Chereads / Kiss Me Liar / Chapter 22 - Episode 22 : Puteri Elliana Florence

Chapter 22 - Episode 22 : Puteri Elliana Florence

Alunan lagu dari alat pemain piring hitam memenuhi bilik tidur yang dihias serba serbi kekuningan. Dimana-mana boleh lihat corak bunga matahari. Di dalam pasu bunga, dinding sebelah jendela terdapat lukisan mural bunga matahari, tema bilik itu juga serba serbi dari warna matahari. Hanya perabotnya sahaja warna dark brown oak.

Depan jendela terdapatnya sebuah batang kayu, di atas batang kayu itu pula bertenggeknya seekor burung nuri putih. Ianya sedang tunduk mematuk buah pisang yang disediakan di situ. Tepi dinding sebelah almari buku, sebuah bekas kaca berisi dengan labah-labah tarantula putih. Kanan bekas kaca itu tersusunya tiga bekas kaca bersaiz sederhana dimana diisi dengan seekor guinea pig, salamander dan kala jengking.

Jelas-jelas beritahu tuan bilik itu merupakan pencinta haiwan berdasarkan jumlah haiwan belaann yang ada di dalam ruangan tersebut.

Tidak jauh dari situ, sebuah balang kaca yang kosong dan terbalik tergeletak atas meja, serdak putih bersepah sekitar balang kaca itu.

Sesuatu jelas telah terjadi.

Knock!

Knock!

Pintu terbuka. Seorang dayang wanita berjalan masuk ke bilik yang tidak ubah seperti mini zoo itu.

       "Tuan puteri, Raja Alan minta tuan puteri menghadap baginda."maklum dayang Tia memandang ke sekeliling bilik lengang itu. Dia mencari kelibat empunya bilik. Namun tiada. "Tuanku?"terkebil-kebil matanya mencari.

Lalu muncul satu kepala dari bawah meja, mendedahkan kepala yang bersanggul kemas dan mengenakan penyepit rambut rama-rama.

        "Ya!Saya di sini"suara ceria menyahut akhirnya.

         Lantas Dayang Tia tersenyum lucu apabila lihat puteri jagaannya itu. "Apa yang tuanku lakukan di bawah meja itu?"

Perkenalkan, Puteri Elliana Florence, 18 tahun. Pelajar Akademi Perempuan tempat sama Pearl Chang belajar. Seorang gadis yang mempunyai sepasang mata bundar berbulu mata lentik. Berambut paras pinggang beralun-alun brunette. Ikut warna rambut ibundanya. Seorang yang sangat ceria, aktif sejak kecil lagi dan suka pada haiwan. Anak bongsu antara dua beradik. Dibandingkan dengan sikap abangnya, Puteri Elliana lebih mudah untuk didekati dan tidak cerewet.

        "Hah?Untuk apa ayahanda panggil saya menghadap?"bingung-bingung Puteri Elliana pandang Dayang Tia.

         "Tuanku sudah lupa ke ada apa pada hari ini?"

        Terlentok ke tepi kepala Puteri Elliana. Dia pandang hairan akan Dayang Tia. "Ada apa ya?"

         "Hahaha...bukan ke tuanku minta Raja Alan untuk menemani tuanku keluar memikat burung?"

CLAP!

Tidak semena Puteri Elliana menepuk tangan. Terkejut dengan diri sendiri sebab baru teringat.

         "Ya tak ya!Saya hampir lupa mengenainya. Semua ini salah Robert la!"kelam kabut Puteri Elliana tunduk ke bawah meja, ke tepi meja, dan semua barang ada di situ dia angkat.

          "Apa yang tuanku carikan itu?"

          "Cari Robert la...hamster saya hilang...saya risau dia tersepit dimana-mana bawah meja ni.."tunduk Puteri Elliana saat menyelak anak rambut ke belakang telinga dan kembali melihat sekitar bawah meja belajarnya.

          "Hilang lagi?"

          "Itulah...Saya keluarkan untuk bersihkan sangkar mereka...saya sedar hanya tinggal tiga saja."jelas Puteri Elliana.

           "Kalau begitu biar saya yang cari untuk tuan puteri. Apa kata tuan puteri keluar dahulu untuk bertemu Raja Alan."beritahu Dayang Tia kemudiannya.

            Untuk seketika Puteri Elliana teragak-agak. Dia tidak pasti sama ada patut ke dia pergi atau teruskan sesi mencari hamsternya itu. "Kalau macam tu saya minta tolong ya Tia. Terima kasih."

           "Baik tuan puteri."Dayang Tia menyambut dengan senang.

Bersama langkah lekasnya, Puteri Ellian keluar dari bilik tidur lalu bergerak ke arah bilik dimana ayahandanya biasa luangkan masa.

Tidak lama berjalan, Puteri Elliana tiba di hadapan pintu besar berkayu warna putih serta bertombol emas. Dua pengawal berdiri di situ.

          "Selamat siang tuan puteri..."sapa mereka dengan serentak sambil membukakan pintu untuk gadis tersebut.

          Dengan ceria, Puteri Elliana menyambut. "Selamat siang Robert....selamat siang West.."dia berjalan masuk ke dalam setelah itu.

Apabila Puteri Elliana tiba di muka pintu, perhatian Puteri Elliana terarah terus pada lelaki lampai lagikan segak mengenakan pakaian tuan muda di hadapan Raja Alan. Tanpa perlu teka siapakah lelaki itu, hanya memandang belakang badan saja sudah cukup untuk Puteri Elliana siapakah gerangan jejaka itu.

         "Selamat siang Ayahanda..."sapa Puteri Elliana seusai berdiri tiga langkah dari hadapan Raja Alan. Dia memberi courtesy dirajanya kepada lelaki itu.

Perbualan dua orang itupun terhenti. Raja Alan melarikan pandangannya ke tepi, sementara lelaki di hadapan Raja Alan berpaling.

          Segan tersipu malu, Puteri Elliana menyapa lelaki tersebut. "Selamat siang Lord Alfareeze."pandangannya menunduk ke bawah.

          Dengan tertib Alfareeze menyambut sapaan itu. "Selamat siang tuan puteri."dia balas dengan tundukkan kecil dan tangan di tepi dada kiri. Setelah itu dia berdiri bersama kedua tangan di belakang badan. Air mukanya seperti biasa. Dingin dan kelihatan sombong tidak boleh ditegur.

           "Ke mana anakanda pergi?Bukan ke awal pagi tadi anakanda minta supaya ayahanda menemani anakanda memikat burung."

          "Maafkan anakanda. Hamster anakanda hilang entah ke mana semasa anakanda cuba membersihkan sangkar mereka.Sibuk mencari sampaikan anakanda lupa tentang rancangan kita."jelas Puteri Elliana.

          Raja Alan tertawa kecil. "Mereka hilang lagi?"

          "Ya...hilang lagi seekor."Sambil tersenyum kekok, Puteri Elliana curi-curi lihat ke Alfareeze. "Awal hari ini tuan Alfareeze di sini. Tiada kelas yang perlu dihadiri ke?"

Alfareeze pandang wajah blushing Puteri Elliana dengan dingin.

            "Tuanku ingin menyampaikan sesuatu kepada saya. Ada. Tapi kelas saya selepas makan tengah hari nanti. Sementara masa ada masa saya ke sini dahulu. Saya harap tidak menganggu."balas Alfareeze.

            Raja Alan menepuk belakang bahu Alfareeze sambil berkata."Ya..ayahanda yang panggil Lord Alfareeze ke sini. Oleh kerana ada urusan yang ayahanda perlu uruskan, ayahanda tak dapat bawa anakanda keluar. Lord Alfareeze yang akan menemankan anakanda nanti."

            Puteri Elliana pandang Raja Alan lalu ke Alfareeze. Terkejut namun gembira mendengarnya. "Tidak menyusahkan ke?"kalau dia tunjuk sangat yang dia memang mahu pasti ayahandanya dan Alfareeze akan perasan. Jadi kenalah jual mahal sedikit biar tidak kelihatan beria sangat. "Kalau ayahanda tidak dapat menemani anakanda. Anakanda boleh pergi sendiri."

           "Saya tak apa-apa tuan puteri. Jangan risau mengenainya."beritahu Alfareeze.

Kalau boleh berlari setempat dan menjerit di situ jugak, sudah lama Puteri Elliana lakukannya. Yalah, siapa aje yang tidak akan gembira apabila lelaki yang diminati dapat luangkan masa bersama selepas sekian lama berharap. Inikan lagi lelaki itu adalah Alfareeze. Mestilah Puteri Elliana teruja yang amat sangat. Namun dia kekalkan dirinya tenang dan kelihatan bersahaja.

          "Kalau begitu baiklah"balasnya dengan senyuman nipis. "Terima kasih."

Alfareeze hanya beri satu anggukan kecil sebagai balasan.

Raja Alan dalam diam memerhati. Lelaki itu kemudiannya menarik sengih meleret tanpa disedari sesiapa.

Tidak lama selepas itu, Puteri Elliana pun bertolak ke hutan dengan iringan Alfareeze.

Cuaca pada pagi itu cerah. Langit juga biru tidak berawan. Angin pula tidak bertiup. Hanya bunyi unggas dan kicauan burung yang menghuni kawasan hijau hutan itu. Dari kejauhan pula bunyi air sungai mengalir boleh didengari sepanjang laluan kecil yang dilalui.

Seperti yang diminta, Alfareeze telah mengaturkan segala persiapan untuk keluar pada hari itu. Disebabkan yang bersama dengannya adalah puteri kesayangan Raja Alan, Alfa memastikan segala persiapan lengkap dan sempurna. Dari makanan, minuman, ubat rawatan kecemasan dan keselamatan semuanya dipastikan ada.

Menggunakan lima orang pengawal berkuda mereka ekori dari belakang dalam keadaan berjaga-jaga. Sementara Alfareeze mengiringi kuda yang ditunggang oleh Puteri Elliana. Lelaki itu berjalan sama dengan kuda itu.

Clif!

Clop!

Clif!

Clop!

Tapak kuda memijak permukaan daun kering dan batu-batu kecil di jalan dengan perlahan. Membuatkan bunyi itu sedikit sebanyak bergema dalam hutan sepi itu. Tenang sahaja suasana mereka waktu itu.

Sampaikan Puteri Elliana tidak henti-henti dari tersenyum.

         "Bagaimana dengan sesi mengajar tuan di akademi itu?"Puteri Elliana memecah kesunyian di antara mereka berdua tidak lama kemudian. "Adakah ianya sukar dari mengajar para tentera di medan peperangan?"

          Alfareeze yang tidak mengalihkan perhatian teliti melihat sekitar mereka dan memasang telinga, namun masih sempat menjawab pertanyaan tersebut. "Boleh tahan."jawabnya mendatar.

Puteri Elliana terpandang seekor burung terbang melayah dari dahan pokok dihadapannya. Dia tersentak sebelum memandang ke bawah. Melihat tepi wajah kacak berhidung muncung Alfareeze untuk seketika. Sombong-sombong pun kacak!Ish!

         "Ayahanda saya beritahu bahawa tuan yang membuat permintaan untuk mengajar di akademi itu memandangkan tuan tidak dihantar ke medan peperangan...betul ke?"

Mulanya Alfa enggan menjawab soalan itu, Namun oleh kerana rasa hormat dan tanggungjawabnya itu, terpaksa la dia bersuara.

           "Iya...saya ni jenis cepat bosan. Disebabkan kesemua tentera telah pulang ke rumah masing-masing, tiada orang untuk di latih, saya fikir mungkin sebaiknya saya menjadi pelatih dalam akademi itu untuk luangkan masa yang ada.."Tali pemegang pada kuda Alfareeze capai lalu buatkan haiwan tersebut berhenti dari berjalan. Lalu diikuti dengan beberapa lagi pengawal di belakang.

Berhenti sahaja kuda itu, Alfareeze dongak memandang Puteri Elliana. Tangan berglove hitamnya naik kedua-dua sekali untuk membantu Puteri Elliana turun dari situ.

         "Apa yang buatkan tuan terfikir untuk mengajar di akademi itu?"Puteri Elliana tunduk ke tepi, ikut menghulur tangan untuk memegang bahu Alfareeze supaya lelaki itu mendukungnya.

          Seakan berat tuan puteri itu bukan apa-apa buatnya, Alfareeze pegang bawah lengan Puteri Elliana lalu ditarik tubuh itu turun dari kuda. "Rahsia."jawabnya setelah tuan puteri selamat turun ke tanah.

          Tersenyum Puteri Elliana. "Rahsia?Macam menarik aje bunyi tu?Adakah di situ mempunyai pengajar yang menarik perhatian tuan?"dia pandang muka itu ingin tahu. Takkan la Alfareeze sudah ada yang punya?

Alfareeze tidak membalas pertanyaan kali ini. Dia malahan bergerak ke sebuah pokok dimana satu batang kayu yang telah diikat sebagai perangkap memikat burung berada. Setibanya di situ, Alfareeze capai batang kayu itu lantas menurunkan perangkap dari hujung batang kayu tersebut. Seperti yang dilihat oleh Puteri Elliana tadi, seekor burung sudahpun terperangkap di situ.

Mahu tak mahu Puteri Elliana turut mengekori Alfareeze. Apabila dia berdiri di tepi lelaki itu dengan rapat, dia lihat burung yang terpikat pada jerangkap itu.

          "Bagaimana?Adakah tuan puteri mahukan burung ini?"

           Bersama muka tiada mood, Puteri Elliana menggeleng kepala. "Saya sudahpun mempunyainya di istana. Tuan boleh lepaskannya."beritahunya saat pandang burung itu dengan renungan muram. Jadi betul la Alfareeze sudah mempunyai orang yang lelaki ini sukai?Kalau begitu dia tiada peluang langsung la?

Alfareeze perasan. Dia pandang wajah keruh Puteri Elliana.

           "Apa yang tuan puteri kerutkan kening tu?Sekiranya tuan puteri mahu kita boleh lihat perangkap yang lain. Mana tahu ada yang tertangkap?"Alfareeze melepaskan ikatan pada kaki burung tersebut lalu melepaskannya begitu sahaja.

          Kalau Alfareeze enggan menjawab soalannya, dia pun enggan menjawab soalan lelaki itu. Hmph!"Marilah kita gerak sekarang kalau begitu. Risau pula nanti tuan terlambat masuk ke akademi."rajuk Puteri Elliana semasa berpaling dari Alfareeze dan dekati kuda semula. Marah-marah dia panjat kuda itu.

Sementara Alfareeze yang tidak faham dengan perubahan angin tiba-tiba Puteri Elliana berdiri di situ dengan kening berkerut. Tadi bukan main lagi ceria?Lepas tu moody pulak?