Kereta kuda yang membawa dua orang penumpang itu bergerak di atas jalan dengan derap kaki empat ekor kuda yang seragam. Tidak laju tidak perlahan, namun pantas melewati pejalan kaki dan kedai-kedai di tepi jalan.
Kesibukan bandar pada hari itu kelihatan normal seperti biasa. Sama ada sibuk dengan para pelanggan keluar masuk mahupun orang berjalan kaki menuju ke destinasi masing-masing. Ada sebuah stall kecil di tepi jalan menjual sate dan burger membuatkan siapa yang melewati kawasan berdekatan dengannya boleh hidu bau enak makanan di bakar.
Tidak jauh dari situ, kelihatan seorang ibu sedang memujuk anaknya yang meronta di hadapan sebuah kedai permainan. Ada lolipop berpusar di tangan anak kecil tersebut sewaktu dia melutut dan meraung atas jalan pavement.
Dari awal pagi sehinggalah hendak masuk ke petang waktu diluang. Kalau bukan kerana tidak berhenti untuk makan tengah hari mungkin urusan mereka akan selesai lekas. Tetapi Anthony mempunyai jadual yang tersendiri.
Maka lewat petang jugalah baru bergerak untuk ke butik pakaian uniform Darra.
Darra yang melempar pandangan keluar jendela pendati menyaksikan situasi tersebut hanya pandang bosan. Tiada langsung sinar ceria dalam renungannya. Masakan tidak, Darra sudah kepenatan kerana keliling bandar bersama Anthony untuk menyelesaikan beberapa urusan penting. Tadi baru sahaja selesai membeli set memanah serta seekor kuda untuk kelasnya di akademi. Sekarang mereka dalam perjalanan untuk ke butik baju uniform akademi pula.
Tidak pernah Darra merasakan perasaan dimana, dia lebih sanggup dikurung dalam rumah agam oleh ayahnya dari diseksa untuk ke sana dan ke mari semata mahu membeli belah.
"Lama lagi ke Anthony?"keluhnya kerana sudah lenguh tengkuk dan sakit kaki kerana banyak sangat berjalan sejak tadi. Ditambahkan lagi naik pedati sejak berjam lama. Mana tak pening kepalanya.
"Sebentar lagi kita akan tiba tuan muda."
Darra buat muka berserah selepas dengar. Hendak merungut tiada gunanya. Hendak melawan lagi la tiada fungsinya.
Cepat la selesai. Dah teringin nak baring dah ni!Darra melepaskan hela nafas panjang berserah tidak bersemangatnya.
Clif!
Clop!
Clif!
Clop!
Bunyi derap tapak kaki kuda diselangi bunyi pedati berkeriut kedengaran sebelum kenderaan berkuda tersebut berhenti di hadapan sebuah bangunan tiga tingkat. Sebuah papan tanda bernama 'Royal Boutique' tergantung megah di hadapan bangunan. Sangat megah dan jelas sehinggakan orang yang rabun jauh sendiri boleh Nampak!
Kelindan pedati menghentikan kuda tunggang pedati dengan satu sebatan saja sebelum turun dari tempat penunggang. Apabila kelindan itu berdiri di depan pintu pedati, dengan sendiri ia terbuka keluar sebelum sempat kalinda tersebut hendak membukanya.
Muncul lelaki sasa bertubuh lampai dari depan pintu pedati. Anthony turun dengan mudah sebelum berdiri menghadap Darra. Ingin membantu gadis itu turun. Dengan hormatnya tangan pun dihulur ke gadis berpakaian seperti tuan muda itu.
Darra tidak sedar kerana terlalu letih dia terus capai tangan bersarung glove putih Anthony sebelum sebelah tangan lagi juga minta untuk dipegang. Tidak berniat hendak menolak pimpinan Anthony.
Faham apa yang diinginkan Darra, Anthony terus patuh. Lelaki itu mencempung bawah lengan Darra dan menurunkan gadis itu dari pedati dan diberdirikan depan pintu sesaat kemudian.
"Lekas bawa saya berjumpa dengan tukang jahit tu sekarang.."beritahu Darra dengan kening mencerlung tidak puas hatinya.
"Ikut sini tuan muda."Anthony segera mengaju tangan ke arah pintu masuk bangunan depan mereka.
Sambil menyeluk tangan ke dalam poket seluar, Darra berjalan mengekori langkah Anthony dari belakang. Betapa grumpy dan cranky Darra saat itu.
Seorang staff Wanita tiba-tiba muncul dari balik pintu putih keemasan dari sebelah kanan koridor. Dan seakan mengetahui kehadiran mereka di situ, Wanita tersebut terus menyambut dengan memanggil nama Darra.
"Selamat datang Tuan Muda Darrius Emmerson. Encik Leonel sedang menguruskan pelanggan lain, boleh tuan muda tunggu beberapa ketika sebelum sesi mengukir baju dimulakan?"ucap staff Wanita tersebut kepada Darra.
"Memangnya saya ada pilihan lain ke?"soal Darra mendatar tidak berminat kerana keletihan.
"Tiada tuan muda. Kami mohon maaf sekali lagi."
"Sudahlah...apapun selesaikannya dengan cepat."beritahu Darra malas hendak berlengah di situ.
"Baik. Sila masuk ke sini. Encik Leonell akan selesai sebentar saja lagi."
Anthony terpaksa tunggu di luar memandangkan hanya klien sahaja yang dibenarkan untuk masuk.
Pintu putih keemasan tadi di tolak ke dalam oleh staf Wanita tadi. Masuk sahaja ke pintu itu, sebuah pemandangan dimana sepanjang laluan itu terbentangnya red carpet atas lantai. Deretan mannequin dengan contoh pakaian yang siap tersusun kemas di hujung berdekatan jendela. Mesin jahit dan gulungan fabrik yang pelbagai warna dan jenis tegak di susun sepanjang dinding.
Darra yang lihat pandang mengantuk akan sekelilingnya sehingga tiba di hadapan sebuah pintu dua muka berkaca putih dan berbingkai kayu emas. Staf Wanita yang mengiringi Darra tadi membuka daun pintu itu ke dalam.
"Larra...kan saya pesan. Saya ada klien un-"seorang lelaki berambut putih yang diikat ekor kuda ke belakang terhenti dari bercakap setelah berpaling ke balik bahu dengan tangan memegang pita ukur ke badan tidak berbaju di hadapannya. Dia berhenti bercakap setelah melihat Darra berdiri di belakang pembantunya. "Ohhh...tuan muda Darrius..saya ingatkan siapa tadi."lelaki bercermin bingkai bulat itu kemudiannya tersenyum manis.
Wajah cemberut Darra yang tadi kelam semakin mendung apabila dia menyedari lelaki tidak berbaju dihadapan tukang jahit itu tidak lain tidak bukan Putera Eilian sendiri. Tanpa diminta, dengan bersahaja lelaki lampai itu berpusing dan menayang dada bidang berotot pada Darra.
"Oh...wow...lihat siapa yang ada di sini. Darrius Emmerson."senyum Putera Eilian semasa Ricardo datang menyerahkan kemeja kepadanya untuk dipakai semula ke badan.
Bersama renungan tidak berminatnya, Darra pandang tatapan Putera Eilian sewaktu lelaki itu membutang kemeja sambil menarik sengih berlagak terhadapnya. Balik-balik muka sama ini lagi.
Agaknya hari dia tidak boleh menjadi lebih teruk dari sekarang ni ke?
Bukan sahaja sengaja melambatkan lagi masa, Putera Eilian juga buatkan Encik Leonell habiskan masa dengan menuruti permintaan tidak bernoktah dari Putera Eilian. Seakan lelaki itu tahu Darra mahu cepat dan lelaki itu sengaja hendak mencari fasal.
Darra mengerling ke cermin gergasi yang ada di depannya sewaktu berdiri di atas pentas kecil sewaktu Encik Leonell mengukur sekitar lengan dan belakang bahunya. Rasanya sudah 10 minit dia berdiri atas pentas kecil ini, dan Putera Eilian sedikit pun tidak berganjak dari duduknya di kerusi belakangnya.
Waktu itu Putera Eilian hanya duduk bersilang kaki memandang pantulan Darra dari balik cermin. Lansung tidak bergerak sejak selesai mengambil ukuran tadi.
Berasa gugup sendiri dengan renungan Putera Eilian Darra menundukkan pandangannya ke bawah sambil mendepatkan kedua belah tangan ke atas untuk memudahkan kerja tukang jahit depannya.
"Tuan Muda Darrius...boleh saya minta tuan muda untuk tanggalkan baju?"Encik Leonell bertanya.
"Tak boleh ke kamu ambil saja ukuran saya ni?"bisik Darra mengerling ke Encik Leonell masih dalam kedudukan yang sama.
"Tidak boleh tuan muda. Pakaian yang tuan muda kenakan ini terlalu besar untuk saiz badan tuan muda. Jadi kalau saya ukur bersama dengan pakaian tuan muda, saya khuatir pengiraannya akan salah. Seperti yang tuan muda ketahui, uniform akademi tuan muda dijahit oleh saya. Maka ianya perlu kelihatan kemas dan elegan."
Darra mengerling ke arah Putera Eilian dan Ricardo yang ada dalam ruangan yang sama dengannya saat itu. Berderau darah dia bila memikirkan pakaiannya di buka di hadapan mereka nanti.
Kalau macam ni la gayanya, terpaksalah...
"Kamu ada skrin tak?"
Encik Leonell memanggil staf Wanita yang sedang berdiri di tepi ruang bilik lantas mengarahkan mereka untuk membawa dua buah skrin berbunga merah dan putih keluar. Lantas skrin itu di letakkan menghadang Darra dan Encik Leonell.
Putera Eilian dan Ricardo yang lihat memandang hairan ke arah skrin yang menutupi Darra serta Encik Leonell waktu itu.
Sementara Darra di balik skrin itu dalam keadaan teragak-agak menanggalkan butang kemejanya sehingga ke bawah.
Pada masa Encik Leonell pandang akan korset yang menampakkan lurah dada Darra waktu itu double take dengan apa yang dilihat. Lelaki itu begitu tersentak sebelum kembali tenang dan mendekati Darra.
"Kalau tuan muda mahu,saya boleh sediakan satu kemeja khas yang boleh sembunyikan sedikit bahagian dada tuan muda.."bisiknya semasa tunduk mengukur badan Darra.
Malu yang bukan kepalang, Darra memejamkan mata tidak terkata.
Setelah seketika sesi mengukur pun selesai. Darra keluar dari balik skrin tersebut bersama kemeja baru yang buatkan dirinya Nampak lebih seakan seperti tuan muda. Begitu malu hendak memandang ke tempat lain, Darra diam memandang ke lantai dan mencapai blazer tanpa lengan dari staff Wanita sama dan dipakaikan ke badannya.
"Wow!Tak pernah saya lihat Leonell mengambil masa yang sangat lama untuk mengukur badan seseorang..."senyum Putera Eilian semasa bangun dari kerusi menunggunya.
Darra mengeluh! dan dia tidak pernah berjumpa dengan seorang lelaki berpangkat putera mahkota yang menyakitkan hati seperti Eilian Fernly ini.
"Adakah tuanku terlalu lapang hinggakan sanggup membuang waktu di sini?" tegur Darra dengan dingin.
Putera Eilian tersenyum.
"Saja nak tengok...kan kamu tu berbadan kecil dari lelaki biasa. Jadi saya nak tengok bagaimana Leonell melakukan kerjanya.." jelas Putera Eilian.
Iya-iya la tu!
Dan Darra berdiri menghadap Putera Eilian lalu melihat Ricardo yang memang pendiam orangnya berdiri di belakang. Mata dibalik topeng mulut hitam itu ditenung seketika.
"Sesuka mana tuanku hendak menyakitkan hati saya dengan buang masa di sini, saya ada hal yang perlu di uruskan dan tak boleh lama-lama. Jadi saya minta diri dulu."ujarnya bernada terpaksa untuk bersopan.
"Eh..nak ke mana cepat-cepat ni."tidak semena Putera Eilian merangkul bahu Darra. Menarik tubuh yang setinggi paras bahunya merapat ke tepi rusuk. "Ayuh...ikut saya ke istana."
Terkejut Darra. Gadis itu palingkan kepala ke sisi dan memandang jengkel akan Putera Eilian. Dah buang tebiat sangat ke apa ni?
Apa masalah Eilian ni?Nak apa lagi dari dia?!
Sementara Ricardo pandang belakang kepala Putera Eilian dan Darra silih ganti.
Maka mereka bertiga pun berjalan keluar dari bangunan tersebut bersama. Dan apabila Darra yang pertama sekali dikejutkan dengan pemandangan dimana beberapa buah kuda dengan penunggang diraja sedang berdiri di sekitar pedati miliknya.
Dan Anthony, lelaki itu berdiri dengan muka serba tidak kena.
Apa pulak la ni?
"Lord Alfareeze...mengejutkan sekali anda ada di sini?"sapa Putera Eilian kepada lelaki di sebelah Anthony waktu itu.
"Ya. Tuanku telah lewat untuk menghadiri perjumpaan dengan para Menteri setengah jam yang lepas. Raja Alan meminta saya yang menjemput tuanku pulang ke istana."beritahu Alfareeze.
Dengan bersahaja Putera Eilian merangkul bahu Darra.
"Oh iya ke?Saya baru saja hendak membawa Darrius bersama ke istana. Kamu sendiri yang datang menjemput kami. Elok sangat la.."
Anthony yang pandai kawal ekspresi wajahnya pandang dingin akan tangan yang ada di atas bahu cik mudanya.
Alfareeze dengan rahang berketiknya.
Ricardo di situ pandang ke tepi wajah Darra.
Dan Darra waktu itu sudah merasakan mahu menggali lubang dan tanam dirinya ke bawah tanah supaya tidak terlibat dengan mana-mana mereka di situ.
Serius!Bila nak habis semua ni! Dia cuma nak balik dan berehat. Besar sangat ke permintaan dia ini.