Riuh rendah koridor itu dengan rakan sekelas Marvin dan William ketika mereka mengerumuni Darra semasa gadis itu ke lokar hendak mengambil barang. Sepanduk dan sorakan berbaur ucapan kebebasan Darra yang tidak bersalah dilaung-laung banyak kali hingga buatkan para pelajar yang lalu lalang pandang pelik.
Sementara Darra si MPV berkedip-kedip mata memerhatikan lagat mereka semua. Elok dia tidak pening kepala menjadi semakin pening gara-gara mereka.
"Yeay!Yeay!Yeay!Darrius tidak bersalah!"
"Aku dah agak!kawan pendek kita ni seorang yang jujur!"
"Huhuhu...terima kasih Darrius kerana kau tak bersalah!"
"Mari kita keluar ke pekan!Makan besar untuk meraikan hari ini!"
"Aku belanja!"
"Hooray!!!!!"
Cimpanzi betul la punya perangai.
Darra pandang letih akan mereka di situ taktala dirinya diasak, digoncang, di tarik-tarik oleh mereka. Tolonglah!Bawa dia pergi jauh dari mereka semua ini.
Marvin di sebelah merangkul tangan ke atas bahu Darra tersenyum senang melihat tingkah rakannya. Langsung tiada niat hendak hentikan mereka.
"Mari kita lambung Si Pendek!"ajak mereka ketika itu.
"Hah?"nganga Darra kecemasan apabila semua kepala terarah padanya. Lambung!? "Eh..tak perlu...tak perlu buat semua tu. Aku okay."gelengnya mahu mengundur hendak jauhkan diri.
"Alah...janganlah malu-malu..!"sengih William sudah memegang lengan Darra.
Cepat-cepat Darra pegang tangan Marvin. Hendak tarik dari mereka semua yang seperti hyena yang kelaparan. "Kau orang tak dengar ke!Aku kata tak perlu!Kau ingat aku ni apa!Marvin...tolong!"
"Sini...sini Si Pendek!"
Marvin tersenyum. "Maafkan saya..mereka semua tak dapat dikawal lagi!"
Masa itulah Darra di angkat oleh mereka semua secara beramai-ramai. Malu yang dirasai Darra waktu itu bukan kepalang. Dia tutup muka sendiri apabila di lambung ke Udara beberapa kali dengan diselangi dengan sorakan gemuruh mereka.
Bukannya menang perang ke apa...cuma disahkan tidak bersalah aje pun. Sambutan mereka itu bagai nak apa aje gayanya!
"Apa yang bising-bising ni?"tegur satu suara di hadapan kumpulan yang sedang melambung Darra ketika itu.
Serta merta mereka berhenti tepat semasa Darra jatuh dalam tangan beberapa orang di situ sebaik mereka selesai melambung. Kenal dengan suara itu, semua kepala berpusing ke arah belakang.
Sekali tu, elok semua di situ senyum dan ketawa, hilang terus senyuman dari muka. Suasana jadi senyap kerana orang yang menegur tadi.
Darra diturunkan oleh mereka dibantu dengan William dan Marvin apabila mereka semua mula berdiri tegak dan bergerak untuk membetul satu barisan supaya tidak menghalang laluan.
"Master Alfareeze.."sapa mereka dengan tundukkan kecil secara serentak.
Saat semua orang di situ beri tundukkan sapa, Darra yang tidak menjangka hal tersebut berdiri kaku kerana tidak sengaja bertentang mata dengan mata Alfareeze.
Bersama riak wajah dingin dan tiada moodnya, Alfareeze lirik mereka di situ sebelum memandang Darra marah-marah.
"Di sini adalah koridor. Bukannya kawasan pasar untuk kamu semua terpekik-pekik seperti orang tiada pelajaran. Bersurai sekarang dan jangan berkumpul ramai-ramai begini."arah Alfareeze sebelum mengerling ke Marvin.
"Baik master."akur mereka serta merta mula bergerak ke merata arah untuk meninggalkan tempat tersebut. Kepala masing-masing tergantung ke bawah tidak berani bertentang mata dengan lelaki menakutkan itu.
Tidak tahu hendak buat apa, Darra menganjak ke tepi dan bersembunyi di belakang Marvin. Namun tidak lama dia jenguk sedikit ke balik lengan Marvin untuk intai Alfareeze diam-diam.
Tidak sampai sepuluh saat pun masa di ambil, keadaan koridor yang sibuk tadi terus menjadi lengang seperti padang pasir. Yang tinggal hanya Darra dan Marvin di depan pintu lokar ketika itu.
Kebetulan waktu itu Alfareeze tergerak hati hendak memandang ke depan, sekali tu dia ternampak Darra sedang mengintai di belakang lengan Marvin. Serta merta jantung dia menggila. Darah yang dipam naik berderau ke leher lalu ke muka. Betapa berbahangnya wajah dia rasakan saat itu.
"Maafkan saya soal kekecohan tadi master.."ucap Marvin dengan hormat.
Alfareeze pandang ke Marvin sebelum kembali memandang Darra. Tapi gadis tersebut sudahpun kembali menyorok di belakang badan tu. Membuatkan hatinya semakin berasa terkilan. Dia mahu melihat mata itu sekali lagi. Sekejap pun tak apa.
"Kawal kelas kamu Marvin. Pastikan hal ini tidak berulang lagi.."ujar Alfareeze sebelum kembali berjalan pergi dari situ.
Sementara Darra sekali lagi cuba melihat Alfareeze tetapi hanya belakang kepala itu saja yang dapat dia pandang.
Merajuk semula hati kecilnya ini. Patutnya tadi dia tidak menyorok!Bukannya selalu dia dapat bertentang mata dengan Alfareeze.
Rasa macam nak kejar pun ada!Nak menjerit memanggil nama pun ada!Tapi tidak!Darra sedar, salah dia juga semua ini berlaku.Dia tidak boleh marah pada Alfareeze.
"Awak tak apa-apa ke?"Marvin berpusing memandang Darra.
"Mm."angguk Darra tiada semangat.
"Jom...saya hantar awak balik ke bilik. Awak pasti penat satu hari ni kan...dengan sidang bincang, dengan kelas lagi...nanti waktu makan tiba, saya ajak awak.."pelawa Marvin.
Tidak mengatakan apa-apa lagi Darra mengangguk.
"Saya beritahu dekat Putera Eilian dengan Ricardo untuk sertai kita sekali nanti ya.."Marvin pegang belakang badan Darra dan memusingkan mereka ke arah bertentangan. Meninggalkan kawasan koridor itu berdua.
Serius beritahu dia tiada mood langsung ni!Tak Nampak ke?Sibuk nak sambut bagai dah kenapa?Darra mengangguk lagi.
"Kalau malam ni tak sempat keluar kita makan di kafeteria sajalah.."borak Marvin. "Saya boleh minta makcik kafeteria sediakan lauk tambahan.."
Memangnya Alfareeze telah berputus asa terus ke!?
Membencikan dia terus?
Dengan mudah begitu saja?
Sedangkan dia di sini separuh gila merindukan diri yang menjengkelkan itu!
Serius!?
Waktu itu juga Darra menoleh ke belakang tidak menghiraukan borak Marvin. Dia ingin melihat arah dimana Alfareeze menghilang tadi. Berharap lelaki itu masih ada, tapi itulah..harapannya itu sekadar mimpi di siang hari saja la.
MEJA makan pada malam itu penuh dengan hidangan yang pelbagai. Selain itu sibuk serta riuh dari biasa kerana dua buah kelas bergabung sekali untuk sesi makan malam di dewan makan. Kelas Marvin bersama Kelas Putera Eilian. Semua ada di situ kerana Darra.
Tidak pernah-pernah dibuat orang, kali pertamanya Kelas Utama akademi bersama dengan pelajar dari kelas biasa.
Yalah biasanya, setiap kelas makan di meja sekelas mereka sahaja. Tidak bercampur dengan kelas lain atas faktor kasta dan pangkat.
Namun kini sudah berubah.
Putera Eilian mesra berbual dengan rakan sekelas Marvin, sementara rakan sekelas Putera Eilian dengan gembira melayan kerenah gila-gila kelas Marvin.
Awalnya mereka mahu keluar untuk makan di pekan, tapi malam itu berita memaklumkan cuara teruk, ada ribut salji di luar. Atas faktor keselamatan mereka hanya makan-makan besar di dalam dewan sahaja.
Sedang Putera Eilian bergelak ketawa dengan rakan di sebarang meja, tiba-tiba satu tarikan di rasai pada tepi lengan pendek bajunya. Membuatkan Putera Eilian dengan sisa ketawanya palingkan kepala ke tepi. Memandang punca tarikan pada bajunya.
"Kenapa?"dia menjungkit kening ke Darra. "Nak apa-apa ke?"
"Gerak ke tepi sikit..sempit."beritahu Darra dengan kening berkerut saat menjuih dagu supaya ke tepi.
"Ohh..okay."tidak berlengah Putera Eilian pun anjak ke tepi. Memberi ruang untuk Darra setelah itu.
"Tak makan ke Darrius. Dari tadi aku tengok kau tak sentuh apa-apapun?"
Mana la dia nak makan, selera dia mati. Darra hanya pandang akan rakan William ketika itu tanpa mengatakan apa-apa.
"Kau mahukan apa-apa ke?Aku ambil kan?"tanya William dekat sebarang meja, betul-betul depan Darra.
Dia mahukan apa?Kalau ditanya dia mahukan apa sekarang adalah dia mahu menangis. Serius!Nak menangis sekarang jugak!
Darra tenung muka William yang comot kerana terkena sos gara-gara makan dengan gelojoh tadi dengan perasaan letih. Kenapa mereka semua ni bersemangat sangat!Letih la dia menengokkan. "Tak perlu. Ada banyak makanan dekat sini."beritahunya.
Mengesan mood Darra agak down sejak siang tadi, Marvin di sebelah Darra usap belakang badan Darra perlahan-lahan. Dia faham kenapa Darra tiada semangat. Kan sudah seminggu Darra dikurung dalam bilik asingan sebelum hari persidangan diadakan. Jadi pasti ianya sedikit sebanyak mempengaruhi emosi gadis ini.
"Saya ada bawakan pudding sirap...manis ni.."semangkuk pudding di tolak rapat ke sebelah pinggan makan Darra. "Cuba makan sikit kalau awak tiada selera makan. "
Mata Darra turun ke pudding itu lalu dia pandang untuk seketika. Boleh tak kalau dia jumpa Alfareeze?Sekejap pun jadilah!Kalau tak boleh dekat, tengok pun tak apa!Serius!Dia tak tahan dah ni!
Kening Marvin berkerut apabila Darra membuat muka susah hati saat termenung ketika itu. Tapi dia tidak mahu berkata lebih kerana risau menganggu Darra, jadi dia pilih untuk membiarkan saja Darra di situ dan kembali kepada kawan-kawannya.
"Oh ya..."Putera Eilian tiba-tiba merangkul bahu Darra. "Hei..nak dengar sesuatu tak??"
Darra palingkan mukanya ke Putera Eilian. Buatkan mereka saling berpandangan. "Apa lagi?"
"Hehehe..sini.."Putera Eilian pegang tepi kepala untuk dekatkan kepadanya lalu berbisik pada tepi telinga tu. "Tentang persidangan siang tadi, semasa kamu keluar, sebenarnya kami mempunyai persidangan kedua untuk pesalah sebenar...dan kamu nak tahu apa yang paling mengejutkan?Orang itu adalah Bian sendiri...dia beritahu kertas jawapan peperiksaan tu tertukar semasa kita berlanggar di koridor tempoh hari"
Darra diam memandang ke depan dimana William sedang memberi neck lock pada rakan di sebelah saat seorang lagi cuba suap makanan dekat kawan yang kena neck lock pula. "Kemudian?Nak saya apakan..dia punya masalah."balasnya mahu menurunkan tangan Putera Eilian dari tepi kepalanya. Dia memang tak berminat nak ambil tahu pun. Jadi dia tidak kisah la Bian ke orang lain pesalahnya.
"Ehh..belum habis lagi.."Putera Eilian menarik kepala Darra rapat semula kepadanya.
Ihhh!Apalagi si mulut tempayan ni nak cakapkan!Darra kekesalan saat itu.
"Kamu nak tahu siapakah orang yang bertanggungjawab membuat siasatan dan memindahkan kamu ke tempat selamat sepanjang seminggu ni?"bisik Putera Eilian dengan sengih meleretnya. "Ianya adalah Master Alfareeze sendiri. Beliau yang menguruskan semuanya termasuk mencari Bian serta bukti untuk membersihkan nama kamu Darra...terkejut tak.."barulah dia melepaskan kepala Darra dan menjarakkan diri.
Apa dia!?Alfareeze!?Darra pandang Putera Eilian dengan kening berkerut tak percaya. Dia salah dengar ke apa ni?
"Terkejutkan...saya pun begitu selepas dapat tahu mengenai hal ni"sambung Putera Eilian semasa campak kacang ke arah rakan depan mejanya dengan ketawa kerana melihat mereka bergaduh di situ.
"Tuanku bergurau ya?"
Sambil memerhatikan rakan-rakannya bergurau senda, Putera Eilian berkata.
"Buat apa saya nak bergurau... disebabkan Master Alfareeze minta semua ini dirahsiakan, tiada siapa tahu mengenainya. Tapi saya kena beritahu juga kepada kamu la..yalah..hal ini melibatkan diri awak kan...hei!Kamu berdua berhenti bermain boleh tak...tercekik nanti baru tahu!"Putera Eilian bangun menyondong ke depan sejurus itu menarik tangan rakannya untuk dipisahkan dari gurau senda mereka. Risau dari bergurau jadi serius pula nanti.
Tidak terkata dengan kenyataan itu, Darra kemudiannya tunduk memandang ke bawah dengan bibir tercebik hendak menangis.
Entah kenapa dia berasa lega dan sedih pada masa yang sama selepas mendengarnya.
Ya-ya dia ingatkan Alfareeze tidak lagi mempedulikannya.
Beria dia fikir Alfareeze benar-benar membencikan dirinya sehingga tidak mahu mengambil tahu perihal dirinya!
Tapi kenapa...kenapa lelaki itu bersama dengan Wanita lain sekiranya masih kisah tentang dirinya!?Itu yang buatkan dia sakit hati sehingga sekarang....