Chereads / Mahou Shoujo Primula (Malay) / Chapter 4 - BAB 1.3 – Kemunculan Mahou Shoujo Primula

Chapter 4 - BAB 1.3 – Kemunculan Mahou Shoujo Primula

Bahagian III

"....." Aku melangkah ke luar sekolah setelah tamat sesi pembelajaran dan pengajaran. Hari ini aku pulang awal tidak seperti kebiasaannya.

"....." Langkahku dalam perjalanan pulang itu tidak keseorangan, kerana kelibat Amamiya di belakangku, juga mengorak jejak sama mengekoriku.

"..........." Akhirnya aku memberhentikan langkah. Amamiya turut berhenti.

"Er... Boleh aku tanya, mengapa perlu kamu mengekori aku pulang ke rumah? Aku rasa, kita tak lagi ada apa-apa urusan bersama bukan?" Soalku kepada Amamiya yang hanya senyap mengikutiku dari belakang selepas sesi persekolahan berakhir. Aku pada hari ini, terus sahaja pulang awal kerana latihan bola sepak dihentikan sempena minggu peperiksaan yang aku sebutkan pada awal tadi.

".... A-awak benci saya?" Ujar Amamiya.

"Huh? Mengapa pula kamu cakap begitu?" Aku memandang Amamiya yang berada di belakang. Mimik mukanya sangat menyedihkan. Aku menggaru-garukan kepala yang tidak gatal itu, menanti bicara Amamiya.

"Sebab bento saya... Awak bencikan saya... Sob, sob...." Air mata Amamiya hampir menitis. Aku serba salah menghadapi situasi ini. Aku menantikan perasaan si gadi ini tenang, kemudiannya barulah aku bersuara kembali.

"Bu-bukan begitu.... Dengar sini, aku tidak mahu kamu lakukan perkara ini semata-mata kerana perasaan terhutang budi kepadaku. Aku sangat benci akan simpati dan pertolongan daripada perempuan..." Kataku, tidak berselindung. Amamiya mengambil beberapa ketika masa, sebelum meluahkan alasannya.

"Saya memang terhutang budi kepada awak, tetapi saya menyediakan bento dan mengekori awak sebenarnya kerana kita akan tinggal serumah bersama..."

"Kan saya dah kata....(diam seketika) NANTI DULU...! Ulang balik apa yang kamu katakan tadi?" Aku menjadi kaget mendengar kenyataan itu. Tidak, agaknya aku silap dengar. Ya, aku pasti itu sebenarnya.

"Saya lakukannya kerana kita kita akan tinggal serumah bersama..." Ulang semula Amamiya dengan reaksi tidak bersalah. Aku mengorek telingaku, takut-takut tersalah dengar. Entah beberapa ketika otakku memproses kata-kata Amamiya itu, akhirnya aku pun memberikan reaksi – terkejut beruk!

"EEEEAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!!!" Jeritku, menyebabkan orang yang lalu lalang melekatkan mata mereka kepada kami berdua. Aku yang terkejut tadi, mula berasa segan dengan reaksiku apabila menjadi tumpuan dipandang orang ramai.

"J-jom kita tukar lokasi!" Aku terus sahaja mencapai tangan halus Amamiya lalu memimpinnya ke arah restoran Sentokii, restoran ayam goreng yang berdekatan. Amamiya tidak memberikan sebarang reaksi menolak atau melawan balik sebaliknya hanya membiarkan tindakan aku itu. Sesekali aku memandangnya, dia kemerahan mukanya, mungkin malu dipimpinku. Sesekali itu juga, aku sempat lihat dia tersenyum sendiri, kesukaan. Pelik... Setibanya di sana, kami beratur di kaunter dan memesan air, lalu duduk di hujung sudut restoran tersebut.

"Men-ga-pa-... perlu kamu berbuat demikian?" Ibarat polis menyoal siasat penjenayah yang dikehendaki, aku mengajukan soalan itu kepada Amamiya Aya setelah kami berdua duduk di situ.

"Er... Sebab polisi kami sebagai Mahou Shoujo merahsiakan identiti kami. Jika sesiapa mengetahui rahsia dan identiti kami, skuad khas akan memberikan "layanan khas" kepada mereka, iaitu menghilangkan ingatan individu itu. Tetapi, awak istimewa. Awak berkongsi nyawa dengan saya. Tanpa keizinan awak, saya tidak dapat menggunakan kuasa "magika" saya. Lagipun, bu-bukankah a-awak sudah menciumi saya... ah... tak mengapa...." Amamiya menerangkan dengan ringkas dan padat.

"Ha? Keizinan? Aku tak faham!" Ujaran Amamiya itu merunsingkan benakku. Tambah lagi aku tertanya-tanya dengan ayat terakhirnya yang begitu perlahan itu, tetapi buat masa ini, ada isu lebih besar yang perlu aku hadapi. TINGGAL SERUMAH! Ini bukan Eroge oi!

"Jadi, kalau awak tak sudi.... saya... saya akan dihantar ke "rumah penahanan" kerana ketiadaan kuasa dan awak..... awak akan mati juga tanpa mengetahui kebenaran sebenar. Ingatan awak akan dipadam, malah kemungkinan besar awak akan dihilang secara tiba-tiba..." Amamiya mengutarakan kebenaran yang tidak dapat disangkal lagi. Memori aku akan dipadamkan mengenai peristiwa itu. Aku sebenarnya tidak kesah, tetapi bagaimana pula dengan Aya....

"Rumah penahanan?"

"Ya, di situ, mahou shoujo yang tidak aktif ditempatkan hingga akhir hayat mereka, bagi menyimpan rahsia kami...." Penjara terakhir untuk mereka. Aku mengerti.

"Apakah tiada lagi cara lain?" Kataku, ingin mengelakkan bencana besar yang bakal mengubah cara hidupku selama ini.

"Kalau saya tidak berbuat demikian, ejen khas lain akan memburu awak kerana awak ialah insan yang mempunyai perkongsian nyawa dengan saya. Lebih-lebih lagi, awak akan tetap diberikan "layanan" sama oleh ejen khas Mahou Shoujo seperti sasaran yang lain juga... Malah, lebih teruk lagi, nyawa awak akan terancam kerana awak ialah bahan kajian yang terbaik buat mereka!" Amamiya menekan kebimbangannya terhadap aku.

"Mengenai soal 'keizinan' untuk menggunakan kuasa, bukankah aku telah menyerahkan "nyawa" aku kepada kamu...? Bukankah kamu sudah berkuasa kembali? Mengapa pula kamu perlu dihantar ke rumah "penahanan" pula? Kenapa perlu kebenaran aku untuk menggunakan 'kuasa' itu?"

"Untuk mengelakkan Mahou Shoujo mengambil nyawa orang lain sesuka hati, kami memerlukan kebenaran, iaitu daripada empunya milik nyawa tersebut. Walaupun ritual ini terlalu jarang dilakukan oleh ahli kami, tetapi awak adalah istimewa... Buat pertama kali, hal ini berlaku..." Amamiya menerangkan situasi aku dan dia sekarang. Aku menyedut jus oren yang kupesan sebentar tadi.

"Istimewakah?... Hahaha..." Aku ketawa sinis, menyindir diriku sendiri. Siapa sangka aku ini "istimewa"? Aku hanya seperti lelaki-lelaki yang lain di dunia ini berlindung di belakang perempuan seperti Amamiya.

"...." Amamiya merenung dengan gelisah, bagai menanti hukuman. Mata comel dan bersinarnya membuatkan aku menelan air liur.

"Kalau aku benarkan kamu tinggal dengan aku, adakah kamu sendiri akan selesa dengan persetujuan aku? Aku juga ialah lelaki normal. Malah lebih buruk lagi, imej kamu akan tercalar kerana akan muncul banyak khabar angin tentang kita!" Soalku, memandang serius isu ini. Amamiya tunduk malu, tersipu-sipu. Kemudian, dia memberikan jawapan ringkasnya...

"Sa-saya tak kesah, selagi bersama awak...." Aku garu kepala lagi. Ini bukan lafaz perkahwinan. Ini soal maruah.... Ah, gadis ini sudah benar-benar nekad untuk tinggal bersamaku. Aku serba salah. Tetapi, aku tahu, keputusan perlu diambil. Amamiya memandangku dan memahami dilemaku kini.

"..."

"Lagipun, bukan kita berdua sahaja, pembantu saya turut tinggal bersama kita..." sambungan Amamiya melegakan hatiku. Aku mengesat peluhku, tanda lega.

"Pembantu?"

"Ya..."

"Huh... (Mengalah) Kamu pasti mahu tinggal dengan aku?" Soalku lagi.

"Ya..." Amamiya bersemangat menjawab persoalanku itu.

"Ha.... Baiklah..." Aku memberi tanda isyarat setuju. Amamiya tersenyum ria, menghilang suasana muram tadi. Adakah begini nasibnya menjadi mahou shoujo, gadis muda suci menyelamatkan bumi, huh? Terpaksa menerima hakikat tanpa banyak tanya?

"Terima kasih..." Amamiya tersenyum ceria.

"Tidak perlu kamu berterima kasih. Lagipun, kamu hanya tinggal sementara sahaja, kerana masaku di bumi ini tidak lama, bukan?" Riak Amamiya berubah, menunjukkan rasa sedih dalam hatinya. Aku menyambung kata-kataku.

"Sepanjang sisa baki kehidupan saya, sila beri tunjuk ajar." Ujarku.

"Ya, sama juga dengan diri saya, sila beri tunjuk ajar, Yami-san..." Balasnya dengan penuh sopan, menelan rasa sebak apabila mengingati situasiku.

"Tunggu... Sejak bilakah kamu menggunakan nama pertama aku sebagai panggilan?"

"Ah... er..... umm...." Amamiya malu-malu. Kalau kalian tidak tahu, di Jepun, orang yang sudah rapat dan sudah lama bersama sahaja biasanya menggunakan nama pertama untuk memanggil seseorang itu. Dalam kes aku dan Amamiya, kami hanya baru berkenalan tidak sampai pun dua hari.

"Sudahlah.... Suka hati kamu untuk panggil aku apa-apa sahaja..." Aku mengalah.

"Panggillah saya Aya. Semua kawan saya panggil nama itu..." Kata-kata Amamiya sedikit membuatkan aku segan.

"Uhum... Baiklah Aya... Mari pulang ke rumah..." Setelah menghabiskan minuman yang dipesan, kami berdua pulang ke rumah tanpa bicara. Sesekali aku melihat Aya, yang mencuri-curi pandangan ke arahku dengan muka kemerahan, mungkin malu dan segan denganku.

.......................

"Tunggu! Setahu aku rumah aku tidak bertingkat dua dan sebesar ini!" Itulah kata-kata pertama yang keluar daripada mulutku setibanya aku di hadapan rumah. Rumahku asalku hanyalah sebuah rumah teres biasa dengan dilengkapi dua bilik tidur dan satu bilik air. Kini, rumah aku berubah menjadi kediaman besar seperti manson model Inggeris. Rumahku itu bertambah satu tingkat dan kelihatan sangat mewah. 3 keluarga jiran di sekeliling rumahku yang berpindah tiba-tiba kerana kawasan tapak rumah mereka sudah dikuasai rumah baharuku itu. Lebih mengejutkan, masa diambil HANYA satu hari. Tidak, beberapa jam sahaja.

"Selamat pulang Master. Selamat datang, tuan Kurosaki..." Seorang gadis muda, seperti pembantu rumah berpakaian "maid" menyapa kepulangan kami. Mungkin dia ialah pembantu dikatakan oleh Aya tadi.

"Hah?! Tuan?" Aku terkesima melihatkan gadis di hadapannya berpakaian seragam 'maid' yang popular di Akibahara, tetapi janggal untukku. Malah, kepulanganku disapanya, seperti orang kaya.

"Terima kasih atas kerja kamu, Mai!" Sapa Aya, yang gembira melihat kehadiran pembantunya itu.

"Sama-sama, Master..." Balas Mai. Tunduk hormat.

"Biar saya kenalkan. "Maid" ini ialah Kousaka Mai, pembantu saya, juga Mahou Shoujo Myth, penguasa "Fo̱s ti̱s timo̱rías" yang berkuasa. Panggil sahaja dia Mai..." Kata Aya dengan bangganya.

"..."

"Kenapa Kurosaki-sama?" Mai mengesan perasaan kurang senangku.

"Hu.... (Tarik nafas) Saya tak sangka Mahou Shoujo 'Math' ini membiarkan kawannya mati seorang diri...." Sindirku. Aku kurang senang apabila perempuan bernama Mai ini membiarkan rakan seperjuangannya itu, Primula keseorangan menghadapi raksasa semalam...

"Myth, bukan Math. Ya, saya ingin minta maaf kerana membiarkan Master Primula keseorangan kerana La-Pharase telah menewaskan saya terlebih dahulu, sebelum Primula mengalih sasaran La-Pharase ke arahnya untuk menyelamatkan nyawa saya. Level "AA" bukanlah sesuatu tahap yang boleh dikalahkan tanpa 10 Mahou Shoujo bertahap "Striker" bergabung..." Terang Maid, bukan.... Mai kepada aku.

"10 Mahou Shoujo?! Kalau begitu, Aya sangat hebatlah!" Kataku kekaguman.

"Ya, Master jauh lebih kuat daripada Mahou Shoujo lain, tetapi Master Aya telah mengalami kecederaan setelah melawan banyak musuh yang menyerang tiba-tiba, serta nyawa Master hampir ke penghujungnya..." Mai menerangkan kepadaku.

"Jadi, setelah menerima "nyawa" aku, Aya pun berkuasa seperti asal?" Aku menyoal lagi.

"Mengenai hal itu, ada sedikit perbezaan... Bayaran "nyawa" saya tidak setanding dengan awak, Yami-san. Nyawa awak, iaitu "masa" yang awak berikan merupakan sesuatu yang sangat berkuasa dan selama ini, tiada lagi kuasa "nyawa" seorang manusia boleh memenuhkan teras "magika" mahou shoujo seperti awak. Awak seorang sahaja yang mampu melakukannya. Saya sendiri tidak pernah dapat memenuhkan teras magika saya dengan kuasa nyawa saya sendiri. Oleh sebab itulah, saya mampu menewaskan makhluk AA itu dengan mudah sahaja..." Aya menyampuk untuk menjawab pertanyaanku itu.

"Hah?" Aku tidak faham.

"Dengan kata lain, Master menjadi sangat kuat disebabkan nyawa awak. Walaupun asalnya Master sangat kuat, tetapi dengan nyawa awak, kekuatan Master menjadi lebih..." Kata Mai, yang begitu mengagungkan Aya.

"Oh, begitu...." Kataku, rasa suka apabila "nyawa"ku dapar membantu Aya untuk memerangi musuhnya itu.

"Tetapi, hanya kerana bayaran untuk kuasa itu, awak..." Ujar Aya.

"Akan mati, bukan?" Aku menyambung kata-kata terputus itu.

"Ya....."

"..."

"Saya m-minta ma..."

"Sudah... Jom masuk ke rumah..." Aku memotong kata-kata Aya. Sudah pasti aku enggan mengingatkannya pada situasi aku. Aku ialah aku. Kalau takdirku mati lekas, maka biarlah. Aku tidak perlu simpati wanita, terutamanya.

"Baiklah...." Dua gadis tadi yang terkejut dengan reaksiku tadi turut mengikut aku dari belakang masuk ke rumah baharuku, membuka lembaran baru yang mungkin tiada, jika aku mengabaikan Amamiya Aya.....

"Oh ya, Mai. Jangan panggil aku dengan nama keluarga aku. Panggil aku dengan nama Yami..."

"Baiklah, Yami-sama..." Mai membalas kata-kataku.

"Tak perlu "sama" dalam panggilan itu..." Aku berkata.

"Maafkan saya, Yami-sama...."

"Perempuan ini!"

Aya dan Mai, mereka layak untuk hidup seperti manusia biasa. Aku tidak kira sama ada nyawa aku sebagai bayarannya! Tidak, aku tidak akan membiarkan perempuan mati di hadapanku lagi.