Bagaimana ia boleh jadi seperti ini pula? Aku masih belum boleh terima semua ini sepenuhnya... di tempat seperti ini, dan Jiji seekor kucing hitam yang merupakan kucing kesayanganku kini boleh berbicara denganku. Saat ini, fikiranku benar-benar buntu... letih mengenangkan setiap kisah yang kualami.
"Setiap orang mempunyai sebuah kisah untuk diceritakan, begitu juga dengan saya."
Kata-katanya itu membuatkanku terdiam seribu bahasa... dia juga memiliki satu kehidupan yang mana hanya diketahuinya seorang. Pahit dan manis dilaluinya bersendirian. Tapi, siapa dia yang sebenarnya?
"Jiji..."
"Itu bukanlah nama saya yang sebenar... sumpahan ke atas diri ini yang telah mengubah saya seperti ini. Saya adalah seorang lelaki... dan nama saya? Sakit kepala saya apabila ingin mengingati semua tentang diri saya."
Dia berkata sedemikian dalam kepayahan menahan kesakitan yang dialaminya. Adakah dia baru mengatakan dirinya disumpah? Siapa yang melakukannya? Kenapa ramai sangat orang jahat dalam dunia ini?
"Saya tak boleh ceritakan semuanya kerana ingatan saya tidak setajam awak... tapi saya mempunyai satu kelebihan yang dimiliki manusia biasa. Begitu juga dengan awak, mereka memburu awak sebab awak bukan sembarangan orang."
Aku... bukan sembarangan orang? Jadi, siapa aku yang sebenarnya? Aku merenung Jiji dengan tajam. Baru ku sedari akan sesuatu benda yang paling penting... takkanlah selama dia tinggal bersamaku, dia telah nampak segala 'aset' ku yang begitu berharga? Dia kan seorang lelaki?
Si kucing berubah teruk wajahnya saat ini... kucing ini bukan sembarangan kucing!
"Saya tak pernah intai awak, tau? Saya masih seekor kucing dan apa yang saya boleh lakukan?"
Jiji seperti boleh membaca isi hatiku ini, tapi dia tetap seorang lelaki walaupun dia disumpah.
"Mata awak baru dibangkitkan, awak boleh tahu sama ada saya berbohong ataupun tidak... mata yang boleh melihat kebenaran, itu adalah awak Revi Brilliant."
Aku boleh melihat menembusi ke dalam hatinya.. putih bak salju dan bersinar seperti kristal. Adakah itu menunjukkan dia benar-benar berkata jujur denganku?
"Ya, awak dah berjaya menggunakan mata awak sekarang.. awak boleh bergantung kepadanya untuk memberikan jawapan kepada segala persoalan awak selama ini."
Adakah aku bermimpi? Aku boleh mendapat jawapan akan semuanya?
"Cuba ujinya dengan satu perkara, kita berada di mana sekarang?"
"Bagaimana caranya?"
"Fokus dengan pejam rapat mata awak dan dengar kicauan burung. Apabila hati awak dalam ketenangan awak boleh menggunakan kuasa mata awak."
Kuasa mata? Sememangnya aku masih keliru dengan semua ini. Ia masih terlalu baru untukku ketahui.
"Ini bukan perkara baru untuk awak, Revi. Selama ini, ia terkubur di dalam diri awak. Awak kena yakin seperti awak ingin menjadi seorang bintang. Segalanya bermula dalam kegelapan."
Dia... memang sangat memahami semua yang tersirat di dalam hatiku. Baiklah, aku juga ingin menguji sejauh mana akan kebenaran kata-katanya itu.
Dan, aku mulai fokus sambil mendengar kicauan burung seperti yang diarahkannya.. dalam kelompok burung itu hanya seekor sahaja yang menarik perhatianku. Aku berusaha mendekatinya secara perlahan-lahan ia berada dekat dalam pandanganku sehingga menjadi lebih dekat lagi dan aku boleh melihatnya dengan jelas. Ia juga melihat kepadaku dengan kepalanya sedikit senget ke kiri.... mungkin kehairanan melihatku. Buat beberapa detik kami saling membalas renungan. Namun, secara tiba-tiba burung tersebut dilemparkan sebiji batu lalu menyebabkannya jatuh ke atas tanah.
"Buka mata awak, Revi!" Teriak Jiji mengejutkanku lantas aku membuka mataku seluasnya.
"Apa hal awak ni?" Aku memarahinya kerana tidak berpuas hati setelah mengganggu konsentrasiku.
"Shhh... awak sudah bawa kita ke tempat ini."
Haa?? Apa lagi yang dia merepek ni? Bila masa pula aku membawanya ke mari? Terkaku kakiku, seluruh tubuhku seakan-akan sudah tidak boleh bergerak lancar. Dan nafasku... tersekat.
"Kembali ke masa lalu, tempat kelahiran awak... Rumah Agam keluarga Brilliant. Bukankah ini yang awak mahukan? Mencari kebenaran disebalik nama Revi Brilliant? Seperti yang saya pernah tanya sebelum ini, adakah awak seteguh itu nak mengetahuinya?"
"Tapi saya tidak membesar di tempat mewah seperti ini." Kataku sambil mengamati keadaan sekitar rumah tersebut.
"Banyak yang tidak awak ketahui... begitu juga dengan ibu bapa kandungmu.."
Buat ke sekian kalinya aku terpanah mendengar akan kata-kata yang dilemparkan oleh Jiji itu. Apa lagi benda yang dia merepek tak ketentuan ini? Aku segera melihat kepada hatinya dan dia tidak berbohong kepadaku.
"Cyril!"
Nama itu... nama papa! Aku mencari kelibatnya dengan penuh debaran di dada. Terkedu aku ditempatku sendiri...
"Papa..."
Dan, papa datang kepadaku tergesa-gesa seperti selalu jika mendapatiku mengalami sebarang kelukaan. Dia sentiasa ada disisiku... papa, betapa Revi sangat rindukan papa! Terasa panas dibahagian kelopak mataku saat ini, airmata deras bercucuran menangisi kerinduan yang tiada penghujungnya. Aku begitu dambakan pelukan hangatnya selama ini.
"Hayley!"
Papa bergerak menembusi diriku... seakan-akan aku tidak wujud dihadapannya. Nama Hayley baru sahaja diungkapkannya. Dengan pantas aku memusingkan badan ke belakang. Oh Tuhan, dia benar-benar adalah Hayley Bright! Dan dia sedang mendukung seorang bayi. Anak siapa? Hayley mempunyai seorang bayi?
"Abang kena cepat sebelum Micah sampai, dia tidak boleh tahu kewujudan anak ini. Dia terlalu menginginkan anak lelaki. Keluarga sendiri dia boleh bunuh, ini apakan pula anak sendiri. Saya tak mau bayi ini dibunuh. Saya sudah kehilangan Nicky, saya tak mau kehilangan bayi ini juga."
"Micah memang sangat melampau! Banyak menipu keluarga kita... biar abang bunuh dia aje!"
"Jangan, abang! Terlalu banyak konco-konco di sekelilingnya... nyawa abang yang akan melayang mendahuluinya. Saya tak mau abang buat begitu! Cukuplah abang tolong saya jagakan bayi ini sebaiknya."
Bayi yang masih dalam balutan itu sudah berubah tangan... papa mendukungnya, kenapa aku berasa bayi itu sangat selamat dalam pelukan papa?
"Rahsia ini, saya harap abang dapat simpan bersama isteri... saya sudah berikan bayi saya ini dengan satu nama. Sepanjang malam saya fikirkannya. Saya namakan dia, Revi Brilliant."
"Satu nama yang unik, pasti akan menjadi seorang yang berjaya apabila sudah dewasa kelak."
"Dia akan menjadi sebahagian daripada kita, abang. Satu hari nanti saya akan mencarinya kembali. Apabila masa itu tiba, saya tidak tahu sama ada dia dapat menerima saya sebagai ibu kandungnya."
Apa semua ni? Hayley Bright.... merupakan ibu kandungku? Adakah ini rahsia yang dimaksudkan oleh papa suatu ketika dahulu? Rahsia disebalik namaku... Revi Brilliant! Bagaimana pada waktu pertama kali jodoh mempertemukan kami berdua? Aku menutup rapat mataku dan sebutir airmata terakhir jatuh ke atas lantai yang nyata. Aku boleh merasakan ia menitik pada permukaan lantai sehingga titisan itu melebar melepasi ruangan angkasa...
"Revi!"
Jiji memanggil namaku sekuat hatinya... sudah menjadi tugasnya untuk menyedarkanku.
"Di mana kita sekarang?"
"Kalau ya pun nak tukar tempat, beritahulah saya dulu. Ini tak, buat kejut saya je awak ni!" Marah Jiji kepadaku pula..
"Manalah saya tahu asal nak fokus satu benda kita akan berpindah?"
"Mata tu sensitif kalau dipejamkan..."
Masa sebegini pun kami boleh bergaduh lagi rupanya... kan betul dengan apa yang pernah saya bayangkan dahulu.. kalau si Jiji ni boleh berbicara memang membuatkan aku terdiam.
"Saya taulah tu... awak ingat saya ni gila, ek? Sudahlah penakut tahap gaban."
"Apa??!!"
Kami berdua dikejutkan oleh suara itu, terpaku kami melihat Hayley yang tidak senang duduk lalu berdiri menghadap tingkap. Dia sedang bercakap dalam talian. Dengan siapa? Itu belum pasti lagi..
"Micah betul-betul sudah melampau kali ni! Kami dah bercerai, kenapa dia masih mau mengganggu keluarga saya? Saya akan masukkan dia ke dalam penjara!" Tengking Hayley lalu melemparkan telefonnya kepada dinding.
Hancur berkecai telefon tersebut... dia benar-benar tengah marah saat ini.
"Maafkan Hayley, abang! Kali ini saya benar-benar sudah kehilangan abang dan Revi..."
Hayley menangis sepuas-puasnya... Tanpa ku sedari, dia merupakan ibu kandungku yang mana juga sangat merana sama seperti diriku... Batin yang terluka... banyak mengalami kehilangan, dan kami sama-sama telah kehilangan orang yang tersayang. Adakah aku dapat menerimanya sebagai ibu kandungku?
"Revi... mama akan cari Revi sampai dapat, tak kira sehingga ke hujung dunia."
Terasa sebak dadaku mendengarnya...
Why oh why, tell me why not me?
Why oh why, we were meant to be
Baby, I know I could be all you need
Why oh why
I wanna love you
If you only knew how much I love you
So, why not me?
Lirik lagu yang baru sahaja dinyanyikan oleh Hayley Bright.... aku seperti pernah mendengarnya sebelum ini. Kepala otakku ligat mengingati akan lirik lagu tersebut.
"Revi, kita dalam bahaya sekarang!"
Mataku segera teralih kepada Jiji, kenapa dengan dia ni?
"Apa maksud awak?"
"Huruf pada rantai leher saya tinggal berapa je lagi?"
Dia bertanya sedemikian lantas aku memerhatikan rantai lehernya itu, cuma tinggal 'JIJ'... dah hilang satu huruf.
"Cuma tiga huruf yang tinggal, kenapa?"
"Alamak, kita kena cepat keluar dari sini! Kalau tidak selamanya kita menjadi seperti ini."
Aku segera menutup mataku untuk berpindah ke tempat yang lain pula. Namun, tidak berhasil! Ini kali aku tidak berjaya membayangkan apa pun.
"Kenapa?" Jiji bertanya kepadaku.
"Tak boleh."
Aku melihat jauh ke dalam wajah sugul milik Hayley Bright. Dia mamaku? Kenapa hatiku terasa berat hendak meninggalkannya? Seperti ada sesuatu yang belum selesai kat sini...
"Tak boleh lepaskan dia.. seperti saya, dia perlukan seseorang yang boleh menenangkannya daripada terus bersedih."
"Argghh, Revi! Ia sedang menyeksa saya!"
"Jiji!"
Seluruh badanku menggigil apabila melihat keadaan Jiji yang begitu kesakitan. Apa benda yang sedang menyeksanya? Aku tidak dapat melihat apa pun...
"Pejuang... awak adalah seorang pejuang! Lambang seorang pejuang yang memiliki keamanan. Revi, sebarkan kebahagiaan kepada semua orang."
"Saya tak faham, Jiji!"
"Jangan biarkan mama awak bersedih, biar dia dapat rasakan kehadiran awak di sini."
"Tapi macam mana?"
"Awak tau apa yang menjadi persamaan kamu berdua? Bakat awak dalam bidang muzik, bagaimana awak cuba menghilangkan kesedihan dan segala kelukaan yang awak alami selama ini? You are a true fighter, Revi."
Adakah diri ini merupakan seorang pejuang? Aku melihat kembali kepada Hayley Bright, rambutnya yang memang panjang dan sedikit ikal pada pangkalnya... sama seperti rambutku kini.
"Wajah kamu juga hampir seiras, cuma bentuk muka awak ada besar sedikit... mungkin seiras dengan bapa kandung awak."
Aku mengerutkan dahi kerana tidak mempercayai apa yang baru sahaja dikatakan oleh Jiji itu. Aku dan Hayley Bright kelihatan seiras? Aku menghampiri Hayley yang tengah dirundung kesedihan saat ini, pada masa yang sama di tempat yang lain, aku juga sedang bersedih atas kematian papa dan mama.
"Inilah tarikhnya saya ditinggalkan sendirian, ketika mereka terlibat dalam kemalangan. Begini pula keadaan yang dialami oleh Hayley? Tak, saya sepatutnya memanggil dia sebagai 'mama'. "
"Oh my Revi... maafkan mama kerana tak ada disampingmu saat awak bersedih. You are my fight song!"
Kepala otakku terasa seperti disambar petir sebaik sahaja mendengar Hayley berkata sedemikian. Dia membuka satu lembaran kertas yang kelihatan seperti lirik lagu. Selepas itu, Hayley menggapai biola miliknya lantas memainkan lagu sebagai penawar pada kelukaan hati.
"This song especially for you, Revi... mama akan mainkan ia kalau sangat merindukanmu. Only whispers can tell, I wish you were here." Kata Jiji yang sedang membaca apa yang tersirat di dalam hati Hayley Bright.
"So, here I am now, ma!" Kataku lalu memeluknya erat dari arah belakang.
Dan, aku boleh menyentuhnya! Namun, dia tidak dapat merasakan pelukanku. Mama, boleh mama rasakan pelukan Revi? I'm just right behind you. Titisan demi titisan air matanya mengalir gugur membasahi pipi, menangisi kerinduan yang tidak mampu dibayar. Aku dapat merasakan kasih sayangnya yang tidak berbelah bahagi, biarpun aku tidak dijaga olehnya sejak kecil namun aku masih begitu berharga kepadanya.
"Saya maafkan mama... saya maafkan kerana telah memberikan saya kepada orang lain dan biarkan saya hidup bersendirian. Satu benda yang saya nak ucapkan dari isi hati saya sendiri, I love you, mom!"
Setiap kata-kata itu lahir daripada ketulusan hatiku sendiri dengan harapan dia boleh mendengarkanku. Jika diberikan peluang kedua, aku begitu menginginkan mempunyai satu kisah kehidupan yang boleh dikongsikan bersamanya. Bukan hubungan professor dan anak murid sebaliknya adalah sebagai satu keluarga.
"I can feel you, Revi!" Kata Hayley sebelum lenyap dari pelukanku...
Dia telah hilang dan kini kami sudah berada di sebuah tempat yang lain pula... hanya kegelapan tanpa diterangi sebarang cahaya.
"Jiji, apa yang berlaku? Kenapa kita boleh sampai ke sini pula? Saya tak ada pejamkan mata pun."
"Awak dah berjaya putuskan sumpahan yang bersarang dalam jiwa awak, Revi... dengan memaafkan kesalahan mama awak selama ini."
"Kalau begitu, kenapa kita tidak kembali ke dunia nyata? Kenapa kita tersekat kat sini pula?"
Soalan aku itu tidak segera dijawab oleh Jiji, dia terdiam buat beberapa waktu. Entah apa yang membuatkannya mendiamkan diri secara tiba-tiba.
"Sebab saya belum menghapuskan sumpahan dalam diri ini. Kalau tidak berhasil sebelum tiga huruf yang tinggal lenyap... selamanya kita akan kekal di tempat ini."
Dengan mata yang terbuka luas, dan fikiran mula memikirkan jalan untuk membantu Jiji dalam menghapuskan sumpahan ke atas dirinya. Untuk kembali ke bentuk manusia semula hanya terdapat satu sahaja caranya...?
"Awak kena ingat siapa nama awak yang sebenarnya..."
"Itulah kelemahanku kerana sudah tidak mengetahui siapa namaku yang sebenarnya."
Jiji menjawabku dengan penuh kedukaan terlakar pada riak wajahnya. Aku merenungnya dalam diam cuba mendapatkan setiap perincian, siapakah dia ni yang sebenarnya? Kenapa kami boleh berjumpa dan hati ini kuat mengatakan dia adalah seseorang yang begitu penting bagi hidupku? Biarpun dia hanyalah seekor kucing.
"Saya bukan seekor kucing! Sememangnya saya bukan seekor kucing! Saya juga seorang manusia!!" Teriak Jiji yang berbaur dengan perasaan amarahnya saat ini.
Dia juga seorang manusia, kataku sendirian dalam hati sambil memejamkan mata buat seketika. Jiji... tolong bawaku ke tempat asalmu...
"Your heart is my northen light, I will always find my way home."
"Revi!" Panggil Jiji menyebabkanku segera membuka mata dan melihat kepada Jiji yang sedang bercahaya pada ketika ini.
Cahaya yang terhasil itu lahir daripada hatinya sendiri, ia mengeluarkan satu cahaya yang begitu terang dan sangat terang sekali!
"Bertahan Jiji!" Kataku panik apabila menyedari cahaya itu cuba membawa Jiji pergi, meninggalkanku di sini sendirian.
"Revi, you are the light..." ujar Jiji namun tidak kedengaran semua yang dikatakan olehnya.
"Don't go, Jiji!"
"Come and save me."
Kata-kata terakhir yang disampaikan oleh Jiji kepadaku sebelum ia benar-benar hilang dari pandanganku. Di manakah aku patut mencarinya? Di sebuah tempat yang dipenuhi dengan kegelapan tanpa dapat mencari sebutir bintang pun. Tapi, aku tidak gentar dalam gelap kerana selama ini duniaku memang sentiasa berada dalam kegelapan. kehidupan yang telah menguatkanku agar dapat berdiri teguh, seteguh hatiku!
"I'm taking Jiji back to life!"
fantasies will haunt you... welcome to Nella Fantasia world!