Chereads / Spreader Of Joy / Chapter 9 - chapter 9

Chapter 9 - chapter 9

Aku terjaga dari mimpi yang panjang dan ia telah membawa kepada ketenangan hati ini. Papa telah hadir ke dalam mimpiku, itu sudah cukup membahagiakan diriku. Bangun dari tidur, pancaran terik mentari sudah menusuk ke dalam ruangan bilik melalui celah langsir... aku berusaha untuk bangkit dari atas tilam kerana hati ini dapat merasakan sesuatu kelainan. Sejak bila bilik asramaku ada sebuah tingkap yang sebesar ini? Dengan langkah yang perlahan aku mendekati ke arah tingkap tersebut... kepalaku pula terasa berat dan sedikit pening. Dalam keadaan yang lemah dan pandanganku secara tiba-tiba menjadi kabur, kepalaku seakan-akan berputar pada saat ini. Aku ingin menggapai sesuatu benda agar aku bisa berdiri dengan kukuh. Namun aku gagal... lantas terjatuh ke atas lantai.

"Cik!" Laung satu suara... entah dari mana datangnya.

Aku masih sedang memicit kepalaku yang terasa begitu pening. Lain sungguh kesakitan yang ku alami, aku lebih rela dicabut nyawa sekiranya terpaksa menanggung sakit ini.

"Awak okey tak ni, cik?"

Aku belum dapat melihatnya dengan jelas, tapi daripada nada suaranya kedengaran seperti seorang wanita berusia lanjut.

"Siapa awak? Dan saya berada di mana sekarang?"

Memang aku sangat lemah, hendak bersuara juga aku tidak kuat. Aku memaksa diriku sendiri.

"Itu awak boleh tanya kemudian, keadaan awak sekarang lebih penting. Awak dah seminggu terlantar di dalam bilik ini. Perut awak kosong sebab itulah awak begitu lemah." Terang wanita berusia itu menyebabkan aku mendapat respon yabg sangat mengejutkan.

"Apa? Seminggu? Dah seminggu saya tertidur?"

Patutlah mimpi itu terasa begitu panjang bagi diriku. Tanpa disedari waktu berlalu, aku terperap di tempat ini selama seminggu?

"Awak makan lah dulu, cik.. nanti Puan Hayley akan datang melawat awak."

Keadaanku yang hendak pitam sebentar tadi sudah beransur pulih sepenuhnya. Pandanganku yang pertama mestilah terarah kepada wanita berusia di hadapan mataku kini. Siapa dia ni yang sebenarnya?

"Cik, kumpullah dulu tenaga tu... tak perlu nak renung wajah saya dengan begitu sekali."

Dia ni... memang pandai mengubah topik. Lantas melarikan pautan mata kepada dulang yang berisi makanan dan segelas susu. Tidak berselera aku melihatnya.

"Awak kena makan... lepas tu saya akan ceritakan segalanya kepada awak, cik."

Begitu pintar dia nak memancingku agar menjamah makanan tersebut. Aku sudah sedia maklum, tidak ada pilihan lain untuk diriku.

"Baiklah..."

Dengan berhati-hati aku mencapai cawan yang berisi susu itu, dan menghirupnya sedikit. Tergamam hatiku buat seketika, tak sangka susu yang dibancuh itu sungguh sedap! Ia mempunyai satu rasa yang begitu sukar untuk diungkapkan sehingga telah membuka seleraku untuk menjamah makanan yang terhidang pula. Wanita itu hanya tersenyum memandang ke arahku. Biarkan ajelah.. malas aku hendak memikirkan banyak perkara buat masa sekarang. Aku mula menjamah makanan tersebut manakala wanita itu sedang menarik kain langsir menyebabkan bilik ini dipenuhi dengan cahaya sang suria.

"Siapa nama awak, cik?"

"Brielle Avriella."

"Bukan awak... peliknya, kenapa Puan Hayley membawa awak ke mari?"

Kata-kata itu sangat menyentuh hati ini... apa maksud dia berkata sedemikian? Bukan aku... jadi siapa yang dimaksudkan olehnya? Aku berfikir sambil menikmati makanan dalam mulutku.

"Brielle Avriella... adakah awak mengenali Puan Hayley? Kalau tidak, masakan dia nak bawa awak datang ke tempatnya pula?"

Buntu kepala otakku hendak memikirkan sebarang jawapan. Apa yang telah berlaku sebenarnya? Selama seminggu aku hanya terlantar sehingga tidak mengingati apa yang telah terjadi... Hayley Bright, kenapa?

"Puan Hayley merupakan profesor saya..."

"Hanya itu?" Soalnya dengan bersungguh-sungguh.

Aku sedikit tersentak dengan pertanyaan itu, adakah hubungan yang lebih istimewa antara kami? Tidak ada... melainkan aku ini cuma merupakan anak muridnya.

"Saya anak muridnya." Jawabku dengan keraguan kerana masih tidak mempercayai bahawa Hayley Bright telah menjadikan aku sebagai anak muridnya.

"Anak murid? Dia telah mengambil orang yang salah. Apalah Hayley ni..?" Kata wanita tersebut perlahan namun sangat jelas pada pendengaranku.

Selepas itu, dia mengatur langkah meninggalkan aku sendirian di dalam bilik yang sangat besar ini. Kunyahanku terhenti kerana cuba menghadam apa yang dikatakan olehnya sebentar tadi. Kata-katanya yang terakhir... Hayley Bright telah mengambil orang yang salah. Adakah dia sedang menantikan seseorang? Aku menolak pinggan itu ke tepi, hilang seleraku secara tiba-tiba. Fikiranku mula dihantui dengan bermacam-macam persoalan.

"Si Lembab..."

Aku segera melarikan anak mata ke arahnya, Hayley Bright sedang berdiri dihadapanku saat ini. Aku sudah terbayang akan musibah yang bakal ku tempuhi selepas ini.

"Awak dah okey, ke? Apasal muka tu pucat sangat? Tolong bagi semangat sikit, dahlah lembab... tambah lagi dengan muka begitu. Kalau nak jadi anak murid saya, bukan begini perangai." Tegasnya.

Seorang profesor yang bernama Hayley Bright memang cakap tak main tapis punya. Tajam setiap tuturan ayatnya itu sehingga menusuk ke dalam batin.

"Saya tak kenal siapa awak dan begitu juga awak tak mengenali saya. Kalau nak kenal saya lebih dekat, belajar mengenali diri awak terlebih dahulu. Pelajaran awak yang pertama akan bermula besok... dan, tolong tanamkan semangat dalam diri itu! Tak memiliki semangat, awak tak layak menjadi anak murid saya!"

"Baiklah, madam!"

"Prestasi awak yang tentukan sama ada awak boleh melangkah ke peringkat yang seterusnya. Awak boleh mengambil udara segar diluar. Tapi, tolong berhati-hati dengan setiap orang yang awak jumpa. Baiklah, itu saja!"

Hayley Bright melangkah keluar dari ruangan bilik. Terbit satu perasaan dalam diri ini, aku merasakan tidak ada orang yang akan kekal bersama denganku. Setiap kali diri ini akan ditinggalkan bersendirian. Tapi, tidak apalah... itu aku ambil sebagai cabaran buat diriku. Aku telah menemukan satu ketenangan hati dan jiwaku seakan-akan dibakar dengan api yang marak bagi memberikanku kekuatan untuk menghadapi kehidupan selepas ini.

"Saya bukanlah selemah itu! Mendapat satu penghargaan daripada Hayley adalah impianku."

Semangat.... aku kena bersemangat! Tegasku sendirian. Fokus kepada cita-cita dan merancang sebaiknya. Bolehkah aku menjadi seorang yang berjaya? Dan... jutawan? Percaya kepada diri sendiri hanya itu sahaja yang aku boleh lakukan, walaupun dalam erti kata lain berusaha sendiri!

Di luar, bayu petang bertiup sepoi-sepoi bahasa dan sekali sekala kedengaran burung berkicauan. Damai dapat kurasakan di sini... tersergam indah banglo milik Hayley Bright. Seketika kemudian, kedengaran sebuah alunan violin memainkan lagu yang menusuk halus ke dalam jiwaku, menenangkan fikiran dan hati. Ditambah lagi dengan tiupan angin serta bunyi-bunyian daripada sang burung, aku begitu terleka menikmati suasana nan damai ini. Adakah Hayley Bright yang memainkannya? Dia memang seorang yang sangat berbakat dalam bidang muzik. Itu tidak dapat dinafikan lagi, dan aku sepatutnya berasa bersyukur kerana diterima menjadi salah seorang anak muridnya. Akan tetapi, kata-kata wanita tua itu masih terngiang-ngiang dalam pendengaranku. 'Bukan awak... Puan Hayley sudah salah orang!' Kenapa agaknya? Siapa pula wanita tua itu? Dia seperti menantikan seorang lain daripadaku... yang sepatutnya menjadi anak murid Hayley Bright. Aku cumalah sekadar satu pilihan sahaja. Arrggghhh....

"Tell me why not me?" Secara tidak sengaja aku menuturkan ayat tersebut.

Aku terkejut sendiri kerana merasakan sesuatu kelainan pada saat ini. Pernahkah anda mengalami De Ja Vu? Begitulah diri ini yang sedang mengalami keadaan ini di mana-mana. Pada masa yang sama, alunan muzik yang dimainkan seperti sesuai dengan ayat yang kuungkapkan sebentar tadi. Aku cuba menghayati muzik itu sekali lagi... namun, ia sudah berakhir. Dan buat ke sekian kalinya, aku mendapat bayangan mengenai ayat itu... bukankah ia merupakan kata-kata daripada Hayley Bright? Ya, aku sangat pasti akan itu! Seingat aku, aku juga ada menulisnya di dalam buku catatanku. Akan tetapi, bagaimana aku datang ke tempat ini? Sekiranya segala barang kepunyaanku masih berada di kolej itu? Hatiku mulai diundang kerisauan... banyak benda yang kutinggalkan di sana termasuklah gitar pemberian Nicky. Tidak boleh jadi ni... aku kena bertanya Hayley tentang perkara ini. Dengan pantas aku meluru masuk ke dalam banglo mewah itu semula... langkahku terhenti ditengah jalan apabila ternampak sesusuk tubuh Hayley Bright berdiri dihadapanku. Pandangan matanya merenungku... dalam beberapa waktu dia berkelakuan seperti itu. Kenapa dengan dia ni? Bukankah dia berada di dalam rumah dan sedang bermain violin? Apasal dia ada kat sini pula?

"Awak nak buat apa jalan laju sangat? Tak takut jatuh, ke?" Soalnya, serius.

Aku menelan liur sebelum menjawab, "baru teringat sesuatu..."

"Penting sangat, ke? Lebih penting daripada nyawa awak sendiri?"

Aku terdiam.... dia benar-benar membuatkanku terdiam. Apa yang lebih penting daripada nyawa? Hayley Bright... apa yang awak nak cuba sampaikan yang sebenarnya?

"Memang, lebih penting daripada nyawa saya."

"Dah cukup! Jangan nak cuba kata apa-apa lagi... awak pergilah!"

Dia berkata sedemikian lalu mengatur langkah menuju ke arah keretanya. Hanya beberapa saat saja dia meluncur dengan keretanya. Aku hanya melihatnya pergi sehinggalah bayangan kereta hilang darioada pandanganku. Persoalannya sebentar tadi, memang barang kepunyaanku itu merupakan nyawa bagiku. Disebabkan hanya itu yang mampu kuterima sebagai peneman di masa duka dan besedih... buku catatan tempat aku meluahkan segala isihati, di atas kertas kosong itulah yang mendengarkan rintihan suara hatiku. Gitar itu pula sebagai penghibur yang menyanyikan lagu menggantikan papa. Dua benda itu adalah nyawa kepada diriku. Di saat dunia menolak kewujudanku, mereka sentiasa ada bersama disampingku. Jadi, aku tidak boleh kehilangan barang berharga itu! Tidak sama sekali...

Hilang... aku telah kehilangannya! Aku datang ke tempat ini dengan sehelai sepinggang. Segala pakaianku juga masih tertinggal di kokej itu. Ya Tuhan, bagaimana sekarang? Apa yang patut aku lakukan? Dua benda berharga dalam hidupku... sudah hilang.

"Cik Brielle, ini baju gantian awak." Kata seorang perempuan muda dengan membawa sepasang pakaian yang disediakan untukku.

Aku hanya memandang ke arahnya... dia meletakkan pakaian itu diatas tilam lantas keluar dari bilik. Nampaknya segala keperluanku ditanggung oleh Hayley sepenuhnya. Aku sememangnya merupakan salah seorang anak murid Profesor Hayley Bright.

"Ini hidangan makan malam awak, cik."

Aku baru sahaja selesai membersihkan diri sewaktu seorang perempuan menghantar makanan ke ruang bilik. Adalah merupakan orang yang sama membawa pakaian untukku.

"Terima kasih."

"Dan awak kena cepat habiskan makanan sebelum Puan Hayley masuk ke dalam bilik awak."

Hatiku tertarik untuk bertanya, "kenapa?"

"Sebab itu adalah sebahagian daripada pantang larang puan kita, habiskan waktu makan yang ditetapkan. Awak cuma ada lima belas minit."

Biar betul dengan apa yang dikatakan okeh gadis ini? Hayley Bright... awak memang bukan sembarangan orang. Tanpa membuang masa aku segera menjamah makanan tersebut. Enak sungguh hidangan ini. Sama seperti hidangan yang disediakan oleh mama, air tangan seorang ibu yang tidak pernah menyebabkan aku kelaparan. Mama, Revi sangat rindu nak makan semua masakan mama... baru hari ini aku berkesempatan merasa sesuatu seperti ini, masakan yang betul- betul mengingatkanku tentang mama.

"Tak sedap, ke?"

Betul-betul menepati masa, Hayley Bright sudah tiba ke kamarku.

"Sedap." Jawabku ringkas.

Tapi dalam hati yang penuh dengan debaran... makananku belum habis lagi, mesti dia akan memarahiku.

"Makanan ni penting untuk kita teruskan nyawa. Tak begitu, ke?"

Bagi kebanyakan orang makanan sangat penting supaya dapat menjalani kehidupan. Kalau tidak makan maka matilah kita, kan?

"Ya."

"Habis tu kenapa masih bersisa lagi makanan ni?"

"Saya tak sanggup... sebab hidangan ni membuatkan saya teringat dengan mama. Air tangan ibu yang penuh dengan kasih sayang."

Jujur saja kukatakan apa yang terbuku di dalam hati. Air mata yang mula bergenang di kelopak mata, hanya menunggu saat untuk gugur mencucuri pipiku. Sedih... aku rindukan kedua orang tuaku.

"Awak makan, lah. Esok pelajaran pertama awak akan bermula. Ingat, saya nak tengok semangat awak tu!"

Hayley Bright berkata sedemikian dengan intonasi suaranya yang penuh kelembutan. Tidak seperti selalu, garang semacam. Adakah disebabkan dengan apa yang kukatakan sebentar tadi?

You treat me well,

I will treat you

Even better.