Flashbacks
Sepasang kot merah merun dicampak kasar ke atas sofa sebelum Duke Marcel duduk dengan marah di situ. Kepala tersandar ke belakang.
"Apa yang kamu lakukan di akademi itu?Ayah hantar kamu ke situ adalah untuk perhatikan tindak tanduk Darrius!Dan kamu apa?Membiarkan budak hingusan itu bersama dengan Putera Mahkota?"marah-marah Duke Marcel bertanya.
Kerana Alfareeze sudah terbiasa, lelaki itu hanya duduk selesa di kerusi berhadapan dengan Duke Marcel. Mata miliknya merenung bosan akan wajah berang ayahnya. Entah apalah yang dipandangkan dengan Duke Elijah itu. Semuanya rasa tidak kena dipandang ayahnya. Sampaikan dia yang hendak menghadapnya muak.
"Sekarang ayah tidak peduli. Kamu perlu buatkan budak hingusan itu gagal dalam akademi itu. Buatkan keputusannya corot. Pendek kata..buatkan anak Elijah kep***t itu dimalukan."tegas Duke Marcel dengan renungan benci. "Kalau aku tak boleh jatuhkan Elijah...aku akan gunakan anak lelaki yang dia banggakan itu untuk jatuhkan dia!"
Alfareeze melepaskan hela nafas panjang sebelum berkata. Mula dah. Tidak habis-habis dengan Darrius...Darrius. Apa salah budak lelaki itupun dia masih tidak habis fikir.
"Sampai bila ayah mahu bermusuhan dengan Duke Elijah?Rasanya apa saja yang Duke Elijah sampaikan ada betulnya...tak boleh ke ayah mengalah untuk sekali?"
Duduk tegak Duke Marcel dibuatnya. Lelaki itu pandang tidak percaya ke Alfareeze.
"Apa kamu kata?Mengalah?Memang tidak mungkinlah ayah akan mengundur dulu. Kalau ayah mengalah, sukalah Duke Elijah nanti."beritahunya dengan muka beria.
Inilah ayahnya, sudah tahu diri itu kalah, masih berdegil hendak mengaku menang.
"Kalau begitu jangan tertekan sekiranya Duke Elijah berjaya mendahului ayah..."beritahu Alfareeze hampir hendak membuat muka menyampahnya.
"Itu yang ayah tidak faham...semua orang tahu betapa taksubnya Elijah soal kuasa dan pengaruh...tapi kenapa masih ada juga yang menyokong lelaki tidak guna itu!?"
"Mungkin sebab Duke Elijah lebih bijak?"jawab Alfareeze memberi side eyes kepada ayahnya.
"EH!Kamu ni anak siapa hah?Anak ayah ke anak orang tua itu?Tak habis-habis hendak membela orang tua tu!"
"Anak ibu Alfa la...anak siapa lagi.."
"Itulah tahunya kamu...memang ibu kamu saja yang lahirkan dan besarkan kamu kan..."
Alfareeze berdengus kecil hendak ketawa bila melihat rajuk ayahnya.
Perangai...tidak ubah seperti kanak-kanak. Umur sudah cecah 50 tahun tapi tidak pernah hendak matang. "Sudahlah tu ayah...raja sendiri dah beri kata putus bukan. Ayah hendakkan apa lagi dengan keputusan baginda?"
"Itu ayah tahu."
"Kemudian apa lagi yang tidak kena?"
"Tidak kira!Ayah mahu kamu gagalkan Darrius tidak kira kelas apa yang dia hadiri. Buatkan dia sebagai pelajar paling tercorot di situ."arah Duke Marcel sambil menunding jari geram-geram pada kusyen sofa dibawahnya.
Kening Alfareeze mencerun tajam.
"Jangan ajar Alfa untuk menyalahguna kuasa ayah. Ianya bukan satu perbuatan yang beretika. Lagipula. Ayah jangan lupa, Alfa merupakan komando batilion peperangan. bayangkan sekiranya hal ini diketahui oleh para tentera, dimana Alfa hendak letak muka?"
"Jangan nak berlagak baik Alfa. Ayah sendiri tahu kamu pun bencikan pada Darrius bukan?"sengih Duke Marcel. "Ayah sering dengar kamu selalu menggangu Darrius.."
Tidak mahu memberi sebarang komen mengenainya, Alfareeze melemparkan pandangan ke arah perapian. Teringat dia wajah serius Duke Elijah dan reaksi ketakutan Darrius. Memangnya dua beranak itu tidak mesra ke?Ada masalah yang menghantui mereka berdua ke?Dia teringin keluar dari situ serta merta. Entah kenapa dia berasa tidak sedap hati?
"Kamu akan lakukannya kan Alfa?" desak Duke Marcel lagi.
Menjuling mata kejengkelan, Alfareeze mengangguk kepala terpaksa akur. "Tengoklah nanti bagaimana."
"Ayah akan tunggu keputusannya. Jangan kecewakan ayah!"
End of flashbacks
Balang berisi gula-gula dalam pelukan tangan kiri semasa Alfa jalan merentasi koridor yang telah lengang dari para penghuninya. Oleh kerana dia datang pada waktu malam sudahpun berlabuh, kebanyakan penghuni asrama Utama berada dalam bilik ataupun sudah tertidur.
Oleh kerana bilik lama Alfareeze berada di tingkat sama iaitu bilik lama dimana Darrius menginap, Alfareeze langsung tidak berasa teragak-agak atau hendak pedulikan sama ada dia datang dipelawa atau datang tidak beritahu.
Siapa kisah.
Dia adalah master di akademi ini.
Tiada siapa berani hendak mempersoalkan tindakannya dalam akademi ini.
Master sama yang pelajarnya tidak hadirkan diri buat kali ketiga dalam seminggu ini. Mana-mana master akan lakukan hal yang sama kerana sejak kejadian pertembungan di istana beberapa hari yang lepas, kelibat Darrius bukan main susah sekali hendak dilihat dalam akademi ini.
Ramai yang mencari, namun menurut master yang lain, Darrius memang hadir ke kelas dan menyelesaikan semua tugasan yang diberikan. Paling tidak puas hatinya, antara ramai-ramai master, kenapa kelas dia sahaja yang tidak dihadiri.
Klik!
Seakan bilik tersebut kepunyaannya, Alfareeze terus membuka. Tanpa ketuk. Tanpa menunggu izin.
Pintu bertombol emas bergerak ke dalam. Lantas mendedahkan penghuni bilik yang sedang berdiri depan jendela sedang memegang busur dalam tangan lalu diikuti dengan anak panah meluncur laju tepat ke arah dimana Alfareeze sedang berdiri.
BERDESUP!
Langsung tidak terkejut dengan anak panah yang hampir mengenainya, Alfareeze dengan tenang berdiri di depan pintu itu memandang ke arah Darrius.
Sementara anak panah tadi sudah tercacak pada permukaan pintu yang tertutup di belakang Alfareeze.
BUK!
Seperti mahu terbeliak keluar dari soketnya, mata Darra terbutang luas kerana terkejut. Ekoran itu busur di tangan terus terlepas jatuh. Betapa terkejutnya dia dengan insiden tidak disengajakannya.
"OH!"lafaz Darra menekup mulut dengan kedua tapak tangan. Mahu luruh jantung dia waktu itu. Dah kenapa masuk tak ketuk pintu tadi!Mujurlah tidak tepat ke kepala atau jantung!Kalau ya mahunya meninggal di situ juga.
Balang gula-gula yang dipeluk oleh Alfareeze tadi, dia letakkan atas meja kecil sebelah sofa depannya. "Dekat sini kau menyorok ya?Patutlah kau tak datang ke kelas memanah dan berkuda aku...rupanya kau berlatih dalam bilik ni?"
Mata Darra bergerak ke balang gula-gula yang dibawa Alfareeze sebelum dia pandang kanan dan kiri, rasa serba tidak kena di situ.
"Berani kan kau untuk ponteng kelas aku macam tu aje?Tapi setakat itu aje ke ketepatan kau memanah?"renungan Alfareeze gelap.
Darra menelan air liur dengan susah payah membalas tatapan Alfareeze. Salah dia ke semua ini terjadi?
Memang Darra tidak bertemu dengan mana-mana mereka minggu keesokkannya.
Menggunakan Marvin sebagai orang yang bertanggungjawab untuk ambil kehadirannya di dalam kelas dan mencatit apa saja tugasan master. Darra belajar dalam bilik dan menyelesaikan semua tugasannya di situ.
Mungkin kerana rasa serba salah, Marvin turutkan saja semua permintaan Darra sepanjang minggu itu tanpa complaint!
Yang mana rancangannya itu berjalan dengan lancar.
Darra tidak lagi menghadap tindakan buli dari rakan sekelasnya mahupun bersemuka dengan Putera Eilian atau Alfareeze sendiri.
Selama beberapa hari Darra menjalani kehidupannya dengan aman dan tenteram. Tambahan pula disebabkan kesan lebam dari tamparan ayahnya masih berbekas, elok juga dia duduk dalam biliknya. Tapi tidak kesemua kelas dia hadirkan diri. Antara banyak-banyak kelas ada satu kelas sahaja yang Darra sengaja memberitahu Marvin untuk tidak ambil kehadiran. Ya!Ada satu kelas tu memang Darra tidak kisah sekiranya dia digagalkan terus!
Kelas siapa?Dah jelas la Kelas Alfareeze sendiri!Kalau tidak tiadanya Alfareeze menemuinya sendiri.
Semasa berbual dengan Marvin, lelaki itu ada menceritakan kepada Darra bahawa sepanjang ketiadaannya di kelas ramai yang mencari. Jadi mengenangkan kesilapannya, Marvin hanya mengelat dengan alasan Marvin tidak tahu dimana Darra berada sekiranya ada yang bertanya.
"Ter-terlepas...Lagipun salah siapa masuk bilik orang lain tanpa kebenaran?"bidas Darra kerana risau sekiranya dia benar-benar menyakiti Alfareeze tadi. Air mukanya sedikit risau.
"Aku dengar kau hadirkan diri ke kelas master lain..tapi rakan sekelas kau kata sebaliknya...jadi mana satu yang betul?"
Darra pandang mencerlung ke Alfareeze semasa lelaki itu berdiri sambil membuka butang kolar uniform memanah saat melihat sekeliling biliknya. Sibuk nak tahu kenapa?
"Kau tak sihat?"
"Tiada kena mengena dengan kau."
"Kau cedera?"
"Nampak aku apa-apa ke sekarang ni?"
Mendatar nada Alfareeze bertanya, mendatar jugalah nada Darra membalas.
Setelah itu Alfareeze duduk menyilang kaki di kerusi itu. "Darrius..."panggilnya sambil itu.
"Kenapa?"Darra skeptikal. Berasa curiga.
Alfareeze menepuk tempat kosong disebelahnya. "Hm...kalau macam tu mari ke sini.."renungan dalamnya masih tidak berganjak dari menatap wajah marah Darra.
Mata Darra terus bergerak ke tangan Alfareeze menepuk tempat kosong di sebelah. Membuatkan jantung Darra berdegup kencang menghentak-hentak kuat tulang rusuknya. Tiba-tiba berasa gundah. dek dibuat tatapan semacam Alfareeze itu.
"Tak perlu. Aku boleh berdiri dengan baik di sini."
Mendengar balasan itu, Alfareeze masih juga merenung tajam ke Darra penuh aura kegelapan.
Gulp!Teragak-agak hendak memandang tatapan Alfareeze,Darra sudah mula merinding panik. Marahkah Alfa kepadanya?Adakah gara-gara dia terlepas anak panah tadi lelaki ini akan menghukum dirinya?Paling serius, adakah Alfa akan memberitahu kejadian ini kepada ayahnya pula?Ahh...sudah! Pelbagai kemungkinan bermain dalam fikirannya.
"Ada sesuatu yang aku perlu check. Mari ke sini sekarang."panggil Alfareeze lagi.
Semakin memulas perut dibuatnya. Darra berdiri depan jendela sambil pandang gerun akan Alfareeze. Sudah kenapa lelaki itu mahu dia mendekat kepadanya?Memangnya Alfareeze tahu sesuatu mengenai rahsia dia ke?
Darra berkerut kening tidak mahu.
"Haih..."melihat reaksi Darra buatkan Alfareeze mengeluh. Dia pandang berserah ke Darra. "Kau fikir aku ni apa?Orang jahat?Macam tu?"
Darra membuat muka.
Sedar diri rupanya. Ingatkan tak tahu diri tu jahat. Detik hati Darra waktu itu.
"Sama ada kau ke sini atau aku yang ke situ, pilih. Kalau aku yang ke situ lain ceritanya nanti."tegas Alfareeze buat kali terakhir dan lelaki itu kelihatan benar-benar serius dan maksudkan apa yang dia katakan.
Terketap bibir gara-gara suara itu. Kening Darra mencerlung tidak suka. Benci betullah dia dengan Alfa ni! Dan Darra mahu tak mahu mencebik bibir protes dan mendekat ke Alfareeze sesaat selepas itu.
Dengan teliti mata Alfareeze perhatikan gerak geri perlahan dan teragak-agak Darra yang mencurigakan itu.
"Kau nak ap-"
Duduk saja Darra di sebelah Alfareeze, lelaki itu terus memusingkan badannya menghadap Darra. Tanpa amaran tangan Alfareeze mencekau batang leher Darra. Tidak kuat namun cukup untuk buatkan Darra teranjak merapat kepadanya.
Dengan penuh, tangan berjari jemari runcing itu mengelilingi leher Darra.
Menahan nafas Darra dibuatnya. Tetapi dia tetap tenang di situ.
"Ada apa ni?"
"Aku di beritahu kau cedera...sebab itu ke kau sembunyikan diri?"berkerut-kerut kening Alfa semasa memalingkan wajah Darra kanan dan kiri lalu diteliti setiap inci. Hendak mencari dimana cela itu.
Darra pun sama-sama berkerut kening. Bukan sebab risau tapi kerana bingung dan keliru. Dari siapa pula Alfa tahu?"Apa kaitannya dengan kau?"memang la dia cedera tapi tak adalah serius mana. Hanya kesan tamparan ayahnya aje yang berbekas lebam. Tapi dah surut sepenuhnya pun.
"Macam mana kau boleh cedera?"Alfa memaksa Darra memandangnya saat tangan dia memegang bawah rahang Darra pula. Tiada kesan luka atau lebam sama sekali. Wajah Darra kelihatan bersih seperti biasa.
Rimas dan gugup pada masa yang sama dibuat sentuhan eletrik Alfa, Darra pegang lengan kanan itu untuk dipaksa turun dari wajahnya. "Aku tak tahu apa yang dah diberitahu pada kau, apa yang pasti aku tak apa-apa. Lepaskan aku sekarang!"gelutnya sambil tu.
Tidak mahu melepaskan ia, Alfa malah menarik dagu Darra hingga menyebabkan Darra dipaksa sondong merapat kepadanya. Membuatkan nafas mereka saling berlaga.
Mata Darra kaku kejung menatap tatapan mengancam Alfa. Serta merta seluruh leher, telinga dan mukanya terasa berbahang yang amat sangat.
Dup!
Dap!
Dup!
Dap!
Darra merasakan jantung didadanya bergendang rancak taktala matanya bertemu tepat dengan mata Alfareeze. Dia begitu bungkam hinggakan fikirannya jadi kosong. Kenapa dia rasakan semua ini!?
"Berhenti menyorok kalau kau tak apa-apa. Kalau benar kau anak lelaki Duke Elijah yang disegani. Tunjukkan diri kau pada mereka...bukan menyorok!"bisik Alfa di depan muka itu.
Begitu terkesan dengan Alfareeze, Darra malu-malu menundukkan pandangannya ke bawah. Dapat dia rasakan darah dalam jantung yang berdegup kencang naik dengan laju ke urat kepala hingga membuatkan kepalanya berdenyut sakit.
"Hei!Jantung. Jangan buat perangai ya!Ingat sikit!Alfa fikir kau lelaki bukannya perempuan!"detik Darra dalam hati dengan kuat.
"Dengar tak ni?"dagu Darra digoyangkan sedikit dengan Alfareeze untuk menyentak lamun gadis itu.
"Tak apa ke...?"
"Apa yang tak apa?"
"Kau buat macam ni pada lelaki macam aku?"tegur Darra mengangkat matanya ke Alfareeze dan menentang tatapan dalamnya.
Hujung bibir Alfareeze terjungkit sinis bersama matanya bergerak kanan dan kiri merenung tatapan Darra. "Kenapa?Kau takut ke?"
Nak main cabar-cabar ke? Darra berdengus kecil. "Sepatutnya aku yang tanya kau...tak takut ke kalau aku buat macam ni?"habis sahaja dia bertanya, Darra terus merapat ke depan muka Alfareeze. Bibirnya hampir hendak menyentuh bibir lelaki itu.
Dan secara refleks, Alfareeze undurkan kepalanya ke belakang menjauhkan diri. Terkejut seketika dengan tindakan tiba-tiba Darra. Matanya terbutang luas sedikit.
"Hahaha...tahupun takut."lantas Darra bangun. "Baru agah sikit je dah mengelak.. belum kiss betul-betul lagi tu.."ujarnya hendak menjauh dari kerusi. Acah je berani. "Kalau dah tak ada apa-apa baik kau-"
Waktu itu pergelangan tangan Darra di cengkam sebelum gadis itu di tarik undur ke belakang sehingga berpusing sebelum terduduk atas riba Alfareeze, tangan kiri Alfareeze melingkar kesekeliling pinggang Darra sementara tangan sebelah lagi memegang belakang leher Darra.
Semua itu berlaku dalam sekelip mata dan Darra langsung tidak sempat hendak proses apa-apa. Hinggakan mulutnya ternganga sedikit kerana terperanjat. Dia terkedu memandang senyuman berlagak di bibir Alfareeze.
"Sarang tebuan jangan di jolok, harimau yang tidur jangan dikejutkan....sama ada kau lelaki atau perempuan...kalau aku nak..aku boleh kiss kau sekarang jugak... Darrius?"suara gemersik Alfareeze menyapa depan bibir Darra.
Sementara Darra yang dengar sudah meremang bulu romanya. Dia agak terkejut namun tidak berasa terganggu dengan tindakan Alfareeze itu. Ada sesuatu yang tidak kena dengan tubuhnya ini!Bukan ke sepatutnya dia tumbuk saja Alfareeze ini. Bukan membatu seperti patung begini!
"Hati-hati bila bertindak. Kau boleh tunjuk perangai tak guna kau depan aku...jangan orang lain. Sebab bukan semua orang boleh handle kau macam mana aku handle kau. Ingat tu."Alfareeze menguatkan sedikit cengkamannya pada belakang leher Darra.
Darra diam mengatup rapat bibirnya semula. Kegelian kerana tindakan Alfareeze. "Ya!Aku ingat. Lepaskan aku sekarang!"suka hati hendak mengarahkan dia!Ingat diri tu siapa?
Mulanya Alfareeze mahu melepaskan pelukkanya dari Darra, namun naluri lelakinya membisikan dia sesuatu yang membuatkan dia curiga pada waktu itu juga. Tangannya meramas perlahan tepi pinggang Darra.
Pinggang Darra terlalu melekuk untuk seorang lelaki dan leher Darra terlalu rata. Bukan ke seorang lelaki itu perlu mempunyai Adam's apple walaupun ianya tidak berapa timbul?
"Kau belek apa lagi ni?"tegur Darra kepada Alfareeze apabila lelaki itu mengusap bahagian kerongkong dimana sepatutnya kedudukan halkum berada.
Mencerun kening Alfareeze seakan tidak berpuas hati.
Memang tiada!
Tak mungkin tiada!
Setiap lelaki akan memilikinya!
"Tak ada apa-apa..."lekas-lekas Alfareeze sedarkan dirinya dari lamunanya. Apa yang dia lakukan ni!?
Darra bangun dari atas riba Alfareeze sambil mengusap belakang lehernya untuk hilangkan rasa meremang yang menjalar dek sentuhan lelaki itu tadi.
Alfareeze mengecilkan mata saat pandang curiga. Ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya ini. Kenapa setiap kali berhadapan dengan Darrius, dia akan hilang kawalan. Seakan dia tertarik pada 'budak lelaki' ini hingga lupa terus. Takkan la dirinya ini suka pada le-
"Ingat!Jangan ponteng kelas lagi!"dengan kelam kabut Alfareeze bangun dari situ. Membetulkan pakaiannya. Tanpa menunggu Darra membalas dia terus berarak ke arah pintu dan keluar dari situ.
BAM!
Darra melompat sedikit kerana hempasan pintu tersebut. Masih dalam keadaan berbahang seluruh wajah dan dada sebu semacam, Darra mengusap leher yang diusap Alfareeze tadi. Terngiang-ngiang sentuhan lelaki itu tadi padanya!
Apa yang baru saja terjadi?
Pipinya ditekap kerana rasa bahang tadi tidak mahu surut.
Memang sah ada yang tidak kena dengan dirinya ini.
Takkanlah dia-
Kening Darra terangkat tinggi saat gadis itu menekup mulut menahan nafas penuh terror!
"Oh my god! Kau dah gila Darra!Jangan kau jatuh cinta pada anak musuh ayah kau sendiri!"bisiknya perlahan memegang takut akan pergelangan yang dipegang Alfareeze juga. "Sedar Darra!"pipi yang tidak bersalah itu ditepuk beberapa kali.