Rasa macam ada yang mencucuk-cucuk aje tepi muka dia sejak tadi ni. Panas pula tu!Dah kenapa pandang aje!?Pandang la tempat lain sana. Ke Pearl dekat sebelah dari tadi sibuk ajak berborak, pandanglah!Darra tunduk memandang kakinya semasa mereka berjalan satu barisan merentasi sekitar orang ramai yang berada di dalam pasar waktu itu.
Sebenarnya dari waktu makan tadi, Darra tahu Marvin perhatikan dia. Tapi dia yang tidak berani hendak pandang.
"Cik Muda Pearl...kawan awak tu tak apa-apa ke?Dari tadi dia diam aje?"tegur Marvin semasa memandang tepi muka Darra. Dari tadi juga dia tidak penat tersenyum.
Pearl jengahkan kepala dari balik badan Marvin untuk lihat Darra di sebelah William. "Darra?Kau okay?"
Sudah tentu la tidak!Jelas-jelas dia tak okay!Ditanya lagi buat apa!?Darra palingkan kepala kanannya. Lalu bertentang mata dengan Pearl dan Marvin pada masa yang sama. Ahhh!Janganlah pandang. Malu! "Mm....aku okay."balasnya.
Tersenyum Marvin selepas dengar suara Darra. "Kalau awak tak selesa beritahu la. "
Pearl berasa terusik dengan sikap gentleman dari Marvin yang berkata-kata lembut itu. Sampaikan dia pandang penuh adore akan tepi wajah manis lelaki tersebut. "Marvin...kalau saya tanya, saya harap jangan marah pula ya?"
"Tentang apa tu?"Marvin pandang ke Pearl dengan senyuman di bibir. "Katakan sajalah.."
"Awak ada seseorang yang istimewa tak?Atau sedang berkenalan dengan seseorang yang awak suka?" terjungkit-jungkit kening Pearl ketika bertanya. Nampak sangat Pearl berminat dengan Marvin.
Masih tidak lekang dari tersenyum. Marvin pun menggeleng. "Tiada cik muda. Kalau ada pun..belum tentu orang tu akan sukakan saya semula.."jawabnya.
Naik pipi Pearl ketika dia tersenyum. Hatinya mencari setiap kali mendengar kata Marvin, entah macam manalah Darra boleh tenang menghadap lelaki ini. "Kalau saya beritahu saya berminat pada awak, adakah awak beri saya peluang untuk berkenalan dengan awak?"
Masa itulah William nak bersuara. "Oohh...ada sate la dekat depan!"tunjuknya bersemangat dengan tangan sarat memegagng barang yang dibeli.
Tersentak dua orang itu. Jadi lupa dengan apa yang diborakkan.
Sementara Darra di sebelah Williamn pandang kecik besar. Masa ni jugak nak menyampuk. Sabarkan aje la.
"Cik Muda makan sate tak?"tanya William semasa toleh ke balik bahu saat jalan ke depan.
"Sate apa aje dekat situ?"Darra tanya.
Marvin yang dengar Darra bercakap dengan William terasa kerana dari tadi dia ajak borak Darran sepertinya tidak mahu bercakap.
"Entahlah..itu saya tanya. Kalau tak makan kita tak perlu singgah."William buat muka tidak tahu.
"Darra suka makan apa-apa aje..janji bukan batu..bukan kayu.."seloroh Pearl dengan ceria.
William buat muka semasa pandang Pearl yang kelihatannya sedang hendak ketawa. "Kelakar...sangat kelakar."komennya tetapi tidak ketawa.
"Hahaha..."Pearl ketawa selepas itu kerana muka William waktu itu sangat lucu.
Lalu mereka berdiri di depan kedai yang menjual sate bakar. Serta merta bau haruman makanan di bakar menusuk hidung bersama kepulan asap serta api yang menyambar-nyambar ketika tukang bakar sate mengipas tempat memanggang mereka.
BUSSS!!!!
Api meledak hingga menjulang tinggi dengan mengejut!
William awal-awal lagi undur ke belakang. Pearl menjerit kecil secara automatik menyorok di belakang Marvin. Tapi Darra yang tidak terperanjat, berdiri di situ dengan depan mukanya terhadang dengan satu lengan. Dan bila dia palingkan kepala ke empunya tangan, Darra bertentang mata dengan Marvin. Lelaki itu beri senyuman nipis kepada Darra sebelum menurunkan tangan ke bawah.
"Awak tak apa-apa?"tanya Marvin dengan perlahan.
"Mm."angguk Darra selepas itu.
"Mari-mari beli...cik muda...tuan muda. Semua baru diangkat dari pemanggang. Ada daging lembu, Arnab, ayam, sayur pun ada kalau tak makan daging..mahu yang mana?"tukang jual di situ menegur mereka serta merta.
Pearl tarik lengan Darra mendekat kepadanya. "Kau nak makan yang mana?Nak kentang ke ubi keledek panggang?"
"Sos manis ada tak?"tanya William berdiri di tepi Darra kerana dia pun mahu lihat apa yang dijual di situ. Mana tahu dia minat nak makan satu.
"Ada...ada...mahu?"
Dan akhirnya William beli beberapa cucuk sate daging ayam sementara Darra beli sate kentang spiral yang disalut dengan sos manis. Yang mana dibayar oleh Marvin.
Terlalu lapar kerana tidak dapat makan dengan betul di diner siang tadi, Darra ratah kentang bakarnya tanpa berlengah.
"Aduh...Darra...hahaha.."Pearl ketawa tidak semena.
Dengan bingung Darra pandang Darra bersama mulut mengunyah kentang yang digigitnya tadi. "Kenapa?"
"Itu..dekat tepi mulut kau..kena sos..comotnya makan."beritahu Pearl tunjuk ke tepi bibir.
Terkejut Darra. "Iya ke?"dia cuba jilat tepi bibirnya.
"Macam mana makan tu Darra...tu ada sos sekali dekat hujung hidung kau?"Pearl beritahu sambil ketawa saat mengambil sapu tangan dari Marvin. Namun senyumannya memudar setelah dia nampak ada sekumpulan orang sedang berjalan menuju ke arahnya. "Huh?"terkejut dia bila nampak muka jejaka lampai di belakang Darra.
"Ada apa dekat belakang aku?"teringin tahu kenapa Pearl kelihatan terkejut, Darra pun ikut berpaling.
"Putera Eilian...Puteri Eiliana...Master Alfareeze..dan siapa saudara dekat sebelah putera ni?"tegur Marvin dengan hairan melihat kehadiran mereka semua di situ.
"Oh my god!Awak Ricardo?Awak yang saya jumpa dekat rumah Duke Elijah hari tu kan!"tundingnya ke lelaki kacak di sebelah Putera Eilian.
Ricardo dekat situ begitu terpempan apabila Pearl mengenali dirinya dengan mudah.
Marvin tersentak memandang ke lelaki tidak bertopeng di sebelah Putera Eilian dengan terkejut.
Sementara Darra lihat mereka di situ sudah terdiam dan menahan nafas dengan dalam. Lagi-lagi selepas bertentang mata dengan Alfareeze. Memang berbahang mukanya dibuatnya. Tapi apa yang Pearl cakapkan tadi?Ricardo?Perhatiannya terarah pada lelaki di sebelah Putera Eilian serta merta.
Alfareeze nampak perhatian Darra ke mana masa itu. Dia terus ikut pandang ke Ricardo. Serta merta rahangnya berketik dan kepalan penumbuk dikepal erat. Lupa terus rasa pegun dia dengan rupa paras sebenar Darra kerananya.
Putera Eilian mengedipkan mata setelah sedar dari lamunnya. "Darrius?"sebutnya kerana wajah gadis di depannya itu sungguh familiar dengan budak lelaki yang dia musuhi selama ini. Terutama sekali mata bundar itu.
William dan Puteri Eiliana yang tidak tahu hendak katakan apa-apa pada masa itu hanya silih ganti memandang setiap orang di situ. Cuba hendak fahamkan kenapa mereka di situ begitu terkejut?
"Ada Darrius ke dekat sini?"tanya William dan Putera Eiliana dengan serentak.
Oh My Gosh!
Darra bernafas tidak menentu di situ. Pecah peluh gemuruh di seluruh badan. Apa dia perlu lakukan ni?Bagaimana empat lelaki ini boleh berada di satu tempat pada masa yang sama?Dihadapan mereka yang tidak terlibat pula tu!?
Lagi satu jelas sangat ke wajahnya ini sampaikan Putera Eilian boleh cam begitu saja?
"Mana ada Darrius dekat sini..."nafi Pearl yang memang tiada gunanya lagi kerana kebanyakan mereka di situ memang sudah tahu identiti Darra. "Apa tuanku katakan ni"ketawanya dibuat-buat. Lengan Darra dipegangnya sebelum dia cengkam kuat. Nak apakan ni?Takutnya! "Darra...cakaplah sesuatu?"bisiknya dengan rapat di belakang kepala Darra.
Nak dia cakap apa lagi!Dia sendiri pun bingung sekarang. Nak nangis pun ada. Darra pandang tidak berkedip ke Putera Eilian.
"Kalau macam tu siapa saudari ni?"Putera Eilian menilik dalam-dalam wajah Darra. Sangatlah familiar sampaikan memang benar depannya ini Darrius. Tapi bukan ke Darrius lelaki, macam mana boleh berubah jadi perempuan?Ke ada kembar?
Marvin pandang gelabah ke Darra.
Ricardo menelan air liur dengan susah payah kerana sudah sedar identitinya telah ketahuan dengan Darra waktu itu.
Sementara Alfareeeze masih memandang tidak puas hati. Tak tahu kenapa dia merinding geram bila lihat perhatian Darra pada lelaki lain bukan terhadapnya!
"Apa kena buat ni?"bisik hati Darra dengan terdesak.
Macam mana semua ni boleh berlaku?Kalau la dia balik terus tadi dan menolak ajakan Marvin pasti semua ini tidak akan terjadi. Darra menggigit bawah bibirnya semasa membalas tatapan Putera Eilian sebelum dia menyelak rambut ke belakang bahu. Panas pulak bila semua orang pandang dia macam ni.
Marvin maju ke hadapan sebelum berdiri merapat di belakang Darra dan Pearl waktu itu. "Kenalan jauh Pearl. Dia datang ke sini sempena Pesta Cahaya di sini."beritahu dia.
Darra dan Pearl yang terkejut dengan kenyataan Marvin dongak dengan serentak ke balik bahu. Mana mereka tidak terkejut, selepas berjumpa tadi siang, Darra mahupun Pearl langsung tidak memberitahu kepada Marvin siapa sebenarnya Darra ini kecuali nama sahaja. Jadi mereka terkejut la. Kenapa Marvin tolong jelaskan?
"Iya ke?"William pandang bingung ke Marvin. "Tak ada pulak aku dengar tadi masa kita keluarselain nama dia Darra."kepalanya yang tiba-tiba terasa gatal di garu. Dia tertinggal ke tadi?Rasanya sepanjang masa mereka keluar bersama,. Darra diam tidak bercakap langsung. Di tanya sepatah. Jawab pun sepatah?Macam mana Marvin tahu?
"Dari mana?Sepertinya awak orang sini bukan orang luar...tapi kalau orang sini?Awak belajar dimana?Kenapa saya tak pernah lihat gadis seperti awak di sini?"Puteri Eiliana pula menyampuk.
Mata Darra mengerling sekali lagi ke Ricardo. Dia masih tidak habis fikir mengenai identiti sebenar lelaki bertopeng dan Shadow. Jadi selama ini firasat dia memang tepat la!Patut la dia macam kenal, rupa-rupanya Shadow adalah Ricardo. Dan lelaki ini adalah sahabat baik Putera Eilian?!Jadi selama ini, Ricardo tahu dirinya yang sebenar dan bersahabat baik dengan Putera Eilian yang cuba menyusahkan dirinya?Dan selepas apa yang berlaku padanya, Ricardo masih berpihak pada Putera Eilian!Sedangkan lelaki ini ditugaskan untuk menjaga dia di akademi. Sekarang lelaki ini jelas dia dalam masalah, boleh pula diamkan diri tidak mengatakan apa-apa!?Wah!Sangat hebat!Hebat Ricardo bermain talam dua muka dengan dia.
"Siapa saya, ianya bukan penting. Jadi apa kata kita gerak ke dataran sekarang. Nampaknya pesta melepaskan tanglung cahaya bakal dilangsungkan sebentar lagi."beritahu Darra dengan senyuman terpaksa.
"Tapi muka awak ni-"Putera Eilian bertegas hendak tahu lebih lanjut, tetapi tak dapat apabila Pearl tiba-tiba aje tarik lengan dia.
"Tuanku dah beli tanglung?Saya belum beli!Jom beli siapa yang nak lepaskan permintaan awak semua!"ajak Pearl dengan bersemangat cuba hendak hilangkan kejanggalan di antara mereka semua di situ.
William yang sedang memegang tanglung cahaya yang dibeli awal tadi angkat tangan dengan muka kebingungan. "Kalau belum beli yang dekat tangan aku ni apa pulak?"soalnya sendiri saat tunduk memandang barang yang tergantung pada pergelangan tangannya.
Marvin dekati Darra. Dia sentuh belakang badan itu lalu tunduk berbisik. "Jom kita gerak.."ajaknya.
Sekali tu Alfareeze memang dah tergerak hendak dapatkan Darra taktala melihat tangan Marvin di belakang badan Darra. Tapi tidak sempat dia hendak ke Darra, lengannya tiba-tiba dirangkul lalu ditarik ke satu arah.
"Tuan..ayuh. Kita beli pelita atau tanglung di gerai sana."ajak Puteri Eiliana dengan teruja.
Sambil pandang Darra yang sedang diapit oleh Marvin dan William, Alfareeze terpaksa menurut untuk ikut Puteri Eiliana walaupun dia mahu dapatkan Darra saat itu juga.
Sementara mereka yang lain sudah bergerak jauh ke depan dan hanya mereka berdua saja di situ, Darra palingkan kepalanya ke tepi. Dia pandang rahang tajam milik Marvin dengan renungan tidak percaya.
"Kau dah tahu siapa aku ya?"tanya dia kepada Marvin.
"Apa maksud awak?"
"Berhenti berpura-pura. Aku tahu kau memang dah cam aku sejak tadi kan?Sebab itu kau beritahu pada mereka yang lain aku kenalan Pearl dari jauh?"kening Darra mencerlung tajam.
Tidak memandang Darra, Marvin berkata saat perhatikan William dari belakang ketika rakannya sedang berselera makan sate dan melihat sekitar dengan berminat. "Tapi awak yang buat-buat tak kenal saya?Sedih tau.."
"Macam mana kau tahu?"
Disaat Marvin memalingkan kepalanya ke sisi, dia terus menarik sengih meleret terujanya kerana dapat menatap Darra dari mata ke mata secara langsung. "Dari Duke Elijah."
"Hah?Apa?"
"Ya..selain lelaki bernama Shadow, saya juga orang sama yang diarahkan oleh Duke Elijah untuk menjaga awak di akademi tu."
"Kau pun?"
"Ya saya. Jadi berhenti mengelak lagi...susah hati saya bila awak buat tak layan saya sepanjang hari ni...Sudahlah tak berjumpa awak berminggu lamanya, lepas jumpa awak pulak macam tak kenal saya."beritahu Marvin semakin lebar tersenyum.
"Sejak bila?"
"Mm...sejak hari pertama. Ketika saya sambut awak ke akademi."
Tapi kenapa ayah dia lakukan semua ini jika selama ini ayahnya bersungguh mahu menyamarkan anak perempuan sendiri kepada lelaki?
Begitu tergamam dengannya, Darra berdengus tak percaya sambil pandang ke hadapan semula. Pada waktu itu juga la dia perasan Ricardo sedang toleh ke mereka berdua. Lelaki itu beri renungan yang tidak dapat ditafsirkan. Serius la!Memangnya selain mereka siapa lagi yang mengetahui identitinya!?Ayah dia tu memang nak gali kubur anak sendiri ke apa ni?!
"Adakah Ricardo itu Shadow?"tanya Marvin lagi.
Mengalah dengan semuanya, Darra enggan berdalih lagi. Dia penat sebenarnya dengan semua penipuan ini. Serius beritahu dia nak berhenti. Tapi kalau dia berhenti, ayahnya tidak akan mengakui dirinya ini sebagai anak perempuan. Hanya menjadi lelaki saja berikan dia tujuan untuk teruskan hidup ni.
"Ya..."balasnya dengan mata terpejam letih.
Tidak terkejut mahupun tersentak, Marvin mengangguk-angguk.
"Dah agak."Dari awal lagi dia syak klu Shadow sahaja. Kalau difikirkan, lelaki yang dipanggil sebagai bayang-bayang dalam akademi ini hanya Ricardo. Jadi tidak hairanlah kalau nickname lelaki itu benar-benar Shadow. "Tapi awak tahu dia telah dilucutkan oleh Duke Elijah yang dia takkan bertanggungjawab ke atas awak tapi saya?"tambah Marvin lagi.
"Sejak bila?"Darra pandang terkejut ke Marvin. Keningnya berkerut-kerut.
"Sejak kes awak kena pukul di hadapan Grand Duke Noah. Hari itu juga Duke Elijah beri arahan."
Lah...sampai begitu sekali ke jadinya?Ayahnya ni, macam-macam hal betul la!Kalau ayah dia tidak mulakan semua ini, dia takkan tersepit dengan semua ini!Darra menggeleng kepala tak percaya.