Chereads / Spreader Of Joy / Chapter 12 - chapter 12

Chapter 12 - chapter 12

Aku membawa Jiji kembali ke kuartersku, tak ada sebarang makanan yang boleh kuberikan kepadanya. Hampa hati ini... aku merenungnya dan ia juga membalas pandanganku sambil mengingau tanpa suara. Aduhai, semakin kesian aku jadinya! Tolonglah hati ini...

"Saya tak ada makanan kat dalam bilik ni. Nantilah lepas kerja saya bawakan awak makanan, okey?"

Seperti memahami apa yang kukatakan ia bergerak menuju ke arah tilamku lalu membaringkan badan diatasnya. Ini sungguh dahsyat! Buat pertama kali aku melihat kucing sepintar Jiji. Aku sudah jatuh sayang kepadanya... Tidak mau kehilangannya! Aku membiarkan Jiji tidur lalu bersiap hendak ke cafe. Tidak boleh lewat, nanti bakal dimarah oleh Robert pula.

Sepanjang aku bekerja, fikiran ini tidak lari daripada memikirkan keadaan Jiji yang kutinggalkan di kuartersku. Adakah ia akan baik-baik sahaja? Argghhh... hati ini tidak sabar hendak melihatnya. Aduhai, apa yang sedang berlaku ke atas diriku ini? Fokus, Revi... awak tengah kerja sekarang! Aku cuba menenangkan hati ini, kerisauan yang teramat! Padahal Jiji cumalah seekor kucing.

"Masih di sini rupanya si bebal sorang ni. Ingatkan dah kena 'goreng' hingga hangus, wujud lagi rupanya?" Kata Chef Jaysther yang baru masuk syif kerja.

Dia berkata sedemikian apabila ternampak aku menghantar pesanan ke kaunter dapur. Mungkin kejadian semalam masih melekat di hatinya, dia menyimpan dendam ke atas diriku ini... tapi, aku tak kisah kerana Robert merupakan tuan empunya kedai, dialah yang bertanggungjawab sebagai seorang majikan. Abaikan 'lalat' disekeliling yang tidak memberi faedah langsung, cuma tahu nak menyakitkan hati orang aje! Kata-katanya itu aku buat tak endah sahaja, tak sakit sehingga berdarah pun! Chef Jaysther segera menghilang ke dalam dapur setelah menyedari aku buat-buat sibuk melakukan kerja. Pedulilah kau sana... yang penting aku tak sabar nak berjumpa dengan Jiji. Oh, kucing kesayanganku!

"Brielle, Boss besar panggil awak." Ujar Rosie.

Terkedu hatiku mendengarnya... Robert hendak berjumpa denganku? Pasal apa pula? Takkanlah gara-gara Chef Jaysther tak ingin melihatku kerja dalam syif dia? Buat naik angin pula apabila terkenangkannya.

"Awak ni betul-betul buat banyak masalah, tau?" Tegur Rosie seperti mengejek.

Dia ni pun lain macam aje cara tuturannya... tak apalah, siapalah juga diri ini, kan? Aku mengatur langkah menuju ke bilik pejabat Robert. Ada apa lagi masalah yang telah aku lakukan?

"Brielle... mulai hari ini awak mulakan kerja malam pula, ya?"

Aku sungguh terkejut mendengarnya, "Apa?!"

Robert juga tersentak dengan nada suaraku sedikit meninggi. Memang aku begitu terkejut mendengar akan kata-katanya itu. Aku kena kerja malam pula selepas ini? Fikiranku segera terbayangkan Jiji, dia pasti sangat kelaparan menunggu kepulanganku.

"Ada apa masalah, ke?" Tanya Robert, serius.

Aku juga sangat serius pada saat ini... dapat kurasakan perubahan pada riak wajahku, muka yang tidak berpuas hati. Itulah hakikatnya!

"Saya tak ada hak nak membantah." Mengaku kalah juga pada akhirnya...

Iyalah, kan dia bos besar? Tak boleh dibantah setiap kata-katanya. Semoga Jiji tidak ada apa-apa sementara menunggu kepulanganku.

"Baiklah, awak boleh balik sekarang. Nanti jam enam petang awak masuk syif malam pula." Terang Robert.

Mendengarkan itu aku sedikit kehairanan kerana diberi pulang seawal jam tiga petang seperti ini. Susah hatiku sebentar tadi telah beransur tenang. Sukanya hati ini dapat berjumpa dengan Jiji.

"Baiklah, boss!" Kataku dalam kegirangan lantas keluar dari bilik pejabat Robert.

Sebaik sahaja keluar dari bilik ofisnya, kepala otakku mulai berfikir apa makanan yang harus kuberikan kepada Jiji.... aduhai, tak pernah ada haiwan peliharaan, kan? Beginilah kejadiannya... disebabkan terlalu memikirkan makanan untuk Jiji aku tidak menyedari Rosie memanggilku.

"Awak nak ke mana pula tu?" Tanya Rosie apabila ternampakku menyimpan apron dan topi ke dalam loker milikku.

Aku berperasaan sesuatu yang agak lain dengan wanita sorang ni. Baik aku cuba menyiasatnya sendiri... manatau ia cumalah sekadar satu perasaan yang tidak membawa apa-apa keberuntungan terhadap diri ini. Bukankah itu sangat membuang masa?

"Aku dah kena pecat." Bohongku dengan sedih, patah hati konon.

Terkadang aku boleh menjadi seorang pelakon (hihihii).. dah dipecat, kan? Apa boleh buat? Terima kenyataan ajelah... berserah, cuma itu merupakan satu kebahagiaan hati. Rosie membesarkan anak matanya... dah termakan umpanku. Aku menyengetkan senyuman namun tidak ketara. Nampak tak? Bolehkah anda merasainya apabila anda sudah mengetahui ia... sangat menakutkan apa sebuah senyuman dapat sembunyikan?

"Awak betul-betul dipecat, ke? Adakah sepantas itu? Pasal perkara tempoh hari yang awak melakukan kesilapan? Chef Jaysther juga tidak suka pekerja yang merosakkan reputasi cafe ini... sekali bersalah maka selamanya melekat pekerja yang tidak cekap kepada mereka."

Aku hanya membiarkan dia selesai berhujah... Jika hidup adalah jalan yang berdebu maka aku memerlukan kawan yang akan membersihkan jalan dan membawakan aku dengan kebaikan. Melalui masa yang tebal dan nipis, terbaik dan terang... aku menantikan seorang sahabat sejati. Bukan seorang kawan yang ingin menjatuhkan diri ini dan aku dapat merasakan Rosie menyimpan satu perasaan dengki denganku. Aku tahu sebab saya adalah Revi Brilliant!

"Awak rasa begitu, ke?" Soalku pula.

Dia mengerutkan dahinya seraya berkata, "bukan ke? Saya tau chef Jaysther sangat cerewet dan paling benci..."

"Pekerja yang lembab?" Dugaku bersahaja.

Dia terdiam... aku memandang ke arahnya. Dia melihatku, pelik!

"Saya tak berniat nak panggil awak begitu."

"Sudahlah, Rosie... siapa pun kita, hidup tetap diteruskan juga. Saya tau awak membenci saya, kan?" Kali ini aku benar-benar tidak dapat mengawal perasaan hati.

Sekali lagi aku membuatnya terdiam..aku tidak memandang ke arahnya.

"Awak tak perlu cakap sebab saya dapat merasakannya biar awak tidak menunjukkannya. Dan, sebenarnya saya tak dipecat cuma diganti bekerja syif malam."

Selesai sahaja aku berkata sedemikian aku mengatur langkah meninggalkannya yang jelas terukir wajah terkejutnya. Baru padan dengan muka awak kan, Rosie?

Tenangnya hati ini sebaik sahaja keluar dari cafe. Ia dapat tenang daripada bebanan stress sepanjang hari... tidak best lah itu perasaan apabila anda bekerja dalam tekanan. Berat bahu memikul, berat lagi yang dihadapi okeh jiwa. Kini, aku mengeluarkan satu keluhan penuh dengan keimanan bagi mengurangkan stress yang bersarang. Di dalam bayanganku sedang memikirkan Jiji. Gembiranya hati ini apabila dapat bertemu dengan kucing kesayangan! Kucing baru dijumpai. Aku singgah sebentar ke sebuah kedai serbaneka untuk membeli sekotak susu dan beberapa pek makanan kucing. Dalam hati begitu pasti Jiji akan menyukai makanan tersebut. Selama ini aku tidak pernah mempunyai haiwan peliharaan jadi aku belum begitu arif lagi nak menjaga seekor kucing. Apatah lagi, kucing seperti Jiji yang memang mempunyai tuan empunya. Bulunya begitu lembut dan mendapat seutas rantai dikalung pada lehernya... bukankah itu sudah menunjukkan dia benar-benar disayangi okeh tuannya? Cuma siapa pemiliknya? Itu aku belum ketahui lagi.

"Jiji." Panggilku sebaik sahaja sampai ke dalam bilikku.

Kucing hitam itu masih tertidur di atas tilam namun setelah mendengar suaraku mencarinya... dengan pantas dia terjaga lalu menguap dengan lebar. Sungguh panjang tidurnya... dia berjalan ke arahku sambil mengingau. Kelaparan kot? Terbit rasa kasihanku kepadanya.

"Nak susu?" Tanyaku pula sambil mencari bekas buat menuang susu untuknya.

Kali ini panjang suaranya mengingau seolah-olah menjawab kepada persoalanku itu. Tersenyum terus aku melihatnya yang tengah menggesel pada kakiku. Manja betullah si Jiji ni... adakah tuannya juga semanja ini? Mungkin orangnya mempunyai sifat penyayang tinggi. Tengok sajalah keadaan Jiji yang terurus dengan baik.

"Minumlah, Jiji."

Dan.. Jiji bergerak mendekati bekas yang berisi susu itu. Dia menghirupnya dengan penuh nikmat bagi memuaskan perutnya yang menahan lapar seharian. Biasa minum susulah dia ni... tengok tu, sungguh cepat dihabiskannya. Selesai meminumnya dia beralih ke arah tingkap pula, dia menjilat bulunya sambil memerhati ke luar. Entah apa yang dilihatnya di sana. Yang menjadi persoalanku, kenyang ke dia hanya minum susu?

"Meow..." Jiji bersuara lembut sambil memerhati sesuatu diluar.

Penasaran di hati... aku mengatur langkah kepadanya. Tidak ada apa-apa juga, kenapa dengan dia ni? Rindu rumah lama, ke?

"Saya tak faham lah, Jiji..."

"Meow..."

"Rumah awak, ke?"

Tidak tahu yang mana satu sebab terlalu banyak bangunan dihadapan bilik kuartersku ini... hanya Jiji yang memahami kehendak hatinya. Sayu aku melihat gelagat kucing ini. Berperasaan ke dia? Tidak sanggup berjauhan dengan tuannya. Akan tetapi, bagaimana pula dia boleh terpisah dari tuannya? Andai sahaja Jiji boleh berbicara dan menceritakan segalanya kepadaku. Aku beransur meninggalkannya yang masih tercegat di tepi tingkap, biarlah Jiji dengan perasaannya. Seperti seorang manusia, kita sangat memerlukan ruang untuk bersendirian.