Hayley berpesan agar menunggunya selama lima minit, kini sudah lima belas minit berlalu dan dia belum datang juga. Aku masih berada di dalam kereta dengan debaran jiwa menantikan kedatangannya. Jiji pula tidak senang duduk dan asyik menggaru-garu kepada cermin pintu kereta. Entah apa yang cuba disampaikan olehnya kepadaku. Adakah Hayley bakal baik2 saja? Akan tetapi, dia sudah memberikan pesanan... aku kena memandu keretanya ini? Menggigil seluruh tubuhku saat ini dan nafasku tidak teratur. Perasaan fobia mula menghantui diriku apabila terkenangkan bagaimana papa dan mama terlibat dalam kemalangan sehingga mencabut nyawa kedua mereka. I've got the flashback set on my mind.
"Arrrggghhhhh!!!"
Aku berteriak kuat dalam kereta cuba melawan perasaan itu. Dalam hidup kita kena belajar cara menghadapi sesuatu yang paling kita geruni dan selepas itu kita bakal baik-baik sahaja.
"Meow..."
Jiji mengingau diatas ribaku... seperti memberi dorongan untuk mengatasi fobia yang bersarang dalam batin selama ini. Aku merenungnya kejap...
"Saya kena lakukannya juga, ke?"
"Meoww..!" Panjang dia berbunyi pada kali ini.
Aku melihat ke arahnya sambil membelai kepalanya... nasib baiklah aku memiliki ia pada waktu sebegini. Pada waktu aku benar-benar dalam ketakutan... dia pemberi semangat untukku.
"Baiklah..."
If you never try, you'll never know. Aku akan lakukannya biar dalam gentar. Dengan tangan yang menggigil aku cuba menghidupkan kereta. Dan kini deruman enjin sudah kedengaran.
"Meow..." kata Jiji lalu beralih ke tempat duduk sebelah pemandu pula.
Aku meletakkan kedua-dua tanganku kepada stereng, aku menggenggamnya kuat. Debaran hati belum pulih sepenuhnya.
"Let the spirit lead me.. and Jiji, you trust me right? Kita bakal baik-baik saja...Hayley, i'll be there for you."
"Meoww..."
"Cubalah bercakap jangan meow2 je..."
Jiji tidak bersuara lagi... apa punya kucing? Pintar sangat! Aku menghembuskan satu keluhan untuk menenangkan hati ini. Tak boleh lama-lama begini kerana Hayley Bright sedang menantikan kedatanganku kepadanya. Dalam keadaan yang gelap aku berusaha mencari butang lampu kereta. Kalau tidak, bagaimana aku nak memandu dalam kesamaran? Aku menekan satu butang yang mempunyai simbol seperti lampu...
Dan ia mengeluarkan suara, "your heart is my northen light, I will always find my way home."
Begitulah kereta ini memarakkan lampunya... sungguh canggih kereta yang dimiliki oleh seorang professor yang bernama Hayley Bright.
Untuk menjadi sebutir bintang, kita kena bersinar dengan cahaya kita sendiri. Mengikuti gerak kehidupan dan jangan takut akan kegelapan kerana pada saat itulah sebutir bintang akan lebih menyerlah! Harapan bermula dalam gelap...
Aku menarik tombol gear kepada 'D' dan merasakan kereta ini tergerak sedikit... bermaksud ia boleh dipandu sekarang lantas aku segera menekan pedal minyak perlahan, oh no!!! Aku sedang memandu kereta ini?
"Jiji, I'm driving this car!" Kataku girang.
"Meow."
"Jiji, are you crazy?"
"Moww."
Urghh... pintar sangat si Jiji ni! Nasib baiklah hanya sekadar seekor kucing, kalau betul ia seorang manusia... alangkah boleh pengsan lawan cakap dengan dia ni, tau?
Aku memandu dan terus memandu kerana ingin mencari kelibat Hayley Bright. Ke mana agaknya dia menghilang? Sehinggalah tiba ke sebuah tempat yang aku tak pasti akan sekelilingnya tapi aku menemui kereta yang mana pintunya terbuka... secara perlahan aku memberhentikan kereta. Dalam kegelapan itu aku cuba mencari bayangan Hayley, dia berada di mana? Segenap ruang fikiran dan ingatan hanya tertumpu kepadanya seorang.
"Hayley..."
Terasa bibir ini baru sahaja mengungkapkan namanya. Hati ini kuat hendak mencarinya kerana hanya dia seorang yang mengenali diri ini... selepas Nicky. Jadi, aku kena mencari dia!
Bangg!!! Banggg!!! Beberapa das tembakan kedengaran memecahkan lamunanku. Dari arah mana pula tu? Jiji turut sama dikejutkan oleh bunyi tembakan tersebut lalu meloncat kepadaku. Aku pasti dia juga berada dalam dilemma sepertiku... ketakutan. Tapi, aku kena keluar untuk menyelamatkan Hayley... keselamatan dia dalam bahaya! Bukan dia sahaja begitu juga dengan aku dan Jiji. Aku belum tahu siapa dalang disebalik semua ini? Siapa musuh yang dimaksudkan hendak memburuku? Siapa mereka?
"Jiji... awak tunggu dalam kereta. Saya nak pergi cari Hayley."
Debaran di dada... aku tidak tahu sama ada aku sekuat itu? Akan tetapi satu perkara yang pasti, aku lebih kenal diri ini... melebihi apapun akan kulakukan sepenuh hati! Tak perlu gentar sebab aku tahu Tuhan sentiasa ada disisiku.
Keluar sahaja daripada perut kereta, dengan penuh berhati-hati aku melangkah mendekati kenderaan tersebut. Aku mengerling keadaan sekeliling untuk mencari keberadaan Hayley. Dalam kesamaran.... iya, dalam kesamaran aku cuba berdiri kukuh! Langkahku segera terhenti... ia terhenti dengan sendiri kerana kedengaran sesuatu yang mendebarkan jantungku... aku segera memegang dadaku, kenapa ia berdenyut begini kencang?
"Hati-hati Revi!!!" Teriak Hayley secara tiba-tiba.
Lantas aku mencari akan suaranya itu, lagipula kenapa dia berkata sedemikian?
"Hai, Revi yang memakai nama palsu, Brielle! Tak sangka awaklah orangnya! Patutlah sejak dari awal saya tak senang tengok awak!"
Dia.... kenapa? Bukan dia seorang saja yang ada perasaan seperti itu... begitu juga dengan diriku ini!
"Rosie... Awak siapa sebenarnya?"
"Itu awak tak perlu nak tau sebab awaklah musuh saya!"
Dia berkata sedemikian lalu menumbuk kuat pada bahagian perutku sehingga menyebabkan aku termuntah darah! Sakitnya seakan-akan mencabut nyawa... dia ni dah kenapa? Aku merenungnya dalam kepedihan. Rosie pula ketawa dengan galaknya merasakan dunia ini adalah kepunyaannya seorang. Adakah dia masih waras lagi? Kali ini tawanya segera hilang lantas mengacukan pistol ke arahku.
Tidak ada apa-apa yang mampu kulakukan kerana kesakitan yang kualami saat ini.... nafasku terasa turun dan naik dalam ketidakaturan. Saya boleh mendengar denyutan nadiku sendiri.
Apa yang baru dikatakan olehnya itu? Satu tuduhan yang tak bertempat... aku merenungnya, tajam. Buat seketika rasa sakit yang kualami sebentar tadi hilang kerana apa yang diungkapkan oleh Rosie itu lebih menyakitkan. Papa bukanlah seorang pembunuh!
"Darah mesti dibayar dengan darah!"
"Diamlah, awak! Revi jangan dengar apa yang dikatakannya!" Teriak Hayley dengan sekuat hatinya.
Aku begitu bingung dengan keadaan semua ini... kenapa dengan mereka? Aku masih keliru dengan mereka, sehingga kini segala persoalan belum ada jawapan yang pasti. Rosie.... Hayley... Nicky? Kalian semua siapa sebenarnya?
"Give me your soul."
Arghhhh...!! Bergema suara Rosie dalam pendengaranku. Ianya melekat pada kepala otak dan sangat meyesakkan dada... apa yang sedang berlaku ke atas diriku ini? Pandanganku juga menjadi kabur secara tiba-tiba... aku tak boleh melihat dengan jelas. Apakah aku sudah kehilangan daya penglihatanku?
"Revi Brilliant... give me your soul...."
Suara Rosie sangat menyentuh kalbuku, ia menguasai di dalam diri ini. Suaranya yang kedengaran begitu melemahkanku.
"Tak guna awak, syaitan! Saya tak akan biarkan awak mengambilnya!" Laung Hayley
Hayley? Adakah itu Hayley? Aku sudah tak boleh nak bezakan sekalian mereka... lagipula dengan mata terbuka luas namun aku tidak dapat melihat apapun. Tuhan, saya tak boleh nak lakukan ini sendirian... hanya kepada-Mu aku berserah sepenuhnya, jika ini sudah menjadi takdir bagi jalan kehidupanku, tidak ada pilihan selain daripada 'ku serahkan seluruh hidupku kepada-Mu.'
"Bangun Revi!"
Aku boleh dengar itu.... sememangnya aku boleh mendengarnya namun tidak boleh melihat apa yang sedang berlaku? Aku tidak mengetahui apa yang sedang berlaku disekelilingku, adakah begini keperitan seorang insan yang tidak memiliki daya penglihatan? Sukar hendak dipercayai namun begitulah perasaan yang bersarang dalam jiwa ini, satu perasaan yang sangat digeruni apabila anda sendiri mengetahui pada bila-bila masa sahaja nyawa anda akan berakhir. Dan, pengakhirannya aku belum mendapat sebarang jawapan yang kuinginkan selama ini.
Secara tiba-tiba terasa bahuku disentuh erat oleh seseorang seraya berkata, "saya akan menyembuhkan awak, datang dan carilah saya."
Siapa? Siapa dia yang baru mengungkapkan kata-kata itu? Hanya satu cahaya yang cukup bersinar, ia melangkah pergi meninggalkanku.
Dan sekarang, Welcome to Nella Fantasia World! You didn't read this by accident, cause you and I are meant to be. Fantasies will haunt you..
"Awak, Revi Brilliant... adakah awak seteguh itu untuk mengetahui segala-galanya? Saya tahu apa yang ada di dalam hatimu, sekeping hati yang dipenuhi dengan parut-parut kelukaan. Akan tetapi, parut-parut itulah yang telah menguatkan awak sebenarnya."
"Siapa awak? Kenapa saya tidak boleh melihatmu?"
Dia berkata lagi tanpa menjawab persoalanku, " awak tidak buta... cuma jiwa awak sekarang sudah dipenuhi dengan kuasa kegelapan."
Bertambah bingung aku jadinya, apa yang dia sedang merepek ni?
"Tutup rapat matamu sekarang... ia sudah penat melihat dalam gelap."
Dengan mata terpejam, dia menyentuh lembut mataku sambil berkata,
"Real eyes realize real lies.."
Pada saat mataku sudah terbuka dan boleh melihat seperti sedia kala, aku terpanah ditempat kakiku berdiri kukuh. Dapat melihat semula namun tidak mengetahui di manakah keberadaanku sekarang? Hayley... Rosie... mereka sudah hilang entah ke mana? Di sini, bukan tempat kepunyaanku! Ketakutan mula menjiwai diri ini, kesunyian dan kesedihan yang tidak pernah lepas daripadaku.
"Revi, setiap pengakhiran adalah satu permulaan.. inilah permulaan bab terbaru dalam hidupmu. Gunakanlah ia sebaiknya sebab awak tidak bersendirian. Awak ada saya sebagai pelindung awak."
Aku segera mengalihkan pandangan mata kepada suara itu, seperti hendak terbeliak keluar kedua-dua biji mataku ketika melihatnya... lidahku keluh untuk mengeluarkan sebarang kata-kata.
"Jiji."
Dia... seekor kucing yang boleh berbicara.