Chereads / Kiss Me Liar / Chapter 35 - Episode 35 : Demi Kasih Semua Buat

Chapter 35 - Episode 35 : Demi Kasih Semua Buat

Seminggu berlalu sejak kejadian yang menimpa Darra telah mula surut di dalam akademi. Namun berita mengenai kes gantung belajar dari akademi telah sampai di telinga raja dan beberapa orang hingga menjadi isu dalam sidang istana. Untuk adilkan kes tersebut, mereka yang mahu melihat Duke Elijah dalam masalah mencadangkan lelaki itu untuk keluar ke Wilayah Selatan Utara bagi menyelesaikan isu ancaman pencerobohan musuh sebagai hukuman Duke Elijah membuat keganasan di hadapan orang kenamaan.

Mahu tidak mahu Raja Alan terpaksa menurunkan titahnya dengan menugaskan Duke Elijah ke wilayah tersebut untuk pemerhatian dan soal rundingan dengan musuh terlibat. Sepatutnya Lord Alfareeze yang menguruskan hal tersebut, tetapi kejadian Duke Elijah memukul anaknya dihadapan Grand Duke Noah dari Negeri Amora menimbulkan khabar angin tidak enak buat mereka, telah membuatkan arahan pada Lord Alfareeze ditarik semula dan lelaki itu di suruh pulang serta merta.

Dan dari situ juga Pearl tahu apa yang menimpa Darra selang dua hari selepasnya. Itupun semasa bertemu dengan Putera Eilian di akademi sewaktu kelas tari menari mereka. Putera Eilian yang menjelaskan kepada Pearl dari awal hingga kejadian bermula dan berakhir.

Menangis tu jangan ceritalah.

Selesai aje Putera Eilian ceritakan apa yang berlaku pada Darra, meraung dekat situ juga Pearl kerana cemas. Gadis itu sampai goncang badan Putera Eilian kerana terdesak mahu menemui Darra. Namun disebabkan pada masa itu Duke Elijah ada di rumah, tiada siapa dibenarkan melawat Darra.

Hanya selepas Duke Elijah bertolak ke Wilayah Selatan Utara barulah Pearl dapat melawat. Itu yang kena tunggu beberapa hari lamanya untuk ke Kediaman Kirk.

"HUWAAA!!!!"raung Pearl sambil memeluk Darra yang sedang duduk di sofa menghadap Putera Eilian.

Ya. Dua orang ini datang bersama.

Dan Darra benar-benar bingung apabila melihat dua orang ini datang bersama untuk melawatnya. Serius. Dia fikirkan semasa lihat tu mata dia ada masalah memandangkan kepalanya dipukul kuat...rupa-rupanya bukan mimpi.

"Maafkan aku Darrius...baru sekarang aku nak datang lawat kau.."Pearl jarakkan diri. Dia tekap kedua belah pipi Darra lalu dibelek dari atas ke bawah. "Kau sakit lagi?Nak aku panggil doktor diraja untuk lihat kecederaan kau?Kau tak boleh ada parutmuka berharga kau ni perlu dijaga dengan baik..."

Berkedip-kedip mata Darra apabila tangan Pearl membelek mukanya seperti membelek pakaian. Sekejap di dongak sekejap dipaling kanan dan kiri sekejap di selak rambutnya ke atas. Naik rimas Darra waktu itu.

Sementara Putera Eilian di sofa berhadapan dua orang itu perhatikan dengan minat.

"Hidup aje budak tu...yang kamu nak terlebih reaksi ni kenapa Pearl?"tegur Putera Eilian tidak lama selepas dia mendiamkan diri sejak tiba ke situ.

Kepala Pearl pantas menoleh ke Putera Eilian. "Tengok keadaan Darrius ini...adakah ianya kelihatan normal untuk seorang ga-tuan muda?"hampir dia terlepas cakap. "Cengkung... berlebam...bertampal...mesti la saya risau..."

Putera Eilian menjuling mata menyampah dan tidak memberi sebarang komen mengenainya. Jengkel dia kerana Pearl terlalu ambil berat pada budak lelaki di depannya itu. Masih hidup pun dikira untung la tu. Lebam sikit pun nak kecoh?

"Dia yang minta semua sakit tu kan?"

Darra pegang belakang badan Pearl lalu ditepuk perlahan. Dia berterima kasih kepada Pearl kerana datang melawatnya. Sebenarnya dia sendiri baru bangun dari katil dua hari semalam. Ini pun sakit dikepalanya masih tersisa memandangkan lebam pada muka masih kebiruan. Kalau Pearl datang awal pasti rakannya akan bertambah risau.

"Aku tak apa-apa Pearl."ujarnya dengan perlahan. Hanya cukup jelas untuk Pearl dengar.

Pearl kembali memandang Darra. Keningnya mencerlung hendak menangis. "Sakit sangat ke?Aku ada bawa ubat sapu untuk hilangkan rasa sakit kau..."

Darra mengangguk kecil. "Terima kasih."

"Oh ya...rumah kau ni senyap yang lain macam ya...tak macam biasa kalau aku ke sini..?"

Darra menjungkit bahu. Entahlah, dia sendiri tak tahu tapi orang dalam rumah ini berkelakuan sangat aneh sejak ayahnya dikhabarkan telah keluar daerah kerana tugasnya. Kebanyakannya maid dan butler yang ada diam dan tidak bercakap dengan dia seperti biasa. Terutama sekali selepas dia sedarkan diri. Mereka kelihatan sangat berhati-hati dan berjaga-jaga.

"Maafkan aku sebab baru sempat melawat kau. Aku nak datang jumpa kau lebih awal. Tapi ayah kau melarang sesiapa dari datang ke kediaman ni.tapi lepas aku dapat tahu ayah kau dah bertolak keluar daerah, aku ajak la sekali Putera Eilian untuk ikut aku ke sini.."

Mata Darra mengerling terus ke Putera Eilian selepas dengar. Dia ingatkan Putera Eilian tidak memandang ke arahnya, rupa-rupanya lelaki itu sedang pandang sejak tadi.

"Kenapa kau bawa dia ke sini sekali?"Darra pandang ke Pearl semula.

Sambil itu Pearl mengeluarkan sesuatu dari bakul rotan yang dibawanya sebagai buah tangan Darra.

"Oh...dia yang nak ikut. Katanya kau hanya pura-pura sakit untuk tarik perhatian aku."sebuah botol kaca berpenutup kuning dikeluarkan dari situ. Lantas Pearl buka penutup itu. Serta merta bau minyak berangin keluar dari botol tersebut. "Jadi aku bawa lah dia..nak buktikan pada lelaki cepat insecure ni tengok keadaan kau.."dia oles sedikit minyak itu untuk disapu pada lebam di muka Darra. Lembut dan perlahan. Pearl enggan menyakiti Darra.

Tidak menghalang atau menegah, Darra membiarkan saja tindakan Pearl. "Aku rasakan...putera mahkota seorang ni...cemburu la.."bisiknya saat pandang muka comel Pearl di depannya.

"Pfft!"Pearl tersengih hendak ketawa. "Dia?Cemburu?Pada siapa?Aku?Kau?"ubat itu disapu dengan rata. "Kalau Pedih beritahu ya...ini ubat selalu aku guna kalau berlebam lepas latihan berkuda..custom made. Sangat mujarab."

"Cemburu dekat aku la..sebab kau selalu berkepit dengan aku.."

Pearl ketawa.

Dan situasi tersebut buatkan Putera Eilian pandang dengan mata dikecilkan kerana berasa jengkel. Entah apa la yang seronok sangatkan tu?Berbisik sejak tadi...duduk pula rapat begitu. Mujurlah Darrius sakit. Kalau tidak...memang dia sudah cari gaduh di situ.

"Lama lagi ke Pearl?"

"Kalau tuanku nak pulang...pulang la dahulu,. Saya mahu berada di sini untuk seketika.."Pearl langsung enggan memandang Putera Eilian. Dia terlalu fokus menyapu krim di kesan lebam Darra.

Putera Eilian mengetap garis lurus di bibir, serius?Serius Pearl hendak perlakukan dia seperti halimunan?Hanya kerana Darrius?memangnya lepas Nampak Darrius tak boleh Nampak perkara lain ke?Darrius aje!

Darra berdengus kecil. Dia lantas lirik ke Putera Eilian yang sepertinya sangat jelas sedang iri hati. Mungkin jelas sangat yang sebenarnya alasan Putera Eilian membencikannya adalah kerana lelaki ini cemburu dengan Pearl. Kan sejak berkenalan, Pearl sering luangkan masa dengan dia, tidak lagi Putera Eilian.

"Adakah tuanku masih berniat hendak membuli saya selepas saya kembali ke akademi nanti?"tegur Darra kepada Putera Eilian sewaktu lelaki itu terlalu khusyuk meneliti Pearl.

"Kenapa?Kamu masih tidak serik lagi selepas apa yang terjadi ke?"Putera Eilian pandang tidak berminat ke Darra.

"Jangan cuba nak apa-apakan Darrius saya ya. Kalau tuanku cuba macam-macam dengan dia...sampai bila-bila saya tidak mahu bercakap dengan tuanku.."beritahu Pearl sambil beri jari amaran kepada Putera Eilian.

"Saya tak cakap apa-apa lagi kan?"Putera Eilian pandang tidak percaya ke Pearl. Itupun nak mengugut.

"Oh iya ke?Boleh ke saya percayakan tuanku?Kan saya beritahu...Darrius bukan seperti yang tuanku fikirkan. Jadi berhenti sakiti Darrius mahupun menyusahkan dia..."tegas Pearl lagi.

"Saya tidak pernah menyusahkan sesiapa ya...saya cuma buat sesuatu yang menganggu seseorang tu."

"Ada bezanya ke?"

"Mesti la beza...fizikal dan mental....dua perkara berbeza kan?"

"Sama aje bagi saya."

"Hei...kalau kau orang berdua nak bertekak...tu...luar tu luas sekali..nak terjerit, dan terpekik..buat la sesuka hati kau orang...jangan depan aku."ujar Darra apabila perbualan dua orang itu mula berpanjangan.

Terus Pearl palingkan wajahnya ke Darra. "Kau nak tahu Darrius...lepas kes kau kena gantung tu kan, Alex telah dilucutkan jawatannya dengan Ricardo kerana masalah yang ditimbulkan. Lepas tu kan, Marvin tegaskan kepada semua orang dalam akademi tu supaya sentiasa menjaga tingkah laku..."

"Iya?Macam mana kau tahu semua ni?Kau belajar dekat situ ke Pearl?"hujung bibir Darra terjungkit. Rakannya ini kan...tahu aje la gosipnya...jauh mana sekalipun sampai jugak ke telinga Pearl ini.

"Ni..siapa lagi.."Pearl tunjuk ke Putera Eilian. "Selain kau dengan Putera Eilian...siapa aje yang aku kenal dalam akademi tu.."

Suka mendengarnya, Putera Eilian tunduk hendak menyembunyikan senyumannya. Hatinya girang berbunga kerana Pearl membuat pengakuan.

"Aku tak tahu pulak..Putera Eilian turut menyandang gelaran kaki gossip selain kuat insecure.."sakat Darra perlahan.

Pearl semakin bertambah ketawanya.

"Saya dengan Darrius.."tegur Putera Eilian tiba-tiba.

"Oh...dengar ya?Maaflah..saya memang sengaja cakap kuat-kuat untuk tuanku dengar.."seloroh Darra dengan muka bersalah yang dibuat-buat.

"Dah sakit macam tu pun masih sempat nak cari pasal ya?"tenung Putera Eilian tidak suka ke Darra. "Sedar sikit..sebab siapa keadaan akademi huru hara..."

"Cakap tu baik sikit ya...salah siapa yang mulakan dulu untuk buli Darrius dekat akademi tu?"bidas Pearl.

"Kenapa nak diungkit...kan saya dah beritahu saya takkan buli Darrius lagi?"

"Memanglah...kalau tuanku tidak mulakan semua itu, tiada siapa akan berani mulakannya.."

Ketika dua orang itu saling bertekak, Darra di situ diam termenung memandang tepi muka Pearl. Seronok saja dengar suara Pearl ketawa dan berborak. Ceria sedikit suasana rumah agam ini. Tak adalah sunyi sepi. Dia pun mahu berasa gembira dan tersenyum seperti Pearl. Dia juga mahu bergaul dengan senang hati tanpa berasa takut dan cemas.

Namun apakan daya, sejak lahir lagi dia tidak berhak untuk merasakan semua itu kecuali rasa sakit, takut dan marah sahaja.

"Kau nak makan apa-apa yang spesifik?Aku boleh suruh Robert carikan untuk kau.."beritahu Pearl yang mengungkit nama pembantunya itu.

Lantas Darra menggeleng kepala. "Tak apa...aku okay je."

"Semalam Marvin jumpa. Dia minta tugasan kelas kita untuk diberikan kepada kamu. Kamu ada menerimanya Darrius?" Putera Eilian menyampuk.

Darra mengangguk. "Ada. Anthony berikannya semalam."

"Semalam?Memangnya kau baru bangun ke apa sampai baru terima semalam?"seloroh Pearl bermain-main. Tiada langsung ada niat hendak menyindir ke apa. "Bukan ke dia sepatutnya berikan ia sejak isnin lepas?"

Memang. Tapi dia sendiri bangun dari tidurnya yang panjang. Jadi semalam la baru dia diberitahu. "Aku baru diberitahu semalam.."angguk Darra enggan memanjang topik tersebut.

Putera Eilian mengesan sesuatu tidak kena pada Darra apabila dia perasan reaksi teragak-agaknya. Namun Putera Eilian tidak memberi sebarang komen.