Riuh rendah kelas itu dengan suara para pelajar taktala mereka nikmati waktu rehat antara kelas selepas hadiri peperiksaan tadi. Ada yang sedang berborak depan tingkap sambil kunyah kacang, ada juga tertekan selepas membincangkan jawapan masing-masing, ada juga yang gunakan masa itu untuk tidur.
Di meja Putera Eilian duduknya beberapa orang pelajar lelaki, berkumpul sek on ineliling lelaki itu berborak dengannya.
Sementara Darra bersama dengan buku-bukunya seperti biasa.
Kebanyakan mereka buat hal sendiri, sehinggalah pintu kelas terbuka dan berjalan masuknya sekumpulan pengawas serta dua orang master ke situ.
Elok Putera Eilian tersenyum semasa bergelak ketawa dengan rakan sekelasnya, lelaki itu terpandang ke depan kelas. Terpandang akan kemunculan tiba-tiba mereka yang mana membuatkan senyumannya perlahan-lahan melurut.
"Master?Ada apa ni?"tanya Putera Eilian.
Dengan serius dan beraura tegang. Master Elena pandang semua pelajar di situ dengan kening mencerun. "Saya diberitahu bahawa pelajar di dalam kelas ini telah menipu dalam peperiksaan. Maka dengan itu saya mengarahkan kamu semua untuk bangun dan berdiri di dinding untuk pemeriksaan.:
"HAH!"semua di situ menggumam dengan serentak.
Darra di tempat duduknya kebingungan. Menipu dalam peperiksaan?Siapa yang dah tak ada kerja sangat buat hal melecehkan ni?
"Seorang pegawai penyediaan kertas peperiksaan telah ditangkap kerana menerima rasuah dan membekalkan maklumat kepada pelajar di dalam kelas ini.Hanya nama pelajar itu saja tidak didedahkan. Sila beri Kerjasama."
Tidak teragak-agak Darra terus bangun dari tempat duduk dan bergerak ke dinding bersama-sama dengan pelajar yang lain.
Lalu pengawas-pengawas yang ada mula membuat spot check di setiap meja satu persatu dengan teliti. Dari beg hingga ke laci, semuanya diselongkar isinya.
Sampailah giliran meja Darra untuk diperiksa. Masa itu Darra memang buat tidak kisah kerana dia sama sekali tiada kaitan dengan kes penipuan dalam peperiksaan. Jadi pandang tidak berminat ke arah pengawas yang memeriksa beg dan laci meja.
"Meja siapa ni?"
Semua dalam kelas tersentak.
Masing-masing pandang ke meja dimana pengawas bercermin mata sedang berdiri. Bila mereka sedar milik siapakah meja tersebut, mata mereka melilau cari akan kelibat tuan punya meja.
Putera Eilian yang sedang berdiri di sebelah tuan meja berdengus tak percaya.
"Meja saya."beritahu Darra semasa maju kehadapan. "Kenapa?"
Lantas pengawas itu mengeluarkan helaian kertas yang telah diikat kemas dari dalam beg Darra. "Dari mana kau dapat kertas contoh peperiksaan ni?"
"Hah?"kertas contoh?Rasanya helaian kertas yang diikat itu adalah esei yang dia tulis sebagai latih tubi. "Kertas contoh apa?"soalnya yang benar-benar tidak tahu apa yang dimaksudkan oleh pengawas tersebut.
Master yang bertugas tadi dekati meja Darra. Dia capai helaian kertas yang ditemui pengawas tadi lalu mula diteliti satu persatu. "Memang benar. Ini adalah kertas contoh peperiksaan untuk hari ini.."ujarnya semasa memalingkan kepala ke Darra. "Darrius...apa semua ni?"
Serius la!Ingatkan dah tak masalah!?Darra pandang berserah akan master dan semua orang yang sedang memandang ke arahnya ketika itu. "Saya tak tahu macam mana kertas tu boleh berakhir dalam beg saya. Tapi saya jamin, saya tiada sebab untuk cuba meniru dalam peperiksaan apatah menipu..."jelasnya.
Putera Eilian jalan ke arah meja Darra lantas mencapai helaian kertas itu untuk dibelek. Dia macam teringat sesuatu, tapi apa dia ya?Serius...dia ingat sangat...tapi tak tahu nak beritahu macam mana.
"Kenapa tuanku?"tanya master kepada Putera Eilian.
"Tak mungkin Darrius meniru dan menipu dalam peperiksaan. Saya Nampak dia belajar dan ulangkaji bersama kami..."jelas Putera Eilian berasa tidak percaya yang Darra akan menipu dalam peperiksaan.
"Itu kita tak tahu lagi. Sebaiknya Darrius ikut saya ke pejabat disiplin untuk menyiasat hal ini."beritahu Master Lee saat memandang ke arah Darra.
Tidak tahu bagaimana mahu dia jelaskan, Darra ambil keputusan untuk mendiamkan diri dan menurut tanpa bantah. "Baik master."akurnya.
"Tapi Darrius dia tak bersalah. Mungkin ada yang cuba fitnah dia..dan meletakkan kertas contoh peperiksaan ni.."bidas rakan sekelas yang lain.
"Betul tu...Darrius jugak yang bantu kami dengan beri nota untuk peperiksaan. Kalau benar Darrius menipu itu bermakna kami semua pun menipu kerana berkongsi nota yang Darrius sediakan.."
"Mohon siasat hal ni dengan adil. Jangan biarkan hal sama berlaku."pesan Putera Eilian dengan tegas kepada Master Lee.
Waktu itu sebenarnya Bian yang sudah kecut perut bersembunyi di belakang badan rakan sekelasnya. Dia tidak berani hendak bersuara apalagi bertentang mata. Yalah!Salah dia juga!Kalau Putera Eilian tidak melanggar dirinya di koridor tadi, pasti kertas contoh peperiksaan miliknya tidak akan tertukar dengan kertas esei Darra. Dia sempat buang kertas tu dan tiada bukti. Malangnya helaian kertasnya tertukar, jadi Bian tidak dapat menghapuskan buktinya tadi.
"Ayuh ikut kami Darrius."ajak pengawas mahu mengiring Darra keluar dari kelas itu.
Bersama renungan letih Darra terus berjalan sama dengan Master Lee dan pengawas di situ. Sementara rakan sekelas Darra hantar keberangkatan Darra dengan renungan risau dan tidak puas hati.
"Putera Eilian...adakah tuanku lakukan hal ni?"
"Apa kamu merepekkan ni...saya dah berbaik dengan Darrius. Mana mungkin saya nak fitnah dia dengan cara sekeji ni. Saya pun ada status yang perlu dilindungi"beritahu Putera Eilian dengan nada tak percaya.
"Macam mana kalau hal sama yang terjadi ketika Duke Elijah ke sini bagaimana?Adakah Darrius akan dipukul separuh mati dihadapan kita semua?"
"Hish!Kau jangan jinxed boleh tak!Menakutkan aku aje.."
"Mana ada aku nak menakut-nakutkan kau...aku cakap yang betul kan."
Putera Eilian mengetap gigi dengan kuat. Tak mungkin Darra lakukan semua ini. Gadis itu tiada sebab untuk meniru apatah lagi menipu memandangkan Darra yang membantu mereka sekelas untuk belajar. Dan kebanyakan nota yang diberi Darra tidak pernah ada yang sama kesemuanya apa yang keluar dari kertas peperiksaan.
"Tuanku bagaimana ni?Takkan kita nak biarkan Darrius teraniaya macam tu aje?"
"Kita tengok keadaan dulu."beritahu Putera Eilian. "Jangan kamu semua cuba-cuba lakukan hal yang tidak sepatutnya...nanti tak pasal-pasal masalah jadi makin serius."
Di dalam bilik disiplin,
Ruangan yang luas itu dipenuhi dengan rak dan meja panjang melintang. Tiga langkah dari pintu masuk terdapat sebuah mesin taip. Kanan bilik pula terdapat deretan skrol yang digulung kemas dalam kelongsong emas disusun sepanjang dinding mengikut urutan.
Beberapa meter dari situ tiga buah kerusi berada. Dan di situ duduknya Darra. Dia bersandar letih di dinding itu. Matanya sudah kuyu. Sudah tiga jam dia tunggu di dalam bilik itu. Tidak makan tidak minum. Waktu akademi pun sudah lama tamat. Namun tiada apa-apa tindakan dilakukan sepanjang tempoh itu.
Untuk kali keberapa, Darra menguap sekali lagi. Dia dah putus asa nak tunggu. Peduli la apa nak jadi. Nanti kalau nak bercakap dengan dia, kejutkan la!Nak tidur dulu. Darra tanggalkan kot akademi lalu dilipat supaya dijadikan bantal. Tiga kerusi itu jadi tempat baring.
Pejam saja mata, Darra terus terlelap sesaat kemudian kerana keletihan.
10 minit kemudian, pintu bilik terbuka. Beberapa orang berjalan masuk ke situ dengan serentak. Lalu diikuti dengan suara orang marah-marah.
"Jangan nak beri alasan!Kamu sendiri tahu ianya adalah persediaan jangka panjang. Hanya mereka yang bertugas dalam penyediaan kertas soalan saja yang ada akses untuk mendapatkan kertas tersebut."
"Kan mereka yang ditahan telah beritahu, mereka di bayar oleh pelajar kelas Putera Eilian untuk membocorkan soalan peperiksaan kepadanya. Sekarang bukti menunjukkan Darrius Emmerson anak Duke Elijah mempunyai kertas tersebut. Hendak di siasatkan apa lagi?"
"Apapun boleh berlaku dalam tempoh tu tuan. Memang kertas soalan itu berada dalam simpanan Darrius, tapi ada bukti ke mengatakan Darrius yang merasuah mereka?"
"Lord Alfareeze, katakan sesuatu. Lord Alfareeze pasti sudah biasa dengan kes seperti ini?Apa pendapat Lord Alfareeze dalam hal ini?"
Waktu itu Alfareeze yang diheret sama untuk ke situ tanpa kerelaannya. Dia sedang buat persiapan untuk balik, tapi master-master ini malah tarik dia untuk membincang isu soalan bocor dan penipuan dalam peperiksaan pulak. Ikutkan hati dia memang dah tolak, tapi yang terlibat pula tidak lain tidak bukan Darra sendiri. Memang tidaklah dia nak diamkan diri. Penat..penat pun dia gagahkan juga.
"Sebelum tu saya nak dapatkan kepastian dari master semua di sini."Alfareeze menyilang tangan. Menghadap keenam-enam master lelaki dan perempuan yang berdiri dalam bentuk bulatan di tengah bilik tersebut.
"Apakah hal itu?"
"Kalau master perlukan pendapat dari saya, master semua perlu ikut cara saya."aju Alfareeze menilik setiap wajah di situ. Belakang tengkuk di gosok sambil tu kerana keletihan. "Dalam ketenteraan, biasanya saya akan gunakan satu teknik ni untuk dapatkan maklumat dari musuh yang ditahan. Dan ianya sangat efektif serta cepat. Tapi...tak apa ke kalau saya gunakan cara komando saya?" keningnya berkerut saat dia pandang funny akan mereka di situ.
Terketap bibir setiap seorang di situ setelah mereka menyedari apa yang dimaksudkan oleh Alfareeze waktu itu.
"Jangan risau. Kami semua akan tutup mulut. Termasuk seluruh staf yang terlibat. Apa yang pasti kes ini perlu diselesaikan sebelum sampai ke telinga Duke Elijah. Kami tidak mahu beliau datang ke sini dan naik angin seperti mana yang terjadi pada Alex dan Grand Duke Noah."
"Ya.betul kata Master Lee tadi."
Alfareeze mengangguk kepala faham. Renungan dingin terarah pada setiap seorang di situ. "Kalau begitu baiklah. Saya akan bantu. Tapi dengan syarat. Sehingga masa siasatan saya belum selesai. Tiada siapa dibenarkan untuk menyentuh Darrius atau melakukan sebarang soal siasat terhadap dia. Jika ada yang cuba lakukannya jugak, saya tidak boleh beri jaminan sama ada Duke Elijah akan datang ke akademi ini atau tidak." pesannya.
Melihat wajah serius Alfareeze saja sudah cukup buatkan mereka teragak-agak hendak bersuara. Inikan lagi membantah. Memang tidak berani la mereka.
"Sudah tentu...sudah tentu! Apa saja yang Lord Alfareeze katakan. Kami semua tiada masalah untuk turutkan."
"Benar...benar..."
"Bantuan Lord Alfareeze merupakan penyelamat buat kami semua dalam Akademi ini."
Masing-masing beri mahu menyedapkan hati tuan komando seorang ini.
Lantas Alfareeze menoleh ke balik bahu kiri, memandang kerusi dimana Darra sedang terlena.
Taktala mata Alfareeze jatuh ke wajah Darra, getaran aneh menjalar ke seluruh tulang rusuk dan dadanya. Membuatkan dia berasa bengang tidak semena. Semua ini kerana tidak kira sebanyak mana Alfareeze cuba melupakan Darra, semakin membuak-buak pula
perasaan dia mahukan Darra apabila melihat wajah tu.
Mana tak hilang akal dia kalau lama-lama macam ni!
"Benarkan Darrius untuk pulang ke biliknya. Selebihnya saya akan maklumkan kepada semua master di sini secepat mungkin."pesannya sebelum bergerak ke arah pintu dengan langkah yang luas. Memang kena la jawabnya siapa yang cuba hendak macam-macam dengan Darra dia!
Semua master disitu sambut arahan tersebut dengan tundukkan kecil.
Pada masa yang sama, Darra dikerusi sepanjang masa itu langsung tidak dengar apa yang berlaku disekelilingnya. Dia terlalu hanyaut dalam lenanya. Sampai suara orang bercakap atau sesiapa ke hulu hilir melewati tempat dia baring ketika itu, gadis tersebut langsung tidak terjaga!