Chereads / Kiss Me Liar / Chapter 52 - Episode 52 : Amaran

Chapter 52 - Episode 52 : Amaran

Flashbacks

         "Saya dengar tuan yang mencadangkan pertunangan saya dengan Puteri Eiliana?" Alfareeze berdiri di depan meja kerja Duke Elijah selepas meletakkan skrol berisi laporan ketenteraan yang diminta oleh lelaki tersebut.

Duke Elijah mencapai skrol tersebut lalu mula dibuka untuk menelitikannya.

        "Kenapa?Kenapa tuan lakukan hal itu?"tanya Alfareeze dengan renungan dingin.

        "Kamu seorang yang bijak Lord Alfareeze. Sepertinya tanpa memberitahu kamu apakah alasan saya lakukan hal tersebut, kamu sendiri telah tahu kenapa.." ujar Duke Elijah dengan mendatar tidak berminat hendak bercakap.

Alfareeze berdengus kasar.

        "Hanya kerana saya mendekati anak tuan?Hanya kerana saya berminat pada dia, tuan lakukan hal ini?"tanya Alfareeze lagi. "Tuan takut sekiranya lelaki seperti saya ini merampas satu-satunya anak perempuan tuan bukan?"

Kepala Duke Elijah yang tunduk memandang skrol tadi terangkat ke atas. Dan beliau pandang bungkam ke Alfareeze dengan renungan gelap.

         Hujung bibir Alfareeze terjungkit sinis. "Terkejut ke yang saya tahu siapa Darrius sebenarnya?"

Berubah bengis serta merta wajah Duke Elijah.

       "Jangan kamu berani-berani dekati anak saya Alfareeze!"ketap Duke Elijah serta merta.

        "Opps...macam mana ya?Bukan setakat dekat saja saya telah lakukan...tuan nak dengar yang selanjutnya ke?"cabar Alfareeze begitu berang dan bengang terhadap Duke Elijah. "Ayah jenis apa tuan ini sehingga sanggup memaksa anak perempuan sendiri menyamar menjadi lelaki?Ayah jenis apa yang sanggup sakiti anak sendiri hingga separuh mati!?Ayah jenis apa tuan ini sehingga sanggup merosakkan kebahagiaan anak perempuannya semata kerana dendam!?"

        "Kamu tak tahu apa-apa!Jangan sesuka hati berkata Lord Alfareeze!Keluar sekarang!?"

        "Tidak!Saya cintakan Darra Emerson. Saya mahukan dia menjadi milik saya. Tapi tuan bersungguh mahu menjauhkan kami berdua!Kenapa tuan bertegas enggan membenarkan saya bersama dengan dia?Salah apa saya dah lakukan pada tuan?Selama bertahun lama saya menyukai dia tanpa sedar dia seorang perempuan!Dan sekarang selepas saya dapat tahu siapa Darra, saya nekad mahukan dia lebih dari segalanya. Sekalipun ianya akan membuatkan saya terpaksa berkasar dengan tuan!Kenapa tuan sanggup buatkan anak perempuan sendiri menyamar sebagai lelaki selama bertahun lama begini!?"

BAM!

Duke Elijah memukul permukaan meja terlalu kuat hingga menyebabkan permukaan kayu meja tersebut retak!

       "CUKUP!!"

       "Sekiranya tuan enggan membenarkan saya memiliki Darra secara rela, saya akan merampas Darra dari tuan! Kalau itu yang tuan mahukan.."cabar Alfareeze.

       "Jangan kamu berani Alfareeze!Kamu tidak tahu apa-apa. Jadi berhenti libatkan diri dalam keluarga kami."

       "Memang saya berani. Tuan cabarlah saya. Dan lihat sendiri apa yang saya akan lakukan nanti. Dan ya..memang saya tak tahu. Sebab itu saya minta tuan untuk beritahu!Ke apa?Kenapa tuan lakukan semua ni!"

      "Kamu mahu tahu kenapa?Hahah..." senyum Duke Elijah. "Baiklah. Saya akan beritahu. Jadi dengar dengan baik-baik."

Alfareeze terkedu apabila melihat Duke Elijah buat kali pertama tersenyum kepadanya. Dia salah nampak ke tadi?

        "Untuk pengetahuan kamu, ayah kamu itu telah mengkhianati saya sehingga saya gagal. Dan kegagalan saya itu membawa kepada kemusnahan rumah tangga saya!"Duke Elijah berdiri dan memandang Alfareeze dengan nafas naik turun hendak mengamuk. "Ayah kamu telah musnahkan satu-satu peluang saya untuk membina keluarga saya Alfareeze. Ayah kamu punca Darra kehilangan ibunya!Ayah kamu telah menyebabkan isteri saya meninggalkan saya hanya alasan kerana saya tidak mempunyai harta dan gagal dalam ujian pemilihan pegawai istana itu!Kalau bukan kerana ayah kamu, isteri saya masih bersama dengan saya, dan Darra tidak akan menjalani kehidupan seperti mana dia sedang hadapi sekarang ni!Semuanya kerana lelaki keparat seperti ayah kamu itu saya telah menipu anak perempuan saya...sakiti anak perempuan saya...menzalimi anak perempuan saya hanya kerana saya sakit hati kepada isteri saya yang meninggalkan saya!"

Terkedu Alfareeze setelah mendengarnya. Matanya terbutang kaku tidak berkedip. Nafasnya juga tertahan-tahan.

           "Itu jawapannya. Ayah kamu!Duke Marcel Guzman!Kamu nak salahkan saya kenapa saya memisahkan kamu dari Darra!Itu jawapannya!Masih tak puas hati?Tanya ayah kamu sendiri kalau begitu!!Kenapa dia sanggup khianati kawan baiknya sendiri sehingga buatkan saya seperti sekarang ini!?Saya gila kuasa, kejam, jahat dan zalim...semua ini kerana ayah kamu!Ayah kamu yang merosakkan segalanya dari awal!"Duke Elijah memandang benci ke Alfareeze dengan otot muka mengerenyet kejengkelan. "Sekarang kamu dah tahu kenapa saya lakukan semua ni pada Darra kan!Jadi jauhkan diri kamu dari anak perempuan saya!?"

End of flashbacks

Ahhh!Bengangnya la!

Urat nadinya berdenyut-denyut sakit!

Berketik rahang Alfareeze kerana perbualan lama terimbas semula dalam fikirannya! Awalnya dia marah pada Darra kerana gadis itu memilih Duke Elijah despite apa yang Duke Elijah telah lakukan pada Darra. Sekarang Alfareeze faham kenapa Darra sentiasa melebih Duke Elijah dalam semua hal.

Sebab itu dia menerima perjodohan Raja Alan untuk bersama dengan Puteri Eiliana. Semata cuba untuk melupakan perasaan sukanya pada Darra!Tapi ianya sedikit pun tidak membantu. Malahan hatinya semakin serba salah dan tidak suka dengan semua ini!

Sekarang dia menyesal. Dia menyesal kerana tidak dapat bersama dengan Darra kerana perbuatan lampau ayahnya sendiri!

Keluhan kesal lepas dari bibir untuk kesekian kali.

Alfareeze termenung memandang tiga lelaki tidak berbaju yang sedang tergantung atas siling setelah diikat dengan rantai besi.

Suhu bilik bawah tanah itu agak berbahang dan gelap Namun cahaya dari perapian sedikit sebanyak menerangkan tempat tersebut.

          "Kau orang tak nak beritahu?"soal Alfareeze kepada tiga orang penerima rasuah yang telah membocorkan soalan peperiksaan.

Merintih-rintih mereka dek kesakitan. Badan mereka yang basah dengan peluh dan air itu penuh dengan lebam dan goresan luka. Wajah sudah berdarah.

         "Siapa pelajar yang telah memberikan duit kepada kamu untuk membekalkan semua soalan-soalan itu?"soal Alfareeze lagi saat menghulur tangan ke tepi.

Lantas seorang dari anak buah Alfareeze gerak ke arah perapian. Mengambil satu batang besi dimana hujung besi berbentuk diamond telah dipanaskan atas api dari perapian lantas di berikan kepada Alfareeze.

          "Tolong tuan...ampun tuan!Kami janji takkan lakukannya lagi.."nangis lelaki paling tengah.

          "Bukan itu yang aku nak dengar.."capai Alfareeze besi itu dengan muka tidak berminat.

           Menangis lelaki kedua dari kanan tidak semena apabila dia melihat hujung besi berapi sedang di acu ke depan mukanya. Dia meronta tetapi tiada gunanya. "Jangan..jangan tuan...arghhhh!"

Lima orang anak buah Alfareeze di situ berdiri tidak bergerak hanya diam memerhati komando mereka melakukan kerjanya. Disebabkan mereka tahu betapa tegas dan tetapnya pendirian Alfareeze ketika melakukan soal siasat, tiada siapa berani hendak masuk campur ataupun bersuara.

          "Siapa?"Alfareeze acukan hujung besi itu ke depan muka lelaki pertama yang menangis tadi.

          "Saya tak tahu..saya hanya diberi arahan untuk menyediakannya dan menerima bayaran. Itu saja. Tuan tolong la percaya. Saya bersumpah atas nyawa saya sendiri..."nangis lelaki itu begitu terdesak.

          Ucapan itu meyakinkan Alfareeze, jadi dia menurunkan besi tersebut dari muka lelaki tadi. "Siapa yang beri kau arahan kalau macam tu?"

Semua di situ mendiamkan diri.

           "Tak nak beritahu?"Alfareeze tidak teragak-agak mencucuh hujung besi itu ke dada lelaki pertama tadi.

Sssss!

Asap keluar dari tekapan besi panas ke kulit lelaki tersebut hingga menyebabkan suara raung ngeri memenuhi bilik bawah tanah tersebut.

Menggelupur dua lelaki yang masih tersisa di situ. mereka mula meronta-ronta hingga buatkan rantai besi yang mengikat mereka bergemerincing setiap kali mereka bergerak.

             "Arghh!Tak!Aku tak bersalah!tuan tolong..lepaskan saya!"

Alfareeze menyerahkan besi tadi semua kepada anak buahnya untuk dipanaskan semula.

            "Diam...jangan menjerit.."arahnya dengan senyuman meleret. "Baru sikit aje ni..kalau kau nak aku ada besi yang boleh dicucuh terus dari bawah tembus ke kepala kalau itu yang kau mahukan..."cadangnya saat tunduk sedikit menggaru kening yang terasa gatal.

           "Katakan sesuatu Leonard!Katakan kau orangnya!"ronta lelaki paling tengah cuba pandang lelaki ketiga dengan terdesak! "Mengaku kau orangnya. Kau orang yang mengarahkan kita orang sediakan soalan dan jawapan kertas peperiksaan tu!"

Ketika itu Alfareeze ang dengar memandang lelaki di tengah dan paling hujung sekali silih berganti. Kan senang kalau beritahu awal-awal.

Lelaki paling hujung di situ sudah membutang mata ketakutan taktala Alfareeze mula jalan mendekatinya. Dia bergerak-gerak seperti cacing kepanasan kerana takut!

           "Jadi kau punca semua ni?"Alfareeze berdiri rapat di depan muka Leonard.

            Leonard menggeleng-gelengkan kepalanya menggigil. "Tidak tuan...jangan sakiti saya tuan..tolong saya tuan..."

            "Siapa yang bayar kau?"Alfareeze tidak menghiraukan rayuan itu. Lantas dia palingkan kepala ke anak buahnya yang sedang berdiri di sebelah tiga lelaki yang dirantai itu. Dengan hanya gerakkan kepala saja anak buahnya mengerti dan berpaling mencapai satu playar besi dari tempat gantung alat seksaan.

Air mata menitis turun dari mata Leonard.

          Lelaki sama muncul semula sebelum meletakkan sebuah playar ke atas tangan Alfareeze. "Aku bagi kau masa untuk fikir semula siapakah pelajar yang telah memberi rasuah untuk membocorkan kertas peperiksaan ini. Satu kuku, satu peluang okay...kau ada dua puluh jari..itu bermakna dua puluh peluang.."

Lalu dua pengawal muncul untuk menurunkan Leonard dari tergantung.

         "Tidak!Tuan!Jangan!Saya merayu!" bergelut-gelut Leonard setelah dibebaskan tetapi dipaksa melutut atas lantai depan meja kecil di situ dengan tangan kanan di hulur ke depan.

         Jeritan itu membuatkan Alfareeze mengetap gigi dan memejamkan matanya kerana berasa bingit. "Tolong jangan menjerit... aku ni tengah menyirap je dari tadi tau...aku tahan je sabar, jadi jangan sampaikan kepala kau pecah dibuat aku!" pesannya dengan perlahan.

          "Tak tuan!Tolong tuan jangan lakukannya!"Dua pengawal memegang kuat badan Leonard agar tidak bergerak semasa Alfareeze sudah tunduk mahu mencabut satu kuku dari jari tangan itu.

Snap!

           "Satu!"dengan bersahaja Alfareeze rentap satu kuku dari jari tersebut!

           "Nghh.arghhhh!!!!!"menjerit Leonard hingga tegang urat lehernya semasa mengerang.

Alfareeze sikit pun tidak terkutik. Riak wajahnya juga bersahaja. Malah semasa dia menarik kuku tersebut dari jari Leonard Alfareeze tidak teragak-agak langsung untuk melakukannya.

          "Siapa?"tunduk Alfareeze ke depan muka  Leonard. Tangan dia sudah sedia untuk menarik kuku kedua.

Bersama linangan air mata dan nafas naik turun tidak menentu bibir Leonard menggigil kuat. Mata itu pandang mamai akan wajah dingin Alfareeze.

Snap!

           "Ghhrggg!!!"menggeletar kuat badan Leonard saat lelaki itu mengetap gigi kesakitan.

            "Dua.."hitung Alfareeze membuang kuku ke lantai. "Kau ada 18 peluang lagi..."

            "Salbian....nama dia Salbian..."rintih Leonard tersekat-sekat.

             Kening Alfareeze berkerut. "Ulang balik?"dia tidak dengar jelas.

            "Salbian Kieran..pelajar tu yang upah..."

            Untuk seketika Alfareeze diam di situ. Cuba mengingatkan semula ada ke pelajar nama Salbian?Tangan memegang playar itu di letakkan atas lutut. "Ahhh...Bian?Budak best student akademi?Dia?"

Leonard mengangguk kepala lemah.

            "Sejak bila dia berurusan dengan  kau?"Alfareeze tergamam dengan kenyataan bahawa pelajar terpandai dalam akademi mereka adalah lelaki sama yang menipu dalam peperiksaan?!Serius la.

            "Sejak tahun pertama lagi sehingga la dia hendak masuk tahun dua di akademi ini.."nangis Leonard teresak-esak kerana begitu kesakitan. "Saya terpaksa tuan...saya perlukan wang lebih kerana masalah perjudian saya"

             "Aku tak peduli apa masalah kau dan apa sebab kau buat semua ni...semua tu tak penting. Apa aku nak tahu siapa punca masalah ni timbul..."beritahu Alfareeze bernada tidak peduli. Dia meletakkan playar tadi ke tangan anak buahnya sebelum tarik glove yang dipakai dari tangan.

            "Tuan hendak kami lakukan apa pada tiga pesalah ini?"

            "Letakkan saja di pusat tahanan diraja. Kemudian buatkan surat penahan ke setiap mereka bertiga atas alasan penerima rasuah dan pecah amanah. Selebihnya Mahkmah Istana akan uruskan."jelas Alfareeze sambil berjalan keluar ke arah pintu.

Dengan serentak mereka di situ beri tundukkan patuh walaupun Alfareeze tidak memandang.