Chereads / Kiss Me Liar / Chapter 54 - Episode 54 : Temankan

Chapter 54 - Episode 54 : Temankan

"Mari makan Darra.."beritahu Ricardo selepas siap menyusun makanan di atas meja kecil di tepi katil.

Darra yang sedang membaca buku menyambut ajakan itu dengan anggukan kepala.

          "Awak belum makan dari semalam kan...ni saya ada bawakan sedikit makanan hangat untuk isi perut tu. Berhentilah sekejap.."lelaki lampai tersebut jalan ke belakang meja Darra dan berdiri di kerusi itu untuk tunduk mengemas buku dan kertas dari meja Darra.

           "Hei!"dongak Darra dengan kening berkerut serta merta apabila tangan Ricardo muncul dari atas.

Ricardo tunduk lalu bertemu muka bercemberut Darra sebelum tersenyum nipis.

           "Jangan nak tunjuk perangai degil tu boleh tak. Makan aje dulu. Belajar tu kemudian pun boleh."dia jentih tengah dahi Darra sejurus itu.

            "Sudah tiga hari aku dekat sini...berapa lama lagi dia orang nak kurung aku?"bebel Darra semasa dipaksa bangun oleh Ricardo dari situ.

           "Masih dalam siasatan. Bersabar la sedikit."sambil tarik kerusi ke belakang, Ricardo pegang belakang badan Darra untuk dudukkan gadis tersebut ke situ.

Darra mengetik lidah kejengkelan sebelum dia pandang makanan yang ada di meja depannya. Perut dia lapar, tapi seleranya tiada. Tekanan belajar dan tekanan kerana memikirkan Alfareeze benar-benar memakan dirinya dari dalam.

           "Kau ada bawa apa-apa yang manis ke?" biasanya Alfareeze yang rajin membekalkan dia manisan tanpa di suruh. Lelaki itu sentiasa tahu apa yang dia perlukan tanpa bertanya.

Kini tidak lagi. Semua ini kerana, sejak lelaki itu menjauhkan diri darinya, sejak itu dia tidak menjamah sebarang manisan. Ianya kerana Darra akan teringat akan Alfareeze jika dia makan benda manis.

Haih!

Darra mengeluh panjang.

Sekali lagi dia teringatkan Alfareeze tu!

Berapa masa yang diperlukan untuk move on ni?

Seksa betul la!

          "Makanan yang manis?"Ricardo pandang makanan yang ada sebelum ke Darra. "Awak nak?Saya carikan?"

          Cepat-cepat Darra menggeleng. "Tak apa kalau tak ada. Aku tanya aje."tangannya gerak mencapai garpu sebelum mengambil potongan daging dari bekas di sebelah kiri.

Barulah Ricardo duduk selesakan diri di kerusi berhadapan dengan Darra untuk menanggalkan topeng mulutnya. Nafas lega dilepas panjang apabila dia melihat Darra sedang mengunyah makanan. Hilang sedikit risau dia.

           "Kau tak makan?"aju Darra garpu yang dicucuk dengan tomato.

           "Makan la..saya dah makan di dewan makan tadi.."tolak Ricardo akan tangan itu.

Tidak lagi berkata apa-apa Darra hanya sibukkan dirinya dengan makanan di situ. Dia makan sebanyak yang mana perut dia boleh terima. Kalau tak dapat nak makan lagi baru dia berhenti.

            "Umm...Darra?"

             Kepala Darra tersentak ke Ricardo serta merta. "Kenapa?"

             "Awak tahu..umm..beberapa hari dari sekarang, saya akan sambut ulang tahun kelahiran yang ke 21..kalau awak sudi, boleh datang ke majlis saya nanti. Sebagai Darra?"

Kening kanan Darra terjungkit. Dia pandang hairan akan Ricardo untuk seketika.

Yang mana buatkan Ricardo tidak senang duduk kerana tatapan itu. Dia dengan kekok menggaru belakang tengkuknya. Hendak di tolak ke!?Tapi takkan lah. Darra dan dia telah berbaik. Lagipun tiada siapa akan perasaan Darra sekiranya Darra berpakaian perempuan di majlisnya nanti!?Fikiran Ricardo bersepah sana sini kerana resah menunggu jawapan Darra.

         "Okay."angguk Darra tanpa bantahan.

         "Hah?Awak akan pergi?Sebagai Darra Emerson?"

          "Hm."angguk Darra lagi sambil mengunyah.

          Bibir Ricardo terketap senang mendengarnya. Dia pandang semula ke Darra kerana gembira kerana dirinya tidak ditolak atau dihalau lagi seperti dulu lagi. "Terima kasih.."

          "Tiada masalah...kau pasti tak nak makan?Ada banyak ni...aku tak boleh habiskan semuanya sekali.."

          Cepat-cepat Ricardo menggeleng. "Saya tak apa-apa. Awak makan la banyak-banyak sikit. Biar kuat sikit badan tu. Kan beberapa minggu ni awak sibuk dengan peperiksaan."

          "Yalah...sibuk dengan peperiksaan sampaikan  aku terpalit dengan kes menipu dalam peperiksaan pulak.."sungut Darra mencucuk geram akan kentang pula.

           "Tapi macam mana semua kertas contoh peperiksaan boleh berakhir dalam beg awak?"

            "Ya entah la mana aku tahu...ada kaki mungkin sampai kertas tu boleh berjalan sendiri kemudian masuk ke beg aku.."kerut Darra tidak puas hati. Serius!Kalau dia dapat tahu siapa orang itu memang dia sumpah tujuh keturunan giginga rongak!

Dia bawa tangannya naik ke bibir saat membuat termenung memandang Darra yang sedang minum. Memangnya siapa yang cuba hendak susahkan Darra kali ni?Tidak mungkin la Putera Eilian. Lelaki itu sudahpun berbaik dengan Darra. Malah menjaga Darra lagi pula. Jadi mustahil Putera Eilian hendak mencari fasal dengan kawan baik crush lelaki itu sendiri.

           "Cik Muda Pearl tahu tentang hal ni?"

            Darra menjungkit bahu. "Kau rasa?Tak nampak aku terperuk dekat tempat ni tak keluar tak jumpa orang...mana la aku ada masa nak beritahu Pearl tentang hal ni."cebiknya.

            "Manalah tahu kan.."

            "Tapi rasanya Pearl akan tahu jugak...sebab si mulut tempayan Putera Eilian kau tu mesti akan ceritakan dekat Pearl.."ujar Darra memandang Ricardo.

             Tidak semena Ricardo ketawa. "Kenapa awak cakap macam tu tentang Putera Eilian?"

             "Apa?Salah ke aku cakap macam tu?Dah  memang betul kan Putera Eilian tu mulutnya mengalah perempuan bila bergosip. Lagi-lagi pasal aku...mana reti dia nak tutup mulut."

             "Hahaha...betul tu. Saya setuju. Sepanjang masa bersama dengan Putera Eilian tidak pernah sekali dalam sehari tu dia tidak ungkit tentang Darrius..adakala tu saya terfikir Putera Eilian ni obses pada awak ke apa ni..sebab asyik awak saja yang diborakkan.."

             "Kan...itulah pasal. Terutama sekali kalau bila bersama dengan Pearl..lagilah mulut tu bercakap tak boleh berhenti.."Darra tunjuk ke Ricardo merujuk akan perkara yang dikatakan oleh lelaki itu.

             Semakin galak Ricardo ketawa kerana berasa lucu kerana mereka tidak pasal-pasal mengutuk tentang Putera Eilian. Diharap lelaki itu tidak tersedak ke apa la ni! "Saya dengar Putera Eilian masih mendesak awak untuk cari tahu tentang Pearl...betul ke?"

            Terus membuat muka Darra kerana soalan itu. Dia menjuling mata sebelum menggeleng kepala dek kekesalan memikirkan Putera Eilian. "Jangan tanya aku pasal tu lagi...muak aku dengar..urghh.."

            "Hahaha..."Ricardo ketawa lagi melihat reaksi kelakar Darra. Nampak sangat la Darra tertekan kerana Putera Eilian. "Sekarang awak lebih prefer Putera Eilian versi pembuli atau versi clingy?"

             "Dua-dua aku tak prefer...kalau boleh jangan dekati aku semata hendak dapatkan Pearl. Kalau nak pergi dekat tuan badan sendiri. Tanya sendiri...aku sendiri ada masalah nak fikir bukan nak fikir masalah crush kau orang semua.."

            "Hahaha..."ketawa Ricardo lagi hingga suaranya itu boleh didengar dari luar bilik lagi. "Memangnya siapa yang crush pada siapa sebenarnya ni?Saya masih tidak faham dengan situasi Putera Eilian lagi ni.."

            "Kau tak tahu?Serius?Kau berkepit dengan Putera Eilian sepanjang masa ni takkan tak sedar?"

Ricardo menggeleng kepala sambil tersengih menahan ketawa.

             "Okay...aku ceritakan..."Darra gerak menyondong ke depan.

Dan Ricardo pun ikut sondong ke depan.

            "Tengok sini...Garpu ni Putera Eilian...tomato ni Pearl..dan daging ni Marvin.."

             "Ha-ha..kemudian?"angguk Ricardo.

             "Tomato ni suka dekat daging, tapi daging tak suka tomato. Dan pada masa yang sama garpu suka dekat tomato..dan daging beritahu daging tak suka dekat tomato..tapi tomato masih cuba nak dekati daging tapi garpu beria nak dekati tomato pula.."cerita Darra satu persatu.

Sementara Ricardo lepas dengar tu, dia sendiri ketawa kerana lucu dengan gelaran yang diberikan oleh Darra buat mereka bertiga.

            "Hahahaha."

            "Kau ni kenapa?Ketawa aje dari tadi?Mabuk dah ke?"

            "Macam mana la saya tidak ketawa kalau begitu cara awak bercerita...sesiapa dengar pun akan berasa lucu..."ujar Ricardo bersama sisa ketawanya. Habis merah muka dia.

           "Dah betul memang betul la, Putera Eilian tu garpu sebab perangai dia suka cucuk orang yang diam, Pearl tomato sebab dia comel...Marvin daging sebab dia berisi.."

           "Ahahahah."semakin galak Ricardo gelak. Sampaikan lelaki itu tersandar ke belakang memegang perut sendiri kerana senak. Sebenarnya waktu Darra beritahu tu, dia dah terbayangkan wajah setiap seorang dimana muka Putera Eilian seakan garpu, Pearl seperti tomato dan Marvin seperti daging. Itu yang Ricardo ketawa bagai nak apa.

Darra yang berasa tidak hendak ketawa hanya sibukkan diri untuk menyambung makannya semula. Dia gunakan garpu untuk cucuk tomato dan daging tadi dia jadikan sebagai contoh sekaligus lalu disuap ke mulut.

          "Awak makan kawan awak Darra..."tunjuk Ricardo dengan muka merah kerana terlalu banyak sangat ketawa.

Dan waktu itu, di luar pintu bilik sudah berdirinya Alfareeze sejak tadi. Dalam pelukan tangan kiri terdapatnya sebuah balang kaca berisi gula-gula.Hampir 20 minit Alfareeze berdiri di situ dengan kepala tertunduk memandang balang gula-gula yang dibawa.

Selama itu jugalah, dia mendengar semua perbualan tersebut dengan suara Ricardo ketawa.

Sambil mengetap bibirnya, Alfareeze akhirnya pandang ke pintu di depannya. Gembiranya mereka. Matanya kemerahan kerana perasaan cemburu dan sedih yang bercampur baur sedang mengasak dada dia. Sementara dia di sini, bagai hendak gila dibuatnya. Alangkah bagusnya dia tidak ke situ tadi!

Tidak berlengah lagi, Alfareeze kemudiannya berpusing dan melangkah pergi dari situ dengan langkah marahnya.