Bahagian II
"Tinit.... tinit...." Bunyi penggera jam saya bergema, mengembalikan saya dari dunia mimpi ke alam realiti. Cahaya pagi mula menyinari bilik saya, menandakan hari baharu sudah menjengah realiti saya.
Saya, Matsushima Eri, baru sahaja bangkit daripada tidur. Pembantu rumah saya, Chihaya-san telah pun menyediakan pakaian uniform sekolah saya. Pagi ini, seperti biasa membawa lembaran baru untuk dunia ini, tetapi bukan untuk saya. Dunia saya hanyalah ulangan seperti hari-hari semalam. Setelah bersiap, saya kemudiannya menuju ke meja makan, dan melihat kelibat ibu saya, yang jarang-jarang saya bersarapan bersama, di sebelah bapa tiri saya. Bapa tiri saya, Kurosaki Rei, saintis yang berwibawa dan merupakan orang yang penting dalam mengubah diri saya. Ada dua perkara yang telah diubah oleh bapa tiri saya itu, iaitu keluarga dan "jiwa" saya.
"Ohayogozaimasu, Hahaue, otou-sama (selamat pagi, emak dan ayah yang dihormati)" Ujar saya, yang sudah pun duduk di meja menghadap makanan yang disediakan oleh Makcik Sakurano, salah seorang pembantu rumah. Sarapan hari ini ialah berstailkan makanan Barat. Pastinya ibu saya menyuruh makcik menyediakan sarapan ini kerana bapa tiri saya menggemari makanan Barat.
"Oh, Eri. Ohayo~ Bagaimana dengan sekolah kamu?" Ibu saya menjawab, dengan lembut. Ibu saya jarang-jarang makan bersama, tetapi hari ini mungkin istimewa kerana bapa tiri saya pulang ke rumah tidak seperti selalunya. Bapa tiri saya ini sangat sibuk sehinggakan boleh dikira dengan jari bilangan saya bersemuka dengannya dalam masa setahun.
"Biasa sahaja, tiada apa-apa yang menarik untuk diceritakan, hahaue..." Jawab saya ringkas. Bapa tiri saya tersengih, bagai ada sesuatu yang melucukan.
"Hmm... Yami apa khabar?" Si bapa tiri pula bertanya. Bapa tiri saya itu baharu sahaja pulang daripada Geneva. Sebelum ini, dia berkelana di beberapa buah negara maju termasuklah Amerika dan England. Dengar cerita, dia ialah ketua penyelidik dan pengurusan tertinggi di beberapa buah pusat Sains yang terdapat di luar negara. Lelaki ini juga ialah bapa kepada Kurosaki Yami, rakan sekelas saya.
"Tentang Yami-san... Saya tidak serapat itu untuk mengetahui halnya. Bukankah sepatutnya otou-sama sendiri melawatnya?" Saya menjawab dengan nada "tsundere".
"Walaupun setiap hari kamu sengaja lalu di hadapan rumahnya bukan?" Kata ibu, cuba mengusik diriku.
"Tomoki-san!" Saya menjerit kecil pada pemandu saya dan juga butler saya, tetapi dia hanya ketawa kecil, memberikan respons lucu pada riak wajahnya yang sudah dimamah usia itu.
"Jangan begitu, Eri. Kamu tahu bukan bahawa Yami itu pemalu orangnya. Tetapi ingatlah, dia seorang yang baik, seperti abahnya ini..." Kata ayah tirinya, sambil bermesra dengan ibunya.
"Ya, kalau tidak, saya takkan terpikat dengan awak... sayang..." Si ibu pula senyum manis dan berintiman seperti baka-ple (pasangan bodoh = baka couple). Saya hanya mampu tersenyum pahit. Ya, inilah perubahan yang dibawa oleh Kurosaki Rei; ayah tirinya itu dalam keluarga saya. Namun, hanya satu-satunya perkara yang hilang dalam keluraga ini ialah apabila Yami tidak menjadi sebahagian daripada kami sekeluarga.
Sebut pasal "jiwa", ayah tiri saya telah mengubah kehidupan saya. Saya menghidapi penyakit aneh, yang tidak dapat dirawati. Doktor-doktor pakar mengatakan bahawa saya tidak akan sempat hidup hingga umur 10 tahun. Saat itulah, saya terpaksa berpisah dengan Yami, juga orang yang paling rapat dengan saya semasa kecil, ketika saat kami menamatkan sesi prasekolah dan memasuki sekolah rendah yang sama. Yami dahulu tidak seperti hari ini. Terkenal dengan anak emak, dia sangat sopan santun dan rajin membantu kawan-kawan. Oleh sebab saya selalu sakit, saya jarang dirapati kawan disebabkan kehadiran saya ke sekolah jarang-jarang benar. Jika saya berpeluang ke sekolah, Yamilah yang rajin menegur dan mengajar saya mengenai apa-apa yang saya tertinggal semasa ketidakhadiran saya. Dialah yang memperkenalkan saya dengan Saaya, rakan sekelasnya yang baik hati dan ramah. Saaya merupakan anak kepada peniaga ramen yang popular di tempat kami.
Mungkin kerana itulah, biarpun selalu dilanda kesakitan pada waktu kecil, saya tetap bahagia dan gembira. Kalau saya sakit, Yami akan datang melawat bersama-sama Saaya untuk menceriakan saya. Apabila dikenangkan balik, saya rasa gembira dapat berdampingan dengan Yami, tidak seperti hubungan saya dengannya pada hari ini. Biarpun saya dan Yami sudah diikatkan dengan tali kekeluargaan, wajah ceria Yami sudah hilang dan tidak kelihatan lagi. Kematian ibunya terlalu berat buat lelaki itu.
Dengar cerita, isteri pertama ayah tiri saya ini meninggal kerana cuba menyelamatkan Yami ketika mereka dirompak. Isteri Profesor Rei bergelut dengan penjenayah 'misteri' sebelum dibunuh dengan kejam. Entah betul entah tidak, tetapi jelasnya, Yami yang ceria itu menjadi insan yang hidup "kegelapan" kini. Beberapa minggu Yami tidak hadir ke sekolah, terkesan akibat kehilangan insan yang paling penting dalam hidupnya. Hal ini menyebabkan saya begitu merisaui keadaan Yami. Malang sekali, semasa Yami sedang hiba dan berduka, saya tidak dapat bersamanya kerana terpaksa menghabiskan masa saya di wad serba putih itu.
Saya sangkakan masa saya di dunia ini berakhir tanpa dapat bersemuka lagi dengan Yami, yang hidup dalam kekesalan itu. Namun, setelah beberapa bulan terlantar sakit di hospital itu, tanpa terjangka, Profesor Rei, bapa Yami, telah muncul di wad saya, membawa khabar berita gembira. Untuk memulihkan saya, beliau telah memindahkan saya ke sebuah institusi rahsia miliknya. Di sana, saya telah menjalani pembedahan yang dilakukan sendiri oleh Profesor Rei dan pembantu-pembantunya, memulihkan saya daripada penyakit 'misteri' saya itu. Di situlah titik permulaan dan perubahan hidup saya. Saya.... Saya diberi "nyawa" kedua.....
"Sayang, kamu tidak apa-apa?" Suara ibu saya, mengembalikan saya ke dunia realiti. Saya hanya tersenyum pahit, menyelindungi riak muka sedih, mengamit nostalgia lama.
Saya melihat ibu saya sedang menyuapkan makanan kepada bapa tiri saya itu. Saya dapat lihat senyum bahagia ibu, yang gembira berdampingan si ayah bapa saya. Saya tidak pernah merasai kasih sayang daripada bapa kandung saya. Bapa kandung saya meninggalkan keluarga kami ketika saya masih terlalu kecil untuk mengingati lelaki itu. Untuk pengetahuan kalian, ayah kandung saya mempunyai penyakit sama seperti saya semasa kecil. Dia meninggal dunia setelah dua tahun berkahwin dengan ibu saya. Ibu saya ialah rakan sekolahnya. Mereka berkahwin muda, setelah doktor mengesahkan ajal ayah saya semakin hampir. Sebab itulah ibu saya sedaya-upaya cuba menyelamatkan saya, selaku pewaris sah keluarga "Matsushima".
"Maaf, Hahaue... Saya tiada apa-apa..." Jawab saya menyembunyikan perasaan saya. Setelah menjamah sedikit roti dan omelet yang dihidang, saya pun bangkit dari kerusi saya.
"Sudah selesai, Eri-chan?" Kata ayah tiri saya, yang menghirup kopi panas segar bancuhan rahsia keluarga Matsushima.
"Ya, saya pergi dahulu...." Saya pun menuju ke pintu besar rumah ini. Hari ini saya mahu berjalan kaki. Manalah tahu kalau-kalau saya dapat berjumpa dengannya nanti.
"Baiklah, sepatutnya masih awal lagi... Itterashai..." Ujar ayah tiri saya, dengan senyuman penuh makna.
"Ittekimasu..." Saya tahu bahawa ayah tiri saya sudah menghidu motif saya hari ini. Dengan alasan menjaga kesihatan, sebab saya memilih untuk berjalan tidak lain tidak bukan untuk bertemu Yami.
"Ojou-sama, saya akan mengiring anda..." Tomoki-san, pemandu yang banyak mulut ini merangkap "butler" khas saya akan mengiringi perjalanan saya ke sekolah.
"Baiklah, jangan mengadu kepenatan pula nanti, Tomoki-san..." Ujar saya, melihatkan usia Tomoki kini menjangkau 60-an.
......................
Kata-kata itu memakan diri saya kembali. Jarak rumah saya ke sekolah tidaklah sejauh mana, tetapi kerana jalannya agak berbukit-bukit, membuatkan saya hilang nafas. Maklumlah, jarang-jarang saya bersukan menyebabkan saya kurang cergas.
"Ojou-sama, adakah kamu memerlukan bantuan saya? Jika perlu, saya boleh berpatah balik untuk mendapatkan kenderaan bagi membawa ojou-sama ke sekolah...." Kata Tomoki-san dengan riak wajah yang agak merisaui keadaaan saya. Kontradiksinya, Tomoki-san kelihatan bersahaja dan bertenaga, tidak seperti usianya yang sudah mencecah lebih separuh abad itu.
"Hmmmph..... Saya tidak langsung berasa –haa (tarik nafas) uhum... letih berjalan kaki ke sekolah. Saya mengambil masa berjalan untuk menghayati keindahan alam... Jangan salah faham pula!" Kata saya, cuba menyembunyikan keletihan yang amat itu.
"Baiklah ojou-sama. Maafkan saya kerana salah faham. Mari kita teruskan perjalanan kita..." Kata Tomoki-san, masih dalam keadaan bimbang akan saya. Namun, dia tetap setia mengikuti saya dari belakang.
"Ya, baguslah kalau kamu faham..." Saya meneruskan langkah, dan kini sudah masuk ke jalan taman perumahan Yami. Dalam beberapa langkah di jalan tersebut, saya mula merasakan sesuatu yang berlainan di situ. Pelik, terlalu aneh. Setahu saya, tiada rumah sebesar itu berada di kawasan ini. Lebih-lebih lagi, rumah berstail kebaratan itu, seperti manson bangsawan Inggeris, telah memberikan aura berbeza daripada kejiranan yang terdapat di situ.
"Siapakah manusia yang pelik yang duduk rumah ini, Tomoki-san?" Kata saya kepada butler saya itu. Saya rasa orang yang tinggal di rumah ini, pasti suka menunjuk-nunjuk dan menanyangkan kemewahan dirinya.
"Uhum... Seseorang yang Ojou-sama tahu..." Tomoki bercakap, sambil jarinya menuding ke arah kelibat seorang lelaki yang sedang keluar dari rumah itu.
"Diamlah... Saya sudah terlewat untuk pergi latihan pagi!" Suara keras itu cukup saya kenali. Ya, dialah Yami. Tetapi, mengapa dia keluar dari rumah yang besar itu? Dengan siapa dia berkata-kata.
"Tunggu, biarlah saya iring sekali..." Ada suara asing, dari rumah itu, yang pastinya nada lembut itu milik seorang gadis.
Hmmph?! Suara perempuan? Dia ada adik? Tak, tak mungkin. Adiknya sepatutnya hanya saya sahaja. Tak salah saya, suara itu pernah saya dengari. Perempuan itu tadi ialah Amamiya Aya, pelajar pertukaran melalui program khas yang baru menjadi rakan sekelas saya. Perempuan itu juga bermesra dengan Yami apabila mula-mula masuk ke sekolah saya. Malah ada khabar angin mengatakan mereka merupakan pasangan kekasih. Lebih teruk lagi, ada ura-ura menyatakan bahawa Yami dan Amamiya bersarapan bersama-sama. Jangan-jangan, mereka.....
"Apa semua ini?!" Jerit saya, membuatkan Yami dan Amamiya-san memandang saya dengan riak terkejut. Saya dapat lihat mereka berdua agak cuak dan mula mencipta alasan di benak masing-masing.
"Geh.... Masalah lain pula...." Kata Yami, menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal itu. Amamiya Aya tidak menjawab, hanya mendiamkan diri.
"Amamiya-san?" Saya melirik pandangan pada gadis itu.
"Sebenarnya, Matsushima-san... Saya...." Amamiya-san cuba menjelaskan situasi kepada saya. Tetapi, saat saya mengalihkan pandangan ke arah Yami, dia sudah menghilangkan diri.
"Adios...!"
"Ya-yami-niisan....." Saya hanya mampu memanggil nama insan yang sudah hilang daripada pandangan saya.
"Amamiya-san.... Apa yang sedang berlaku ini? Mengapa awak berada di rumah Yami!?" Saya mula menumpukan perhatian kepada Amamiya.
"Saya sebenarnya... Huh?"
"Kenapa awak padang saya begitu?" Perubahan reaksi Amamiya mengejutkan saya. Matanya tajam, seolah-olah ada sesuatu yang pelik pada diri saya.
"Matsushima-san, awak...!" Amamiya menghampir saya, lantaran menyedari ada sesuatu yang amat mengejutkannya pada diri saya. Dia memandang tepat ke arah bahagian dada saya.
"Loket itu!" Amamiya lantas menjauhi saya, bersiap sedia menghadapi saya. Nampaknya, Amamiya mengetahui "rahsia" saya.
"Ojou-sama!" Butler saya, Tomoki-san mengambil langkah berjaga-jaga menghadapi ancaman Amamiya.
"Eímaste oi eklektoí parthenikí̱….. ekeínos ton opoío prostatév̱ei ton kósmo... as metatrépei..." Kata-kata itu… Ya, saya tahu dan faham maksud kata-kata itu….
"Neo-saint…." Seorang lagi gadis muda, berpakaian Maid muncul tiba-tiba dari pintu pagar rumah Yami, telah menyebut nama "gelaran" yang sepatutnya menjadi rahsia daripada pengetahuan biasa.