Knock!
Knock!
Alfareeze yang sedang menyarung baju persalinannya selepas kelas berkuda itu berpaling ke arah pintu. Hendak menyahut namun belum sempat suaranya hendak kedengaran, pintu bilik pejabatnya terbuka ke dalam.
Perlahan-lahan pintu pejabat Alfareeze terkuak ke dalam. Dan apabila Alfareeze lihat, dia merasakan mahu gugur jantungnya sebaik saja melihat siapa yang berjalan masuk ke situ.
Ahh!Tak guna betul.
"Ada aku benarkan kau masuk ke?" renung Alfareeze dengan tatapan jengkel.
Darra tutup pintu sambil memandang Alfareeze. Jumpa pun!Selama berhari lamanya dia cuba dapatkan Alfareeze, tetapi lelaki ini hilang dan selalu aje lesap setiap kali dia hendak bertemu!Entah kenapa hari ini nasibnya bertuah sungguh. Tidak seorang demi seorang yang dia mahu temui, bertembung dengan dia!Elok la!Boleh dia selesaikan semua ni dan lapangkan fikiran dia untuk persediaan ujiannya nanti.
"Memangnya selama ni kau ada minta izin aku ke kalau nak masuk tempat aku?" soal Darra saat perhatikan Alfareeze sedang membutang baju kemeja hitam di badan. "Tak ada kan...?"
"Keluar aku kata."arah Alfareeze terus gerak mencapai baju luar uniform memanahnya dari atas meja lalu di sarung ke badan.
"Tak nak!"
"Okay. Kalau kau tak nak keluar, biar aku yang keluar."
Terjungkit hujung bibir Darra bila dengar. Dulu dia yang selalu suruh Alfareeze keluar. Sekarang lihat siapa yang keluar siapa yang suruh keluar! Geram betul!
"Kenapa susah sangat nak jumpa kau?"
"Sibuk."
"Sibuk atau buat-buat sibuk?"
"Kalau kau nak cari gaduh, lain kali. Aku ada kelas kejap lagi. Keluar sekarang." beritahu Alfareeze tidak memandang Darra.
Kening Darra berkerut setelah lihat sikap acuh tak acuh Alfareeze. Dasar lelaki menjengkelkan! "Kalau macam tu dengar elok-elok. Aku pun tak kuasa nak lama-lama dekat sini."dia gerak ke Alfareeze dan berdiri di depannya.
Huh!?
Alfareeze kejung di situ apabila melihat Darra di depannya kerana dia sebenarnya sedang bergelut untuk tidak memandang wajah apatah lagi bibir tu. "Apa kau nak?Tak cukup lagi dengan tugasan yang aku berikan pada kau?Nak tambah lagi?"
Darra tidak mempedulikan apa yang dikatakan oleh Alfareeze.
"Aku nak keluar dari kelas kau. Aku dah buat permohonan untuk pertukaran kelas. Jadi aku perlukan kau untuk buat surat kenyataan mengatakan aku dibenarkan untuk tukar kelas."beritahu Darra kerana dia sudahpun mengenakan uniform rasmi akademi. Jadi tempoh orientasi dia sudahpun tamat. Maka dengan itu dia boleh buat apa dia mahu sebagai pelajar akademi ini.
Urat di leher Alfareeze timbul setelah lelaki itu mengetap gigi kerana menahan diri. Ini lagi ini lagi!Tak habis-habis lagi ke!? "Tak boleh." tegahnya tanpa sebarang pertimbangan.
"Kenapa tak boleh?"Darra tak puas hati.
"Sebab aku kata tak boleh."Alfareeze gerak ke tepi untuk capai mantel pula.
"Kenapa tak boleh?"tanya Darra lagi.
"Hentikannya Darrius!Keluar sekarang."
Darra perhatikan saja gerak geri Alfareeze dengan nafas tertahan-tahan sebab sedang menahan rasa sakit hati setiap kali bersua muka dengannya. Macam mana dia tak sakit hati. Lepas Alfareeze kacau bilaukan fikiran dan hati dia, lelaki ini bolehnya dengan mudah menjauhkan diri, memulaukan dirinya dan menyusahkan harinya di akademi ini. Mana adil !Siapa aje yang berada di tempat dia akan turut merasai perkara yang sama!
"Kalau macam tu beritahu aku, apa gunanya aku masuk kelas kau tapi kau terus menerus mengenakan aku dalam kelas kau. Buat aku macam badut semata untuk apa?Semata nak sakitkan hati aku gara-gara aku suruh kau lupakan perasaan suka kau?Baik aku tukar kelas kalau macam tu."tambah Darra bernada sedikit jengkel tetapi tidak tinggi.
"Sebab aku marahkan kau la. Kau tanya lagi kenapa?"
"Kenapa kau nak marah sampai kau nak susahkan hidup aku dekat akademi ni?"
"Kau tanya aku?Serius la?Kau tahu sendiri apa alasannya kan!?"
"Tak. Aku tak tahu."
Degil!
Tidak menghiraukan Darra, Alfareeze sibukkan dirinya. Lelaki itu benar-benar enggan menghadap Darra apalagi mendekati Darra. Lekas-lekas dia butangkan mantel ke bahu kanan sebelum gerak ke belakang meja untuk capai set memanah dari situ. Dia sendiri dah separuh gila gara-gara menahan diri dari sentuh Darra. Jangan buat dia jadi gila terus bercakap dengan Darra!
"Alfareeze!"panggil Darra bila lelaki itu terus menerus buat tidak hirau. Benci la macam ni!
"Panggil aku master...kau sendiri beritahu kan. Dekat akademi hubungan kita tak lebih dari master dan pelajar. Aku harap kau tak lupa tu."beritahu Alfareeze setelah dia sandang tali set memanah ke bahunya.
"Kenapa kau ni menyakitkan hati sangat!?Apa masalah kau sebenarnya?" Darra tercengang di situ dengan muka tergamam.
"Aku kata aku sukakan kau. Aku mahukan kau. Tapi kau suruh aku apa?Lupakan perasaan suka aku pada kau?Sekarang kau tanya kenapa aku berkelakuan menyakitkan hati pada kau?Kau memang kelakar la Darrius!"
Serius!Masa ini jugak nak mengungkit! Bila dia nampak Alfareeze sudah gerak ke pintu, masa itu la Darra genggam jari jemarinya dengan erat dan pandang dengan nafas naik turun hendak melenting.
Lihat la sendiri kenapa dia mahu Alfareeze berhenti dan lupakan semua ni!
"Sebab Inilah aku suruh kau hentikan semua ni!Kau sendiri cakap kau sukakan aku!Tapi tengok la sendiri perangai kau yang menyakitkan hati ni siapa aje yang tahan!" beritahu Darra dengan dada naik turun menahan sabar. "Mana ada orang yang sukakan seseorang akan sakitkan hati orang yang disukai macam kau buat! Jadi hentikan semua ni!Lupakan perasaan kau pada aku!Anggap la semua tak pernah berlaku!Senang cerita. Kau tak sakit hati, tak sakitkan hati aku, aku tak bencikan kau. Kita berdua pun takkan bermusuhan."belakang kepala tu dipandang dengan kecewa. Entah kenapa dia rasa sedih bila cakap begini.
"Habis tu kau nak aku apakan lagi lepas kau cakap macam tu dekat aku?Ketawa dengan kau?Peluk kau?Tepuk tangan!?Takkan? Mestilah aku akan marahkan kau!Sakit hati dengan kau!Fikir la sikit!"
Alfareeze memusingkan badan semula ke Darra. Sekali bila dia pandang tepat ke wajahnya itu hatinya yang marah terus terpujuk. Lemah betul dia kalau bab Darra! Ini la alasan kenapa dia enggan menemui Darra dan melarikan diri dari bertemu dengan Darra.
Alfareeze takut dia dengan mudah tunduk pada Darra! Sebab dia masih marahkan Darra kerana gadis itu dengan mudah menyuruh dia lupakan semuanya!Siapa aje yang takkan marah bila orang yang mereka suka suruh lupakan perasaan suka terhadap mereka!Kalau di tolak tu masih boleh tahan. Ini suruh lupakan memang tidaklah!First kiss dia pulak tu yang nak lupakan!
Taktala mereka berdua saling bertentang mata, Darra mencebik bibir tidak puas hati.
"Kau dah buat deal kan?Aku dah setuju kan? Apa lagi yang kau nak?Kenapa kau masih jugak nak menjengkelkan aku?"Darra pandang Alfareeze mencerlung marah. "Berhenti susahkan hidup aku!Jangan ganggu hidup aku lagi!Buat tak nampak aku lepas tu!Kau pun tak tertekan. Selesai." lafaznya hampir hendak menangis. Itu yang dia mahu beritahu Alfareeze sepanjang minggu ni!Tapi tak terluah kerananya!Sampai sesak dada tau tak!
Hish!
Alfareeze melepaskan hela panjang kebengangan.
"Kau ni memang la!"dia selak kunci pintu pejabatnya sebelum menurunkan set memanahkan ke lantai kasar-kasar sebelum berarak ke arah Darra dengan marah.
Darra perhatikan saja langkah Alfareeze sewaktu lelaki lampai itu mendekatinya. Darra langsung tidak bergerak sehinggalah lengannya di tarik kasar sebelum tubuhnya didukung dengan mudah ke atas meja kerja Alfareeze!
"Kau yang mintak!Aku tak nak buat semua ni!"deram Alfareeze memegang belakang tengkuk Darra dan memagut bibir itu. Dia tidak peduli dengan deal ke apa ke!Apa dia tahu dia mahukan Darra dalam sentuhannya.
Tidak menolak mahupun bergelut, Darra diam di situ memandang mata terpejam Alfareeze sebelum tangannya naik memegang lengan Alfareeze. Mulut kata suruh jauh, suruh lupa!Tapi hati kata rindu, mencari-cari, teringin!Sebab itu Darra mahu Alfareeze jauhkan diri dari dia sebelum dia tak dapat berhenti dari berharap!Tapi badan dia buat sebaliknya. Bukannya menjauhkan diri malah mencari lelaki ini pula!
Alfareeze mengubah kedudukannya kepalanya saat tangan sebelah lagi menopang atas meja. Mendalamkan kucupannya. Belakang kepala Darra di kuatkan cengkamannya. Kata-kata Darra menyuruh dia lupakan perasaan suka buatkan dia semakin nekad enggan melepaskan Darra! Buatkan dia semakin terdesak mahu menuntut Darra sebagai miliknya serta merta. Tapi dia dan Darra tahu. Ianya tidak semudah itu. Dan dia faham kenapa Darra enggan dia teruskan perasaannya ini!
Knock!
Knock!
"Master Alfa!"tiba-tiba ada suara di luar pintu.
Darra tersentak. Matanya yang terpejam seketika tadi terus terbeliak. Dia pegang dada Alfareeze untuk menolak lelaki itu jauh darinya.
"Master?Master ada dekat dalam ke?Saya ketua Kelas 4 tahun 1. kelas yang master ajar memanah nanti..master masuk kelas tidak?"sekali lagi suara dari luar pintu kedengaran.
Knock!
Knock!
Knock!
Semakin cemas Darra. Dia cuba menolak Alfareeze, tetapi sekejap sahaja bibirnya bebas sebelum dipagut semula dengan Alfareeze. Lelaki itu memberi deep kiss kepadanya yang mana buatkan dia menahan nafas kerana terkejut! Tak dengar ke!Ada orang dekat luar tu!
Pergelutan Darra buatkan Alfareeze tidak sengaja melanggar bekas pena yang ada di atas meja saat mahu menghentikan Darra dari menolak dia!
SPRANG!
Tergolek bekas tersebut sebelum jatuh ke lantai.
"Master Alfareeze?"panggil pelajar lelaki di luar pintu sekali lagi.
Lekas-lekas Darra pukul bilah bahu Alfareeze.
"Umph!"
Jengkel kerananya, Alfareeze melepaskan bibir Darra dengan terpaksa. "Tsk!" Sebelum dia menjauh, sempat dia mengucup tepi mata dan dahi Darra.
Darra mengenyit sebelah mata saat bibir itu hinggap mengucup tepi matanya.
"Hitungkannya sebagai satu!Lepas ni kalau kau dekati aku lagi!Jangan harap aku lepaskan kau macam tu aje!"bisiknya di depan muka Darra dan beri kucupan sekilas pada hujung hidung Darra.
Bersama wajah berbahang bagai nak apa dan jantung berdegup kencang dalam dada, Darra menelan air liur dibuat bisikan tersebut. Meremang bulu roma dibuatnya.
Tak adanya!Lepas ni tak ada lagi dah. Kerana dia dah cakap apa dia mahukan. Jadi tiada sebab untuk dia temui Alfareeze lagi!
Alfareeze menjauhkan diri dari Darra sambil membetulkan pakaiannya.
Terkedip-kedip bingung, Darra di atas meja itu pandang dengan nafas naik turun tidak menentu.
"Ya saya datang!"sambut Alfareeze semasa tunduk mengambil set memanahnya lalu buka pintu. Namun tidak cukup luas untuk dedahkan ruangannya. Dia buka cukup-cukup untuk dia keluar saja. Jadi tiada siapa tahu Darra ada di dalam pejabatnya.
Masih dalam keadaan terkejut dengan situasi tadi, Darra terketar-ketar turun dari meja. Meja itu dipegang menjadi sokongan kerana kakinya tiba-tiba saja hilang daya fungsi. Serius beritahu, takut dia kalau pintu tadi terbuka. Kalau ada yang nampak mahunya masalah besar jadinya!