Chereads / Kiss Me Liar / Chapter 32 - Episode 32 : Alfareeze tahu Siapa Darrius dan Darra

Chapter 32 - Episode 32 : Alfareeze tahu Siapa Darrius dan Darra

Disebabkan sudah terbiasa dengan kediaman itu atas urusan kerja bersama Duke Elijah, dia atur terus ke tingkat tiga, sayup utara rumah agam tersebut, lokasi dimana bilik tidur Darrius berada. Beberapa ketika berjalan, akhirnya Alfareeze tiba di hadapan pintu bilik tidur Darrius.

Pada masa yang sama juga melangkah keluarnya tiga orang maid sambil menatang besen di tangan masing-masing.

Mata Alfareeze jatuh pada besen di tangan maid serta merta. Air mukanya berubah menjadi penuh terror apabila air dalam besen tersebut berwarna merah darah. Degupan jantung drop mendadak hingga menyebabkan dadanya semakin sempit dan sukar hendak bernafas.

Parah sangat ke keadaan Darrius?!

         "Tuan Alfareeze..."menahan nafas terkejut maid   di situ kerana Alfareeze tercegat di situ tidak berbunyi. Hendak disembunyikan besen dalam tangan memang sudah terlambat.

Perlahan-lahan Alfareeze mengerling ke arah pintu yang tertutup rapat. Tak mungkin!!

          "Tuan...ini bukan masa yang sesuai untuk   tuan bertemu dengan tuan muda." beritahu maid teragak-agak.

           "Tuan Muda Darrius dia-"

Enggan mendengar mereka, Alfareeze tolak daun pintu ke dalam tanpa mengetuknya. Masuk-masuk sahaja Alfareeze ke situ, lelaki itu disambut pemandangan dimana Nanny Clara sedang menangis sebelah katil bersama Anthony sementara seorang doktor sedang duduk membelakangkan pintu dan menghadang Darrius di atas katil itu.

Mata Alfareeze bersinar penuh ketakutan!

Bunyi pintu itu pun menyentak Anthony. Membuatkan lelaki itu angkat kepala lantas bertentang mata dengan Alfareeze. Serta merta dia terbeliak kerana terperanjat.

         "Tuan Muda Alfareeze."langkahnya di atur lekas ke arah Alfareeze. Anthony mahu menghalangnya dari terus mendekat.

          "Kenapa dengan Darrius?"Alfareeze sudah melangkah ke hadapan apabila Anthony muncul dihadapannya dan cuba menolak dirinya supaya tidak mendekat. Dia mahu melihat Darrius, Namun doktor menghadang pandangannya.

          "Bawa bertenang tuan. Ianya bukan waktu sesuai untuk tuan berada di sini.."pinta Anthony dengan perlahan.

           "Saya tanya...kenapa dengan Darrius!?"

Anthony tetap juga cuba menolak Alfareeze dari terus maju ke hadapan.

         Berang kerana sejak tadi dihalang dan ditegah, Alfareeze terus menolak Anthony dengan mudah ke tepi. "Ke tepi Anthony!"

Hampir hendak terjatuh Anthony gara-garanya. Lelaki itu tidak berdaya hendak menghalang lagi. Dia biarkan saja. Rahsia atau tidak semua itu tidak penting lagi. Anthony masih shock dengan apa yang terjadi.

Berdiri saja Alfareeze di belakang doktor, waktu itulah Alfareeze merasakan masa berhenti dari berdetik. Darah dipam laju ke otak hingga belakang kepalanya berasa sakit yang amat sangat kerana terkedu depan apa yang dilihatnya.

Tak...

Semua ni tak mungkin!

Di situ, atas katil, terlantarnya Darra dalam keadaan bertampal dan kesan biru di sekitar muka sebelah kiri. Wajah itu pucat lesi.

         "Adakah semua ini perbuatan Duke Elijah?"tanya Alfareeze termenung memandang wajah itu.

          Nanny Clara di tepi katil menyeka air mata  berulang kali dengan sapu tangan. Hidungnya kemerahan. "Ya tuan...dan ini bukan kali pertama ia terjadi. Sebelum ini Duke Elijah juga pernah menyakiti tuan muda kami..."

Waktu itulah doktor yang memberi rawatan bangun dan berpusing menghadap Alfareeze. Wajahnya kelam dan begitu terganggu.

           "Bagaimana keadaan Darrius?"soal Alfareeze dengan serius.

          "Jangan risau...tuan muda Darrius tak apa-apa. Dia mungkin akan ambil masa sedikit untuk sedarkan diri memandangkan dia kehilangan banyak darah. Soal kecederaan, tuan muda hanya alami koyakan di bahagian kepala. Namun tengkoraknya tidak retak. Mungkin dia akan sedar setelah kesan ubat tahan hilang...jadi berikan makan ubat itu jika sakitnya teruk."beritahu doktor dengan perlahan.

          Alfareeze dengar sambil memandang wajah Darrius. Bagaimana semua ni boleh jadi serius begini? "Anthony...hantar doktor keluar."arahnya saat tunduk membongkok hendak duduk di tepi atas katil itu.

          "Baik tuan."sambut Anthony dengan lemah. "Ikut saya ke sini doktor."dia mengaju tangan ke arah pintu.

Apabila Alfareeze baru sahaja melabuhkan punggungnya ke katil, waktu itulah dia perasan ada yang tidak kena pada Darrius. Sekali lagi dia pandang muka itu lalu turun ke dada Darrius ingin pastikan dia tidak salah nampak. Sampaikan, kerana ingin tahu, dia pegang selimut yang menutupi bahagian atas dada tersebut.

         Nanny Clara tersentak. "Tuan ja-"tidak sempat menghabiskan kata-katanya, selimut Darra telah diselak oleh Alfareeze. Mendedahkan susuk badan sebenar cik mudanya.

Apa yang-!

Mulut Alfareeze ternganga dengan matanya tidak henti memandang atas dan bawah beberapa kali.

Nafasnya tertahan-tahan kerana berasa bingung selepas lihat apa yang dilihatnya. Dia salah lihat ke atau silap orang?Tapi tak mungkin!Wajah ini memang Darrius. Lelaki yang dia kenali. Tapi kenapa-

          "Apa semua ni Nanny Clara?"kepalanya di palingkan ke wanita di sebelah katil.

Serta merta, Nanny Clara jatuh melutut ke atas lantai sambil menangis teresak-esak. Wanita itu begitu ketakutan melihat wajah garang Alfareeze.

          Rahang Alfareeze berketik, lelaki itu memandang berang ke Nanny Clara. "Saya suruh jawab. Bukan menangis."dia yakin dia tidak silap pandang.

Darrius adalah perempuan?

Jadi selama ini-

         "Nanny Clara..."ketapnya sambil mencengkam kuat kain selimut itu lalu menutupi semula tubuh itu.

         "Maafkan saya tuan.."ucap Nanny Clara tunduk memandang ke lantai.

         "Saya boleh jelaskannya tuan.."Anthony bersuara di belakang.

         Dengan laju Alfareeze memandang ke balik bahu kirinya. Keningnya semakin berkerut tajam."Baik kamu jelaskan dari awal."arahnya.

         "Sekiranya saya jelaskan semua ini apakah yang tuan bakal lakukan?Adakah tuan akan menggunakannya untuk menjatuhkan Duke Elijah seperti mana ayah tuan sedang lakukan sekarang ini atau tuan akan lindungi cik muda kami...?"

         Rahang Alfareeze berketik. Banyak soal betul la! "Pergi mampus dengan masalah dua orang tua tu. Sekarang ni, sementara aku tengah bersabar, sebaiknya kau beritahu aku semuanya."

Lalu berceritalah Anthony kepada Alfareeze mengenai hal sebenar dari awal. Dari nama sebenar Darra, sejak bila Darra mula menyamar menjadi budak lelaki, sebab kenapa cik muda mereka di arahkan untuk menyamar menjadi budak lelaki, alasan sebenar kenapa Duke Elijah membuatkan Darra berpura menjadi lelaki, apa yang selama ini Duke Elijah lakukan sekiranya Darra memberontak dan enggan terus menyamar jadi lelaki, kisah dimana Duke Elijah mengupah Ricardo dan Marvin untuk mematai Darra dalam akademi sepanjang masa gadis tersebut belajar dan kejadian sebenar kenapa Darra dicederakan oleh Duke Elijah awal pagi hari tadi. Semuanya ditelitikan oleh Anthony kepada Alfareeze.

Hampir sejam Alfareeze berada di dalam bilik tersebut. Tidak berganjak selepas Anthony selesai bercerita dan Nanny Clara keluar dari bilik. Lelaki itu hanya duduk diam atas katil menghadap Darra.

Otak geliganya berasa tepu dengan maklumat yang diberitahu, tetapi semua itu tidak dapat buatkan dia berhenti dari berasa kagum dan terkejut kerananya.

Yalah!

Siapa sangka kan!

Selama ini dia beria fikir dirinya ada masalah.

Sekali tu apa?

         "Jadi selama ni aku ingatkan aku tertarik pada lelaki sedangkan aku sedar aku seorang yang lurus...rupa-rupanya...lelaki yang aku tersukakan tu adalah perempuan?" bicaranya sendiri termenung memandang wajah pucat Darra. Tidak semena tawa kecil lepas darinya.

Rambutnya dikuak ke belakang beberapa kali. Hampir saja dia hilang kewarasan kerana terkejut.

Apapun alasannya dia tidak peduli.

Apa yang Alfa tahu, perasaannya memang nyata. Bukan kerana keliru atau kasihan pada Darrius. Tetapi memang benar dia mahukan manusia kecil dihadapannya ini.

          "Darrius...Darrius...kau memanglah... dari awal sampai ke sekarang tak pernah tak buat aku impress pada kau..."ujar Alfareeze dengan sengih mengejeknya. Dia lalukan jari ke anak rambut Darra dengan perlahan. "Rehatlah baik-baik...aku akan datang 'kutip' kau lepas balik dari Wilayah Selatan Utara nanti...Darra Emerson."bisiknya saat capai tangan kiri Darra lalu dikucup jari jemari itu dengan mata terpejam.

Mata terpejam Darra tidak terkutik sepanjang masa itu. Gadis tersebut tenggelam dalam lenannya.

Tidak lama di kemudian, Alfareeze berjalan keluar dari bilik tersebut. Bertemu sekali lagi dengan Nanny Clara dan Anthony. Dua orang itu pandangnya dengan renungan serba tidak kena.

         "Kenapa kamu berdua masih berada di sini?"soal Alfareeze sambil menyarung glove ke tangannya semula.

          Nanny Clara beranikan diri untuk memandang Alfareeze. "Adakah tuan akan memberitahu kepada mereka bahawa kami yang menceritakan semuanya kepada tuan?"

Mata Alfareeze terarah pada Anthony sebelum hujung bibirnya terjungkit sinis. Tidak semudah itu!Mana mungkin dia akan gunakan 'senjata rahsia' ini begitu saja. Memandangkan dia sudah tahu rahsia terbesar Duke Elijah, dia akan gunakan peluang ini sebaik mungkin.

           "Sebaliknya saya mahu kamu berdua rahsiakan segalanya mengenai hari ini. Tiada siapa boleh tahu saya pernah ke sini. Dan Darriu-Darra tidak boleh tahu saya tahu siapa dia. Rahsiakannya sehingga tiba masanya." pesan Alfareeze membutang glove di pergelangan tangan.

           Anthony berasa tidak sedap hati. Entah kenapa dia berasa menyesal tiba-tiba. "Apa yang tuan akan lakukan?Adakah tuan akan menggangu cik muda?"

           Tidak semena Alfareeze menepuk bilah bahu Anthony. "Jagakan Darra untuk saya. Sementara waktu saya akan cuba jauhkan Duke Elijah dari Darra nanti.."

           "Hah?" Anthony ternganga bingung.

           "Apa yang tuan akan lakukan pada Duke Elijah?"Nanny Clara menguntil hujung jari jemari keresahan.

Tidak menjawab soalan itu, Alfareeze berjalan pergi dari situ. Meninggalkan dua orang tua di koridor depan pintu bilik Darra begitu saja.