Wap keluar setiap kali mereka menghembus nafas keluar. Udara dingin pada hari itu cukup membuatkan mereka semua begitu teringin sekali masuk ke dalam dan tidak menghadirkan diri kelas menunggang kuda pada tengah hari tersebut.
Kawasan balapan kuda yang diselimuti dengan salji dan rumput hijau penuh dengan kelibat kuda dan para pelajar dari kelas Marvin. Ada yang berkuda mengelilingi balapan, ada yang menunggang kuda di tepi kandang kayu tengah balapan itu. Ada yang berjalan-jalan biasa dengan kuda masing-masing.
Sementara Darra di dalam kandang khas untuk berkuda sedang berkeliling di situ kerana dia masih tidak pandai lagi berkuda secara balapan seperti pelajar lelaki yang lain. Untuk keselamatannya sendiri dia ditempatkan di situ bersama dengan master bertugas dan beberapa lagi pelajar yang mempunyai fobia untuk menunggang kuda.
Berpakaian khas untuk berkuda, Darra di atas seekor kuda berwarna coklat light brown berbalap dalam kelajuan biasa mengelilingi kandang sambil di ekori oleh Marvin di luar kandang tersebut. Sejak tadi Marvin berjalan kaki mengikut rentak kuda tersebut. Berborak dengan Darra sebagai pengalih perhatian supaya Darra tidak terlalu gugup.
"Kau tak keluar dengan Pearl hari ni lagi?"soal Darra memandang Marvin di bawah.
"Tak...Pearl ada rancangan dengan Putera Eilian.."beritahu Marvin saat tunduk memandang kakinya memijak rumput basah dek air salji yang mencair sepanjang langkah dia. "Sepatutnya kita orang keluar tapi Pearl batalkannya di saat akhir.."
Darra pandang tepi muka Marvin dengan kening berkerut funny. "Dah tu kenapa muka kau macam tu?Kecewa ke Pearl batalkan date kau orang berdua kerana Putera Eilian?"
"Mana ada..."Marvin ketawa kecil. "Saya okay aje. Lagipun dari awal lagi saya beritahu dekat Cik Muda Pearl yang saya tak dapat nak balas perasaan suka dia terhadap saya." senyumnya kemudian semasa dongak memandang Darra.
Kuda Darra berdekit tidak semena sebelum ia melepaskan dengusan kasar. Membuatkan Darra terkejut sekejap. Dia tepuk perlahan kudanya hendak memujuk tapi sambil tu dia berkata. "Hairan betul...ramai lelaki kalau boleh mahukan Pearl. Tapi kau...bolehnya tidak sukakan Pearl sedangkan Pearl sukakan kau...musykil aku tau tak.."
Masih memandang Darra, Marvin tenung tepi wajah yang blushing kerana suhu sejuk waktu itu. "Sebab saya sukakan pada orang lain...sebab tu saya tolak Pearl awal-awal supaya tidak beri harapan pada dia...sama seperti mana yang awak pesan kepada saya tempoh hari.."
Darra ketawa kecil. Dia palingkan kepala semula ke Marvin. "Oh...iya ke?Memangnya siapa?Jangan nak buat alasan ya. Aku tak pernah nampak kau bergaul dengan sesiapa kecuali William dengan rakan sekelas cimpanzi kau ni...bila masanya kau jumpa gadis lain?"matanya terarah ke depan apabila melihat kelibat William sedang bergelut hendak panjat ke atas kuda. Sampaikan dua lagi rakan lelaki itu turut bergelut hendak membantu William. Siap angkatkan punggung lagi tu tapi masih juga tidak terpanjat.
"Hahahahah...cimpanzi?Itu gelaran awak untuk rakan sekelas saya?"ketawa Marvin.
"Dah memang betul kan?"Darra menggeleng kepala tak percaya taktala melihat William yang sudah berjaya panjat ke atas kuda kini dalam kedudukan terbalik la pula. Ada ke patut menghadap punggung kuda..memang tercampak awal-awal lagi sebelum kuda sempat pecut.
"Selain mereka...kan saya berkawan dengan awak juga dekat sini, Darra."
Darra memalingkan kepala ke Marvin kerana namanya disebut. Dah kenapa tiba-tiba-
Tanpa disengajakan mereka berdua saling bertentang mata.
Marvin tersenyum manis kepada Darra.
Sebelum Darra berhentikan kudanya kerana menyedari sesuatu yang membuatkan dia terkedu di situ. Takkanlah-
Tidak membuang masa, Marvin terus panjat palang kayu di kandang tersebut dan berdiri di atas kayu betul-betul menghadap Darra.
"Apa kau buat ni?Bahaya la. Cepat turun..terjatuh nanti macam mana?"Darra pandang terkejut dengan tindakan bersahaja Marvin waktu itu.
Marvin tidak mempedulikan kata-kata Darra kerana dia terlalu fokus pada wajah blushing itu. "Macam mana kalau saya beritahu orang yang saya sukakan itu adalah awak Darrius?"
"Jangan nak mengarut. Kau sedar tak apa kau sedang katakan sekarang ni Marvin?"
Marvin mengangguk. "Sudah tentu saya sedar mengenainya. Kalau tidak masakan saya berani menyatakan perasaan saya terhadap awak secara langsung begini.."senyumnya dengan lebar selepas itu.
Melihat senyuman Marvin, Darra ikut tersenyum kerana berasa lucu. Alangkah bagusnya kalau orang yang dia sukai adalah Marvin dulu bukan Alfareeze. Tak adalah dia tanggung rasa sakit dan tertekan ni. Tapi itulah, hatinya ini sudah terpaut pada yang satu. Jadi untuk menyukai atau menerima orang baru selain orang itu dalam masa yang singkat, ianya bukan mudah untuknya.
"Kau akan menemui seseorang yang lebih layak dari aku Marvin. Jangan buang masa kau dengan orang bermasalah seperti aku ni.."beritahu Darra.
"Kenapa awak cakap macam tu...awak bukan seorang yang bermasalah pun...cuma-"Marvin terdiam lepas tu sebab dia teringat akan masalah Darra. Jadi dia tak dapat nak teruskan kata-katanya kerana enggan buatkan Darra terasa hati.
Darra pun apalagi. Dia yang memang faham apa yang Marvin hendak katakan tersenyum nipis sebelum menggeleng kepala. "Ya...sebab itu aku beritahu kau, aku ni seorang yang bermasalah. Dari kau bazirkan masa kau menyukai aku, apa kata kau fokus dalam pelajaran kau dulu."beritahunya memandang tepat ke Marvin. Kalau dia tidak dapat bersama dengan Alfareeze, inikan lagi lelaki lain. Memang tidak la.
"Adakah saya tiada peluang sama sekali?"Marvin berkerut kening membuat muka puppy face kepada Darra.
"Jangan nak mengada-ngada ya!Aku takkan termakan dengan muka kau tu...dah. Jangan nak mengarut lagi. Turun sebelum kau jatuh!"arahnya.
"Kalau macam tu, boleh awak beri saya peluang?Sehingga saya tamat belajar dan kemudian dilantik menjadi pegawai diraja. Selepas tu boleh saya sukai awak?"cadang Marvin penuh semangat.
"Bercakap dengan kau ni macam bercakap dengan Putera Eilian kau tahu. Tak reti nak mengalah. Dah la!Aku nak gerak dulu. Turun sekarang.."arah Darra sebelum dia menggerakkan kudanya dan beredar dari situ.
Marvin yang masih berdiri di atas palang kayu ketika itu melepaskan hela nafas mengalahnya perhatikan Darra menjauh. Haih...belum apa-apa lagi dah kena reject terus!Dengan kasar dia garu belakang kepalanya sebelum lompat dari palang kayu.
Setelah tiba di hadapan pintu keluar kandang, Darra berhentikan kudanya dan bersiap hendak turun dari situ apabila rakan sekelasnya yang lain juga sedang berkumpul diluar kandang.
"Hey!Pendek....macam mana hari ni?Masih gugup lagi ke?"
"Kau ni...berapa kali nak pesan. Berhenti panggil dia pendek. Makin pendek dia nanti!"
William dekati kuda Darra dan dongak memandang ke atas dengan sengih goofy di wajah. "Apa kau borakkan dengan Marvin tadi hah?Tersengih-sengih aku Nampak?"soalnya semasa capai tali di kuda Darra.
"Kau nampak?"Darra pandang ke William dengan reaksi tak sangka. Nampak aje kan...tengah sibuk-sibuk pun sempat lagi nak mengintai. Dia langkaukan kaki hendak turun dari kuda tu.
"Mestilah...dah kau orang berdua lovey dovey dekat tepi palang kayu tadi macam apa...sesiapa akan perasan."
"Oi pendek!Boleh turun tak tu?Risau aku tengok kau!"
Darra pandang ke rakan sekelas Marvin dengan muka menyampah. Tak habis-habis la mereka ni. "Diam la kau!"beritahunya semasa pandang ke bawah.
"Sini...sini...biar abang gagah ni tolong!"
"Kepala kau gagah!Tadi naik kuda pun menjerit-jerit."
"Kau apahal!"
Mula la mereka di situ hendak bergaduh.
Darra yang sudah terbiasa dengan kekecohan mereka, sedikit pun tidak hairan. Dia malah bergerak untuk turun dari situ dengan sendiri. Namun belum sempat kakinya hendak diturunkan dari tempat letakkan kaki, satu sentuhan dirasai pada kedua belah pinggangnya.
Terangkat dia dari kuda itu sebelum diletakkan ke bawah dengan perlahan.
Siapa yang angkat dia ni?
Darra berpusing ke belakang. menghadap tuan punya tangan yang bantu dia turun tadi.
Lain tak bukan, Marvin sendiri.
"Aku boleh turun sendiri la.."beritahu Darra saat membetulkan pakaiannya.
"Tahu..."senyum Marvin menayang barisan gigi.
"Amboi...ingat sweet la tu.."tegur William membuat muka menyampah saat melihatkan dua orang itu.
"Cemburu cakap bro?"Marvin tepuk lengan William dengan sengihnya.
"Siapa cakap aku cemburu...macam dah tak ada kerja lain aku nak cemburukan kau orang berdua...lainlah kalau Cik Muda Pearl...baru aku nak cemburu..kan Darrius?"William ikut meletakkan tangannya ke atas tangan Marvin yang ada di bahu Darra.
"Jangan libatkan aku dengan perbualan kau orang berdua boleh tak!"tolak Darra mahu menjauhkan diri dari mereka. Tangan mereka dia tolak ke belakang.
"Hah...tengok tu. Ni salah kau Darrius merajuk!"Marvin tepuk depan dada William.
"Eh..aku pulak...!"William menepuk dada Marvin pula.
Darra awal-awal lagi sudah menjauhkan diri dari dua orang itu. Alanglah bagusnya kalau rakan sekelasnya ada. Tenang sikit!
Darra atur langkahnya keluar dari kawasan kandang terus ke laluan bersalji yang menuju bangunan Utama akademi.