Selepas beberapa hari berlalu, akhirnya siasatan mengenai kes soalan bocor selesai. Atas bantuan Alfareeze lelaki itu telah membekalkan maklumat serta bukti untuk membantu Darra yang teraniaya. Pihak akademi juga telah dimaklumkan keadaan tiga orang yang ditahan oleh Alfareeze untuk siasatan tersebut. Boleh dikatakan semua orang dalam akademi dapat menjangkan tindakan Alfareeze memandangkan lelaki itu adalah seorang komando peperangan. Jadi lepas mereka dapat tahu bahawa tiga-tiga pesalah tersebut diseksa hingga tidak sedarkan diri selama beberapa hari, mereka terus tidak bercakap apa-apa depan Alfareeze sekiranya bertembung dengan lelaki itu.
Setelah itu Darra dipanggil untuk perbincangan kes tersebut.
Dihadapan dekan, barisan master serta majlis pelajar. Semua di situ duduk dalam bentuk separa bulatan atas meja yang melengkung menghadap ruang tengah dimana Darra di dudukkan.
Seakan pesalah sebenar, itu perasaan Darra saat di pandang semua dalam bilik tersebut. Dia tidak takut atau gelisah kerana dia pernah rasakan perasaan yang lebih menakutkan daripada di hadapkan dalam bilik sidang bincang ini.
"Adakah kamu tahu kenapa kamu berada di sini?"tanya Dekan Lorenzo.
Darra mengangguk. "Ya saya."
"Darrius Emmerson, kamu dibawa ke sini atas tuduhan menipu dalam peperiksaan selepas tiga orang penyedia soalan peperiksaan ditangkap beberapa hari yang lepas atas laporan penerimaan rasuah. Rentetan dari penahanan itu, sumber mendapati pelajar dari kelas Utama adalah orang yang terlibat dalam hal ini. Namun tidak diketahui siapakah orang itu sehinggalah bukti ditemui dalam beg kamu. Benar?"
Mata Darra mengerling ke sekitar meja yang ada di depannya dengan perasaan berharap. Adakah Alfareeze tahu dia berada di sini?Lelaki tu tak hadirkan diri sekali ke?Seminggu dia kena kurung dan diasingkan, tapi khabar atau bertanya pun tiada.
"Ya betul."angguk Darra lagi.
"Kamu tahu bagaimana helaian kertas soalan itu berakhir dalam beg kamu?"
Menyedari Alfareeze tiada di situ, Darra kembali memandang Dekan Lorenzo. "Saya tidak tahu tuan.Ianya hanya ada di situ sewaktu pemeriksaan dijalankan." Selalunya Alfareeze sentiasa tahu sekiranya ada apa-apa yang menimpa dirinya. Dan lelaki itu pasti akan datang menemuinya untuk bertanya khabar. Tapi kali ini tiada lagi...
Ya!Darra tahu dia yang minta Alfareeze melupakan perasaan suka lelaki itu terhadapnya. Tapi itu tidak bermakna Alfareeze perlu memulaukan dirinya sebegini rupa. Tidak bermakna membuang dirinya begitu saja! Kan boleh aje berkawan dan bertemu seperti biasa! Benci tu bencilah...tapi bukannya ditinggalkan terus!Takkan itupun nak berkira sangat!
"Kami telah membuat pemeriksaan untuk semua kertas peperiksaan kamu. Dan kami dapati tiada satupun jawapan kamu sama seperti format jawapan yang disediakan. Ianya menyakinkan kepada kami semua bahawa kamu sama sekali tiada kaitan dalam kes meniru ini..jadi dengan itu pihak Akademi Latihan Muda dan Sidang Mahkamah Akademi Diraja telah membuat keputusan bahawasanya kamu tidak bersalah dan peperiksaan kamu sah di sisi undang-undang.."beritahu Dekan Lorenzo saat tunduk membaca catatan pada skrol di depannya.
Semua orang di situ memandang wajah Darra. Ingin melihat reaksi dari wajah itu. Tapi itulah..namapun anak kepada Duke Elijah yang terkenal dengan sikap dingin dan riak wajah tanpa emosi, jadi mereka dapati Darra sedikit pun tidak kelihatan lega atau teruja dengan makluman tersebut.
"Baik tuan."sambut Darra dengan perlahan dan tundukkan kecil. Dah memang jelas dia tidak bersalah. Nak di apakan lagi. Dia tiada kata-kata hendak menggambarkan perasaannya saat itu sampai malas nak cari tahu siapakah pesalah sebenar dalam kejadian ini. Hati dan kepalanya saat itu hanya dipenuhi dengan nama dan muka itu saja. Serius!Dia tak boleh handle semua ni!
"Kamu boleh beredar sekarang. Terima kasih untuk masanya. Dan mohon maaf untuk apa yang berlaku."
Perlahan-lahan Darra bangun dari situ. Tidak menoleh apalagi bersuara, dia melangkah keluar ke arah pintu dimana dua pengawal sedang berjaga.
Ricardo di barisan meja Ahli Majlis Pelajar memandang langkah Darra dengan renungan lega sebelum ke belakang kepala Dekan Lorenzo. Dia di maklumkan sidang bincang ini belum selesai lagi. Ini kerana pesalah sebenar masih belum dihadapkan.
Pada masa Darra bergerak keluar melalui pintu, waktu itulah Dekan Lorenzo memalingkan kepala ke kanan bilik. Melihat lelaki lampai yang bersembunyi di balik tiang sejak tadi. "Dipersilakan Salbian Kieran untuk masuk menghadap."maklumnya.
Serta merta wajah setiap seorang yang ada dalam bilik tersebut menjadi gelap. Renungan masing-masing menjadi dingin. Dan keadaan ruangan tadi menjadi sunyi yang tegang taktala lelaki lampai dibalik tiang tadi berarak masuk bersama dengan Bian di belakang.
"Ambil tempat kamu di kerusi itu Bian."arah Putera Eilian dengan serius. Dekan Lorenzo di sampingnya pula pandang kesal.
Bian dalam keadaan tertunduk itu henyak punggung dikerusi dengan lambat. Kepalanya tergantung kebawah kerana terlalu malu untuk pandang ke hadapan.
"Salbian Kieran...adakah kamu tahu kenapa kamu berada di sini?"soal Dekan Lorenzo.
Bian mencebik bibir hendak menangis sambil mengangguk kepala. "Ya tuan." jawabnya perlahan.
"Seperti yang dinyatakan di dalam laporan Mahkamah Diraja, kamu telah disabitkan kesalahan diatas merasuah tiga pegawai penyediaan kertas soalan dan menipu dalam peperiksaan diraja sejak 25 hari bulan tahun lepas dan 7 haribulan tahun ini. Berdasarkan pengakuan saksi serta bukti yang dibekalkan, kesalahan kamu ini membawa kepada hukuman dibuang akademi dan dilucutkan nama gelaran serta merta."
Maka teresak-esak la Bian di kerusi itu kerana dia sedar dirinya telah bersalah.
"Sebelum itu, boleh saya tahu. Adakah kesemua keputusan peperiksaan kamu selama ini juga hasil daripada penipuan?"Dekan Lorenzo pandang marah ke kepala Bian yang sedang tertunduk itu. Dia tidak sangka pelajar terbaik akademi dia ini menggunakan cara kotor hanya semata hendak berjaya.
"Ya tuan.."serak-serak Bian bersuara.
"Kalau begitu bagaimana Darrius boleh memiliki kertas jawapan yang sepatutnya dalam tangan kamu itu?"tambah Dekan Lorenzo lagi.
Ricardo dan Putera Eilian pandang Bian dengan kepalan penumbuk dalam genggaman masing-masing ketika itu. Mereka berdua benar-benar hendak mengamuk kerana mengetahui bahawa Darra hampir dalam bahaya gara-gara tindakan cuai Bian itu.
"Ianya tidak disengajakan tuan. Waktu saya hendak menghapuskan semua jawapan tu, saya bertembung dengan Putera Eilian dan Darrius. Kami berlanggar dan saya tertukar helaian jawapan tu dengan helaian contoh esei Darrius. Kebetulan pada hari yang sama pemeriksaan dilakukan. Dan ianya dijumpai dalam beg Darrius.."jelas Bian bersama linangan air mata membasahi pipi. "Saya tiada niat hendak memfitnah Darrius tuan.."dongak Bian ke tepi dimana Alfareeze sedang berdiri.
Tidak mempedulikan Bian, Alfareeze diam tidak mengatakan apa-apa. Renungan dingin dia terarah pada meja Ahli Majlis Pelajar.
"Tolong saya tuan...saya tahu saya salah...kalau saya dibuang..ahli keluarga saya tidak akan mengakui saya sebagai anak mereka nanti.."nangis Bian kepada Alfareeze. Kerana Alfareeze yang menangkap dan menahannya untuk dibawa ke sini.
"Pengawal sila bawa pesalah keluar dari sini dan uruskan hal selanjutnya termasuk untuk memaklumkan kepada ahli keluarga Salbian.."arah Dekan Lorenzo.
Muncul dua pengawal dari kiri bilik. Mereka mendapatkan Bian yang sepertinya tidak dapat berdiri dengan betul waktu itu dan membawa Bian keluar melalui pintu yang sama.
"Terima kasih untuk bantuan Lord Alfareeze menyelesai kes ini tanpa melibatkan Duke Elijah."ujar Dekan Lorenzo dengan renungan serba salahnya. "Saya bagi pihak akademi amat menghargai bantuan dari Lord Alfareeze."
Alfareeze pandang mereka semua di situ. Dia lakukan semua ini bukan demi nama baik akademi ini. Dia lakukannya hanya kerana mahu melindungi Darra dari dihukum oleh Duke Elijah lagi.Itu saja.
"Pastikan hal ini tidak akan terjadi sekali lagi. Itu saja saya minta."balas Alfareeze dengan mendatar.
"Ya..sudah tentu Lord Alfareeze. Kami akan ingat itu baik-baik."Dekan Lorenzo berdiri dan memberi tundukkan kecil kepada Alfareeze.
Ricardo di situ melirik ke arah ayahnya sebelum ke Alfareeze. Dia masih tidak habis fikir, kenapa Lord Alfareeze minta persidangan ini dijalankan secara berasingan tanpa pengetahuan Darra. Sedangkan Darra juga patut tahu siapakah pesalah sebenar memandangkan dirinya terlibat kerananya. Paling menghairakan sekali adalah, Lord Alfareeze sendiri yang mengetuai siasatan ini sehinggakan tiada siapa dibenarkan untuk membuka mulut menceritakan kepada sesiapa mengenainya. Malah Darra sendiri tidak boleh tahu.
"Jika tiada apa-apa. Saya minta diri dahulu."pamit Alfareeze setelah itu.
Dengan serentak semua orang dalam bilik sidang bincang itu bangun dan beri tundukkan hormat kepada bakal suami Puteri Eiliana itu kecuali Putera Eilian.
"Tsk!Berlagak."cebik Putera Eilian kerana jengkel melihat muka berlagak Alfareeze. "Hero sangat la tu.."ujar dia perlahan. "Acah nak suruh rahsiakan bagai... ingat diri tu siapa?"
"Mungkin sebab Lord Alfareeze tahu keadaan Darrius. Kan Darrius tidak boleh terlalu tertekan. Jadi untuk menjaga kebajikan Darrius, dia arahkan kes ini diselesaikan dengan senyap demi memastikan tiada orang lain tahu selain kita saja.."beritahu Dekan Lorenzo di sebelah tiba-tiba.
"Memangnya apa kaitan dia dengan kebajikan Darrius. Bukan ke selama ini Darrius dan Alfareeze itu saling bermusuhan?"pandang Putera Eilian ke Dekan Lorenzo.
"Saya tidak pasti tentang hal itu tuanku.."senyum Dekan Lorenzo dengan kekok.
"Saya tak tahu la apa yang disukakan sangat Puteri Eiliana terhadap lelaki berlagak seperti Alfareeze tu?"cebik Putera Eilian semasa bangun dari situ.
"Sudah mula tidak suka kepada bakal ipar sendiri ke tuanku?"seloroh Dekan Lorenzo sambil tu.
Enggan memberi komen mengenainya, Putera Eilian dan Ricardo kemudiannya berjalan sama keluar dari ruangan itu.