Chereads / Kiss Me Liar / Chapter 41 - Episode 41 : Harapan dan Permintaan.

Chapter 41 - Episode 41 : Harapan dan Permintaan.

Tepat di tengah malam, seluruh kawasan lapang dataran pekan dipenuhi dengan para penduduk. Sama ada muda, tua mahupun kanak-kanak. Semuanya ada untuk memeriahkan pesta melepaskan tanglung. Kelihatan sebuah keluarga di antara ramai-ramai di situ. Mengajar anak-anak mereka tulis. Ada juga pasangan suami isteri berusia sedang ketawa kecil saat bergelut hendak menyalahkan tanglung mereka.

Tidak jauh dari situ, kelihatan tiga lelaki lampai sedang bantu menyalahkan tanglung, sementara dua lagi sedang bantu tiga gadis untuk menjadi meja buat menulis. Ya..belakang badan mereka berdua alas untuk dua gadis tersebut tulis harapan dan permintaan mereka dalam kertas masing-masing.

         "Tadaaa...siap!"Pearl tunjuk ucapan permintaan yang dia telah siap tulis untuk diikat pada tanglungnya. "Tuan puteri tulis apa dalam kertas tu?"tanya dia kepada Puteri Eiliana yang sedang dibantu Alfareeze untuk bangun dari duduknya di atas lantai tadi.

         "Rahsia la..mana boleh beritahu.Nanti tak jadi.."dengan senyuman manis di bibirnya, Puteri Eiliana pandang bersinar-sinar ke Alfareeze.

Yang mana waktu itu, wajah Alfareeze begitu serius dan dingin sangat. Nampak sangat marahnya.

Disebabkan Marvin bantu Pearl terlebih dahulu, Darra yang paling terakhir siap tulis permintaan dia waktu itu.

         "Wish apa tu?"tanya Marvin semasa tunduk melihat Darra sedang ikat gulungan kertas dengan tali.

          Darra jeling ke Marvin sebelum berdengus mengejek. "Apa yang buat kau fikir aku akan beritahu?"ujarnya perlahan.

          "Mana la tahu kan?"Marvin berpusing lalu dekati Pearl kerana gadis itu minta bantuannya tadi untuk ikat ke tanglung.

Sementara Puteri Eiliana dibantu oleh Alfareeze, Darra pun pergi ke William. Dia enggan ke Ricardo kerana lelaki itu bantu untuk nyalakan tanglung Puteri Eiliana.

           "Dah siap?"tanya William dengan muka disimbah dengan cahaya tanglung yang dia nyalakan tadi. Warna pink lilac dengan gambar kelopak Sakura padanya.

            "Tuanku nyalakan tanglung untuk saya...kenapa baik sangat ni?"suara Pearl dekat sebelah kedengaran apabila gadis itu berbicara dengan Putera Eilian kerana lelaki itu lebih memilih untuk bantu Pearl dibandingkan adik sendiri.

            "Baru tahu ke saya ni baik?"balas Putera Eilian.

            "Hahaha...tak adalah...dah lama saya tahu  tuanku ni menjengkelkan..tapi tak tahu pulak yang tuanku ni baik.."seloroh Pearl menyakat lelaki itu.

            "Sini...saya pegangkan tanglung. awak pasang wish apa pada bawah pelitanya.."jelas William waktu itu. "Hati-hati...panas ni."

Darra sambungkan tali yang ada di gulungan kertasnya kepada tali di bawah bekas api tanglungnya. Selesai dia ikat dengan kemas, William serahkan tanglung itu kepadanya pula.

          "Nanti sebelum lepaskan, awak ulanglah semula permintaan awak tu."

           Darra tersenyum nipis memandang tanglung yang bercahaya dalam tangannya waktu itu. "Kau percayakan semua ni ke?"kerlingnya ke William.

Untuk seketika William berjeda panjang kerana berfikir.

            "Hmm...nak kata percaya tu adalah sangat. Tapi tak salahkan kalau kita pasang harapan?Impian?Sebab itu yang buat kita maju ke depan untuk capai apa kita mahukan tu...sebab itu awak tulis permintaan awak kan?"pandang William dengan kepalanya terlentok sedikit.

            Sebak Darra bila dia dengar William berkata begitu. Dapat ke dia kecapi impian kecilnya ini. Sudah 19 tahun dia berharap, tapi tiada tanda sikitpun yang ia akan dikecapi. "Pandai la bercakap.."dia menarik senyuman sedih sebelum kembali memandang ke tanglungnya.

           "Saya memang pandai. Kalau tak percaya, tanya Marvin. Dalam kelas saya pelajar top5 tau."dengan bangga William tepuk dadanya sendiri.

           Tertawa Darra kerana sikap selamba bersahaja William yang sedikit pun tiada riak palsu atau dibuat-buat. Seronok bila tengok! "Oh ya ke..."

Waktu itu sebenarnya, semasa Darra dan William berduaan di hadapan, kumpulan dimana Puteri Eiliana dan Pearl berada perasan mereka berdua. Terutama sekali Alfareeze dan Ricardo. Dua orang lelaki itu pandang tajam ke arah Darra dan William tanpa berkedip sekalipun.

DING!

DING!

DING!

Bunyi dari jam gergasi bergema taktala jam memberitahu waktu sudahpun cecah jam 12 tengah malam. Tiba masa yang dinantikan oleh semua orang di dataran itu.

             "Eilian...sini pegang sekali tanglung ni."ajak Puteri Eiliana kepada abangnya. "Biar menjadi harapan aku nanti.."

             "Memangnya kau buat permintaan apa?"mahu tak mahu Putera Eilian menurut. Lelaki itu pegang tanglung sama Puteri Eiliana sedang pegang selepas berdiri di tepi kanan lengan adiknya.

             Puteri Eiliana tersenyum senang. "Aku berdoa, ayahanda, bonda, kau, aku dan seluruh rakyat jelita hidup aman tenteram dan dilimpahi keselamatan sampai bila-bila..."ucapnya bersedia hendak lepaskan tanglungnya.

Putera Eilian yang dengar pandang dengan bangga akan Puteri Eiliana sewaktu dengar ucapan tersebut.

            Sementara Pearl waktu itu terus memejamkan mata dan rehatkan sedikit dahi pada tanglungnya. "Aku doakan Darra Emerson menemui cinta, kebahagian dan penyelesaian untuk semua masalah dia suatu hari nanti..."bisiknya dengan perlahan.

Marvin yang berdiri di sebelah Pearl saat itu dapat dengar bisikan halus itu. Tersentuh mendengarnya, dia tenung tepi wajah itu dengan senyuman lebar gembira.

Ketika itulah dengan serentak, Darra, Pearl dan Puteri Eiliana melepaskan tanglung mereka bersama dengan tanglung lain.

Berterbanganlah pelbagai jenis saiz dan warna tanglung di atas langit ketika itu. Cahaya-cahaya kecil mula terapung di langit malam seperti bintang yang bersinar.

Ketika Darra sedang dongak memandang langit, air mata tanpa di minta mengalir turun dari tepi matanya.Buatkan air mata itu seakan kerlipan berlian yang menghias wajahnya kerana biasan cahaya.

           "Hei..."sentuhan lembut hinggap di tepi pipi yang sedang mengalirkan air mata hangat buatkan Darra perlahan-lahan palingkan kepalanya ke tepi. Wajah Pearl tersenyum sedang terlentok memandangnya. "Kenapa menangis ni?"

             Dia berharap impiannya untuk tahu siapa ibu     kandungnya dan dimana kubur Wanita itu dapat dia temui sebelum nafasnya putus dari jasad ini. Tapi buat masa sekarang, bagi dia masa dan peluang untuk rasai semua ni dahulu bersama rakan baiknya. "Terima kasih untuk semuanya Pearl.."ucapnya sambil tersenyum saat air mata turun dari tepi matanya.

             Sambil ketawa hendak hilangkan rasa sedih,    Pearl kesat air mata dari pipi Darra sebelum mengucup dahi hangat yang masih bertampal itu dengan kasih. "Percayakan dekat aku okay. Semuanya akan baik-baik aje..."ucapnya saat menarik Darra ke dalam pelukan.

Semasa Darra balas pelukan Pearl, Putera Eilian begitu terpegun sampaikan lelaki itu tersedar sesuatu yang membuatkan detak jantungnya drop mendadak. Betapa tersentaknya dia selepas imej sama dia lihat apabila Pearl bersama Darrius terlintas dalam fikiran. Sama seperti mana Pearl memeluk gadis bernama Darra itu, begitulah tingkah Pearl bersama dengan Darrius.

          "Takkanlah....."lafaz Putera Eilian kerana dia teringat juga perbualan dia bersama dengan Pearl tempoh hari sewaktu mereka berlatih dalam kelas menari tempoh hari."Darrius...Darra...Darrius...Darra...Darr-" sedang diulang beberapa kali Putera Eilian terhenti kerana sebutan itu buatkan dia semakin seram sejuk. "Serius la?"

           "Kau kenapa?"tegur Puteri Eiliana di sebelah. "Cakap sendiri?Hilang akal sangat dah?"

           Putera Eilian pandang tak percaya ke Puteri Eiliana sebelum tersandar lemah semangat di tembok batu di sebelahnya. "Apa yang aku fikirkan ni?"

          Dah kenapa dengan abangnya ni?Dari tadi   membebel sendiri. Cakap tak habis pulak tu?Takkan dah tak betul pulak?Mata Puteri Eiliana naik turun tidak faham bila perhatikan abangnya yang kelihatan seperti orang hilang akal. "Perlu ke aku buat wish untuk kesihatan kau Eilian?"soalnya dengan risau.

Melihat Darra menangis dalam pelukan Pearl menyebabkan Ricardo yang perhatikan dalam diam sejak tadi dengan kesal memalingkan kepala ke arah lain dan pergi dari situ. Dia cuba hendak kawal dirinya supaya berhenti mengambil berat mengenai Darra sebenarnya. Tapi kalau begini keadaannya, makin susah la dia hendak kawal dirinya. Kalau dia dekati Darra adakah Duke Elijah akan menghukum Darra sampai cedera seperti tempoh hari?Itu yang membuatkan Ricardo berbelah bahagi!Patut ke dia bantu Darra atau biarkan saja Marvin yang ambil alih?

           "Kau nak ke mana Ricardo?"tegur Putera Eilian apabila perasan Ricardo melintas depan dia.

           "Balik asrama."jawab Ricardo dengan mendatar tanpa memandang.

            "Naik apa?Kau nak jalan kaki ke!?"laung Putera Eilian setelah Ricardo menjauh.

Melihat Darra saja sudah buatkan tulang rusuknya bergetar aneh, inikan lagi bila melihat air mata tumpah ke pipi Darra. Semakin resah gelisah seluruh badannya. Disebabkan statusnya dan juga kisah permusuhan keluarga mereka, Alfareeze begitu terdesak hendak mendapatkan Darra terpaksa tahan diri sejak tadi, dia mahu dekati Darra sekarang tapi terlalu banyak mata yang memerhati takut ada yang bawa mulut pada ayahnya dan juga Duke Elijah. Tambah-tambah lagi saat ini dia sedang bertugas untuk menjaga Puteri Eiliana, mahu ke tak, dia terpaksa teguh pada prinsipnya untuk kekal professional dan utamakan Puteri Eiliana. Dia tak boleh berjumpa dengan Darra secara terbuka begini kerana ianya juga akan mempengaruhi keselamatan Darra. Serius beritahu, tangan dia ni sudah sakit kerana digenggam kuat sejak tadi gara-gara mahu menahan diri.

         "Jom la kita balik...dah lewat malam ni. Cik Muda Pearl ada kenderaan untuk hantar pulang ke?"aju Marvin selepas Pearl bantu Darra membetulkan penampilannya.

         "Iyalah...saya baru teringat esok siang ada family gathering...ughh..kena bangun awal. Tak suka."sampuk William sambil memegang beg berisi sisa barang dan sampah untuk persediaan tanglung tadi.

          "Ada. Mereka sedia menunggu je. Terima kasih ya untuk hari ni Tuan Muda Marvin."

           Marvin kerling ke Darra sebelum mengangguk kepala. "Tiada masalah. Lagi ramai lagi meriah kan."

           "Oh ya...awak belum beri jawapan untuk soalan saya tadi.."Pearl rangkul lengan Darra dengan gementar kerana berdebar menunggu jawapan Marvin.

            Tersenyum handsome seperti biasa Marvin pun mengangguk. "Sudah tentu. Kalau Cik Muda Pearl berminat, apa salahnya kalau kita berkenalan."ajunya dengan tangan di dada kiri.

Darra yang lihat betapa hormatnya Marvin pada Pearl berasa senang hati. Bukan senang hendak bertemu dengan lelaki yang decent attitude seperti Marvin ni. Mungkin kerana ini ayah dia lebih memilih Marvin dari Ricardo. Teringatkan lelaki itu, Darra terus buat muka. Ya tak ya. Ricardo. Lelaki itu ada penjelasan yang perlu diberikan kepada dia!Ish!Ada ke patut rahsiakan semua ini pada dia!?Tunggulah sampai tempoh penggantungan dia tamat. Memang kena lelaki tu dengan dia.