengih kasar Auntie Allyn mendengarkan itu, keegoannya menguasai hati nurani. Dia sudah kehilangan segala kerasionalan sehingga fikirannya tidak boleh mempertimbangkam antara kebaikan dan keburukan. Di matanya, kami adalah pesalah dan selama-lamanya dianggap bersalah kepada dirinya.

"Fitnah apa? Jika semuanya sudah jelas terjadi di depan mata saya? Siapa yang kata fitnah?"

Soalan Auntie Allyn itu, nampak sangat yang dia terlalu mengikutkan perasaannya. Keluhuran seorang manusia yang unik pastilah didasarkan pada kemampuannya untuk mengenali kebenaran. Kita berhasrat untuk mengetahui kebenaran. Dalam semua hal, ada sesuatu yang lebih daripada yang kita lihat. Manusia mendengarkan hati nurani yang memdesak untuk mengarahkan pada yang baik dan memperingatkan dia untuk melawan apa yqng jahat. Setiap orang yang mengikuti hati nuraninya pasti akan menemukan kebenaran.