"Apa yang telah kamu lakukan Ricardo?Bagaimana semua ini terjadi??"Duke Brett pandang tidak percaya ke anak lelakinya. "Ayah berpesan kepada kamu untuk lakukan tugas kamu dengan baik. Dan lihat bagaimana keadaan boleh berakhir begini?"
Masih tidak tahu hendak beri respon apa untuk kata-kata ayahnya, Ricardo diam termenung memandang hujung kasut dengan tangan di belakang badan.
Kejadian yang menimpa Darra membuatkan dia begitu terkejut hingga membuatkan fikirannya kosong.
Bagaiamana seorang ayah sanggup menyakiti anak perempuan sendiri demi menakut-nakutkan orang?Paling parahnya orang yang ditakutkan itu adalah grand duke dari negeri sebelah. Bolehnya Duke Elijah dengan bersahaja pukul Darra di hadapan mereka!?
Lelaki jenis apa Duke Elijah itu?
"Adakah Duke Elijah menemui ayah?"tanya Ricardo tidak lama dia mendiamkan diri. Pandangan masih terarah di lantai.
"Ya."
Dalam diam Ricardo menggengam erat jari jemari. "Apa yang beliau katakan pada ayah?"
"Duke Elijah menemui ayah di Balai Istana tadi dan memberitahu selepas ini kamu tidak perlu lagi memerhatikan anaknya memandangkan kamu gagal menjalankan tugas kamu dengan baik."tambah Duke Brett lagi.
Ricardo dengan lekas mengangkat kepala. Dia pandang ke depan dengan mata terbutang luas. "Beliau tidak boleh lakukan hal ini ayah."
Duke Brett berdengus kecil. "Apa yang tidak bolehnya?Sudah tentu dia boleh buat keputusan ini kerana dia memilih kamu. Dan sekarang tidak lagi."
"Saya cuba lakukan yang terbaik. Darra yang ambil keputusan untuk angkat tangan kepada Alex pada masa saya tiba di situ..Lagipun dalam hal ini yang bersalah adalah Duke Elijah. Kalau beliau tidak menyembunyikan identiti anak perempuan dia dan mendaftarkan namanya sebagai anak lelaki, semua ini takkan terjadi..."bidas Ricardo berasa tercabar.
"Kamu lakukan yang terbaik?Kamu yakin?Apa yang ayah dengar sebaliknya anak Dekan Lorenzo, iaitu Marvin melakukan tugasnya dengan lebih baik dibandingkan kamu..."
Mengerenyet mata kanan Ricardo apabila nama itu disebut. "Apa ayah kata?"
"Ya...Duke Elijah memilih Marvin sebagai pengganti kamu. Jadi selepas ini kamu tidak perlu susahkan diri untuk perhatikan anaknya lagi."
"Marvin?"patut la lelaki itu berkepit dengan Darra sejak awal kemasukan gadis tersebut di akademi. Rupa-rupanya Marvin juga mengetahui siapakah Darra yang sebenarnya? Dan di arahkan untuk lakukan hal yang sama?
"Kalau kamu tahu bagaimana hendak mengawal anak Duke Elijah, masalah tidak akan menjadi serius begini. Dan Duke Elijah tidak akan berpaling muka dari kita"keluh Duke Brett menggeleng kepala kekesalan.
"Memang patut Alex itu ditumbuk dengan Darra. Lelaki tu paksa Darra untuk tanggalkan pakaiannya. Kalau saya ada di tempat Darra waktu itu, bukan hidung saja yang dipatahkan, dengan tangan-tangan sekali saya patahkan..sepatutnya Duke Elijah tidak memukul Darra sebegitu sekali kerana salah Duke Elijah juga anak perempuannya hampir dimalukan dihadapan puluhan lelaki."
"Cukup Ricardo. Kamu tahukan Alex itu siapa. Dia merupakan anak kepada Grand Duke Noah. Adik kepada Raja Negeri Amora. Sudah tentu Duke Elijah akan lakukan hal yang begitu demi mempertahankan keamanan dua negeri ini. Duke Elijah sanggup sakiti anaknya demi menyelesaikan isu ini kerana hanya cara itu saja dia boleh buatkan Alex mengakui kesalahannya tanpa menyentuh Grand Duke Noah. Dan beliau amat marah kerana anak perempuannya cedera di atas kecuaian kamu mengawal keadaan ini.."
"Salah saya juga?"Ricardo begitu tercengang mendengar kenyataan itu. "Memangnya kenapa ayah beria sungguh pertahankan Duke Elijah dalam hal ni?Salah beliau semua ini terjadi. Lagipula kenapa Duke Elijah lakukan semua ni dari awal?Apa tujuan dia memalsukan identiti Darra menjadi Darrius!?"
Duke Brett mengetap gigi dengan erat. Beliau melemparkan pandangan ke arah jendela. Melihat langit mendung di luar.
"Ayah...saya tidak minta lebih. Saya cuma mahu tahu kenapa ayah diamkan semua ni, dan kenapa Duke Elijah lakukannya?Kenapa ayah beria mahu saya lakukan semua ni?Apa sebenarnya sedang berlaku?"
Untuk seketika Duke Brett mendiamkan diri sebelum lelaki itu melepaskan hela nafas yang panjang.
"Jangan beritahu saya yang ayah lakukan semua ini demi mendapat pengaruh Duke Elijah?Ayah tahu beliau bakal dilantik menjadi Panglima Perang Tertinggi. Jadi jawatan Menteri Pertahanan bakal kosong tidak lama lagi. Demi mendapat favor dari beliau ayah turutkan saja apa yang dikatakan beliau tak kira betul atau salah?Hanya untuk kedudukan itu?"
Semakin diam Duke Brett.
Kebisuan ayahnya itu cukup memberitahu Ricardo apa yang dikatakan sebentar tadi memang benar.
"Cukup Ricardo...."beritahu Duke Brett.
Dengusan kecil lepas dari Ricardo. "Saya selalu dengar kata orang...mengatakan bahawa Duke Elijah seorang lelaki yang gila kuasa, yang tamak dan sadis. Hinggakan ramai yang memberitahu Duke Elijah sanggup lakukan apa saja demi pengaruh...tak tahu...yang ayah juga begitu.."senyumnya dengan kecewa selepas itu.
"Kalau kamu tahu betapa susahnya hidup tanpa kuasa dan pengaruh, kamu juga akan lakukan hal yang sama Ricardo..."keluh Duke Brett. "Tidak semua orang akan terima untuk hidup seperti orang biasa tanpa kuasa dan harta...ada yang memilih sanggup tinggalkan segalanya demi nama dan kekayaan."
Ricardo mengangguk kepala. "Sudah tentu. Manusia takkan pernah rasa cukup. Mereka mahu lebih dah lebih...tak kiralah cara itu salah atau betul...."betapa kesalnya dia.
"Ricardo..."
"Jika tiada apa-apa lagi, saya minta diri dulu ayah."
"Ke mana kamu mahu pergi?Ayah belum selesai berbicara dengan kamu."
Duke Brett pandang ke arah Ricardo apabila anak lelakinya itu keluar dari pintu sesaat kemudian. Meninggalkannya dalam keadaan serba tidak kena. Saat Duke Brett berpusing memandang ke bingkai gambar keluarga sebelah almari buku di dinding, tangannya terus mencekak pinggang. Wajah isteri dan anak lelakinya di pandang silih ganti.
Klikl!
Pintu tertutup rapat. Dan Ricardo berpusing ke kanan setelah itu. Namun di saat dia mengangkat kepala memandang ke depan pandangannya bertentang mata dengan Wanita bersanggul kemas dan mengenakan dress biru.
"Ibu..."senyum Ricardo dengan kekok.
"Sesuatu telah terjadi ke?"Puan Agnes pandang ke wajah sugul Ricardo.
Sambil mengetap bibir, Ricardo menggeleng kepala. "Tiada apa-apa..."
Puan Agnes dekati Ricardo lalu memegang tepi lengan itu. "Kamu nak makan?Ibu sudahpun siapkan makan malam...sebelum balik ke akademi sebaiknya kamu makan sekali bersama kami di sini.."
Wajah Puan Agnes ditatap Ricardo dengan kening berkerut. "Ibu tahu...ibu tidak perlu paksa diri untuk menjaga saya sekiranya ianya janggal untuk ibu lakukannya??"beritahu Ricardo dengan perlahan. Dia tahu bahawa isteri perkahwinan kedua ayahnya ini tidak rapat dengannya. Jadi dia tidak pernah memaksa Wanita ini menerimanya dan melayaninya dengan baik.
"Kenapa kamu berkata begitu...?"Puan Agnes pandang terasa hati dengan kata-kata itu.
Yalah...selama ini tiada siapa tahu mengenai keluarganya kerana ayah dia suka menyembunyikan mereka. Sejak berkahwin dengan Puan Agnes, Duke Brett banyak berselindung dan sembunyikan ahli keluarganya. Menurut Duke Brett ianya demi menjaga privasi dan keselamatan memandangkan Puan Agnes Marrely merupakan seorang Wanita dari keluarga berpengaruh dan juga high profile. Jadi untuk mengelakkan dari perhatian orang, Duke Brett tidak pernah wara-warakan kepada sesiapa mengenai Ricardo dan Puan Agnes kepada umum melainkan orang terdekat sahaja.
"Ibu makanlah bersama ayah...saya minta diri dahulu."pamit Ricardo sambil tolak tangan yang ada di lengannya perlahan-lahan turun ke bawah.
"Ricardo..."panggil Puan Agnes apabila lelaki itu jalan melepasinya.
Mahu tak mahu Ricardo berhenti. Dia memalingkan kepala ke sisi lalu bertentang mata dengan sepasang mata yang membuatkan dia teringat pada seseorang.
"Sudah 17 tahun Ricardo...adakah kamu masih belum menerima ibu sebahagian dari keluarga kamu?"
"Ianya bukan tentang ibu...saya faham. Ibu berkahwin dengan ayah kerana aturan keluarga kalian. Dan saya faham ibu sendiri masih belum menerima saya sebagai anak ibu tak begitu?"
Wajah Puan Agnes menjadi kelam kerananya. "Tentang tu-"
"Ibu tidak perlu menjelaskan apa-apa....saya faham. Serius..ibu tidak perlu berasa serba salah apatah lagi merisaukan saya. Selama 21 tahun ini saya sudah terbiasa hidup tanpa kasih sayang seorang ibu...jadi tiada apa yang ibu perlu risaukan mengenai saya."
Ricardo berlalu pergi dari situ meninggalkan Puan Agnes begitu saja.
Menjauh saja Ricardo dari situ, Puan Agnes masuk ke bilik bacaan suaminya. Bila dia ke situ matanya terarah pada Duke Brett sedang berdiri termenung memandang keluar jendela.
"Sire...makan malam telah sedia."maklum Puan Agnes dengan perlahan memandang belakang kepala Duke Brett.
Waktu itu Duke Brett menoleh. Lalu bertentang mata dengan Puan Agnes sebelum tersenyum nipis. "Terima kasih Agnes."
"Sesuatu telah terjadi ke?Saya bertembung dengan Ricardo. Sepertinya ada yang membuatkan dia berasa tidak senang?Sire bergaduh dengan Ricardo lagi?"
Duke Brett menggeleng. "Tiada yang serius. Ianya mengenai Duke Elijah dan anak lelakinya saja."
Puan Agnes pandang wajah Duke Brett dengan renungan tidak dapat ditafsirkan sebaik saja nama Duke Elijah di ungkit.
"Nampaknya anak Duke Elijah sekali lagi mencipta masalah dan dihukum. Sebagai balasannya Ricardo yang ditugaskan untuk menjaga anak beliau telah dilucutkan jawatan kerananya."jelas Duke Brett memandang Puan Agnes dengan renungan serba salah.
Mata Puan Agnes berkedip satu kali sebelum Wanita itu mengangguk kepala. "Ohh...patutlah.."
"Adakah Ricardo telah awak pelawa untuk makan bersama?"soal Duke Brett berjalan keluar dari belakang mejanya ke arah Puan Agnes.
"Sudah. Tapi Ricardo menolak pelawaan saya."Setibanya Duke Brett di sampingnya Puan Agnes merangkul lengan suaminya dan berjalan keluar sama dari bilik tersebut.
Duke Brett pandang ke tepi wajah Puan Agnes seketika sebelum kembali memandang ke hadapan. "Tidak mengapalah. Nanti bila tiba masanya, Ricardo akan makan bersama kita."