Chereads / Kiss Me Liar / Chapter 50 - Episode 50 : Lihat dari Jauh

Chapter 50 - Episode 50 : Lihat dari Jauh

Sekelip mata, musim luruh berganti kepada musim sejuk.

Sekelip mata itu juga semuanya berlaku.

Seluruh kawasan penempatan sehingga ke hutan belukar di selimuti dengan hamparan salji putih. Sungai dan air terjun menjadi beku. Tumbuh-tumbuhan juga beku ditutupi dengan ais.

Sama seperti angin lalu, begitu jugalah dua bulan berlalu.

Disaat semua orang membuat persiapan untuk peperiksaan masing-masing. Pelajar tahun satu hingga tahun ketiga sibuk dengan jadual padat mereka. Lagi-lagi pelajar-pelajar yang bakal menerima pelantikan untuk menjadi pegawai diraja. Mereka semua sibuk mengulang kaji bagi peperiksaan yang bakal berlangsung.

Begitu juga dengan Darra Emerson. Walaupun dia bukan pelajar lelaki di akademi tersebut, dia ikut sama belajar dengan yang lain bagi mengikuti peperiksaan. Selama itu Darra fokus kepada pembelajaran dan kelasnya kerana tiada isu yang timbul memandangkan semua masalah telah diselesaikan awal sebelum minggu peperiksaan tiba.

Tapi sejak dua bulan itu juga Darra tidak lagi bercakap dengan Alfareeze.

Mulanya Darra fikir semuanya akan baik-baik saja dan dia tidak akan terjejas kerananya. Sayang sekali, sangkaan Darra meleset sama sekali. Ianya bukan setakat menjejaskan dirinya saja malah menghantui siang dan malam harinya.

Mungkin Alfareeze benar-benar mahu melupakannya, lelaki itu telah membuat surat pertukaran kelas untuk Darra. Maka sejak dua bulan yang lalu Darra tidak lagi belajar di dalam kelas memanah yang diajar oleh Alfareeze tetapi sekelas dengan Marvin dan William. Bayang dan kelibat lelaki itu langsung tidak dilihat dalam akademi tidak lama kemudian.

Mulanya Darra terkejut, tetapi menyedari semua itu kerana pilihan dia, Darra terima. Tetapi tidak sampai tiga hari, Darra mula teringatkan Alfareeze. Fikirannya hanya pada Alfareeze. Betapa sakitnya dia merindui kehadiran Alfareeze dalam kehidupan hariannya. Malah setiap malam Darra melihat ke pintu bilik dengan harapan lelaki itu akan datang menemuinya seperti biasa. Tetapi harapannya itu musnah selepas tiga hari perbualan mereka itu, Alfareeze dikhabarkan telah dijodohkan dengan Puteri Eiliana.

Pertunangan mereka akan diadakan pada musim bunga akan datang nanti.

Demam dua hari Darra kerana terkejut dibuat berita tersebut. Tidak lalu hendak makan apatah lagi nak dapat tidur yang lena.

Namun perlahan-lahan bila masa berlalu, Darra sudah terbiasa. Cuma janggal kerana tiada lagi manusia menyakitkan hati yang akan menjengkelkan hari-harinya.

Rindu?Jangan ditanya...setiap saat Darra sentiasa terfikir akan Alfareeze. Namun dia buat-buat seakan semua itu tidak mempengaruhinya. Sama seperti dua tahun lalu sewaktu Alfareeze keluar ke medan peperangan, begitu la Darra menjalani harinya.

Disaat semuanya berjalan dengan lancar, Darra semakin pendiam walaupun Putera Eilian, Marvin dan Ricardo kini duduk semeja bersamanya setiap kali makan di dewan. Mereka berempat mula menjadi sahabat baik. Kalau bukan Putera Eilian yang bertekak dengan Marvin, Ricardo yang akan bertekak dengan Marvin. Mereka bertiga sama-sama menjaga Darra walaupun sibuk dengan kelas masing-masing.

Kemudian Marvin banyak luangkan masa bersama Pearl tetapi tidak sekerap Putera Eilian yang bersungguh hendak mengambil hati crush cinta pandang pertama dengan bantuan Darra. Serius beritahu, Darra tidak menyangka yang dia akan tersekat di antara cinta tiga segi sahabat baiknya.

Menurut Pearl, rakannya itu menyukai Marvin, tetapi Marvin hanya menganggap Pearl sebagai kawan sahaja walaupun lelaki tersebut telah menyatakan perasaannya itu kepada Pearl. Putera Eilian yang memang jelas menyukai Pearl tidak mengetahui hal tersebut.

Ricardo kadang kala menemani Darra untuk ambil angin dan jalan sekitar akademi sewaktu Darra kebosanan atau lelaki itu ada kelapangan masa.

Jadi sekarang ini selain sibuk mengulang kaji peperiksaannya, dia turut terpaksa menghadap masalah putera berusia 19 tahun di hadapannya ini.

"Kan aku dah cakap aku tak tahu nak buat bagaimana lagi?Lepaskan tangan aku sekarang."jegil Darra kepada Putera Eilian yang menarik tangan dan merayu kepadanya untuk cari idea supaya Pearl jatuh cinta terhadap Putera Eilian.

"Tolong la Darrius. Kamu kan kawan baik kepada Pearl. Takkan la kamu tiada rahsia atau sesuatu yang boleh bantu saya dalam hal ni?"

"Tuanku..kita nak ambil kertas peperiksaan sekejap lagi. Tak boleh ke tuanku tinggalkan sekejap hal ni dan fokus pada peperiksaan?"Darra cuba merentap lengannya dari cengkaman Putera Eilian.

"Kali ni aje...Darrius. Saya akan tunaikan apa saja permintaan kamu. Jadi tolong la beritahu saya rahsia mengenai Pearl yang boleh bantu saya ambil hati dia?"

Haih. Penat betul menghadap Putera Eilian ni tau. Nak dia cakap bagaimana lagi?Takkan la dia nak beritahu pada Putera Eilian yang sebenarnya Pearl sudah menyukai Marvin bukan Putera Eilian. "Apa kata tuanku tanya sendiri kepada Pearl?"

"Kamu ingat saya tak cuba?Saya dah cuba...tapi Pearl beritahu dia sukakan apa saja yang cantik...jadi saya belikan dia bermacam benda yang cantik, tapi Pearl sepertinya tidak menghargainya seperti mana yang saya harapkan.."Putera Eilian tunduk memandang ke lantai dengan muka kasihan.

Sampaikan Darra yang lihat berasa lucu. Comel sajalah Putera Eilian ni. Buat dia makin tak sampai hati nak beritahu hal sebenar. Haih... "Okay saya beritahu. Tapi tuanku kena fokus dulu pada peperiksaan ni dan jangan ganggu saya sehingga peperiksaan selesai?Boleh?"ajunya sambil menepuk belakang bahu itu.

Senang mendengarnya, Putera Eilian terus menarik Darra ke dalam pelukan."Terima kasih penyelamatku!Kamu sememangnya yang terbaik!"dahi itu dikucup dengan kuat olehnya sesaat kemudian ekoran terlalu gembira. Lalu dia kembali peluk Darra dan dihayun kanan dan kiri.

"Dah la!Kita kena ke dewan peperiksaan ni!"Darra menolak Putera Eilian supaya menjauh darinya.

"Oh ya..tak ya..ayuh. Mari saya bantu bawakan beg kamu.."

"Tak perlu...tuanku jalan saja ke depan sana.."

"Eh tak apa saya tolong.."

"Saya kata tak perlu..."

"Tak apa...bukannya berat pun."

Bersama riak muka berserahnya Darra pandang Putera Eilian yang bersungguh sangat hendak bantu bawakan beg dan bukunya. Rasanya dia lebih prefer Putera Eilian yang pembuli dari versi yang sekarang.

"Jangan mengungkit lepas tu ya.."pesan Darra semasa menyerahkan begnya kepada Putera Eilian.

"Okay..."

Baru sahaja mereka berpaling untuk membelok ke selekoh kanan, seseorang muncul secara mengejut. Melanggar Putera Eilian sehingga menyebabkan beg Darra terjatuh sama dengan barang Darra di dalamnya ke lantai. Dan barang lelaki itu juga ikut terlepas dari tangan bercampur dengan barang Darra yang bersepah di situ.

Melompat terkejut Darra taktala melihat Putera Eilian melanggar depannya kerana lelaki itu terundur secara mengejut.

"Auw!"aduh Putera Eilian berkerut kening menahan sakit sebelum memandang orang yang berlanggar dengannya.

"Oh..tuanku. Maafkan saya."pandang Bian dengan riak cemas di wajah.

"Hati-hati Bian...Mujur saya yang kamu langgar..."tunduk Putera Eilian mengutip buku dan helaian kertas yang terikat kemas dari lantai dan dimasukkan ke dalam beg Darra semula.

Pada masa yang sama Bian ikut tunduk mencapai helaian kertas yang terikat dari lantai yang sama sebelum kembali berdiri. "Maaf sekali lagi..."kerlingnya ke Putera Eilian sebelum tergesa-gesa pergi dari situ.

Hairan dengan tingkah mencurigakan Bian, Darra palingkan kepala ke arah dimana Bian beredar. Serius beritahu kebelakangan ini dia perasan Bian seperti ada yang tidak kena dengan lelaki itu. Dari hari itu lagi...

"Tuanku tak apa-apa?"Darra bantu memegang begnya semasa Putera Eilian tunduk menyusun sepah di dalam beg Darra yang tertumpah tadi.

"Mm...Saya tak apa-apa. Tapi masalah Bian tu?Jalan bukan main luas...saya juga yang dilanggarnya?"gosok Putera Eilian akan tepi tangan yang masih sakit kerana dilanggar dengan bahu tajam Bian.

Sewaktu mereka berdua jalan menyusuri koridor, ketika itu muncul Alfareeze beruniform serba hitam dengan garisan aemas melintasi dari arah bertentangan lantas terpandang kelibat dua orang tersebut. Mata itu merenung dingin belakang Putera Eilian sewaktu lelaki itu dengan bersahaja merangkul bahu Darra dan jalan seiringan. Tanpa sedarnya, Alfareeze mengetap rahang sambil menguatkan cengkaman pada helaian kertas soalan peperiksaan di tangan ketika itu.

Berbekalkan maklumat dan nombor giliran, Darra tiba di dewan dan duduk di tempat yang ditetapkan. Dia tidak berharap sangat yang dia akan lulus dalam peperiksaan ini, tapi dia akan lakukan yang terbaik dan jawab dengan cemerlang setiap soalan nanti. Pena pelepah diletakkan atas meja sebelum dia pandang ke depan.

Terdapat 10 barisan dengan anggaran 100 orang pelajar berserta 20 master yang akan mengawasi peperiksaan pada hari itu. Jadi dari depan hingga ke belakang hanya boleh dilihat kepala dan uniform putih memenuhi jarak pemandangan di dewan tersebut.

Pandang punya pandang, mata Darra ternampak satu susuk lampai dari hadapan dewan tidak lama kemudian. Membuatkan dia pandang tidak berkedip akan wajah bersih milik Alfareeze sewaktu lelaki tersebut menyerahkan kertas soalan kepada master-master di situ.

Untuk seketika Darra curi-curi memandang wajah Alfareeze sebelum lelaki itu tiba di tiga barisan meja bersebelahan meja dia duduk masa itulah Darra tunduk memandang jari jemari. Berdebar sendiri sedangkan Alfareeze berada jauh darinya.

Selesai mengedarkan kertas soalan, master yang menjadi ketua pengawas pada hari itu menjelaskan peraturan biasa di dewan peperiksaan sebelum menerangkan soalan yang para pelajar perlu jawab dan format jawapan. Seusai itu barulah peperiksaan dilangsungkan.

Seperti tiada orang suasana dewan sungguh senyap hinggakan bunyi coretan pena kedengaran begitu jelas di dalamnya. Dari hujung ke hujung bunyi coretan kertas bergema. Memberitahu betapa tekun para pelajar di situ menjawab peperiksaan mereka.

Sedang tangan Darra laju menulis, tiba-tiba dia berhenti seketika sebelum angkat kepala memandang ke depan. Pena di tangannya di jatuhkan perlahan. Ada sesuatu tidak kena dengan hidungnya.

Masa itulah sesuatu hangat turun dari hidung mengenai mulut sebelum menitis atas kertas jawapan peperiksaan Darra.

Tidak berlengah Darra tadah tangan ke bawah dagu. Masa ni jugak nak berdarah!Tangannya meraba helaian kertas dekat meja lalu dikoyakkan. Membuatkan bunyi kuat menghuni dewan tersebut. Beberapa pelajar yang duduk berhampiran dengan meja Darra terkutik hendak memalingkan kepala.

Menggunakan kertas yang dikoyakkan itu Darra gulung kecil untuk disumbat pada hidungnya. Sayangnya tindakan dia itu tidak dapat menyelamatkan uniform dia yang serba putih waktu itu. Darah masih juga menitis turun dari dagu.

Hendak meraba pakaian mencari uniform tak boleh pula kerana dia tidak membawa sapu tangan atau kain untuk mengesat darahnya. Darra gerak tepi supaya darahnya tidak mengotorkan lebih banyak. Dia membiarkan darah tadi jatuh menitis ke lantai setelah itu.

Malunya!Masa ni juga la kena nosebleed bagai. Mesti ada yang nampak!?

TIdak semena sepasang kaki muncul di tepinya lalu diikuti tangan memegang sapu tangan depan muka dia. Darra terus dongak ke atas, ingin lihat siapa di situ. Sekali tu...

"Kamu tak apa-apa Darrius. Master perasan kamu bergelut sendirian sejak tadi?"Master Lee meletakkan sapu tangan ke hidung Darra yang sedang berdarah dengan perlahan.

"Ya..saya tak apa-apa."beritahu Darra memegang sapu tangan untuk mula mengesat kesan darah yang terpalit sekitar bawah dagu, bibir, hidung dan tapak tangan. Serius beritahu satu sapu tangan aje tidak cukup. "Terima kasih master."

Ingatkan Alfareeze tadi. Rupanya bukan. Darra melepaskan hela nafas kesal sebelum kembali menyambung tulisnya. Bengang betul macam ni. Dia yang beria suruh Alfareeze lupakan dia, tapi akhirnya dia yang kemaruk akan lelaki itu!

Master Lee kembali ke tempat di berdiri tadi bersebelahan dengan Alfareeze.

"Bagaimana?"tanya Alfareeze perlahan.

"Darrius tak apa-apa. Mujur la Lord Alfareeze nampak tadi. Saya dah berikan sapu tangan Lord Alfareeze pada Darrius tadi."beritahu Master Lee dengan perlahan.

Masih tidak berpuas hati, Alfareeze mengerling ke meja dimana Darra sedang duduk dengan renungan terkilannya. Dia risau tapi tidak dapat mendekati Darra lagi. Melihat dari jauh sahaja tidak mencukupi. Dia mahu mendekati lebih dari pandang saja.

Seksa dirasai Alfareeze kerana rindu yang bertandang.

Namun begitu, perasaannya hanya mampu dipendamkan.

Alfareeze melepaskan hela nafas panjang sebelum memandang ke arah lain sambil menyilang tangan ke dada.