Chereads / Kiss Me Liar / Chapter 31 - Episode 31 : Berita Buruk Dua Kali

Chapter 31 - Episode 31 : Berita Buruk Dua Kali

Flashbacks

Segulung skrol diserahkan ke atas tapak tangan. Warna skrol tersebut sudah cukup memberitahu dia apakah yang bakal mendatang.

        "Apakah ini tuanku?"tanya Alfareeze memandang Raja Alan Salas dengan renungan dingin.

        "Titah diraja untuk kamu menghantar Batilion Utama ke Wilayah Selatan Timur. Di dalam skrol itu mempunyai butiran penting untuk rujukan kamu nanti."

          Berasa sesak tiba-tiba pada dadanya, Alfareeze tunduk memandang skrol dalam tangannya semula. Takkanlah sekali lagi!?"Adakah peperangan sedang tercetus di situ?"soalnya dengan perlahan tiada semangat. Dia baru sahaja pulang dan perlu ke medan perang semula?

          "Kita menerima ancaman dari musuh mengenai mereka cuba menyeberangi sempadan melalui Wilayah Selatan Timur. Sebagai langkah berjaga-jaga kamu akan di hantar ke sana untuk berkawal sehinggalah ancaman tiada lagi."beritahu Raja Alan.

         "Berapa lama tuanku?"

         "Sehingga ancaman yang mereka berikan kepada kita ditarik semula."beritahu Raja Alan dengan senyuman nipis di bibir. "Jangan risau Alfareeze. Sekiranya kamu pulang nanti, akan beta kurniakan anugerah serta ganjaran yang kamu mahukan. Katakan saja permintaan kamu itu, selagi beta mampu tunaikannya, akan beta lakukan."

         "Bila saya akan bertolak ke sana?"

         "Lebih cepat lebih baik..."

End of flashbacks

Pintu kayu bertombol ring emas di tolak Alfareeze dengan lemah sewaktu lelaki lampai tersebut berjalan masuk ke dalam koridor Utama dimana para pelajar berkumpul untuk ke lokar serta menunggu kelas bermula.

         "Selamat siang Master Alfa.."sapa pelajar  yang bertembung dengan Alfareeze sepanjang laluan itu.

Tidak menyahut mahupun menghiraukan ucapan mereka, Alfareeze sekadar termenung memandang ke depan tidak bersebab. Dia sedang sibuk berfikir mengenai tugasannya. Memikirkan berapa lama lagi dia perlu berada di medan perang untuk kali ini?

Keluhan demi keluhan dengan kesal lepas dari Alfareeze tidak terhitung sejak lelaki ini keluar dari Balai Istana menemui Raja Alan.

Ketika itulah, menung Alfareeze diganggu dengan kelibat para pelajar berlari melintasi depannya dalam keadaan tergesa-gesa. Membuatkan Alfareeze tersentak lantas memalingkan kepala ke arah dimana pelajar-pelajar tadi berlari.

Sekali, apabila Alfareeze pandang kanan koridor itu, dia melihat sekumpulanj pelajar sedang mengerumuni dinding makluman. Sehelai kertas kulit bersaiz besar tertampal pada dinding tersebut. Punca kenapa para pelajar berkumpul dan berborak sesama mereka.

Terbatal la niat Alfareeze untuk ke bilik kerjanya. Dia berpusing ke kanan dan atur langkah untuk lihat apakah yang membuatkan pelajar di situ sibuk yang semacam.

           "Apa yang dah berlaku?"soalnya saat berdiri di belakang seorang pelajar lelaki.

Mereka di situ palingkan kepala masing-masing kerana tersentak. Namun tidak lama selepas itu barulah ada yang berani hendak bersuara.

           "Oh..Master Alfa. Selamat pagi master.."sapa mereka selepas tersentak.

           Alfareeze balas dengan anggukan kepala mahu tak mahu. "Jadi...apa yang telah berlaku kepada Darrius?"

           "Tentang tu, Darrius telah digantung atas kes dia memukul pengawas Alexandra anak Grand Duke Noah hingga patah hidung gara-gara Darrius dipaksa menanggalkan pakaian oleh Alex sewaktu sesi spot check lewat malam tadi."

Mata Alfareeze bergerak kanan dan kiri membaca butiran di atas kertas itu sambil mendengar mereka.

Apa dia!?

Tumbuk siapa?

Haih!Budak tu kan...memang tak boleh nak simpan ke penumbuk tu sekejap?Kan dah dipesan!

        "Aku dengar dari pengawas lain, Darrius telah dipukul dihadapan Grand Duke Noah dan Dekan dengan Duke Elijah kerana kesalahannya"

         "Teruk ke?"

         "Teruk juga. Darah menitis dekat lantai sepanjang perjalanan Duke Elijah bawa Darrius keluar dari sini.."

Begitu terkejutnya Alfareeze waktu itu. Dia membuat muka 'WTF' saat pandang silih ganti akan pelajar yang sedang berbual di hadapannya. Apa yang baru dia dengarkan tadi?

         "Sampai macam tu sekali Duke Elijah buat?"

         "Kau yakin ke hal ni benar?"

        "Buat apa aku nak reka cerita. Kau tak percaya kau boleh tanya Alex sendiri. Dia yang ceritakan sampai pucat tak berdarah muka dia tau tak..."

        "Jadi dalam hal ni siapa yang salah sebenarnya?"

        "Siapa lagi....ya Alex lah. Takkan la Darrius pulak. Kalau Alex tak paksa dan cuba memalukan Darrius, pasti Darrius takkan belasah sampai hidung dia patah.."

Perbualan mereka itu semakin lama semakin membuatkan Alfareeze menjadi kejung dan kebas seluruh badan. Berita yang menimpa Darrius cukup untuk buatkan dada dia yang sedia sempit semakin sempit dan menyesakkan.

         "Bila hal ni terjadi?"tanya Alfareeze kepada mereka.

         "Dekat sejam tadi rasanya..."

         "Di mana Darrius sekarang?"

         "Di rumahnya mungkin... yalah.. sepertinya kecederaan yang di alaminya agak parah jadi mereka bawa Darrius keluar dari sini, kenapa master tanya?"

Tidak menghiraukan pertanyaan tersebut, Alfareeze berpaling dari situ dan melangkah semula ke arah pintu koridor tadi. Fikirannya tidak jelas kerana suara-suara tadi bermain semula dalam kotak fikirannya. Berulang-ulang hingga membuatkan jantungnya mengepam darah dengan laju hingga menyakitkan otaknya.

Darrius cedera dipukul Duke Elijah?

Digantung belajar?

Dipaksa oleh pengawas untuk menanggalkan pakaian?

Baru sehari tidak menemui Darrius, semua hal ini terjadi!?

Haih!

Dengan laju kuda yang ditunggang oleh Alfareeze berlari merentasi laluan kosong akademi sebelum keluar dari pintu pagar. Meninggalkan debu halus di belakang sepanjang perjalanannya. Kibaran dari mantel yang dipakai Alfareeze berbunyi kuat seiring dengan deru angin yang meniup wajah serius dan tegangnya.

Kuda hitam Alfareeze berlari laju tanpa henti untuk beberapa minit sehinggalah ia tiba di kawasan lapang yang dihampari dengan rumput hijau dan bangunan kecil. Debu sudah tiada lagi kerana laluan pasir halus tadi sudah berganti menjadi laluan hitam berbatu kerikil.

Setibanya dihadapan pintu pagar yang dikawal penjaga, Alfareeze tarik tali kekuda untuk menghentikan kudanya dari berlari secara mengejut. Menyebabkan kuda tersebut berdecit kuat dan mengangkat kaki depan ke Udara sebelum mendarat ke tanah sesaat kemudian.

         "Lord Alfareeze."sambut penjaga di situ dengan muka terkejut masing-masing.

         Tidak berlengah Alfareeze tunduk memandang    mereka dengan muka serius. "Dimana Duke Elijah?"tangan berglove hitam itu mencengkam kuat tali.

         "Duke Elijah berada di Balai Istana..."

         "Dimana tuan muda kamu?"

 

Wajah mereka serta merta berubah.

         "Di mana tuan muda kamu!Dengar saya ke tidak?"gesa Alfareeze lagi.

          "Ada di dalam tuan.."

Lantas Alfareeze melompat turun dari kuda.

          "Tuan...jangan begini. Ini bukan masa yang sesuai untuk tuan berjumpa dengan tuan muda.."tegah mereka saat menghadang depan Alfareeze apabila lelaki itu berarak ke arah pintu Utama rumah agam Duke Elijah.

          "Ke tepi!"ketap Alfareeze.

          "Tuan...tolong jangan begini. Apapun urusannya, bukan hari ini tuan...keadaan tuan muda tidak mengizinkan untuk berjumpa dengan sesiapa..termasuk tuan."jelas mereka.

          Semakin di tegah, semakin nekad Alfareeze hendak menemui Darrius. "Cuba halang saya sekiranya kamu mampu."ajunya dengan renungan gelap kepada mereka di situ. "Kamu mahu halang saya?"adakah benar Duke Elijah telah menyakiti Darrius dengan parah sekali!?Dia mahu pastikan keadaan Darrius. "Ke tepi sekarang."

Memang tidaklah dua penjaga itu hendak melawan ketua komando batilion tentera diraja ini. Alfareeze bukan lawan mereka. Ibarat sebatang lidi menentang buluh. Rasanya siapa yang akan patah dulu?

Akur dengan permintaan itu, dua penjaga tersebut tunduk mengundurkan diri. Mereka beri laluan kepada Alfareeze untuk maju ke hadapan. Mereka tahu mereka jelas-jelas takkan dapat menghalang komando muda di hadapannya ini.

Lantas Alfareeze pun meneruskan langkahnya. Luas dan lekas. Sampaikan bunyi tapak kasutnya itu bergema setiap kali ia menghentak lantai.