DING!
DING!
DING~
Bergemanya loceng gergasi atas menara akademi. Menandakan waktu makan tengah hari sudahpun tamat.
Selepas selesai memberi tugasan kepada Marvin untuk di hantar kepada master, Darra singgah sebentar ke perpustakaan mencari bahan rujukan sebelum bergerak balik ke bilik semula.
Laluan sama yang pernah dilalui bersama Marvin tempoh hari Darra rentasi. Mungkin kerana kebanyakan pelajar akademi ada di dalam bangunan, suasana diluar saat itu sangat sepi kerana tiada yang berkeliaran tetapi masih ada serinya.
Sedang Darra melewati laluan berbatu putih melintasi kawasan dimana pohon rendang beratur sepanjang tepi laluan seseorang muncul dari balik batang pokok di situ. Kelibat lampai tersebut kemudiannya bergerak.
Pergerakkan mencuriga orang tersebut membuatkan Darra awas.
Dia ingatkan salah seorang dari pembulinya jadi langkahnya mula perlahan.
Teragak-agak juga dia ketika itu mahu mendekat, tetapi melihatkan orang tersebut tidak menunjukkan sebarang ancaman, langkahnya di atur terus maju ke hadapan.
Bila Darra semakin mendekat, barulah wajah orang tersebut menjadi jelas.
"Shadow..."sapa Darra setelah berdiri empat langkah dari lelaki lampai itu. Ada di akademi juga?Dia fikirkan lelaki ini hanya akan berada di luar sahaja. "Apa yang kau buat dekat sini?"
Wajah yang biasa dia nampak ceria dan mudah tersenyum itu kelihatan serius.
"Bukan ke sepatutnya saya yang bertanyakan hal itu kepada awak?"
Lain macam betul nada tu?Kening Darra berkerut tidak mengerti. "Kenapa dengan aku?"
"Apa yang telah berlaku Darra?"tanya Shadow, berkerut kening susah hati.
Darra pandang dengan kepala terlentok ke tepi. Memangnya apa yang telah berlaku?"Apa maksud kau ni?"
"Awak menghilang...saya tidak dapat melihat awak di mana-mana dalam akademi ini sejak ke belakangan ini. Saya taknya Marvin tapi dia beritahu dia tak tahu dimana awak. Adakah awak betul tak apa-apa?" perlahan-lahan Shadow mendekati Darra. "Atau awak tidak sihat?"
Sambil memerhati Shadow mendekatinya, Darra perhatikan wajah serius Shadow untuk seketika. Perasaan dimana dia semakin yakin yang dia kenal siapakah Shadow sebenarnya. Tapi tidak pasti dimana dia melihatnya.
"Marvin cakap macam tu?"
Shadow mengangguk.
Berdengus kecil dia dibuatnya kerana teringat kepada Alfareeze dibuat soalan yang sama itu. "Kenapa?Adakah kau hendak membawa mulut kepada ayah aku?Supaya aku dihukum dan ditampar oleh beliau seperti hari itu?"
"Awak ditampar?"
"Jangan tanya. Aku tak suka."
"Saya benar-benar merisaukan awak sekarang ini.."Shadow semakin merapat.
Dan Darra malah menjuling mata menyampah. "Lebih kepada risau terhadap diri sendiri kan?Aku tahu kalau kau tak dapat apa-apa maklumat untuk dilaporkan kepada ayah aku, kau akan dapat susah. Jadi berhenti seakan kau berasa risaukan aku."
Berasa tidak percaya Shadow apabila mendengarnya. "Saya benar-benar merisaukan cik muda. Sejak tuan bertemu dengan cik muda di istana bersama Putera Eilian sejak itu saya risaukan cik muda."
Hah?Darra pandang sepasang mata itu dengan kening berkerut terkejut. Dari mana Shadow tahu?Lelaki ini tahu tapi tidak lakukan apa-apa dan hanya menunggu dia dalam masalah?Pengawal jenis apa Shadow ini?
Shadow tiba di hadapan Darra. Lelaki itu tunduk menilik wajah Darra dengan lama.
Darra berdengus tidak percaya.
"Kenapa ya...semua lelaki yang muncul dalam hidup aku tiada seorang pun yang berguna?Tidak menyakitkan hati...tidak menyusahkan aku...semuanya sama."
Berkerut kening Shadow setelah dengar. Dia faham kenapa Darra berkata begitu. Malah tiada kata-kata yang dapat dinafikan lagi."Cik muda tak apa-apa ke?Saya cuba temui cik muda selepas apa yang terjadi di istana tempoh hari...tapi cik muda mengelakkan diri dari ditemui sepanjang minggu ini..."
Berdiri sahaja Shadow dihadapannya, Darra dongak dan melihat dengan jelas wajah pengawal rahsianya. "Memang aku sengaja tidak membenarkan sesiapa menemui aku. Jadi aku harap kau faham dan hormat keinginan aku. Kalau tak ada apa-apa kau boleh pergi."
"Saya mahu minta maaf kerana gagal melindungi cik muda.."bisik Shadow dengan perlahan. "Tolong jangan halau saya lagi."
Semakin Darra tertarik melihat sepasang mata milik Shadow semakin yakin dia bahawa dia mengenali siapakah lelaki ini.
"Maaf ya?Hmmm..."Darra berjeda seketika. "Semua orang boleh minta maaf. Malah ucapan maaf adalah ucapan paling mudah untuk dituturkan. Tapi...sekiranya ianya tidak dimaksudkan betul-betul, perkataan maaf itu ibarat angin lalu...sekadar menyapa namun tidak terasa. Kalau kau benar-benar berasa menyesal, aku sarankan kau untuk berhenti sajalah dari menjadi pengawal rahsia aku..."
Mereka berdua saling bertentang mata apabila Shadow terdiam kerana ucapan Darra itu. Sentap kerana ucapan maafnya malah dipersoalkan.
"Kenapa aku rasa tidak asing dengan memandang mata kau ni Shadow?Siapa sebenarnya kau ni?"
Dengan muram Shadow tunduk memandang ke lantai. Kedua-dua tangan mengepal penumbuk. Semua ini salah Putera Eilian. Kedegilan dan sikap kebudak-budakan Putera Eilian telah mengeruhkan keadaan mereka.
"Saya hanya seorang hamba yang hina..."senyum Shadow mendengar soalan Darra. Adakah Darra berjaya mengecam dirinya ini?
"Kenapa kau tak boleh beritahu nama sebenar kepada aku?"
Mata Shadow tunduk memandang ke bawah. Bukan tidak boleh. Dia cuma tidak mampu hendak beri jawapan untuk soalan Darra sekarang. Kalau dia beritahu juga, dia risau salah faham akan tercetus lebih serius nanti. Dan dia tidak inginkan hal itu dari terjadi.
"Hm?Kau tak boleh beritahu?"Darra cuba pandang mata Shadow lagi sampaikan kepalanya ikut terlentok ke bawah semata hendak mencari tatapan misteri itu.
"Belum masanya lagi cik muda."Shadow mengangkat kepalanya lantas memandang ke Darra.
Tersentak Darra. Tatapan Shadow itu seakan memberitahu dia lelaki itu seperti terluka. Seakan lelaki itu terasa. Yang mana menyebabkan Darra berkerut kening tidak faham.
"Kenapa bukan sekarang?"
"Sebab tugas saya adalah perhatikan cik muda. Bukan mempunyai hubungan dengan cik muda. Jadi sebaiknya kita tidak perlu cuba ambil tahu tentang antara satu sama lain."jelas Shadow dengan mendatar.
Kemudian kenapa kedengaran sedih aje kalau tidak mahu mempunyai apa-apa antara mereka?Darra semakin bingung di situ.
"Adakah itu perjanjian yang kau telah buat dengan Duke Elijah?Adakah dia mengarahkan kau agar tidak mendekati aku?Kerana aku perempuan atau kerana aku anak dia?Yang mana satu?"
Shadow tersenyum sedih sebelum memberi tundukkan kecil. Itu sebahagiannya. "Saya minta diri dahulu cik muda. Jaga diri dan jangan tercedera lagi."
"Eh-"Darra hendak menghalang tetapi Shadow terus berpaling dan berjalan pergi dari situ begitu saja. Dia belum habis bertanya lagi. Kenapa hendak tergesa-gesa sangat?Dengusan tidak percaya lepas dari Darra semasa dia menyambung semula langkah untuk pulang ke asramanya.
Sementara Shadow berjalan dan berjalan sehingga la lelaki itu tiba di hadapan bangunan Utama akademi. Disebabkan ada kelas lain yang perlu dihadiri, dia semangatkan juga untuk belajar walaupun fikirannya agak terganggu.
Setelah masuk ke dalam bangunan itu, dia mendaki tangga untuk ke tingkat atas. Sambil menaiki tangga sambil itu Shadow mengemaskan penampilannya. Dia lurutkan rambut yang disisir kemas ke atas agar jatuh menutupi dahi semula. Setelah itu topeng mulut yang disimpan dalam poket seluar di pakaikan semula ke muka.
Yakin yang dirinya kembali kepada sediakala, Shadow munculkan dirinya di dalam bilik umum pelajar. Berjalan masuk ke situ untuk mendapatkan beg serta buku yang ditinggalkan dalamnya.
"Kau ke mana tadi Ricardo?"tegur Putera Eilian di sofa menghadap perapian setelah melihat lelaki lampai tersebut muncul di hadapannya tunduk mengambil barang.
"Keluar."jawab Shadow mendatar hampir hendak menyentap.
Putera Eilian pandang funny sebelum berkata. "Kenapa sejak seminggu ini kau cranky dan grumpy? Nak kata ditinggalkan kekasih, bercinta pun tidak, nak dikatakan tertekan, memangnya ayah kau Duke Brett marahkan kau ke?"ujarnya bernada lucu.
Elok sahaja Shadow hendak berpaling pergi dari situ, dia terhenti. Pandangannya terarah pada Putera Eilian dengan benci. "Ada yang kelakar ke?"
"Hahah...wow. Garang betul. Kau marahkan aku Ricardo?Berani ke?"hujung bibir Putera Eilian terjungkit sinis.
Rahang Ricardo berketik mendengar agahan Putera Eilian. Dia menjeling tajam ke lelaki yang sedang tersenyum mencabar kepadanya. "Kau gembira lihat orang lain menderita sangat ke Eilian?"
"Apa kau cakapkan ni...kau tanya macam aku ni jahat sangat pulak."
"Kalau macam tu jelaskan dekat aku....kenapa kau bawa Darrius ke istana pada hari tu sedangkan kau tahu kenyataan bahawa Duke Elijah ada di situ pada hari yang sama?Adakah kau merancangkan hal itu lebih awal?"soal Ricardo dengan nada menahan sabarnya.
"Hm?"bawah dagunya digosok-gosok. Putera Eilian berfikir sejenak. "Kalau ya kenapa?Kau nak beritahu Darrius ke yang aku sengaja bawa dia ke situ supaya Duke Elijah marah kerana Darrius dekati aku?"
"Kejadian tu sudah lama Eilian. Kalau bukan kau yang mulakan, Darrius takkan angkat tangan kepada kau. Kenapa sampai sekarang kau hendak berdendam dengan dia?"
"Sebab aku suka la...hari tu masa dia dah tumbuk muka aku dengan yakinnya dia cakap dia takkan tunduk pada putera mahkota seperti aku...aku pun nak tengok la sejauh mana keyakinan dia tu boleh pergi...sekarang kau sendiri boleh Nampak bukan?"
Ricardo berdengus tak percaya.
"Yakinnya kau Eilian. Kau pasti Darrius telah tunduk kepada kau?Kau yakin kau telah membuatkan hidup dia begitu kasihan selama ni?Fikirkannya semula...dalam situasi di sini siapa yang akan mendapat kelebihan untuk semua tindakan kau..."
Putera Eilian yang sedang bersandar malas pada sofa ketika itu perlahan-lahan duduk tegak mendengar ucapan dingin Ricardo. Air muka penuh keyakinannya tadi menjadi keruh serta merta.
"Apa kau cuba sampaikan hah?"
Ricardo menarik sengih meleret di balik topeng muka yang dikenakan. "Aku nak tengok sejauh mana kau boleh susahkan Darrius sepanjang masa dia ada di sini. Dan bila hari itu tiba, jangan pula kau menyesal dan meminta aku untuk tolong kau..."beritahunya sebelum beredar dari situ.
Berdiri terus Putera Eilian selepas itu. Dia pandang belakang Ricardo sewaktu rakannya itu berjalan pergi. "Hei!Apa kau maksudka hah!Ricardo!"
BAM!
Pintu bilik umum itu Ricardo hentam dengan kuat. Dia hampir saja hilang sabar dibuat dengan Putera Eilian tadi. Kalau bukan kerana permintaan ayahnya untuk menjadi sahabat dan pengiring Eilian, memang tidak kuasa dia berada disamping lelaki itu dan bertopeng begini. Kenapa dia bertopeng muka?Ya sebab sikap cerewet Putera Eilian la, sebab apa lagi. Katanya wajahnya ini akan dibanding-bandingkan dengan Putera Eilian.
Masalah insecure Putera Eillian ni kan hanya mereka yang tahu saja tahu!
Dasar anak raja menjengkelkan!