Chereads / Kiss Me Liar / Chapter 46 - Bab 46 : Letak Ke Tempat Yang Sepatutnya.

Chapter 46 - Bab 46 : Letak Ke Tempat Yang Sepatutnya.

Flashbacks

       "Anthony?"

       "Ya tuan."

       "Adakah benar yang disampaikan oleh Calen sebentar tadi?"soal Duke Elijah dengan nada dinginnya.

Anthony tahu dia tidak dapat menyembunyikan apa-apa dari tuannya itu terpaksa akur dan jujur. Kerana sekalipun Anthony cuba menipu ianya tidak akan membawa sebarang kebaikan pada mana-mana pihak.

       "Benar tuan...Lord Alfareeze telah mengetahui identiti Tuan Muda Darrius pada malam selepas Tuan Muda Darrius ditempatkan di kediaman Kirk. Kami yang tidak sempat hendak menghalang dikejutkan dengan kehadiran beliau ke sini. Dari situ Lord Alfareeze mengetahui siapakah tuan muda sebenarnya."beritahu Anthony.

        Duke Elijah di kerusi kerjanya pandang gelap akan Anthony. Tangannya menggenggam kuat arm rest kerusi. "Jadi benarlah sepanjang ketiadaan saya di sini Alfareeze meluangkan masanya di sini?Bersama Darrius?"

      "Ya tuan." tunduk Anthony dengan kening mencerlung susah hati. Dia tidak dapat membantu tuan muda Alfareeze mahupun cik mudanya lagi. Duke Elijah terlalu berbahaya untuk dia macam-macam.

        "Kenapa tidak halang dia dari masuk ke  kediaman ini?"kening Duke Elijah mencerun marah,

         "Maafkan saya tuan. Bukannya saya tidak cuba menghalang. Tetapi Lord Alfareeze bertegas yang dia akan kenakan tindakan kepada kami dengan alasan penderaan keatas tuan muda"jelas Anthony.

Berketik rahang Duke Elijah. Budak tak guna tu kan! Ada aje la akalnya!

          "Lagipula waktu itu tuan tiada di kediaman, selain saya tiada lagi orang yang boleh menjaga keselamatan kediaman ini kalau bukan Lord Alfareeze. Tambahan pula tuan muda Darrius hanya sedarkan diri beberapa hari selepas tuan berangkat. Kalau bukan Lord Alfareeze yang menjaga perawatan tuan muda, kami tidak tahu apa patut kami lakukan masa tu.."tambah Anthony lagi.

Tidak perlu mengetahui lebih lanjut Duke Elijah sudah boleh mengagak apa yang berlaku selanjutnya. Lord Alfareeze terkenal dengan sikap pendiam dan juga dingin. Komando Batilion Utama peperangan itu bukanlah sebarangan orang yang sesuka hati hendak bergaul dengan sesiapa. Sejak kecil lagi Duke Elijah mengetahui Lord Alfareeze berminat dengan anaknya. Oleh itulah Duke Elijah menghantar Lord Alfareeze ke medan peperangan dua tahun yang lalu. Berniat hendak menjauhkan lelaki itu dari Darra. Namun tanpa diduga, Lord Alfareeze pula yang menghantar dia keluar dari daerah untuk ke Wilayah Selatan Utara. Hanya untuk mendekati anak perempuannya itu.

Sememangnya tidak dapat dinafikan, sepertimana liciknya Duke Marcel, sebegitu juga liciknya Lord Alfareeze.

Duke Elijah tidak mengatakan apa-apa selepas itu. Anthony dan Calen diarahkan untuk keluar meninggalkan ruangan itu. Betapa tercabarnya perasaan beliau saat itu membayangkan anak perempuan berakhir dalam keluarga musuh ketatnya itu!

Dia tidak akan membiarkannya begitu saja!

Darra Emerson tidak akan mengahwini atau bersama dengan mana-mana waris dari Keluarga Guzman. Muktamad!

End of flashbacks

Suara lelaki ketawa senang bergema dalam ruang sidang istana itu. Ianya datang dari Raja Alan yang berpuas hati di hujung meja selepas Duke Elijah menyampaikan kejayaanya sekali lagi menyelesaikan isu ancaman pencerobohan.

          "Seperti yang diharapkan, Duke Elijah tidak pernah menghampakan beta. Sememangnya Duke Elijah layak diberi ganjaran besar untuk jasanya yang telah banyak membantu menjaga ketenteraman kerajaan ini." beritahu Raja Alan dengan senyuman lebar di bibir.

Bersama muka tiada perasaan dan renungan kosong, Duke Elijah sedang termenung memandang meja marmar di bawah tangannya. Sejak tadi dia tidak dengar apa yang disampaikan oleh raja. Fikirannya hanya terarah cara bagaimana dia hendak hapuskan Lord Alfareeze dari terus mendekati anak perempuannya!

Nampak saja Lord Alfareeze itu muda, tapi fikiran anak muda itu jangan dibuat main-main. Bukan saja tidak boleh dijangka, tetapi sangat berbahaya!Dia sendiri yang berperang sama dengan Lord Alfareeze melihat banyak taktik tersembunyi lelaki itu. Kalau dia salah langkah silap masa, Lord Alfareeze dan Keluarga Kirk boleh berperang semata hal sekecil ini!

         "Kalau begini la gayanya, beta tidak akan ragu-ragu memberikan pangkat Ketua Panglima Peperangan kepada Duke Elijah, tak begitu Menteri-menteri semua?"beritahu Raja Alan dengan sisa ketawa senang hatinya.

Duke Marcel yang sudah bermasam muka sejak tadi di sebarang meja pandang penuh makian ke arah Duke Elijah. Balik-balik nama yang sama. Elijah...Elijah!Buat naik darah betul dengar nama tu!

          "Memandangkan Duke Elijah telah membawa kemenangan pada kita, apakah yang tuan mahukan sebagai ganjaran Duke Elijah?Sebutkan saja akan beta tunaikan..."beritahu Raja Alan lagi.

Semua para Menteri yang berada di meja pandang ke arah Duke Elijah. Mereka semua tertanya-tanya apa aje la yang Duke Elijah bakal mintakan nanti. Kalau la mereka adalah Duke Elijah, mereka akan minta kekayaan dan pengaruh yang besar bagi mendapatkan jaminan kesenangan.

Namun Duke Elijah sama sekali tidak menunjukkan tanda yang beliau akan membuat sebarang permintaan. Waktu itu Duke Elijah diam memandang wajah tersenyum Raja Alan. Nampak sangat Duke Elijah tidak berminat berada di situ untuk membincangkan kejayaannya. Sebabnya mood Duke Elijah rosak dengan kenyataan bahawa semua ini terjadi kerana rancangan Lord Alfareeze!Lelaki itu membalas dendam terhadapnya kerana menyakiti Darra dengan menghantarnya berurusan dengan Negeri Clamora!

         "Begini sajalah Duke Elijah, sebenarnya sudah lama beta berfikir mengenai hal ini."mula Raja Alan dengan senyuman lebar di bibir.

         "Apakah perkara itu tuanku?"sambut Duke Elijah dengan mendatar.

         "Beta mahu menjodohkan tuan puteri beta bersama anak lelaki Duke Elijah..bagaimana?Sebagai penghormatan beta di atas pengorbanan dan susah payah Duke Elijah selama 12 tahun berkhidmat demi mempertahankan rakyat dan negeri ini..."bersemangat Raja Alan usulkan lamaran.

Duke Marcel waktu itu sudah membutangkan mata. Lelaki tersebut begitu terkejut. Dia agak berang kerana Raja Alan sesuka hati berikan anak sendiri pada lelaki sesadis Duke Elijah ini.

Duke Elijah yang tetap tenang dan serius itupun mengerling ke Duke Marcel. Otak geliganya terus menjana idea yang membuatkan dia berasa tidak sabar!Berasa teruja!Alangkah bertuahnya dia! Macam tahu-tahu saja dia perlukan penyelesaian!

        "Maafkan saya tuanku. Sesungguhnya saya merupakan hamba yang hina. Sangatlah tidak layak untuk menjadi sebahagian daripada keluarga agung seperti tuanku yang mulia ini.."Duke Elijah palingkan kepalanya ke Raja Alan. "Anak lelaki saya masih muda, belum matang malah gemar membuat masalah. Saya khuatir sekiranya tuanku menjodohkan anak lelaki saya dengan tuan puteri, ianya hanya akan memberi imej tidak baik buat keluarga diraja.."jelasnya.

Semua orang di sekeliling meja sidang tergamam. Mereka semua tidak menyangka Duke Elijah yang terkenal dengan sikap gilakan kuasa itu menolak dengan mentah akan lamaran raja!Lupakah lelaki ini bahawa dengan menjadi ahli keluarga diraja dapat mengukuhkan kedudukan Duke Elijah dalam pemerintahan!Tapi Duke Elijah menolaknya serta merta!?

Orang paling senang hati disitu adalah Duke Marcel. Lelaki itu hampir hendak bersorak gembira bila Duke Elijah tolak lamaran tersebut.

         "Dalam hal ini calon yang paling layak menjadi pasangan Puteri Eiliana adalah anak lelaki Duke Marcel Guzman....iaitu Lord Alfareeze."cadang Duke Elijah memandang tepat ke Duke Marcel. Dengan cara ini Lord Alfareeze tidak akan mendekati anak perempuannya. "Bukan setakat seorang lelaki yang berkebolehan, Lord Alfareeze juga merupakan pahlawan terkenal di medan perang. Saya yakin, mengahwini Puteri Eiliana bersama Lord Alfareeze bakal memberi limpah rahmat terbesar buat pemerintahan Kerajaan Cameron."ujarnya.

Kenyataan tersebut telah menyebabkan semua di situ termasuk Duke Marcel dan Raja Alan begitu terkejut. Masakan mereka tidak terkejut. Selama ini Duke Marcel dan Duke Elijah bermusuhan. Kalau boleh mereka berdua tidak mahu mengalah dan tak boleh tengok kalau yang seorang tu lebih dari mereka. Jadi apabila Duke Elijah beri cadangan begitu, ianya buatkan mereka terperanjat.

           "Tak begitu Duke Marcel?"Duke Elijah tegur.

Tidak tahu hendak katakan apa, Duke Marcel pandang sekelilingnya sebelum ke Raja Alan. Dah kenapa pulak Duke Elijah ni?Hairan pulak?Buang tebiat betul dah ni. Nak mampus ke apa!?

          "I-itu...Raja Alan yang mengusulkan perjodohan ini pada Duke Elijah..kenapa anak saya pula?"

Raja Alan menarik sengih meleret. Dia dah boleh jangka jawapan ini. Tapi tak sangka pula yang Duke Elijah benar-benar akan menolaknya. Sebenarnya dari awal lagi dia memilik Lord Alfareeze menjadi pasangan anak perempuannya. Tapi dia sengaja mahu menguji kesetiaan Duke Elijah dengan menyatakan idea ini. Raja Alan ingin lihat sejauh mana ketamakan Duke Elijah hendak mengejar pengaruh dan kuasa sebab itu dia usulkan perjodohan ini.

          "Iya ke. Baiklah kalau begitu. Sekiranya Duke Elijah menolak lamaran itu, mungkin beta patut jodohkan Puteri Eiliana kepada Lord Alfareeze. Tak begitu Duke Marcel?"pandang Raja Alan ke Duke Marcel di sebelah kanan meja sidang.

Teragak-agak Duke Marcel hendak mengangguk. Yalah dia sendiri masih shock dengan apa yang didengarnya. Ianya seakan mimpi menjadi kenyataan. Dia tidak sangka pula yang kejadian berlaku sebaliknya. Bukan seperti yang dia jangkakan!~

         "Sudah tentu tuanku. "senyum Duke Marcel selepas itu.

Raja Alan tersenyum senang kerana rancangannya berjalan dengan lancar. Nanti tiada lah isu perebutan kuasa atau peperangan antara dua kuasa terbesar di meja sidangnya ini selepas ini.