"Kalau ya pun...cakap baik-baik tak boleh ke Alex?"tegur satu suara dari kiri.
Pengawas lelaki tadi pun memalingkan kepalanya. Dia dengan renungan tidak berminat. "Kenapa Marvin?Kau marah ke aku bentak budak ni?"
Riak wajah Marvin begitu serius di balik muka baru bangun tidurnya.
"Memangnya apa hubungan kau orang berdua?Aku dengar anak dekan kita yang seorang ni sangat rapat pada budak pendek ni. Bukan setakat berkepit malah layan dengan baik. Kau orang berdua ni kekasih ya?"ujar Alex lagi.
Darra terus memalingkan kepala. Keningnya berkerut tidak puas hati.
"Pegang dia...dan raba badan budak ni!Dia mesti sembunyikan sesuatu di sebalik jaketnya.."arah Alex tanpa mengalihkan Renungannya dari Marvin. Cuba mencabar lelaki itu untuk menentang kuasa pengawas.
Dua orang pengawas tadi terus menurut. Mereka mendapatkan Darra. Seorang pegang kedua lengan Darra dari belakang, seorang lagi berdiri dihadapan hendak membuka butang jaket.
Hampir diserang panik dan hiperventilasi, Darra pandang penuh terror tangan yang sedang membuka butang jaketnya. Dia mahu menjerit, tetapi rasa takut membuatkan Darra bungkam tidak dapat bersuara.
Marvin apalagi, dia maju ke hadapan. Enggan membuang masa lagi. "Kau dah hilang akal ke!Lepaskan dia sekarang!"marahnya mahu menghalang.
Namun pengawas lain pula datang menghadang depan Marvin.
"Anak dekan ke anak Menteri ke...dalam akademi semuanya sama. Tiada beza. Peraturan tetap peraturan!"tegas Alex saat Marvin sedang bergelut di balik hadangan mereka.
Muka Darra sudah kemerahan. Dia hampir hendak menangis apabila bahagian depan jaket mula terbuka dan mendedahkan dadanya.
"Jangan Alex!"tempik Marvin masih cuba menolak mereka yang mengekangnya dari mendekat.
TAK!TAK MUNGKIN!Tolong la sesiapa!Darra pandang penuh terror ke pengawas lelaki yang berdiri di hadapannya. Ikutkan hati dia mahu menghantuk kepala mereka!
Mata Marvin telah terbutang luas kerana takut Darra disentuh oleh mereka. Sekiranya mereka sentuh Darra-
"Apa yang kecoh-kecoh ni?"suara lain pula yang menyampuk. "Kau orang memang dah tak ada waktu lain ke nak buat kerja?"
Disebabkan semua orang tahu suara itu, mereka semua pun memalingkan kepala ke kanan koridor. Lantas melihat lelaki berpijama satin putih dan jubah emas berjalan bersama lelaki bertopeng mulut di belakangnya.
Putera Eilian dan Ricardo.
Alex dan pengawas lain terus kaku tidak bergerak sebaik bertentang mata dengan wajah tidak puas hati Putera Eilian.
"Dari tingkat bawah aku boleh dengar suara kau memekik...memangnya tak tahu ke sekarang waktu apa?Alex?Arata?Ada sesiapa nak jelaskan apa yang tengah berlaku dekat sini?"Ricardo pandang silih ganti mereka di situ dari balik topeng mulutnya sebelum terhenti pada Darra. "Tak cukup buat kecoh dekat asrama lain...dekat sini pun kau nak buat hal jugak?"
Putera Eilian melirik ke arah Darra sebelum ke mereka yang memegang tangan dan mahu membuka pakaian Darra. Keningnya berkerut. "Lepaskan Tuan Muda Darrius sekarang..."arahnya dengan mendatar.
Alex pandang akan Putera Eilian lalu ke Ketua Majlis Pelajar. Setinggi mana pangkat dia, dia tidak boleh nafikan dua kuasa besar di hadapannya ini.
"Darrius ni...saya suruh dia tanggalkan jaket sebab kelihatan mencurigakan...tapi dia tak nak beri Kerjasama..sebab itulah.."Alex beritahu.
"Dengan memaksa Darrius?Walaupun dia tidak setuju untuk pakaiannya ditanggalkan?"soal Ricardo kedengaran marah.
"Peraturan mana beritahu seorang pengawas ada kuasa untuk buat pemeriksaan fizikal melainkan dengan kebenaran?"tambah Putera Eilian. "Sekarang lepaskan Tuan Muda Darrius."
"Maafkan saya tuanku."tunduk Alex sambil memberi isyarat kepada dua orang tersebut supaya melepaskan Darra.
Mahu tak mahu mereka lepaskan Darra.
"Kalau kau orang dah selesai. Bubar serta merta. Catit nama mereka yang bawa barang terlarang. Sekiranya tiada lekas beredar. Alex..."Ricardo memberi arahan sambil menguak rambut ke belakang kerana sedang menahan sabar untuk tidak naik angin di situ.
Seluruh badannya menggeletar kuat, hinggakan lutut kakinya hilang daya untuk kekal berdiri di situ. Darra tutup semula dadanya dengan jaket. Macam tu je!?Lelaki depannya hampir mencabul kehormatan dia!Dan lelaki ini kata baik!?
"Baik..."akur Alex selepas itu. Dalam hati dia sudah menyumpah. Kenapa pula putera mahkota dan ketua majlis pelajar mereka boleh berada di sini?Sedangkan asrama mereka sudahpun diperiksa awal?
Berasa tidak terima dengan hal itu, Darra dekati Alex lalu memusingkan badan lelaki itu menghadapnya.
Terkejut dengan tindakan Darra, Marvin dan yang lain membutang mata mereka.
"Minta maaf sekarang."arah Darra kepada Alex.
Kening Alex terangkat sebelah. "Apa kamu kata?Minta maaf?Untuk apa?"soalnya dengan sinis."Aku hanya lakukan tugas aku.."
Tugas kepala otak dia!Darra terus angkat kaki kanan dan memberi high kick tepat di tengah dada Alex sesaat kemudian.
Sepakan padu tersebut menyebabkan Alex tercampak ke belakang sebelum menelentang atas lantai sesaat kemudian.
Dia patut lakukannya dari awal tadi. Namun mengenangkan arahan dari Shadow terpaksa dia tahankan diri. Sekarang sabarnya sudah sampai ke kemuncak!Alang-alang sudah dalam masalah, baik dia teruskan saja masalah ini. Darra dekati Alex dan capai kolar lelaki itu.
"Pengawas kata kau!?Sekarang aku nak tengok apa kau akan buat kalau aku pecahkan muka kau ni!Dapat ke kuasa pengawas kau selamatkan kau dari aku."Darra memberi satu kepalan penumbuk ke wajah Alex sekuat hatinya. Dia tidak peduli sama ada dirinya akan berada dalam masalah atau kesakitan dah!
PRAK~!
Bunyi tersebut menyebabkan keadaan menjadi sangat sepi dengan sendiri.
Putera Eilian ternganga. Dia secara refleks bawa tangan ke hidung sendiri.
Ricardo memang sudah tercengang tidak terkata.
Sementara pelajar lain masing-masing buat muka berkerut atau beri reaksi seakan mereka yang dalam kesakitan.
Pada masa itu semua orang langsung tidak sempat hendak menghalang Darra, kerana apabila darah tumpah dari hidung Alex baru mereka sedar dari terkejut masing-masing.
"Cukup Darrius!"Marvin tarik lengan Darra ke belakang apabila rakan-rakan pengawas Alex kelam kabut mendapatkan lelaki itu.
"Lepaskan aku!Dia fikir dia tu pengawas dia boleh salah guna kuasa dia!"Darra mahu berjalan ke arah Alex, tetapi lengan kekar Marvin melingkar ke sekeliling pinggangnya. Menghalang Darra dari mahu ke hadapan.
"Arghh...hidung aku?"rintih Alex menadah tangan di bawah hidungnya yang berlumuran darah. Bila dia pandang ke Darra, segala bahasa carutan semua dilemparkan ke arah Darra sekuat hatinya.
"Lepaskan aku la!"Darra meronta hendak menurunkan tangan Marvin dari pinggangnya. Serius!Dia mahu menyakitkan Alex lebih dari segalanya. Kalau boleh dia mahu patahkan tulang lelaki itu lagi. "Kau ulang balik apa kau cakap tadi!Ulang balik!Dah tak sayang mulut tu kan!"akhirnya Darra terlepas dari pelukan Marvin.
Alex yang lihat Darra mahu menerkam ke arahnya, dia terus membutangkan mata dengan bulat. "Arghh!Dasar si gila!Arggghhhhhh!!!!"ronta dia mahu menjauhkan diri.
"Sudah la tu!"
"Darrius!Cukup!"
Mereka yang lain mula masuk campur. Pengawas-pengawas yang ada berpusu hendak bantu Alex, sementara pelajar lain cuba hendak leraikan kekecohan di antara mereka.
Sampaikan Putera Eilian yang saksikan kekecohan tersebut hanya mampu menggeleng kepala tak percaya. Dia pandang ke tepi muka Ricardo.
"Aku tak tahu apa alasan kau bawa aku ke sini Ricardo...apa yang aku tahu...apapun alasan kau, ianya pangsung tidak membantu." beritahu Putera Eilian kenyataan dimana kehadirannya ke situ adalah kerana Ricardo yang mengajak Putera Eilian untuk ke tingkat dua Asrama Utama ini. Bila di tanya Ricardo tidak menjawab. Tak sangka pula dia akan saksikan semua ini. "Budak Darrius ni tak betul. Baik kau jangan buang masa untuk tenangkan dia...masa aku kena tumbuk dengan dia berminggu jugak baru elok muka aku ni.."ujarnya saat berpaling untuk pergi dari situ.
Ricardo picit batang hidung kerana dia tidak tahu hendak bagaimana lagi. Kan sudah dipesan supaya bertenang. Kenapalah cik muda dia ini tidak boleh bersabar sekejap aje?
"Hei pengawas!Ganti balik tidur aku yang kau bazirkan ni!"
"Auw!Auw!Apa kau ni!Jangan la pukul...tarik Darrius ni la....apa mangkuk ayun sangat perangai kau ni!"
"Argghh!!!Rambut aku!!!"
"Weii!!Kau tarik tangan siapa!"
"Lepas!Lepaskanlah!"
"Darrius!Kau pukul salah orang ni!!"
"Jangan tolak lah!Aku bukan pengawas!"
"Jauhkan budak gila ni dari aku!!ArghhH!"
"Mana kau nak pergi!Tadi beria sangat nak raba orang kan!"
"Sudah la tu Darrius!"
"Hei!Bantal peluk aku tu!Kau jangan la guna buat pukul dia orang!"
Penuh suara dalam koridor tingkat dua Asrama Utama sewaktu jam sudah masuk tiga pagi. Memang gempar pagi buta itu kerana pergaduhan mereka.