KLIK!
Pintu bilik terbuka ke dalam.
Dua orang itu berjalan masuk dengan senyap.
Masih memegang tangan Darra, Alfareeze bawa gadis itu ke hadapan perapian dimana sebuah sofa empuk merah merun berada. Dia dudukkan Darra ke sofa itu sebelum bergerak ke almari.
Duduk saja Darra di situ, dia diam memandang ke jari jemarinya yang sudah kedinginan. Basah dan sejuk. Tiba-tiba saja perasaan sedar dan rasional baru menyentak realiti. Darra menyedari dirinya sudah bertindak di luas kesedaran. Dan kiri dirinya berakhir di Kediaman Keluarga Guzman.
Serius!
Apa yang dia fikirkan tadi sebelum ke situ?
Darra berkerut kening penuh penyesalan. Dia benar-benar berasa tak percaya dengan diri sendiri. Gelar la dia apa saja, gila, tak masuk akal, hilang akal, terburu-buru..apa saja. Gelarlah. Semua itu dia tidak peduli kerana tujuannya hanya satu. Iaitu Alfareeze.
Tidak lama kemudian Alfareeze kembali bersama tuala kering di tangan sebelum dia mengambil tempat di sebelah Darra. Tanpa mengatakan apa-apa, mafela yang melilit leher Darra dia tanggalkan, membiarkan ia jatuh melurut ke bawah. Lalu jaket yang dipakaian olehnya pada Darra turut di alihkan. Angin panas dari api di perapian membias wajah Darra semasa Alfareeze mula mengeringkan rambut dan sekitar leher gadis itu.
Masih diam memandang ke bawah, Darra membiarkan saja Alfareeze menguruskan dirinya. Dia tiada niat hendak menolak atau menghalang tindakan lelaki itu terhadapnya. Cuma itulah, dia malu hendak bertentang mata dengan Alfareeze sahaja. Jadi Darra hanya mampu diam dan menundukkan pandangannya ke bawah.
Selepas beberapa ketika keadaan di antara mereka diam dan tidak bersuara, Alfareeze pun berhenti.
"Pandang aku.."beritahu Alfareeze semasa meletakkan jari telunjuk ke bawah dagu Darra apabila dia mendongakkan sedikit kepala itu supaya terangkat ke atas menghadapnya.
Bersama degupan kencang di dada, Darra angkat mata, lantas bertentang mata dengan tatapan gelap Alfareeze.Entah kenapa baru dia menyedari betapa dalamnya renungan Alfareeze. Dan sesiapa boleh lihat dengan jelas bahawa tatapan itu penuh dengan perasaan. Buatnya dia yang merenung berasa malu dan gugup. Tangannya di riba mula tidak senang. Dia tidak tahu hendak apakan apabila mereka mula saling membalas renungan ke mata antara satu sama lain tanpa bersuara.
Namun tidak lama, mata Alfareeze kemudiannya turun ke bibir Darra. Lelaki itu menelan air liur tanpa sedar. Rasanya ini kali pertama mereka berdua saling berhadapan sejak malam pergaduhan mereka tiga bulan yang lalu. Rasa seperti sudah lama dirasakan sehingga tercabarnya kesabarannya saat itu.
"Kenapa kau berada di sini Darrius?"soalnya dengan dingin.
Darra tidak menjawab kerana terlalu fokus.
Mata dia bergerak kanan dan kiri kerana mahu memandang puas-puas wajah Alfareeze. Dari kening, mata, hidung dan bibir lelaki tersebut. Dia mahu melampiaskan rasa rindu yang berkumpul sejak beberapa bulan yang lepas. Dia berada di sini kerana mahu memberitahu Alfareeze bahawa dia mahukan lelaki ini. Itu saja. Tetapi sikap ego dan pentingkan diri menghalang dia dari suarakannya secara lisan.
Dengusan kasar lepas dari Alfareeze tidak semena.
Kalau bukan mengenangkan kewarasan dan rasionalnya masih tersisa, sudah lama dia hilang kawalan.
"Katakan sesuatu Darrius..."mintanya perlahan bernada keras namun kedengaran jelas seperti merayu waktu itu. "Kau kena beritahu apa yang kau mahu.."
Darra masih mendiamkan diri. Dia cuba melarikan pandangan ke tepi, tetapi tangan Alfareeze dengan pantas memegang bawah dagu Darra dan memaksa muka itu kekal menghadapnya. Menahan nafas dia kerana tindakan kasar itu.
"Peluang terakhir Darrius. Selepas ni aku takkan bercakap dengan kau jika kau masih berdegil untuk mendiamkan diri. "tegas Alfareeze dengan renungan serius. Dia enggan merayu kepada Darra lagi. Cukuplah sekali dan keputusannya dia di tolak dengan kejam sekali. Sekiranya Darra boleh berkeras kepala, inikan lagi dia!
Tatapan dingin Darra masih terarah pada wajah marah Alfareeze untuk sesaat.
Dia sebenarnya sedang membuat pertimbangan untuk apa yang dia patut lakukan?
Marah?Nangis?Merayu?
Atau tampar saja muka handsome menjengkelkan depannya ini?
"Okay...tak perlu-"Alfareeze mahu bangun dari situ.
Tanpa mengatakan apa-apa, Darra cengkam kolar dan kain baju di dada Alfareeze sebelum menarik lelaki itu dekat kepadanya dan mengucup bibir itu tanpa amaran.
Terbutang kaku mata Alfareeze apabila bibir Darra menyentuh bibirnya. Untuk beberapa saat dia diam tidak bergerak kerana masih memproses apa yang sedang berlaku. Dia tidak menjangkanya sama sekali.
Apa yang Darra sedang lakukan ni!
Tangan Alfareeze diam di atas peha tidak bergerak semasa lelaki itu masih dalam keadaan tergamam.
Oleh kerana dirinya tidak ditolak, Darra bawa tangannya melingkar ke belakang leher Alfareeze dan menarik badan sasa itu dekat padanya erat-erat. Matanya dipejam rapat dan bibirnya di lekap kuat ke mulut Alfareeze.
Untuk beberapa saat Alfareeze masih diam di situ sebelum tangannya di bawa naik ke kedua belah tangan Darra. Dia tolak badan itu dengan terpaksa sedangkan dia mahukan semua itu.
"Hentikannya Darrius!"tegasnya di balik kucupan itu.
Namun Darra enggan melepaskan Alfareeze. Dia mengeratkan lagi pelukannya dan mendalamkan kucupan pada bibir itu.
Alfareeze memejamkan matanya dengan perlahan kerana sentuhan Darra. Namun dia buka semula untuk sedarkan diri. Dia hampir saja mengalah dek sentuhan Darra itu. Betapa bergelutnya dia hendak kawal emosi dan tubuhnya supaya tidak tunduk pada sentuhan tersebut. "Darrius!"deramnya memegang tangan yang sedang melingkar di sekeliling bahunya.
Enggan menjauhkan diri, Darra memagut lagi bibir Alfareeze dan menarik tangannya dari di pegang Alfareeze. Dia himpit Alfareeze, memaksa lelaki itu bersandar ke belakang pada sofa.
"Cukup Darrius!Kita tak boleh macam ni!"minta Alfareeze masih cuba hendak menolak badan Darra supaya menjauh darinya, tetapi ianya tidak mudah. Dia tidak tahu hendak sentuh dimana kerana waktu itu Darra tidak mengenakan corset atau pakaian yang tebal.
"Jangan tolak aku Alfa...izinkan aku sentuh kau!"rayu Darra semasa tunduk ke ceruk leher Alfareeze. Memberi kucupan lembut berkali-kali pada leher dan sekitar rahang lelaki itu. Tangan kanannya hinggap di kolar baju itu lalu dicengkam dengan terdesak.
Bergetar dada Alfareeze kerananya. Hinggakan kepalanya terdongak ke atas bersama mata terpejam rapat.Segalanya terasa ringan dan di awang-awangan. Hela nafasnya juga tersekat-sekat. Dia tidak kuat hendak menolak Darra lagi. Namun kesedarannya membuatkan dia terus menggigit bawah bibir.
"Tidak Darrius. Hentikannya!Kau tak sedar apa yang kau lakukan sekarang."dia buka mata dan tolak Darra supaya ke tepi.
Terlepas Darra dari lingkarannya di leher itu apabila Alfareeze menimpa tubuhnya ke atas sofa itu dan dipaksa sandar ke situ. Dia pandang seakan terasa hati dengan rejection dari lelaki itu.
Alfareeze tunduk memandang Darra di bawahnya bersama nafas kencang naik turun dan dada berombak deras. Kesan kucupan dan sentuhan Darra tadi masih berlegar-legar pada kulitnya. Membuatkan dia mahu teruskan semua itu dan enggan berhenti setakat itu saja.
"Cukup Darrius!Kalau kau datang ke sini hanya hendak mengelirukan aku lagi!Aku larang kau jejak kaki dan temui aku semula Darrius!"beritahu Alfareeze semasa bangun dari situ dan menjauhkan diri. Dia jalan mengundur ke belakang sambil memandang Darra. Betapa dasyatnya tarikan Darra padanya. Kalau dia tidak sedarkan diri , mungkin mereka berdua sudah berakhir ke keadaan yang lebih teruk dari tadi! Rambutnya di kuak ke belakang kasar-kasar akibat frust.
Mata Darra menjeling marah ke Alfareeze. Dia melagakan-lagakan diri saat melihat keadaan Alfareeze yang bersepah saat itu. Pakaian lelaki tidak terurus kerananya tadi,wajah bersih Alfareeze blushing, bibir yang dia kucup juga kemerahan. Dia masih belum puas!Dia mahu menyentuh Alfareeze lagi.
"Perlu ke aku katakannya secara terang-terangan?"Darra bangun dari sofa. Dia gerak hendak mendekati Alfareeze.
Menyedari yang Darra sedang menghampirinya, Alfareeze berasa tercabar. Nafasnya naik turun hendak hilang kesabaran.
"Berhenti. Jangan dekati aku!Ini amaran Darrius!"arahnya memandang bengang ke Darra.
Amaran itu ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri oleh Darra. Gadis tersebut tidak berhenti malah terus mendekat.
"Kau yang buat aku macam ni Alfareeze!Dan sekarang kau nak lari macam tu aje?"beritahu Darra dengan nada perlahan menahan sabar.
Salah dia?Alfareeze pandang Darra dengan mulut terbuka sedikit kerana tidak percaya. "Apa yang aku dah lakukan pada kau?"
Ditanya lagi?Serius la Alfareeze!Takkan dah lupa pulak!?Detik hati Darra semasa pandang mengejek akan reaksi terkejut Alfareeze.
"Beritahu aku!Kenapa kau menerima perjodohan kau bersama Puteri Eiliana?Kenapa kau menjauhkan diri dari aku!Kenapa kau buang aku?Sebenci itu kau pada aku!?"kening Darra mencerlung hendak menangis.
Alfareeze pandang tak percaya ke Darra.
"Kenapa kau tanya?"lafaznya dengan kasar. "Darrius...kau lupa ke kau yang minta aku untuk lupakan kau!Kau yang minta untuk aku tidak lagi hiraukan kau dan tak menganggu kau lagi...kau lupa ke!?"soalnya begitu tergamam.
Marah-marah Darra dekati Alfareeze sebelum mencekau kolar baju itu, Dia tarik hingga dua butang pijama hitam tersebut tercabut. Mendedahkan sebahagian dari dada itu tanpa sengaja."Aku suruh kau berhenti sukakan aku!Bukan suruh buang aku macam tu aje!"
Kepala Alfareeze terus tunduk memandang muka Darra kerana cekauan kasar itu. Tapi dia tidak menolaknya. Malah pegang tangan Darra. "Sama aje!"
"Tak sama!Kita masih boleh berjumpa!Kita masih boleh berbual seperti biasa tanpa rasa sakit hati sekiranya kau berhenti menganggu aku!Itu maksud aku!Bukan tak hiraukan aku terus. Takkan itupun aku kena jelaskan!"Darra lepaskan kolar Alfareeze sebelum memukul dada itu pula. "Kau kata aku kejam!Kau lagi kejam Alfa!!"
Setiap tumbukan itu Alfareeze terima tanpa berganjak sedikit pun. Dia pandang saja wajah marah Darra bersama ketapan gigi menahan sabar. Bengang sungguh dia sekarang ini!
Balik-balik dia juga yang salah!