Chereads / Kiss Me Liar / Chapter 43 - Episode 43 : Bian Si Cheater

Chapter 43 - Episode 43 : Bian Si Cheater

Selepas dua minggu penggantungannya, Darra Emerson alias Darrius Emmerson kembali semula menjalani kehidupannya seperti biasa. Luka di kepala telah sembuh sepenuhnya tanpa parut. Duke Elijah yang dihantar ke Wilayah Selatan Utara untuk menyelesaikan isu ancaman pencerobohan juga telah kembali dengan kejayaannya. Iaitu membuat perikatan keamanan dengan negeri musuh mereka. Dan selepas itu Duke Elijah pulang ke rumah dengan selamat. Darra sambut kepulangan ayahnya dengan baik walaupun sikap lelaki itu masih sama dan tidak berubah. Pada masa yang sama Darra cuba mendapatkan maklumat dari Nanny Clara, tetapi Wanita itu dengan jayanya dapat melarikan diri dan mengelak dari menjawab semua persoalan yang diajukan kepadanya.

Beberapa hari kemudian,Darra di benarkan untuk keluar rumah dan kembali ke akademi. Awalnya semasa Darra kembali ke situ, para pelajar Akademi Latihan Muda agak kekok hendak memandang mahupun menegur Darra, tetapi selepas Putera Eilian yang awalnya bersikap dingin dan jahat pada Darra berubah sikap dengan melayani Darra dengan baik, sejak itulah para pelajar yang lain terbuka untuk berbual dan menegurnya.

Sebelum itu Putera Eilian sempat bersemuka dengan Darra. Bertanya kepada Darra mengenai kecurigaan lelaki itu ekoran kejadian di Pesta Cahaya tempoh hari. Pada mula Darra menafikan semuanya, tetapi selepas di desak dan diugut yang Putera Eilian akan bertanya sendiri secara langsung pada Duke Elijah dan Pearl, Darra terpaksa akur. Maka Putera Eilian akhirnya turut mengetahui bahawa Darra hanyalah menyamar menjadi lelaki kerana keinginan Duke Elijah. Selepas dengar penjelasan Darra, Putera Eilian memang terkejut. Dia sempat lagi kata nak dedahkan hal sebenar tapi lepas Darra kata dia akan suruh Pearl bencikan Putera Eilian, lelaki itu terus tunduk mengalah. Mereka berdua terus dalam terma baik. Putera Eilian janji yang dia tidak akan lagi menganggu Darra dan menjadi kawan baik Darra di Akademi demi mendapat impression baik Pearl.

Seperti biasa, Marvin yang menemani Darra ke mana-mana dalam akademi sekiranya Marvin tidak sibuk atau tidak mempunyai sebarang kelas pada masa itu. Lelaki itu juga banyak membantu Darra untuk persediaan peperiksaan penggal pertama mereka. Disebabkan layanan Marvin yang mesra pada Darra, sedikit sebanyak ia menimbulkan kecurigaan di kalangan pelajar lelaki lain dalam akademi tersebut.

Ada yang beranggapan mungkin Marvin dan Darra adalah pasangan bercinta, ada juga yang mengatakan Darra hanya menggunakan Marvin kerana lelaki itu adalah anak kepada dekan. Tidak lepas juga ada yang membuat spekulasi yang Darra rapat dengan Marvin kerana ingin lulus dengan mudah dan naikkan ranking menggunakan pengaruh Marvin sebagai anak dekan di akademi itu. Sedangkan hanya mereka berdua saja yang tahu apa yang berlaku di antara mereka berdua.

Kemudian ekoran kejadian Darra membuat perjanjian dengan Alfareeze, setiap kali hadiri kelas lelaki itu, Darra dihantui dengan renungan dan jelingan tajam dari Alfareeze. Selain itu setiap kelas lelaki itu Darra sering menjadi target Alfareeze untuk dikenakan seperti menjadi contoh, jawab soalan yang susah, Darra juga dijadikan sebagai objek untuk sasaran memanah lelaki itu. Yang mana memang mengundang marah Darra, tapi bila Darra mahu dekati Alfareeze atau mahu bercakap dengan lelaki itu, Alfareeze dengan cekap mengelak dan menjauhkan diri!

Semua itu membuatkan seakan Darra yang terhegeh-hegeh akan Alfareeze sedangkan Darra yang beria suruh Alfareeze jauhkan diri dari dia. Masakan tidak, Darra mahu menemui Alfareeze untuk hentikan perangai childish lelaki itu yang sengaja membalas dendam kepadanya tetapi lelaki licik itu tidak mahu mereka bertemu!Betapa frust Darra sepanjang minggu itu. Kalau boleh dia mahu bersemuka dengan Alfareeze yang teramat sangat.

Such pain in the neck!

Sama seperti Alfareeze, Ricardo juga melakukan hal yang sama. Disebabkan semuanya telah diketahui, Darra cuba bercakap dengan lelaki itu untuk mendapatkan penjelasan. Tetapi Ricardo sebolehnya mengelak dan menjauhkan diri dari bertemu atau bertembung dengan Darra. Berasa jengkel kerana hal itu Darra tidak berhenti sehinggalah dia berjumpa dengan Ricardo. Dan lelaki itu sama rumit seperti Alfareeze sendiri.

Sampaikan Darra bingung, dia sekarang ni sedang berurusan dengan lelaki atau perempuan? Kenapa rumit sangat!?

Macam yang seorang ini!

        "Kau ada date?"tanya Darra memandang Marvin sewaktu mereka berdua berdiri menghadap antara satu sama lain di Lorong rak buku perpustakaan.

        "Hm. Cik Muda Pearl pelawa saya untuk keluar bersama dengan dia hujung minggu esok."beritahu Marvin menyelak sehelai muka surat buku yang dibacanya.

        Darra apalagi, dia tutup buku lantas di peluk rapat ke dada. "Beritahu aku...kau betul-betul serius nak berkenalan dengan Pearl atau kau lakukan semua ini hanya sebagai courtesy kerana dia ajak kau?"

         Sambil tersenyum meleret, Marvin pandang ke Darra. "Kenapa?Awak tak nak saya pergi ke?"

         "Jangan nak main-main Marvin..aku serius ni. Pearl kawan baik aku. Kalau ada sesiapa cuba sakiti Pearl, orang tu kena berhadapan dengan aku dulu."ujar Darra memukul tepi lengan itu dengan buku perlahan.

          Marvin ketawa kecil. "Kan ini hanya sesi perkenalan saja. Cik Muda Pearl sendiri beritahu. Apa salahnya saya berkenalan dengan dia...takkan la hanya awak aje yang boleh mempunyai kawan perempuan..lelaki pun boleh apa ada kawan perempuan.."dia pandang funny ke Darra.

          "Aku lain...kau lain. Jangan samakan lelaki dan perempuan tak boleh jadi kawan biasa. Kalau tak lelaki pasti perempuan yang akan tangkap perasaan dulu tahu tu??" Darra sandar ke rak belakangnya. Menghadap Marvin.

Bersama sisa senyuman di bibir, Marvin kembali membaca butiran dalam buku. Ya..dia tahu. Sebab itu dia terima permintaan Pearl untuk berkenalan dengan dia. Bukan hendak beri harapan. Tetapi hanya sebagai penghormatan kerana Pearl sudi berkenalan dengannya. Lagipun tiada yang salahpun. Jika mereka tidak sesuai, dia boleh nyatakannya secara terang-terangan tanpa berlapik. Jika mereka sesuai, boleh dilanjutkan. Lagipun Pearl adalah kawan baik Darra, dia perlu beri muka kerana tidak mahu buatkan Darra tidak selesa sekiranya dari awal menolak permintaan Pearl. Tiada masalah pun.

       "Kau dengar tak ni?"

       "Ya saya dengar."

       "Apa yang kau dengar?"

Marvin tutup buku lalu tolak dirinya dari sandar ke rak buku.

Darra lirik akan pergerakkan Marvin dengan tertunggu-tunggu. Ingin tahu apa balasan kata lelakli itu.

Namun begitu Marvin malahan merapat ke depan Darra hingga jarak mereka sangat intim. Hujung hidung mereka hampir saling bersentuhan.

         Secara nalurinya, Darra kebelakangkan kepalanya mahu meletakkan jarak antara mereka berdua. "Kenapa?"

         "Tak ada..saya cuma tertanya-tanya... awak katakan semua ini kerana awak risaukan Pearl atau kerana awak risaukan saya?"senyum Marvin dengan meleret saat dia bawa tangan untuk memegang rak di belakang Darra waktu itu.

           Mata Darra naik turun meneliti wajah Marvin dengan reaksi 'excuse me' di wajah. "Sudah tentulah aku risaukan Pearl... risaukan kau buat apa?"jujurnya.

          "Jadi awak tak kisah la sekiranya saya bersama dengan sesiapa untuk jadi pasangan saya?"

           "Kenapa kau tanya aku?Kan itu kehidupan kau..ianya hak kau untuk bersama dengan sesiapa. Apa yang aku nak kau tahu sekarang ni.."Darra tunding jari ke dada bervest Marvin sambil berkata. "Kalau kau serius mahu mendekati Pearl, jangan sakiti hati dia. Sekiranya kau tiada niat hendak mempunyai sebarang hubungan serius, beritahu dia dengan jelas jangan beri harapan. Aku tak nak Pearl dikecewakan."

Mata Marvin turun memandang tangan Darra sebelum dia turunkan tangan dari rak dan memegang tangan Darra yang sedang menunding jari ke dadanya.

Terkedu Darra. Dia lirik akan tangannya yang dipegang sebelum ke wajah Marvin.

           "Jadi awak tak kisah?"Marvin mendekatkan lagi wajahnya ke Darra dengan tangan gadis itu dalam tangannya.

Mencerlung kening Darra kerananya. Dah kenapa ni?

Disaat Marvin semakin rapat, ketika itu jugalah seseorang muncul dari laluan masuk Lorong rak buku di situ. Seorang pelajar lelaki yang mahu mencari buku ternampak akan mereka berdua. Terkejut dan tidak tahu hendak buat apa, pelajar lelaki tersebut pandang dengan mata terbutang kaku apabila melihat Marvin seperti mahu melakukan sesuatu pada Darrius.

          "Ehemm.."

Darra dengan terkejut memalingkan kepala ke bahu kanan dengan laju. Sekali dia nampak rupa-rupanya rakan sekelas Darra.

          Sementara Marvin dengan tenang bersahaja menjarakkan diri dari Darra dan pandang ke pelajar lelaki tersebut. "Kenapa?"

           "Maaflah la menganggu sesi 'study' kau orang...tapi boleh tak ke tepi. Aku nak cari buku."beritahu Bian dengan reaksi curiganya.

           Darra malas hendak beri penjelasan. Jadi dia pandang ke Marvin lalu beritahu. "Ingat apa aku cakap tadi.."pesannya semasa berpusing untuk keluar dari lorong tu.

Bian lirik wajah Darrius dengan mata dikecilkan sewaktu perhatikan lelaki itu jalan mendekatinya. Serius beritahu muka Darrius ini mengingatkan dia pada gadis yang dia temui tempoh hari sewaktu Pesta Cahaya ketika bertembung dengan Pearl. Tapi dia tiada keyakinan hendak bertanya langsung kepada Darrius. Risau pulak kalau khabar angin tak elok tersebar mengenai dirinya pula.

         Marvin perasan masa tu. Dia nampak Bian pandang semacam ke arah Darra. Jadi dia pula yang berdehem. "Ehem!Kata nak cari buku...tengokkan apa lagi tu?"tegurnya.

Waktu itu Darra sudahpun menjauh.

Tinggal dua orang di Lorong itu.

        "Kau dengan Darrius memang rapat macam tu ya?"Bian masuk ke Lorong itu dan mula memeriksa tulang buku di situ mencari tajuk yang dia kehendakkan.

        "Memangnya kenapa?"Marvin kembali menyambung bacaannya.

         "Tak adalah...aku dengar banyak khabar angin tentang kau orang berdua... melihatkan situasi tadi. Jadi betullah apa yang dikatakan?Kau dengan Darrius tu-"

BAM!

Tidak semena sebuah buku melayah di tepi kepala Bian. Betul-betul dekat tempat sama dimana tangan dia berada tadi. Terjatuh beberapa buku ke lantai akibat balingan tiba-tiba tersebut. Dengan mata terbutang kaku, Bian menoleh ke belakang.

Marvin di situ merenungan tajam ke Bian.

          "Ka-kau kenapa!?"bulat mata Bian memandang Marvin. Terkejut dia!Ingatkan apa tadi.

          "Jadi kau la yang sebarkan semua khabar angin tak berasas tu tentang Darrius!?"soal Marvin merapat ke Bian.

          "Apahal aku pulak?Bukan aku aje yang cakap...ramai lagi yang nampak kau orang berdua mesra yang lain macam.."bidas Bian terkedip-kedip takut. Tak tahu pula dia Marvin yang ceria dan suka senyum ni boleh nampak menakutkan?

 

          "Hati-hati Bian...kau tak nak disebabkan lidah badan yang binasa."ujar Marvin dengan perlahan namun penuh dengan amaran.

Tidak berani bertentang mata dengan Marvin lama-lama, Bian terus memandang ke tempat lain. Salah dia ke?Kalau Marvin dan Darrius tidak kelihatan rapat tiadanya khabar angin yang bukan-bukan tersebar.

Tidak berlengah, Marvin kemudiannya berpaling pergi dari situ.

         "Berlagak!"cebik Bian dengan riak tidak sukanya. Dia gerak ke kanan rak, lalu dia cari buku yang dia mahukan. Bila dia menemui buku tersebut, dia keluarkannya dari rak. Lantas diselak muka surat yang tertentu. Sekali tu ada sepucuk surat terselit di muka surat itu. Hujung bibirnya terjungkit senang hati. Heh! "Kau nak bercinta ke apa ke...suka hati. Apa aku tahu...ujian kali ni aku dapat tempat pertama sekali lagi."senyumnya semasa mengeluarkan sampul yang terisi dengan soalan bocor dari buku tadi dan disimpan semula buku tersebut ke rak. Rak di mana selalunya pembekal maklumat dia selalu letakkan sampul surat tersebut.

Ya!Macam mana lagi dia dapat markah tinggi serta menjadi pelajar terbaik dalam kelasnya kalau bukan kerana tukang pemberi maklumat memberikan dia soalan bocor! Dia kena terpilih menjadi pegawai diraja!Kalau tidak dia tidak akan menjadi pewaris Utama keluarganya. Jadi tak kira apa sekalipun caranya, dia akan gunakan sekiranya cara itu dapat bantu dia!