Chereads / Kiss Me Liar / Chapter 25 - Episode 25 : Kelas Memanah

Chapter 25 - Episode 25 : Kelas Memanah

"Kau rasa sebab apa Master Alfa tukar lokasi latihan kita hari ni?"

      "Kan?Biasanya dia biarkan aje kita semua berjemur dekat bawah matahari berjam lama sepanjang kelas dia berjalan..."

      "Aku dah siap kenakan sunscreen untuk kelas hari ni kau tahu tak...sekali tu apa?Kita buat latihan dekat kawasan redup ni?"

      "Tak apalah..janji kita tak berjemur macam selalu. Sekurang-kurangnya tempat latihan memanah kita penuh dengan pokok rendang berbunga..."

      "Romantik betul jiwa kawan kita yang seorang ni hari ni..."

Perbualan lelaki-lelaki berpakaian latihan memanah di bawah pokok kedengaran sayup-sayup dari kejauhan. Masing-masing berdiri menghadap antara satu sama lain semasa Darra jalan melintasi mereka dari tepi.

Apabila ada mata yang ternampak, mereka perhatikan susuk kecil yang kemas mengenakan pakaian memanah berwarna hitam dan dipadankan dengan set bow berwarna merah. mereka terus tinggalkan perbualan masing-masing.

        "Tengok siapa yang datang ke kelas akhirnya.."tegur Bian sambil mendekati Darra. "Tuan Muda Darrius...apa yang membuatkan tuan muda turun ke padang untuk berlatih memanah pada hari ini?"

Datang dah!Bersama muka kebosanan, Darra pandang Bian dan rakan-rakan lelaki di sampingnya. Ramai-ramai lelaki dalam akademi ini kenapa muka mereka juga yang muncul depan dia?

        "Kenapa tak boleh pulak...kan cuaca hari ini sangat cerah. Kawasan latihan pada hari ini jugak indah. Rugilah sekiranya aku tak turun padang dan nikmati momen ni.."

        "Aku rasa tanpa kau di sini, suasana hari ini akan lebih indah Darrius."

        Darra buat muka mencarut dalam hati ke Bian. Menghadap kelas ini adalah satu dugaan besar buat takat didih kesabaran dia tau tak. "Kenapa?Risau sekiranya aku kalahkan kau lagi?"

        "Kau?Nak kalahkan aku?Dalam mimpi!" berdengus Bian tidak percaya.

Waktu itulah angin ambil keputusan hendak bertiup dengan kuat.

Tiupan angin itu tanpa sengaja menerbangkan rambut Darra hingga mengenai matanya.

Dan kuntuman bunga dari atas pokok gugur bersama dengan tiupan angin tersebut.

Secara automatik Darra pun mengangkat tangannya untuk menguak rambutnya ke belakang.

Seakan pergerakkan slow motion, Bian yang menyaksikan tindakan bersahaja Darra terpegun sendiri kerana kecantikan yang dimiliki oleh Darra sewaktu mata itu terpejam.

Dari tangan berjari halus itu gerak menguak rambut berkilat ke celah jari jemari sehinggalah saat mata Darra terbuka, Bian pandang tidak berkedip. Sampaikan dia ternganga pun Bian tidak sedar.

Macam mana seorang lelaki mempunyai wajah yang cantik tetapi kacak pada masa yang sama?

        "Kuatnya angin..."komen Darra dengan perlahan setelah mengemaskan rambut pendeknya yang bersepah ditiup angin tadi. Apabila dia kembali memandang Bian, dia melihat lelaki itu sedang memandangnya dengan aneh. "Kenapa kau pandang macam tu?"ada yang tidak kena dengan rambut dia ke?

          "Cantiknya..."nganga Bian seperti orang dipukau.

          "Apa kau cakap?"tanya Darra terkejut dengan ucapan itu.

Cepat-cepat Bian mengatup mulut lalu menelan air liur. Sedar yang dia termangu kerana melihat lelaki cepat-cepat dia berdehem!

        "Ehem...cantik pulak pokok dekat belakang kau ni.."dalihnya bergerak ke arah belakang Darra dengan tiba-tiba.

Bian lupa terus akan perbualan mereka sebentar tadi.

Hah?Darra dengan hairan ikut berpaling ke belakang. Dah kenapa ni?Gaduh mereka sudah selesai ke?Pokok pulak perginya?Dia pun ikut dongak melihat pokok di atasnya. Nampak normal tak adalah istimewa sangat.

Lantas Darra pandang ke belakang kepala Bian, sekaligus melihat berjalan masuk master mereka yang segak mengenakan uniform memanah dan beg busur tergantung di pinggang kiri lelaki itu ke tempat itu.

Hilang terus kerutan di kening Darra setelah bertentang mata dengan Alfareeze. Ni lagi satu...bala dia!

Penuh dengan aura seorang yang tegas dan berdisiplin, Alfareeze jalan berderap melintasi mereka yang ada di situ. Langsung tiada garis emosi di wajah selain serius. Sedang dia bverjalan serta merta Alfareeze terpandang Darra.

Darra sudah terbiasa dengan Alfareeze, jadi apabila dia melihat wajah dingin dan tanpa perasaan Alfareeze itu dia sedikit pun tidak hairan. Nak dibandingkan sikap serius Alfareeze, Darra lebih gemar melihat Alfareeze begini daripada berkelakuan seperti budak kecil tidak cukup kasih sayang yang sering ditunjukkan kepadanya setiap kali mereka berdua.

Wajah serius dan dingin Alfareeze dipandang gerun akan pelajar-pelajar lelaki di situ setelah lelaki lampai tersebut menghampiri tempat kosong dalam kawasan teduh di situ. Tanpa disuruh atau menunggu diberi arahan, dengan sendiri kesemua pelajar yang ada gerak dalam dua barisan dengan serentak. Kecuali Darra kerana dia baru serta kelas pada hari itu. Jadi dia hanya berdiri memerhatikan rakan-rakan sekelasnya bergerak membentuk barisan.

         "Semua sudah berada di sini?"tanya Alfareeze tunduk memandang papan carta kehadiran pelajarnya. Dia cari nama Darrius didalamnya lalu diberi tanda 'tick' seperti biasa. Setelah selesai, dia pandang ke dua barisan dimana kesemua pelajar lelaki sedang berdiri tegak. Sekali bila matanya terarah ke kanan, dia melihat tubuh kecil Darra berdiri di hujung sekali. Memang nampak sangat bezanya.

Comel je!

         "Apa pendapat kamu semua mengenai lokasi kita pada hari ini?"tanya Alfareeze dengan kedua belah tangan di belakang badan. Dia lirik satu persatu wajah di situ. Menunggu pelajarnya memberi jawapan.

Lalu ada tangan yang naik ke atas.

          "Ya Nill....."Alfareeze menjuih dagu ke pelajar lelaki berambut biru violet sebelah kiri Putera Eilian.

           "Redup?"

            Kenapalah dia diberikan pelajar seperti mereka ini?Tiada sudut pandangan lain ke yang hendak diberikan?Haih"Selain itu?"Alfareeze menggeleng kepala.

           Lalu Bian mengangkat kepala. "Saya master."

            "Hm. Bian...saya harapkan jawapan yang cemerlang dari pelajar terbaik kelas ini.."ujar Alfareeze.

            Dengan dada berdabik yakin ke depan, Bian berkata. "Setiap pemanah perlu bersedia dengan apa saja situasi. Tidak kiralah ketika di kawasan lapang, kawasan berbukit, beraltitud rendah atau tinggi. Termasuklah ketika di dalam kawasan berteduh seperti ini yang dipenuhi dengan halangan iaitu pokok dan dahan berdaun. Untuk itu master bawa kami semua ke sini untuk test jarak penglihatan kami dalam keadaan redup dan tertutup seperti ini."

          Berpuas hati mendengar jawapan itu Alfareeze mengangguk kepala. "Benar. Bagus Bian."

Bian apalagi, kembang kempis hidungnya kerana berasa bangga.

Sementara Darra yang sebenarnya tiada minat untuk mengikuti kelas tersebut buat-buat tak tahu. Dia tunduk menguis daun kering dengan hujung kasutnya. Agaknya dalam hutan ini ada tidak serangga kecil?Ulat bulu ke... labah-labah ke...paling tidakpun cicak atau cengkerik. Kalau ada boleh la dia kutip. Dia nak gunakannya untuk diletakkan dalam baju Putera Eilian nanti. Mesti kelakar kalau lelaki syok gagah tu melatah.

Hehehe!

          "Ada yang kelakar ke Darrius?"

Tersentak kepala Darra. Bila dia pandang ke Alfareeze, semua kepala masa itu sedang menoleh dengan serentak ke arahnya. Ada apa?Kenapa semua orang pandang dia?

         "Hah?"bingungnya.

         "Ada yang saya katakan melucukan kamu ke?"tanya Alfareeze lagi.

          Kenapa?Dia ketawa kuat-kuat ke tadi?Rasanya tak?Bolehnya Alfareeze perasan. "Tiada master."jawab Darra.

Putera Eilian curi-curi mengerling ke barisan dimana Darra sedang berdiri.

          "Kalau begitu kamu semua boleh berpecah, ada papan sasaran yang telah saya letakkan di setiap pokok sekitar tempat ini. kamu hanya perlu cari papan sasaran yang mempunyai nama kamu padanya. Mula berlatih, saya akan pantau setiap dua orang secara bergilir nanti."arah Alfareeze dengan serius.

         "BAIK MASTER!!"sambut semua di situ dengan lantang.

Melompat terkejut Darra. Kuat betul suara mereka ini.

Memeranjatkan dia kerana suara lelaki kalau bergabung seakan guruh berdentum. Teragak-agak hendak buat apa, Darra Ikutkan saja rakan sekelasnya yang lain berjalan sekitar kawasan mencari papan sasaran.