Chereads / Kiss Me Liar / Chapter 59 - Episode 59 : Get back to Me

Chapter 59 - Episode 59 : Get back to Me

Dia tidak boleh berdepan dengan Darra sekarang.

Emosinya masih belum stabil.

Sekiranya mereka berdua dalam satu ruang yang sama, dia mungkin akan hilang kawalan!

          "Kau nak aku lakukan macam mana lagi!Kau suruh aku lupakan perasaan aku terhadap kau!Tapi kau berharap aku dapat bersama dengan kau lepas apa yang kau cakap pada aku!?Jangan buat kerja gila Darrius. Lelaki mana yang akan bersama dengan orang yang dia suka tapi tidak dibenarkan bersama!Mesti la aku akan jauhkan diri dari kau!Buang kau!Supaya aku dapat lupakan perasaan tu!Kau ingat aku nak buat semua ni!"

Terkedu Darra. Begitu terasa hati dibuat kenyataan Alfareeze itu.

          "Fine!Kalau betul kau memang nak lupakan aku dengan bersama dengan Puteri Eiliana, kenapa kau lakukan semua ni!Berpura kisah pada aku dengan menjaga aku dalam diam?Selamatkan aku secara rahsia dari kes Bian hari tu...tempatkan aku ke bilik berasingan...kenapa kau buat semua tu kalau kau tak nak lagi ada kaitan dengan aku!?" tunjuk Darra ke arah pintu bilik. Merujuk akan kenyataan yang dia beritahu itu.

          "Kau cakap apa?"dari mana Darra tahu semua ni?Alfareeze terkedu.

          "Kau dengar apa aku cakap tadi!Jangan buat aku ulang semula!"Darra pandang Alfareeze dengan kening mencerlung marah.

Memang sah ada yang bawa mulut kepada Darra. Dia sudah jelas beri amaran pada semua yang terlibat supaya merahsiakan hal ini dari pengetahuan Darra. Tapi nampaknya masih ada juga yang ingkar akan arahannya itu. Alfareeze pandang Darra dengan renungan mencerun.

           "Aku buat semua tu bukan sebab aku yang mahu, Dekan Lorenzo yang buat permintaan tu kerana beliau enggan melibatkan ayah kau dalam hal ni...aku buat atas alasan kerja. Tiada kaitan dengan kau!"beritahu Alfareeze kemudiannya gerak ke arah sofa tadi.

           Darra perhatikan langkah Alfareeze taktala lelaki itu menjauh sekali lagi darinya. "Kau tipu!Aku tahu kau masih ambil berat tentang aku!"dia ekori lelaki di belakang.

           "Cukup Darrius!Aku taknak bercakap dengan kau tentang hal ni!Kita dah selesai!"tuala dan pakaian yang bersepah tadi dia kutip marah-marah.

           Tak nak!Dia tak nak semua ini selesai!Dia mahukan Alfareeze kembali menyukainya semula. Dia enggan Alfareeze bersama dengan Puteri Eiliana. "Aku ada alasan kenapa aku suruh kau lupakan perasaan suka kau pada aku...bukannya aku saja-saja suruh kau buat begitu, Alfa..."Darra pegang lengan Alfareeze. Memaksa lelaki itu kembali memandangnya.

           "Aku tahu Darrius."berpusing saja Alfareeze ke Darra dia terus menjawab. "Aku tahu kenapa kau suruh aku berhenti cintakan kau. Aku faham...jadi berhenti. Kau memang betul. Kita memang tak boleh bersama."

          "Masalahnya aku tak boleh berhenti.."lafaz Darra dengan marah. Nafasnya naik turun hendak menangis. "Aku tak boleh berhenti dari memikirkan kau...siang dan malam aku hanya ada kau saja. Aku tak tahu nak buat apa sekarang ni...fikiran aku kusut kerana kau!"

          "Kemudian...kau nak apa dari aku sekarang ni!"begitu mengalah dan berputus asa Alfareeze pandang Darra penuh berharap. Dia mahu semua ini berhenti. Dia penat. "Cukup sampai situ. Jangan teruskan kata-kata kau lagi.."kata-kata Duke Elijah mula terngiang-ngiang dalam kepalanya. Sekalipun dia mahukan Darra, dia tak boleh teruskannya. Dosa ayahnya terlalu besar terhadap Darra dan Duke Elijah. Hingga buatkan dia berasa tidak layak untuk bersama dengan Darra lagi.

          "Tolong. Jangan buang aku lagi..Alfa.."rayu Darra dengan terdesak menarik tangan Alfareeze supaya mendekatinya semula. "Kembali semula kepada aku!Jangan lupakan perasaan kau terhadap aku.."

           Alfareeze menggeleng kepala. Semuanya sudah terlambat. Dia sendiri tidak dapat melakukan apa-apa mengenai hal itu. "Maafkan aku Darrius. Aku tak boleh..." lafaznya.

          "Kenapa...bukan ke kau yang kata kau mahukan aku..."Apa maksud Alfareeze!?Semudah ini ke Alfareeze melupakan perasaan suka terhadapnya. Mata Darra mula berkaca. Keningnya berkerut-kerut tidak puas hati.

         "Tidak lagi...jadi hentikanya. Dan jangan temui aku selepas ni."beritahu Alfareeze dengan lirih. Dia tolak tangan Darra dari lengannya.

          Air mata mengalir turun ke pipi Darra. Betapa terpempannya dia. Ucapan Alfareeze itu umpama tamparan kuat di wajahnya. Tak...tak mungkin!Dia tidak mahu."Sebab aku lelaki ke?"sakitnya!Dia cengkam kuat kain baju di dadanya dengan kerana sesak nafas. "Sebab itu kau tak nak aku lagi?"kepalanya tertunduk ke bawah.

          "Ianya bukan tentang kau...Darrius...tapi aku!"begitu remuk redamnya perasaan dia. Bukan kerana itu. Dia cuma dihantui kata-kata Duke Elijah yang masih terngiang-ngiang dalam kepalanya. Hal itu menerbitkan rasa malu dan serba salahnya terhadap Darra. Jadi bagaimana dia mahu bersama dengan Darra saat semua itu menghantui dia!?

         "Tak!Kau tipu!Kau tak nakkan aku kerana aku lelaki!Sebab itu kau pilih Puteri Eiliana sebagai pilihan kau."

         "Bukan sebab itu Darrius...aku tulus mencintai kau seadanya tidak kira siapa kau!Tapi aku-"Alfareeze tidak dapat meneruskan kata-katanya kerana begitu kecewa kerana kenyataan bahawa Darra menyamar menjadi lelaki dan hidup terseksa selama ini kerana dendam Duke Elijah terhadap ayahnya. Darra menjadi tempat Duke Elijah melepaskan marah beliau. Kalau dia terima Darra, itu sama aje menyuruh Darra menyakiti diri sendiri.

         "Kemudian kenapa kau tak mahukan aku lagi...?"Darra menyeka air mata dari pipi dengan belakang tangan.

          "Lebih dari segalanya yang ada di dunia ni, aku mahukan kau.."Alfareeze pandang Darra dengan perasaan retak seribu. "Darrius....aku cintakan kau. Dan mahu menjadi orang yang berada disisi kau tapi sekarang aku tak layak untuk berada posisi tu lagi."

           "Tapi kenapa!Kau sendiri kata kau akan lakukan apa saja demi aku!Kenapa sekarang sebaliknya yang kau katakan Alfareeze!"Darra masih tidak dapat menerima semua itu. Dia terlalu obses pada Alfareeze sampaikan rasional dan kesedarannya dikelabui dengan emosi dan perasaannya.

Sambil mengetap gigi kuat-kuat, Alfareeze pandang tatapan berair mata Darra itu lantas beritahu.

         "Sebab aku adalah anak kepada lelaki yang telah menjadi punca kesengsaraan kau dan ayah kau selama ini. Darrius...sekalipun aku minta ampun beribu kali,sekalipun aku melutut rayu ianya takkan dapat kembalikan semula kehidupan kau menjadi sediakala...ianya takkan dapat pulihkan parut dan luka yang ada pada kau dan ayah kau buat selamanya."

Darra terdiam. Mata basahnya berkedip satu kali.

         "Apa maksud kau?"soalnya dengan nafas tersekat-sekat. Kenapa Alfareeze berkata begini?

Mata Alfareeze ikut turut berkaca. Air mata mula bergenangan di tubir.

Ya!Ini saja jalan dan cara yang dia ada untuk hentikan Darra dari menggoyahkan dinding kesabarannya. Dia kena buatkan Darra berputus asa secepat mungkin sekalipun ianya akan buatkan Darra membencikan dia seumur hidup gadis itu.

           "Kau tahu punca permusuhan keluarga kita berdua?"Alfareeze tenung tepat ke mata Darra. "Ianya bermula dari pengkhianatan ayah aku pada Duke Elijah yang membawa kepada kemusnahan rumah tangga beliau dan menyebabkan kau hidup tanpa ibu.."

            "Tak.."Darra menggeleng kepala tak percaya. "Kau tipu...kau cakap semua ni sebab nak buat aku bencikan dan jauhkan diri kau...kau tipu!"nangis Darra di situ.

Alfareeze tidak berhenti. Dia tidak menghiraukan apa yang dikatakan Darra.

           "Duke Elijah kehilangan isteri dan kau kehilangan ibu kau kerana ayah aku Darrius. Sebab itu aku tak boleh bersama dengan kau sekalipun aku terdesak mahukan kau!" Alfareeze jalan mendekati Darra. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa mengeletarnya seluruh badan dan lututnya semasa memberitahu semua itu.

           Sementara itu Darra jalan mengundur ke belakang. "Kau tipu!"nafinya lagi enggan percaya.

Semua ni tipu!

Dia tidak mempercayainya.

           "Ini yang kau minta dari aku...aku cuba beritahu kau. Tapi kau masih berdegil untuk tahu. Sekarang kau dah tahu. Adakah kau masih mahu bersama dengan aku?"

Jatuh terduduk Darra di atas katil tanpa disedarinya dan dia dongak memandang Alfareeze dengan terror. Apa yang dia baru dengarkan tadi!?Ayah Alfareeze punca kenapa keluarganya pecah belah dan dia kehilangan ibunya?Apa maksud semuanya ni?

Berdiri melangit Alfareeze di depan Darra ketika itu. Mata dinginnya tunduk memandang gadis yang mendongak memandangnya dalam keadaan terkejut yang amat sangat.

          "Ka-kau cakap apa tadi?"gagap Darra terlalu terperanjat. "Ibu aku meninggal dunia sebab melahirkan aku..."beritahu dia bersama air mata turun ke pipi.

           "Tidak Darrius. Ibu kau meninggalkan ayah kau selepas dia gagal dalam pemilihan pegawai raja sewaktu kau berusia dua tahun. Semuanya atas kesilapan ayah aku yang menganiaya ayah kau semasa pemilihan itu terjadi. Waktu itu ayah kau miskin tidak berharta, dan mempunyai kau pada masa yang sama. Oleh kerana tidak dapat menerima kehidupan daif, ibu kau meninggalkan kau bersama ayah kau kerana malu dengan kemiskinan dia..."beritahu Alfareeze tanpa berkedip sekalipun.

            "Tak...kau tipu!Ibu aku dah meninggal dunia!"geleng Darra. Berasa begitu dikhianati dia enggan mendengarnya lagi.

Alfareeze perlahan-lahan turun melutut di depan kaki Darra, dan terus memegangan kedua belah tangan itu dengan erat.

            "Pernah ke aku menipu pada kau selama kita berkenalan?"bisiknya di depan muka itu. "Memang itu alasan sebenar kenapa keluarga kita bermusuhan sehingga sekarang..."

Air mata berjuraian tumpah ke pipi Darra kerana dia begitu terkesan dengan kebenaran yang diberitahu. Jadi selama ini ayah dia telah membohonginya dengan mengatakan ibunya meninggal dunia. Kerana Inilah Nanny Clara berkata mengenai perpisahan. Ini bermakna selama ini ayah dia bersikap kejam dan menyakitinya adalah kerana dendam sakit hati ibunya meninggalkan mereka disaat ayahnya susah!?

Adil ke semua ini?

Kenapa kesalahan orang tua mereka, anak-anak yang terkena kesannya?

           "Apa aku patut buat Darrius..patut ke aku lari bersama kau. Dan tinggalkan semua ni?"tanya Alfareeze semasa lelaki itu menangis kerana berasa sebak melihat keadaan Darra. Dia benar-benar bersalah pada Darra. Dia tidak mahu menyakiti Darra lebih dari yang Darra telah alami. Tapi cara ini saja dia ada sekarang.

Dalam keadaan tersedu sedannya. Darra pandang Alfareeze tanpa berkedip. Dia tidak tahu siapa yang dia patut marahkan sekarang!?Ayahnya ke?Atau ibunya yang mungkin masih hidup di luar sana?Ayah Alfareeze?Atau bencikan Alfareeze sekaligus mereka semua di atas kesengsaraan dia selama 19 tahun ini!

Di depan kaki itu, Alfareeze tunduk meletakkan tangan di atas kaki Darra lantas merehatkan dahi di atas lengannya semasa berlutut sebelah kaki di situ. Kemelut mereka ini benar-benar memakan dirinya sendiri.

Oleh kerana dia sendiri tidak tahu hendak lakukan apa, Darra turut tunduk merehatkan dahinya ke atas kepala Alfareeze nak menangis teresak-esak dengan suara yang ditahan.

           "Bawa aku pergi kalau macam tu..."bisiknya dibalik esak.

Alfareeze mengeratkan cengkamannya pada jari jemari Darra.

.