Chereads / Spreader Of Joy / Chapter 13 - chapter 13

Chapter 13 - chapter 13

Alkohol dan arak, aku sememangnya tidak pernah mengetahui akan benda ini. Namun yang pasti ia merupakan sesuatu benda yang tidak baik dihadam oleh tubuh seseorang manusia. Fikiranku segera menggamit bagaimana pada waktu pertama kali terjumpa dengan profesor Hayley Bright. Dalam keadaan yang mabuk dia datang kepadaku dan banyak benda dia merepek pada masa itu. Biasalah kalau orang dah mabuk akan mengalami keadaan separuh sedar. Apabila terkenangkannya kini hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi maka genaplah tempoh tiga minggu aku berada di sini. Dan, selepas itu dimanakah lagi akan menjadi tempat persinggahanku yang seterusnya?

"Brielle.... nama awak, kan?"

Datang seorang gadis bertanyakan namaku. Siapa dia ni? Aku mengamati kepada pakaiannya... bukan seragam seorang pekerja cafe. T'shirt berwarna gelap dan berseluar jeans ketat. Rambutnya yang panjang diikat tinggi... senyuman manis tidak lekang terukir, cantiknya dia ni!

"Iya." Jawabku pendek.

"Saya Jessica panggil aje Jess. Awak kerja kat sini, ek?"

Sambil tersenyum aku menganggukkan kepala. Belum mahir hendak bergaul maka beginilah kejadiannya.

"Awak kerja kat sini juga, ke?" Dengan berani aku mengajukan pertanyaan kepadanya.

Akan tetapi, dihujung bibir terasa terketar-ketar... orang yang pemalu biasanya sering mengalami keadaan seperti ini. Dan, tidak terkecuali diri sendiri 😅..

"Taklah, saya seorang pemain drum di sini. Saya dapat tahu yang awak ni anak murid Hayley Bright, tapi kenapa awak buat kerja macam ini pula?"

Jawapan kepada persoalannya itu... cuma satu saja yang aku tahu.

"Profesor saya pergi ke luar negara dan tinggalkan saya kat sini. Di samping dapat membantu Encik Robert."

"Oh begitu... jadi apa kemahiran awak? Violin, macam cikgu awak juga ke?"

Kini baru aku tahu bahawa Hayley Bright sangat berbakat dalam alat muzik biola. Bukankah dia hebat bermain gitar? Aku selalu mengintainya bermain gitar semasa melintasi bilik muzik.

"Gitar."

"Gitar?" Dia bertanya seakan-akan tidak mempercayai kata-kataku itu.

"Tapi saya tidaklah sehebat mana." Luahku kerana sedar akan kemampuan diri sendiri.

"Janganlah terlalu merendah diri... awak patut bangga kerana merupakan seorang anak murid Hayley Bright. Dalam bidang seni dialah yang teragung selepas abangnya. Keluarga Bri..."

Kata-kata Jessica terputus di sana kerana ada seseorang yang memanggilnya.

"Jess! Awak buat apa kat sana? Kita dah nak buka tirai dah ni!"

Kami segera memandang kepada empunya suara itu.

"Aishh... si Carla ni. Mana tirai nak dibuka pula? Sejak bila pentas kita ada tirai ni, Carla?"

"Si ulau ni memang ada saja bahan nak kenakan orang... cepat lah!"

"Iyelah... dialah vokalis kitorang. Dan Brielle saya harap ini bukan pertemuan kita yang terakhir sebab saya nak tengok bakat awak!"

Aku hanya tersenyum mendengarnya... serba sedikit memberikan aku motivasi untuk melangkah setapak ke hadapan. Aku melihatnya yang semakin menjauh terasa baru berjumpa dengan seorang bintang! Adakah aku boleh menjadi seperti mereka ini satu hari nanti? Bila masa itu akan tiba... aku sudah tidak mempunyai sebarang kekeliruan lagi... segala kesusahanku bakal berakhir... di mana jiwaku juga akan tenang... tenang ditempatnya.

Hello Hello...

Can you hear me?

As I scream your name?

Hello Hello

Do you need me

Before I fade away?

Is this what place that I call home?

To find what I'll become

Walk along the path unknown

Dengan lagu yang berkumandang aku melakukan tugas dengan menghantar pesanan ke setiap meja. Mereka semua menikmati dendangan lagu yang agak rancak dan suara Carla memenuhi setiap ruang cafe ini. Seorang vokalis yang mempunyai suara begitu merdu, aku terpesona mendengarnya namun memandangkan tengah bekerja... aku tetap terhibur biarpun dalam kesibukan. Walaupun sangat bingit akan tetapi aku gembira berpeluang mendengar lagu menarik. Beberapa kali aku mencuri pandang ke arah Jessica yang mantap caranya bermain drum. Mereka memang sangat berbakat. Satu perasaan halus menyuntik jauh ke dalam lubuk hatiku... di mana aku mempunyai satu dorongan inspirasi untuk menjadi seorang ahli muzik seperti mereka di atas sana.

"Selamat malam, pada hari ini tuan kedai ada seorang tetamu istimewa yang akan menyumbangkan lagu khas buat kita semua yang berada di sini. Betapa bertuahnya kita berpeluang menyaksikan persembahan daripada salah seorang anak murid Hayley Bright."

Aku yang tengah menghantar beberapa botol arak ke setiap meja tidak berapa jelas dengan kata-kata ucapan tersebut. Akan tetapi sebaik sahaja aku terdengar nama Hayley Bright diungkapkan, badanku terkaku sambil memegang dulang yang penuh dengan botol arak. Genggaman tanganku semakin erat, dalam fikiran segera mengingati siapa lagi anak murid Hayley Bright selain daripadaku?

"Mari kita menjemput agar dia naik ke atas pentas... persilakan saudari Brielle Avriella!"

Ruang cafe dipenuhi dengan tepukan gemuruh para pelanggan... dan aku masih lagi terpaku ditempatku sendiri. Komentator baru sahaja menyebut namaku... mereka seakan-akan menantikan aku untuk menyampaikan sebuah persembahan. Tapi, apa yang aku boleh buat? Hanya tahu serba sedikit sahaja. Tuhan, saya tidak boleh lakukan ini sendirian. Debaran di dadaku... hanya aku seorang saja yang maha mengetahuinya.

"Saudari Brielle... tolong naik ke pentas sekarang." Buat ke sekian kalinya namaku dipanggil.

Aku masih kekal dengan posisiku sehinggalah datang seseorang ke arahku lalu mengalihkan dulang yang dipegang olehku. Dia meletakkan dulang tersebut ke atas meja lantas memaut kedua belah bahuku. Mataku menentang kepadanya, dia merenungku...jauh ke dalam anak mataku.

"Brielle... please don't let me down." Kata Robert kepadaku.

Intonasi suaranya... kenapa aku boleh merasakan seperti papa saja yang mengungkapkannya? Mataku berani merenungnya dengan begitu lama. Kerana hatiku kuat menyatakan semua ini bakal baik-baik sahaja. Namun, apabila suara hati sudah menyatakan sedemikian aku tahu aku tidak mampu melakukannya.

"Maaf, saya betul-betul tak dapat..."

"But if you never try you'll never know."

Aku terkedu dengan kata-kata itu... adakah aku sekuat itu? Gelora jiwa ini membuatkanku hendak mengalirkan air mata... jiwa yang ketakutan.

"Masih ingat dengan apa yang saya pernah katakan kepada awak? Hayley Bright seorang yang profesional jadi awak sebagai anak muridnya mesti mempunyai prestasi yang tinggi."

Yang menjadi persoalannya sekarang, aku belum pernah dididik oleh Hayley Bright semenjak menjadi anak muridnya. Dia sibuk menghantar aku ke sana ke mari dan kini dia pula berada di luar negara. Bagaimana kami boleh melakukan latihan bersama? Lagipun, prestasi yang macam mana Robert nak aku tunjukkan? Sekadar bermain gitar...

"Brielle..." Rayu Robert.

Pilihan...? Sudah sedia maklum aku tidak mampu membuat sebarang pilihan. Seperti sedia kala...

"Baiklah, saya akan buat yang terbaik."

Akhirnya, aku sendiri menyahut cabaran mereka. Buat pertama kali aku akan membuat persembahan di atas pentas itu. Mataku meliar memerhati keadaan sekeliling... betapa ramainya pengunjung yang menjadi penontonku. Dalam hati sempat menyeru 'papa... tolong pimpin Revi, pa.'

"Inilah dia cik Brielle yang kita nantikan untuk menyampaikan persembahannya pada malam ini."

Sedikit senyuman pun aku tidak mampu hendak tunjukkan kerana debaran jiwa yang begitu bergelora saat ini. Ditambah lagi dengan bilangan manusia yang berada dalam cafe menjadikan aku lebih gementar.

"Awak mahir dengan alat muzik apa cik Brielle?" Tanya lelaki itu kepadaku.

Tertulis Edwin pada tag nama yang dikalungkan pada lehernya. Jadi, namanya adalah Edwin.

"Gitar."

"Gitar... bagus! Kita dalam kategori yang sama... akustik awak pandai main, tak?" Dia bertanya lagi..

Sebenarnya dia nak adakan sesi soal jawab atau hendak aku mempersembahkan lagu? Ketakutanku serba sedikit berkurangan apabila dia banyak bertanya.

"Tak tau."

"Baguslah awak ni bersikap jujur.. baiklah, awak boleh ambil posisi awak kat sana. Hari ini awak termasuk dalam band melody."

Band melody? Emm... boleh tahan nama kumpulan mereka ini.. aku mengatur langkah menuju ke arah gitar yang telah disediakan untukku dan sorotan mata sempat memandang kepada Jessica. Dia menunjukkan ibu jarinya kepadaku sambil bibirnya terkumat-kamit menyatakan... you can do it!

Tidak ada benda yang lebih penting daripada mempercayai diri sendiri. Percaya kepada diri sendiri bakal mengubah segalanya yang ada dalam diri anda. Stop trying, start trusting.

Dengan mata terpejam... di ruangan ini aku membayangkan hanya ada aku seorang sahaja. Mereka yang lain tidak wujud ditempat ini... biarlah imaginasi yang membawaku ke dalam duniaku sendiri kerana aku menjadi takut melihat orang ramai tertumpu kepadaku seorang. Sekali lagi aku mendengar suara hatiku, bukankah ini yang aku mahukan? Aku mesti merealisasikan itu di mana aku sentiasa ingin orang lain melihatku sama seperti aku tengok kepada bintang. Akulah bintang yang bakal menyinari malam anda! Kini, gitar sudahpun berada dalam dakapanku... seperti yang papa selalu ingatkan, belailah ia sebelum memulakan persembahan agar ia dapat mengalunkan sebuah lagu yang indah sekaligus menyentuh batin setiap orang yang mendengarnya. 'Spirit, Lead me...' lagu pertama yang diajarkan oleh papa kepadaku sudah mula berkumandang. Dalam keadaan yang tenang aku menghabiskan persembahanku, mereka tertumpu begitu asyik sama ada tertawan dengan alunan muzik tersebut. Sudah aku sedia maklum bahawa aku masih banyak kelemahan lagi. Namun, tepukan gemuruh tetap diberikan kepadaku sebaik sahaja aku selesai membuat persembahan. Mataku segera terpaut kepada Robert yang sedang merenungku dengan pandangan yang begitu sukar untukku jelaskan. Kenapa dengan dia? Tengok aku lain macam aje...

"Brielle... lagu itu? Macam mana awak boleh tahu lagu itu? Hayley yang ajar awak, ke?"

Bertubi-tubi soalan yang Robert berikan kepadaku... aku menjadi bingung yang mana satu patut aku menjawabnya? Lagipula jawapan yang betul pun aku tak tahu macam mana? Itu merupakan lagu warisan papa kepadaku sendiri... Hayley Bright belum berkesempatan hendak mendidikku lagi...

"Saya..."

Kata-kataku terbantut di sana sebab tidak tahu bagaimana caranya aku hendak menceritakan perkara sebenar. Robert masih menantikan jawapan daripadaku.

"Brielle Avriella.."

Kedengaran suara yang memanggilku dengan nama palsuku itu... siapa lagi gerangan? Aku menoleh ke belakang dan mataku hampir terbeliak melihatnya.

"Hayley?" Kata Robert juga seperti tidak mempercayai bahawa Hayley sudah kembali pulang.

Dengan derap langkah yang perlahan dia menghampiriku lalu meletakkan tanggannya ke bahuku. Seluruh tubuhku mengeras apabila dia berbuat sedemikian. Tidak terasa denyutan nadi, adakah aku masih bernafas saat ini?

"Saya yang telah melatihnya, Robert... hebat kan dia?"

Hayley mengeluarkan ayatnya itu dengan penuh kebanggaan. Genggaman tangannya terasa semakin erat, aku dapat merasakan debarannya juga. Dengan kejap aku memerhatinya, kenapa dia nak berbohong? Pandangan matanya yang penuh keyakinan tidak pernah pudar.

"Patutlah, dah jadi anak murid awak mestilah kena padan dengan awak. Dia boleh pergi jauh lagi..."

"Itu sudah semestinya. Terima kasih kerana sudah menjaga dia dalam beberapa tempoh ini."

"Dia juga seorang yang berkebolehan."

Kenapa aku berasa sangat lain apabila dipuji secara terangan oleh mereka berdua ini? Dapat kurasakan kedua belah pipiku berubah kemerah-merahan saat ini...

"Baiklah, Robert... kami akan bertolak pada malam ini."

Aku sedikit terpanah mendengarnya... aku pasti begitu juga dengan Robert kerana muka terkejutnya jelas terpancar.

"Saya bakal kehilangan seorang pekerja yang berbakat seperti dia ni."

"Pekerja apa? Dia anak murid saya, tau? Jangan nak mengada pula, ek?" Marah Hayley Bright setelah mendengar kata-kata Robert sebentar tadi.

Tapi, apa pula yang Robert merepek itu? Bila masa aku menjadi pekerjanya yang berbakat?

"Iyelah... orang nak gurau sikit pun tak boleh. Garang awak tu tak pernah hilang dimakan zaman."

"Itu bukan garang tapi tegas. Tak ada gurau-gurau, okay? Gaji jangan lupa diberi pula.. saya tau mesti awak dah mendera dia ni, kan?"

Robert tersenyum mendengarnya... secara fizikal dan emosi memang dia ada menderaku. Siap dihukum berjoging taman sepuluh pusingan dan dimasukkan ke dalam bilik hukuman.

"Itu bukan mendera tapi sebagai satu pengajaran. Dia seorang yang patuh kepada arahan..."

"Stop, Robert! Kalau nak dengar awak merapuh memang sampai tahun depan takkan habis. Brielle, pergi kemas barang awak." Arah Hayley seraya meleraikan tangannya daripada berterusan memeluk bahuku.

"Awak betul-betul nak bertolak malam ni juga, ke?" Tanya Robert.

"Yes."

Dan tanpa membuang masa aku segera mengatur seribu langkah meninggalkan keduanya di sana... meninggalkan ruang cafe. Aku bakal berpindah dari tempat ini, dan dalam bayanganku terkenangkan Jiji... aku hendak membawanya bersama! Jiji si kucing hitam, kucing kesayanganku...

Malam yang pekat aku tempuhi dengan begitu yakin dan penuh keberanian. Angin malam yang bertiup membuatkanku berasa sedikit kesejukan. Hanya beberapa langkah saja lagi dan aku semakin menghampiri bangunan kuartersku. Di dalam hati tidak sabar hendak bersemuka dengan Jiji... dialah harapanku! Orang boleh mengatakanku seorang yang gila tapi kamu tidak mengetahui bagaimana peritnya menjalankan satu kehidupan...yang diterangi oleh diri anda sendiri. Bersendirian dalam kesunyian... parut yang melukakan jiwa. Kenapa? Terhenti... langkahku terhenti. Penasaran dihati... kenapa Jiji selalu memerhati bangunan di hadapan kuartersku ini? Adakah tuannya tinggal berhampiran kawasan ini? Aku mengerling sekeliling bangunan tersebut. Tidak ada apa-apa yang mencurigakan.

"Saya akan meninggalkan tempat ini, jadi tidak perlu nak risaukan apa-apa lagi." Aku berkata sedemikian saja nak sejukkan kegusaran hati.

Alamak, aku kena bertindak cepat kalau tidak memang akan mengundang kepada kemarahan Hayley Bright! Selepas itu aku segera masuk ke dalam bilik, Jiji pula berada dekat dengan tingkap seperti menjaga sesuatu.. aku membiarkannya lantas menyumbat semua pakaianku ke dalam beg bagasi.

Tok!! Tokk!!! Bertalu-talu pintu bilikku diketuk. Hatiku begitu terperanjat kerana terlalu leka menyelesaikan barang-barangku. Siapa pula tu? Aku segera menghampiri pintu biarpun dalam hati sangat berdebar. Tanganku juga sedikit menggigil sewaktu memulas tombol pintu.

"Brielle, awak dah siap ke? Kita kena cepat..." sergah Hayley sebaik sahaja meluru masuk ke dalam bilik.

Aku sedikit berasa lega apabila dia yang mengetuk pintu bilik sebentar tadi... kenapa dengan dia ni? Kelihatan sangat risau dan secara tiba-tiba Jiji mengingau sambil menghala ke tingkap seperti sedang melihat sesuatu.

"Kucing awak, ke?" Tanya Hayley lantas mengorak langkah ke arah Jiji.

Dia mengerling dengan penuh pemerhatian. Gelagatnya juga kelihatan seperti Jiji, apa agaknya?

"Pandai awak kucing! Macam mana dorang boleh sampai secepat ini? Brielle bawa barang-barang awak!" Tegas suara Hayley memberikan arahan.

Kepala otakku masih kebingungan mendengar kata-kata Hayley tadi. Siapa yang dimaksudkan olehnya? Hatiku bertambah takut apabila ternampak Hayley mengeluarkan sepucuk pistol dari beg tangannya. Jiji pula segera mendekatiku, sejak dari mula lagi Jiji menjaga sesuatu diluar tingkap seperti menjaga keselamatanku pula lagaknya. Aku membimbit beg bagasi sambil mendukung Jiji pada bahuku. Dia tidak boleh terlepas daripadaku... sebab dialah segalanya bagiku.

"Hati-hati dengan setiap langkah dan jangan panik!" Kata Hayley sebelum kami keluar dari ruang bilik kuarters.

Memang bohonglah kalau aku tidak terkejut mendengar dengan kata-katanya itu.. tapi aku meletakkannya ke tepi terlebih dahulu kerana keadaan genting aku perlu fokus demi keselamatan kami yang belum pasti apa yang bakal berlaku. Aku mengekori Hayley dari belakangnya...

"Your name... I know the real you."

Langkah kakiku segera terhenti... buat ke sekian kalinya ia terhenti ditengah jalan. Hayley sedar aku terpaku di belakang. Dia langsung menyambut tanganku lantas menarik aku dengan paksa ke dalam pelukannya.

"Awaklah Revi Brilliant yang saya cari selama ini!"

Terkedu hatiku mendengar namaku itu disebut setelah sekian lama terkubur tanpa diketahui oleh sesiapa! Kini, aku sebak apabila ada orang yang memanggilku dengan nama itu! Panas mataku cuba menahan titisan airmata daripada gugur membasahi pipi...

"Macam mana awak boleh tahu?"

"Itu nanti saya ceritakan sebab keselamatan awak lebih penting sekarang. Musuh sedang memburu awak, jadi kita kena cepat!"

Pelukan terlerai dan kami bergegas menuju ke arah kereta Hayley Bright. Secara tiba-tiba kelihatan sebuah kereta yang dipandu laju dari arah hadapan sedang meluru kepada kami berdua. Hayley menolak badanku supaya mengelak daripada dilanggar oleh kereta tersebut... pada masa yang sama dia menembak kepada tayar kereta itu namun tidak mengena.

"Revi, awak ambil beg saya ni dan cari kunci di dalamnya. Kereta ada berhampiran dengan cafe. Awak bersembunyi dan kalau dalam masa lima minit saya tak datang, awak pijak brake dan start enjin. Saya nak awak drive sampai jumpa saya, okay?"

Dan sekali lagi... adakah pilihan lain buat diri ini? Macam mana aku boleh memandu kereta kalau tidak reti caranya? Aku menggelengkan kepala kerana betul-betul tidak berani melakukan perkara sebegini...

"I trust you, Revi! Awak bukanlah si lembab melainkan seorang pejuang! Saya dah kehilangan papa awak dan saya tak nak kehilangan awak juga.. please!"

Kenapa? Papa... siapa dia ni? Terlalu banyak rahsia yang papa dan mama tinggalkan kepada Revi. Kenapa harus jadi macam ini? Sejak bila kita ada musuh...??

"You have to move faster, Revi! The truth untold will be revealed soon.. you've got my keys!"

Hayley meninggalkanku bersendirian dan mengejar kereta yang menyerang kami sebentar tadi. Jiji masih berada dalam pangkuanku... hanya harapanku seorang!

"Jiji, tolong lindungi saya."