Flashbacks
"Ingat jangan kau buat lagi hal macam ni lagi. Terdesak macam mana sekalipun, jangan letakkan diri kau dalam bahaya..."pesan Alfareeze semasa mengenakan jaket ke badan Darra. Mereka sedang bersiap hendak menghantar Darra pulang ke akademi semula pada subuh itu.
Tidak mengatakan apa-apa, Darra hanya diam memandang wajah Alfareeze.
Sambil membutangkan jaket tebal di badan Darra, Alfareeze pandang Darra. "Silent treatment hah? Kau takkan bercakap dengan aku lagi?"
Nak dia cakapkan apa lagi?Malam tadi mereka dah terlalu banyak sangat bercakap sampai kosong kepala ni. "Kau nak aku cakap apa lagi?"
Alfareeze melilitkan mafela ke sekeliling leher Darra pula. Dia kemaskan lilitan itu supaya menutupi leher Darra supaya tidak kedinginan. "Apa saja Asalkan kau tak mendiamkan diri dari aku.."
Patut ke dia beritahu Alfareeze siapa dirinya yang sebenar?Patut ke dia beritahu Alfareeze dia hanya menyamar menjadi lelaki walhal dirinya seorang perempuan?Adakah itu akan membuatkan Alfareeze kekal bersamanya?
"Adakah ini kali terakhir kita berjumpa?"soal Darra perlahan.
Tangan Alfareeze terhenti di atas bahu Darra dengan tiba-tiba apabila Darra bertanya begitu. Sesak dada dia tidak semena kerana soalan itu.
"Adakah itu yang kau mahukan?"pandangannya ke mata merah Darra. Gara-gara menangis terlalu banyak malam tadi, habis bengkak mata tu. Mujurlah tidak jelas sangat. "Beritahu aku..."
"Tak boleh ke kita berjumpa sampai musim bunga tiba?"aju Darra sambil menahan sebak dari bertandang.
"Kenapa sampai musim bunga aje?"
Darra menundukkan pandangannya ke bawah seketika.
Sebab selepas itu, Alfareeze akan bertunang dengan Puteri Eiliana. "Sebab itu yang aku nak.."jawabnya sebelum memandang Alfareeze semula. "Aku janji. Lepas musim bunga tiba. Aku takkan ganggu kau lagi.Kita boleh ikut haluan masing-masing."dia tak boleh minta Alfareeze jejaskan nama baik keluarga sendiri kerananya. Lagipun mereka berdua masih muda. Perjalanan masih jauh. Banyak perkara boleh terjadi. Takkan hanya disebabkan perasaan cinta monyet mereka ini, mereka perlu buang keluarga sendiri. Tidak mungkin la kan...jadi dia telah berfikir masak-masak malam tadi. Sebaiknya ini la jalan yang terbaik.
Senyuman sedih terukir dibibirnya. Sentap bila dia dengar."Okay.."angguk Alfareeze serta merta tanpa bertanya lebih lanjut setelah melihat renungan kelam Darra saat itu. Dia faham kenapa Darra beri masa hingga musim bunga saja. Kan dia bakal bertunang dengan Puteri Eiliana nanti. "Kalau itu yang kau nak...kita jumpa sehingga musim bunga nanti."
Dengan sebak, Darra menjengket lalu melingkarkan tangan ke sekeliling leher Alfareeze menarik lelaki itu ke dalam pelukannya. Sedih itu memang ada tapi tiada apa-apa dapat dia lakukan lagi. "Jumpa nanti Alfa..."bisiknya hampir hendak menangis.
Sama-sama kesedihan, Alfareeze tunduk ke ceruk leher Darra dan membalas pelukan dengan erat. Sungguh!Dia enggan melepaskan Darra lagi!
End of flashbacks
"Darrius!"suara dari belakang menyentak lamunannya.
Darra berpaling dari berjalannya untuk ke kelas waktu itu. Dia yang sedang memeluk buku rapat ke dada berpusing.
Ricardo sedang berjoging ke arahnya. Dan lelaki itu tidak mengenangkan topeng di mulut. Yang berserinya lelaki itu tersenyum ke arah Darra semasa mendekat. Apa pulak kali ni?Lain macam betul aura sekeliling Ricarod hari ni?
Darra berhenti. Dia pusingkan badannya menghadap ke tepi.
Lantas Ricardo pun mendekat. Dan ditangan itu pegangnya sebuah kotak. "Mujur la sempat...fuh!"mengahnya setelah berdiri di depan Darra.
Mata Darra memandang kotak di tangan Ricardo lalu ke wajah kacak lelaki itu. "Ada apa ni? Dan mana topeng mulut kau?Tak apa ke kalau Putera Eilian nampak nanti?"
Cepat-cepat Ricardo menggeleng. "Sebab dia izinkan saya tanggalkannya saya tidak memakainya lagi."
"Huh?"
"Hahah...saya tak tahu angin apa yang dah merasuk Putera Eilian..lelaki tu seakan bukan Putera Eilian lagi. Dia sering tersenyum sendiri, ketawa sendiri...pendek ceritanya dia kelihatan gembira..sampaikan dia beritahu saya supaya tidak lagi memakai topeng mulut. Saya pun..Ikutkan saja la..."ceria wajah Ricardo semasa bercerita.
Darra yang dengan mengangguk kepala sambil mengetap garis nipis di bibir.
"Baguslah kalau macam tu..."
"Ohh..saya ada sesuatu untuk awak.."Ricardo menyerahkan kotak yang dibawa tadi kepada Darra.
"Apa ni?"Darra pandang kotak itu lalu ke Ricardo.
"Mafela. Ibu saya yang kaitkan. Dia beri dua. Saya pakai satu saja. Satu lagi saya berikan kepada awak."
"Kenapa?"
Sambil tersenyum malu, Ricardo garu belakang kepalanya. "Hadiah persahabatan...?" jawabnya tidak pasti.
"Kalau mqcam tu ucapkan terima kasih kepada ibu kau nanti."Darra ambil kotak itu.
"Awak kena ucapkannya sendiri la nanti.."
Kepala Darra terlentok ke kiri kerana hairan. "Maksudnya?"
"Awak lupa ke?Kan awak setuju untuk hadirkan diri ke majlis hari lahir saya nanti. Sebagai Darra Emerson. Hari tu nanti saya akan kenalkan awak kepada ibu dan ayah saya."beritahu Ricardo.
Dah kenapa?
Kening Darra berkerut kengerian.
"Kau?Nak kenalkan aku?Sebagai apa?"jangan macam-macam boleh tak?
"Sebagai kawan saya la. Takkan sebagai kekasih saya pulak?"hujung bibir Ricardo terjungkit saat dia menarik sengih meleret.
Eh-eh!
"Tak perlu la sampai nak kenalkan aku pada ibubapa kau. Kekok pula nanti jadinya."Darra pandang funny dengan ajakan tiba-tiba Ricardo.
"Tak boleh ke?"
"Bukannya tak boleh, tapi masalahnya tiada siapa yang tahu saya ni siapa yang sebenarnya?Kalau saya datang ke situ sebagai Darra Emerson tak ke masalah akan timbul jika ada yang tahu saya anak Duke Elijah?"
Ricardo capai tangan Darra lalu dipegang pergelangan tu. "Tak apa. Jangan risau. Tiada siapa yang akan peduli hendak bertanya mengenai siapa awak. Yang penting awak ada sekali di situ nanti. Ya Darrius."
Memangnya tak boleh ke kalau tak merayu!
Letih betul!
"Aku dah terima pelawaan kau untuk ke majlis kau sebagai Darra pun tak cukup lagi ke?"soal Darra kekesalan. Tak datang terus nanti baru tahu.
Memang la. Tapi sekurang-kurangnya dia mahu memperkenalkan Darra terlebih dahulu. Dengan cara ini ibu dan ayahnya akan tahu dia meminati seseorang dan takkan cuba menjodohkan dia dengan sesiapa nanti.
"Okay..okay. Jangan marah...saya cuma beritahu aje.."
"Bukan marah, aku tanya.."
"Tapi awak memang jadi untuk pergi kan?"
"Mm."angguk Darra mahu tak mahu.
"Saya pelawa Putera Eilian, jadi mungkin Pearl akan ikut sekali. Jadi awak tak perlu risau sekiranya tiada kawan di situ, Pearl ada untuk temankan awak...memandangkan rakan-rakan saya kebanyakannya lelaki.."tambah Ricardo lagi sambil tarik buku yang dipeluk Darra untuk dia pegangkan.
Tidak menyedari hal itu,. Darra membiarkan saja Ricardo ambil bukunya. "Pearl ikut sekali?"
"Mestilah...kan kebelakangan ni Putera Eilian banyak luangkan bersama dengan Pearl. Jadi pasti Putera Eilian akan ajak Pearl sebagai pasangannya nanti.."'Ricardo kemudiannya pusingkan badan Darra menghadap ke depan semula. Dia tidak mahu Darra lewat ke kelas pula nanti.
Dua kali dia dengar perkara sama. Nampaknya Putera Eilian benar-benar telah berjaya menarik perhatian Pearl. "Mereka berdua?"tanya Darra pandang Ricardo di sisinya.
"Ya...semalam saya baru temankan Putera Eilian ke pekan untuk menemani Pearl membeli kasut. Hari ni Putera Eilian menghantar bunga di hadapan akademi...untuk Pearl..yang mana diambil oleh Pearl sendiri.."
"Serius la?"
"Saya serius la ni. Takkan saya buat cerita pula."
Tidak semena Darra ketawa. Dia tidak tahan betul menghadap perangai lelaki-lelaki dari akademi ini. Pelbagai betul ragam mereka. "Kalau begitu aku turut senang mendengarnya. Diharapkan apa yang Putera Eilian mahukan betul-betul terjadi. "Supaya lelaki itu berhenti ganggu dia dari bertanya tentang Pearl banyak kali!
Ricardo jengah sedikit kepalanya, lalu dia menilik wajah Darra untuk seketika dengan senyuman nipis dibibir. "Awak dah okay?"
"Hm?"Darra menjungkit kening ingin tahu. "Kenapa tanya macam tu?"
"Tak adalah..kebelakangan ni awak nampak murung. Tapi hari ni nampak ceria sikit...itu saya tanya.."
Darra berdengus kecil. Dia termenung pandang ke depan teringat akan Alfareeze.
Ceria?Mungkin ceria yang terpaksa.
Takkan nak suruh dia bersedih sepanjang masa?
"Aku okay aje... Kau tak perlu la risau sangat."beritahu Darra sebelum menarik nafas dalam dan dihela panjang. "Boleh tak berhenti jaga aku. Kau bukan pengawal aku lagi."
"Mestilah saya risau...awak seorang saja 'bunga' di akademi ni. Apa-apa berlaku, susah pula nanti.."
Dia sendiri tidak tahu berapa lama dia boleh bertahan disini. Entah sampai bila rahsia identitinya akan kekal tersimpan sebelum terdedah!? "Terima kasih je la..."
"Ada apa-apa yang awak perlukan?Mana tahu saya boleh bantu awak?"
"Kau nak tolong aku?"Darra tunjuk diri sendiri.
Ricardo mengangguk penuh bersemangat.
Boleh tolong jangan senyum sepertimana Marvin senyum kepada dia tak? Sebab dia boleh tahu apa yang dimaksudkan di balik senyuman tu. "Ada!"angguk Darra.
"Apa dia tu?" bersemangat Ricardo nak tahu.
"Jangan suka pada aku.." beritahu Darra awal-awal.
Memudar terus senyuman dari wajah ceria Ricardo. Lelaki itu sedikit terkedu dengan permintaan tersebut.
"Seperti yang kau tahu, aku ni bukan seseorang yang mudah untuk berurusan dengan. Rahsia aku, ayah aku...tak semua orang boleh faham macam mana kau faham. Tapi..aku masih nak letakkan garis sempadan antara kita berdua...supaya kau tak salah faham.."beritahu Darra memandang tepat ke mata Ricardo.
Dia tidak tahu kenapa tiba-tiba saja dia terasa sedih bila Darra buat permintaan seperti itu. Ricardo mengangguk. "Saya faham. Jangan risau."balasnya dengan senyuman terpaksa.
"Okay. Aku dah sampai kelas ni. Jumpa nanti."Darra hulur tangan ingin mengambil buku dari tangan Ricardo.
Ricardo serahkan buku tadi kepada Darra semula. "Jumpa nanti.."balasnya sebelum menyeluk tangan ke dalam poket seluar.
Tanpa menoleh lagi Darra masuk ke dalam kelasnya. Meninggalkan Ricardo yang masih terkesan dengan permintaan Darra tadi.