Chereads / Kiss Me Liar / Chapter 24 - Episode 24 : Saudara Jauh

Chapter 24 - Episode 24 : Saudara Jauh

Penuh dewan makan dengan para pelajar hinggakan suara mereka berborak-borak bergema dari hujung ke hujung ruangan itu. Bau haruman makanan boleh dihidu dari depan pintu masuk dewan lagi. Membuatkan sesiapa yang keluar dari dewan itu berbau makanan enak tempat itu.

Dewan makan Akademi Latihan Muda itu terletak di tingkat bawah di bangunan kedua berhadapan dengan bangunan Utama. Ianya sebuah ruangan yang seluas dewan perhimpunan di bangunan Utama. Di sebelah kanan dewan terdapat deretan meja yang menghidang set buffet yang terdiri daripada pelbagai jenis makanan yang dimasak oleh tukang masak professional dari istana sendiri. Antaranya ialah hidangan Utama, pembuka selera, minuman dan makanan snek untuk santapan para pelajar di situ. Sebelah kiri dewan itu pula tergantungnya bingkai hasil karya seni terkenal para artisan dan ilmuwan yang dibias dengan cahaya lampu dibawah bingkai tersebut. Bahagian depan dewan pun terdapat tiga buah tingkap berbentuk separa spera. Dari jendela itu pemandangan ke kawasan laut dan pelabuhan dapat dilihat.

Dan sebelah kanan di tiang bulat merentangi siling dewan makan terdapat sebuah meja dimana Marvin sedang duduk sendirian dengan helaian kertas dan buku terbentang sebelah pinggan makanannya.

Punyalah tekun sekali Marvin menelaah sehinggakan ada yang ambil tempat dihadapannya pun tidak disedari.

Keletang kelenting bunyi pinggan dan utensil makan kedengaran sepanjang masa itu, namun ianya sedikitpun tidak mengalihkan perhatian Marvin.

        "Hello mister...berapa lama aku kena tunggu dekat sini tengok kau baca sampai macam nak melekat mata dekat buku tu?"

Barulah Marvin tersentak. Lelaki itu angkat kepala lalu bertentang mata dengan empunya suara.

         "Ohh...awak dah datang Darrius.." senyum Marvin selepas itu dengan kekok. "Maaf saya tak perasan."

         Darra lirik akan sepah di meja itu lalu ke set makanan yang tidak terusik di depan Marvin. "Apa semua ni?"

         "Ini...?"Marvin pegang sepah di depannya. "Ianya adalah rujukan untuk esei final saya."beritahu Marvin saat mengemaskan sedikit sepahnya lalu meletakkan set makanan yang dia ambil tadi lantas di letakkan depan Darra. "ianya mengenai ahli bangsawan yang terkenal dengan sikap dermawannya."

Darra perhatikan saja tangan Marvin sibuk menyusun pinggan berisi hidangan Utama, lalu pencuci mulut diikuti dengan set utensil di hadapannya. Memangnya Marvin sediakan makanan untuk dia ke untuk lelaki itu?

        "Untuk tajuk apa?"

         Setelah selesai Marvin meletakkan menyerahkan napkin kepada Darra. "Untuk tajuk tokoh terkenal. Saya perlu sediakan biografi, latar belakang, Pendidikan dan juga rekod mereka.."jawabnya.

Mahu tak mahu Darra capai napkin tersebut.

         "Dan sebab itu juga saya panggil awak untuk berjumpa."tambah Marvin lagi.

         "Aku?"

         "Ya..."Marvin menyerahkan satu keratan akhbar kepada Darra. "Saya nak tahu, adakah awak mempunyai saudara jauh yang mungkin ada kaitan dengan awak Darrius."

Darra mencapai keratan akhbar itu. Dan perkara pertama yang dia pandang adalah imej seorang Wanita jelita memegang sebuah cek sambil berjabat tangan dengan seorang lelaki tua bercermin mata dihadapan sebuah hospital. Walaupuan gambar itu hitam putih, Darra masih dapat melihat feature Wanita itu dengan jelas.

          "Dari mana kau dapat keratan akhbar ni?"dengan nafas tertahan Darra pandang ke Marvin. Dan lelaki itu sedang tersenyum kepadanya.

          "Wanita itu serupa dengan awak kan Darrius. Adakah dia saudara jauh awak?" Marvin tanya.

          Sekali lagi Darra tunduk meneliti keratan   akhbar itu. Dia masih tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. "Bila akhbar ni??"

          "Dah lama..."

          "Lama tu yang berapa lama?"

          "8 bulan yang lepas."Marvin meletakkan garpu ke tangan kanan Darra. "Lapar tak?Ini ada sedikit makanan yang saya ambil tadi. Makan la sikit.."ajunya.

          Darra termenung memandang keratan akhbar itu dan meneliti dengan lama wajah Wanita dalam gambar itu. Serius!Wajah itu memang tidak ubah sepertinya. "Seingat aku...tiada."

          "Oh...tiada saudara jauh?"Marvin capai semula keratan akhbar dari tangan Darra lalu di selitkan pada celah buku catatannya. "Hairan bukan...wajah awak serupa sekali dengan anak kepada Keluarga Count Dominion, Agnes Marrely...tapi apa nak dihairankan...dalam dunia ni ada pelanduk dua serupa.."

         "Tak...aku tak ada saudara dari keluarga tu.."beritahu Darra memandang makanan dalam pinggan dengan kening berkerut. Ayahnya tidak pernah menceritakan perihal latar belakang keluarga mendiang ibunya. Jadi dia tidak pasti sama ada dia ada kaitan dengan sesiapa dari keluarga ini atau tidak.

         "Tak apa la kalau macam tu. Saya tanya sebab  nak kepastian saja. Memandangkan ianya juga sebahagian daripada tugasan saya...dah makan la. Nanti ada kelas memanah kan?"

Terhenti terus Darra dari mencucuk makanan dengan garpunya. Terbayang dia akan situasi tempoh hari.

Ahh!Baru aje nak lupakan kejadian malam itu, dah diingatkan semula!

          "Kenapa?Awak tak suka ke dengan makanan yang saya ambil tu?Nak saya ambil yang lain?"cadang Marvin perasan apabila Darra diam termenung memandang makanan dalam pinggan.

          Darra angkat kepala memandang Marvin  dengan jengkel. Dia baru sahaja hendak lupakan tentang Putera Eilian dalam kelas tadi, sekali tu dia lupa dia masih ada bala lain sedang menunggu. "Tak ada selera nak makan."beritahunya.

          Marvin meletakkan kerjanya ke bawah lalu bangun. "Kalau macam tu saya ambilkan awak dessert."

Tidak menghalangnya, Darra tunduk memegang kepalanya dengan tangan yang disikukan atas meja. Macam mana dia lupa tentang Alfareeze!Dia kena hadirkan diri ke kelas lelaki itu untuk pertama kalinya selepas berminggu dia di akademi ini.

Kalau dia tidak pergi, lelaki berperangai pervert itu akan masuk ke biliknya seperti hari itu.

Kalau dia pergi, Darra tahu apa yang lelaki menyakitkan hati itu bakal lakukan nanti.

Memangnya tiada pilihan lain ke untuk dia sekarang?

           "Ugh!"Darra memejamkan matanya lalu sandar ke belakang. Kepalanya di dongakkan ke atas siling. Alfareeze...kacau betul fikirannya kerana nama itu.

           "Hei Pendek!"tidak semena buku yang terbuka atas ribanya di tutup kasar dengan tangan yang muncul dari depan.

Sambil berkerut kening, Darra dongak mengangkat kepala. Matahari dari depannya ketika buatkan dia mengecilkan mata. Lah...ada lagi dekat sini rupanya?Ingatkan dah berangkat pergi bersama dengan ayahnya tadi.

         "Kenapa kau masih ada di sini?"

         "Jumpa siput-siput dengan tupai dekat taman ni...buat apa lagi aku ada dekat sini.."

        "Dah jumpa ke?"

        Alfareeze membuat muka. Dia enggan meloyar buruk lagi. "Aku dah nak pergi dah ni?"

        "Dah tu?"

       "Kau tak nak hantar kawan baik kau ni?Dia nak berperang tahu tak!?"

Siapa berkawan dengan dia?Sesuka hati buat claim sendiri. Enggan pedulikan Alfareeze yang segak mengenakan pakaian combat tenteranya, Darra membuka semula buku bacaannya. Lelaki berusia 19 tahun dihadapannya ini sedikitpun tidak matang. Harapkan saja muka kacak, otak kecil seperti katak. Geram aje menengoknya.

      "Boleh tak kau tu jadi orang ada perasaan sikit?"Alfareeeze menarik buku dari riba Darra lalu di campak ke tepi semak laman rumah agam Darra.

      "Hei!Apa masalah kau ni!"Darra berdiri dengan  marah memandang ke semak dimana bukunya dicampak tadi sebelum kembali memandang Alfareeze."Kau teringin sangat makan penum-"

      "Aku mungkin takkan dapat balik ke sini lagi Darrius!!"Alfareeze memotong kata Darra.

Darra terdiam kerananya. Dia pandang Alfareeze yang sedang bercemberut.

      "Duke Elijah beritahu peperangan ini akan ambil masa yang lama untuk reda...aku dihantar ke sana untuk mengetuai peperangan mereka...jadi tak boleh ke kau hantar aku pergi?"

       "Kenapa aku?Sepatutnya kau minta ibu bapa kau atau kekasih kau untuk hantar kau pergi. Kenapa lelaki macam aku kena hantar kau pergi..."soal Darra dengan mendatar dan wajah tidak kisahnya.

       "Sebab kau kawan baik aku kan?"

       Tak habis-habis lagi ke? "Pergi aje la..."Darra menghalau Alfareeze dan gerak hendak ke semak tadi.

       "Hantar  aku berangkat Darrius..."minta Alfareeze lagi.Kedua-dua tangan itu bergengam, erat dalam kepalan penumbuk.

Haih!

Matanya dibuka dengan perlahan. Darra kembali duduk tegak kerana perasan ada pergerakkan di sisinya. Dan bila dia pandang, Rupa-rupanya Marvin sedang meletakkan makanan yang baru diambil ke atas meja, makanan sebelumnya di alihkan ke tepi.

       "Kau tak makan sekali ke?"soal Darra.

        Marvin pandang ke balik bahu."Tak apa. Awak makan la dulu."beritahu dia dengan senyuman dibibir.

Setelah lelaki itu selesai, Darra cuba ambil makanan yang ada di dalam pinggan kecil di situ. ianya adalah potongan kek kecil berwarna warni, coklat fondue dan biskut dihias dengan kuntum bunga.

        "Macam mana dengan hari awak Darrius?Adakah Putera Eilian menganggu awak?"tanya Marvin apabila lelaki itu telah selesakan diri di tempatnya.

         Tidak jadi hendak makan, Darra memilih untuk minum air dari gelas berkaki di sebelah pinggan. Dia sisip sedikit air sambil memandang Marvin. "Adalah jugak...tapi jangan risau. Aku dah uruskan si cencorot tu..."

         "Hah?Cencorot?"bingung-bingung Marvin pandang Darra.

         Darra ambil potongan kek bite saiz dari pinggan lalu di masakkan kesemua dalam mulut. "Ha'ah...cencorot."angguknya selepas itu. Muka cuak Putera Eilian tiba-tiba terlintas difikirannya waktu itu juga. Menyebabkan Darra berdengus sebelum tersenyum hendak ketawa. Ingatkan tough, sekali di gertak takut rupanya. Kelakar betul.

Marvin yang perhatikan ikut tersenyum apabila nampak Darra kelihatan ceria dari sebelumnya. Namun dia tidak memberi sebarang komen kerana enggan merosakkan mood baik Darra. Dia hanya membiarkan saja Darra dengan dunia gadis itu dan menyambung kerjanya tadi.

Beberapa meja dari situ, duduknya Ricardo bersama Putera Eilian. Dua lelaki itu bersama dua lagi rakan semeja duduk memerhati dua orang tersebut dalam diam.

Putera Eilian dengan muka grumpy dia.

Sementara Ricardo dengan renungan dinginnya.