Aku berlari dan terus berlari... Aku tidak tahu ke Mana arah kakiku membawa diri ini, aku terus berlari sehingga tidak tahu erti penat. Dalam kelam malam dengan hanya bersuluhkan cahaya bulan, Aku sesat... Sesat di sebuah tempat yang begitu asing buat diriku. Sehinggalah Aku menjejakkan kaki ke sebuah perkampungan.
"Oh, Tuhan.. saya ada di mana ni?"
Kataku seraya mendongakkan kepala ke atas langit yang kini begitu indah dihiasi dengan bintang berkelipan. Aku menadahkan tangan ke atas langit cuba menggapai bintang tersebut. Jiji.. ucapku dalam batin dengan harapan dia akan kembali kepadaku. Aku ingin balik ke rumah dan menjalankan kehidupan seperti sedia kala. Aku sudah bertemu dengan ibu kandungku. Namun, kami terpisah buat ke sekian kalinya.
Hati ini terasa begitu pedih mengimbau semuanya sehingga air mata berhenti hendak mencucuri kelopak mataku. Aku dikejar seperti seorang penjenayah, apa yang mereka inginkan dariku sebenarnya? Terlalu banyak rahsia yang Papa telah sembunyikan daripada pengetahuanku. Kini, hanya aku sendirian sahaja mencari kebenaran hidupku. Tapi, aku tidak menyalahkan siapa pun... Sebab aku tidak tahu kepada siapa yang harus dipersalahkan?
Wooosshhhh.... deruan angin itu sangat kuat bunyinya lalu sesuatu telah menikam dadaku. Tajam! Aku tidak dapat berfikir apa-apa lagi kerana menahan sakit yang teramat. Aku cuba memegang dadaku dan terasa sebatang kayu melekat, darah mula berlumuran. Suaraku tersekat-sekat sehingga air mataku deras bercucuran... Dengan begini aku menghembuskan nafas terakhir? Di tempat yang belum ku tahu di mana?
"Awak..." Kata satu suara...
Sayup-sayup sahaja Aku mendengarnya... Aku mengalihkan pandangan kepadanya namun kabur kerana air mataku yang begenang di kelopak mataku.
"Tuan, kita sudah salah mensasarkan anak panah... Dia bukan budak lelaki itu."
Apa betul yang baru kudengar itu? Benda tajam yang mencucuk dadaku ini adalah sebatang anak panah?
"Luka dia sudah teruk ni, awak kena bawa dia kembali ke rumah dulu.. suruh Foe rawat dia sekarang, cepat! Budak lelaki tu biar kami yang kejar dia."
"Baik, Tuan!"
"Tunggu kejap! Saya keluarkan dulu anak panah tu."
Salah seorang lelaki tadi mendekatiku, pandanganku masih kabur lagi... Semakin deras air mataku keluar saat ini. Dia mencabut anak panah tersebut daripada terus terbenam menembusi dadaku.
"Arrrrrgggghhhhhh!!!!" Aku teriak sekuat hati ketika dia mencabut anak panah yang melekat pada dadaku.
"Awak kena lari secepatnya Ceaser, dia bakal kehilangan darah yang sangat banyak. Saya sudah mensasarkan anak panah kepada orang yang salah."
"Baik, Tuan!"
Selepas itu, aku berada dalam gendongan lelaki itu. Dia berlari sepantas yang mungkin, sama seperti yang diarahkan oleh tuannya sebentar tadi. Siapa mereka ni? Aku sudah tidak kuat lagi untuk berfikir segala kemungkinan. Seperti sedia kala, aku merelakan segala sesuatu dalam tangan Tuhan.
Dengan perlahan mataku tertutup rapat... Hidupku sudah berakhir disini. Tidak Ada penyesalan kerana aku bakal berjumpa dengan papa.. adakah papa juga sedang menunggu ketibaanku? Papa... Revi bakal datang kepadamu, kita masih boleh bahagia bersama ditempat yang baru, pa... Revi sangat rindukan papa!
Mereka kata orang akan datang, mereka juga kata orang akan pergi. Aku masih disini menunggu kedatangan papa untuk menjengukku sekaligus membawaku sekali bersamanya... Sudah agak lama aku menantinya namun dia tetap tidak datang kepadaku. Aku duduk disebuah tempat yang dipenuhi dengan sinaran cahaya bintang. Kerlipan bintang mengelilingiku, adakah ini ketenangan jiwa yang selalu kuimpikan selama ini? Aku merenung ke arah salah satu bintang kerana kelipannya agak berbeza dari yang lain... Adakah itu? Aku segera berdiri apabila menyedari bintang itu gugur ke arahku... Adakah itu papa? Hatiku terasa sedikit girang hendak menyambutnya... Ia semakin menghampiriku. Dan akhirnya cebisan bintang itu jatuh ke atas tapak tanganku. Aku menggenggamnya... Dan satu cahaya putih menghiasi pemandanganku.. sangat terang.
"Dia sudah sedar, Tuan!"
Aku membuka lebar kelopak mataku... Kini, kelihatan dua orang jejaka dan seorang wanita di hadapanku. Siapa mereka ni? Aku cuba menggerakkan badanku.
"Argghh..!" Erangku dalam kesakitan.
"Jangan dulu bergerak... Luka awak belum pulih sepenuhnya."
Mendengarkan itu baru aku sedar akan anak panah yang menembusi bahagian dadaku. Wanita itu menolak badanku agar aku berbaring dan tidak banyak bergerak.
Keadaan kembali diam antara kami, mereka hanya merenungku dengan penuh tanya. Aku faham perasaan mereka kerana dalam fikiranku juga terlalu banyak persoalan seperti mereka.
"Awak berehat la dulu sehingga luka awak pulih sepenuhnya. Foe jaga dia baik-baik, sampai saya balik."
"Baik, master!" Patuh wanita tersebut sambil menundukkan kepalanya.
"Ceaser, jom bertolak!"
Tanpa berlengah lagi kedua-duanya keluar dari bilik. Aku mengambil peluang untuk mengamati setiap ruang bilik. Sungguh kemas dan teratur susunannya. Katilku pula berhampiran dengan sebuah tingkap. Aku teringin sangat hendak membuka langsir itu untuk mengetahui suasana diluar. Tapi disebabkan keadaan diriku yang tidak mengizinkan, aku menyimpan tepi sahaja niatku itu. Aku merenung balutan pada bahagian dadaku. Kenapa aku tidak mati saja? Daripada terus terseksa begini? Mereka itu juga aku tidak tahu orang seperti apa mereka? Baik ataupun sebaliknya... Patutlah Papa tidak datang selama aku menantinya, aku masih diberikan nafas untuk meneruskan hidup.
"Tidak semua kematian adalah jalan penyelesaiannya. Awak masih terlalu muda untuk mengakhiri semuanya..." Kata wanita itu lantas menarik langsir tersebut.
Aku sedikit ternganga memandang ke arahnya. Dia seperti boleh membaca mindaku? Apa yang tersirat di dalam lubuk hatiku ini.
"Master tidak mahu awak mati pada anak panahnya dengan begitu sahaja. Mungkin jika dengan orang lain hanya akan membiarkan mayat awak dibaham binatang buas. Master sudah membuat pelbagai ubat untuk menyembuhkan awak selama satu minggu ini. Imunisasi tubuh awak menolak setiap ubat penawar yang diciptanya. Jangan terlalu pentingkan diri apa yang awak katakan dalam hati. Awak mati, master juga turut sama mati. Sebab anak panah dia bukan untuk orang yang tidak bersalah."
Aku terdiam mendengarnya bertutur bicara... Setiap ayat-ayatnya terasa pedih menusuk ke dalam kalbuku akan tetapi mungkin apa yang diungkapkannya itu ada betulnya juga.
"Sudah banyak hari awak tidur, biar saya masakkan awak makanan."
Aku tidak membalasnya kerana masih terkesan dengan kata-katanya sebentar tadi. Dia lantas keluar sebaik sahaja aku lebih banyak berdiam diri. Aku membuang pandangan mataku ke luar tingkap. Rupanya kawasan mereka ini dipenuhi dengan tumbuhan. Hanya beberapa pohon pokok sahaja yang boleh kulihat buat Masa sekarang kerana dalam posisi baring ini yang mengehadkan pemandanganku. Aku berharap aku cepat pulih sepenuhnya, supaya aku boleh keluar meninjau alam sekeliling. Nampaknya, seperti yang dikatakan oleh wanita itu aku sudah tidur selama seminggu. Ini adalah Hari apa? Sudah agak lama aku tidak mengetahui apa itu kalendar? Aku juga tidak tahu bagaimana aku boleh sampai ke sini sehingga terkena anak panah?
"Tak payah banyak berfikir tu..." Sergah wanita itu yang sudah memasuki ruangan bilik dengan membawa sedulang makanan.
Dia meletakkan dulang makanan itu di atas meja dekat dengan katilku.. lantas membetulkan badanku agar tegak sedikit. Dia mengambil makanan lalu menyuapkanku. Aku terkedu sebentar kerana sudah agak lama aku tidak diperlakukan seperti itu. Sejak papa meninggal, aku sudah tidak merasa kasih seperti itu... Aku bangun dan menghadapi kehidupan dengan sendirinya tanpa bantuan daripada sesiapa.
"Tangan awak tak boleh digoyangkan sangat, awak makan dengan tangan kanan, kan?" Tanyanya lagi.
"Macam mana awak boleh tau? Maksud saya kenapa awak boleh tahu semua isi hati saya?"
"Itu adalah keistimewaan saya, kenapa saya boleh bekerja dibawah master saya. Makan, lah."
Dia menyuakan sudu yang berisi bubur nasi itu kepadaku. Pandangan matanya menunjukkan yang dia ikhlas menjagaku. Aku menikmati suapannya itu. Saat bubur nasi tersebut berada dalam mulutku... Ia terasa begitu enak sekali!
"Sedap...!" Aku memuji masakannya..
Lantas dia menyuapku makan sehingga licin pinggan itu. Dia sedikit tersenyum memandang kepadaku.
"Awak mengingatkan saya pertama kali saya memasak untuk master. Dia juga seperti awak memuji masakan saya."
"Ya kah?"
Dia hanya mengganggukkan kepalanya, lantas mengemaskan pinggan yang telah kosong itu.
"Nama awak?"
Soalnya lagi, aku tidak segera menjawabnya kerana tidak pasti mahu bagi nama yang mana satu? Aku merenungnya...
"Satu nama yang boleh dikenali dan juga melambangkan siapa diri awak yang sebenarnya."
"Revi Brilliant." Aku langsung menjawabnya. Itulah nama yang diberikan oleh ibu kandungku.
"Cantik nama awak, saya Foe."
Aku sedikit terkejut kerana dia memuji namaku begitu cantik dalam pendengarannya. Adakah dia benar-benar memaksudkannya? Aku melihatnya tanpa mengelipkan mataku walau sesaat.
Dia berdiri seraya berkata, "Nama awak sangat unik bagi saya."
"Master awak pula?" Soalku.
"Awak tanya apabila dia dah balik nanti." katanya lalu meninggalkanku yang masih terpinga-pinga sendirian.
Aku hanya menghembuskan satu keluhan berat. Terasa banyak persoalan namun diriku yakin bakal terjawab semuanya kemudian hari. Hatiku juga kuat menyatakan bahawa mereka adalah orang yang baik-baik sahaja. Jadi, segala perasaan negatif aku buangkan ke tepi buat masa sekarang. Yang penting aku hendak sihat seperti sedia kala dan membalas jasa mereka selepas ini. Aku kembali melemparkan pandangan ke luar tingkap, memang kawasan ini dikelilingi pelbagai tumbuhan menyebabkan hati ini tidak sabar untuk keluar rumah. Pemandangan pada malam itu juga sangat indah seingatku dengan ruang angkasa dipenuhi bintang yang bersinar.