Pengacara melihat di kertasnya yang terlihat tinggal 4 kerajaan.
"Nampaknya,pusingan pertama sudah selesai! kerajaan yang berhasil masuk ke pusingan kedua ialah kerajaan Quinterland,kerajaan Faren,kerajaan Lipos dan akhir sekali,kerajaan Gabold!!"
Kembang api melunjur ke atas membuat penonton menjadi sangat bersemangat.
"Kamu semua boleh rehat,nanti kita teruskan untuk pusingan kedua."kata pengacara kepada para penonton.
Pada pukul 13:00 tengah hari,Kamui,Roselia,Haical,Vivi,Elysia,para pahlawan,Sharry dan Raja Royalty berada di ruang makan yang besar dalam turnamen,bukan mereka sahaja,terlihat ada 6 kerajaan lain berada di dalam ruangan makan itu kecuali kerajaan Lipos dan kerajaan Oric.
Vivi dan Elysia melihat banyak hidangan di atas meja yang pajang.
"Makan puas-puas kita!"kata Vivi dengan gembira.
Haical melihat mereka berdua lalu menghembuskan nafasnya sambil menggelengkan kepala.
Kamui bersama para pahlawan,terlihat ada balutan kecil di lehernya Kamui.
"Bagus anak muda,kamu berjaya masuk ke pusingan kedua."kata Gabalia menepuk belakangnya Kamui.
Kamui cuma tersenyum.
Rosetta melihatnya.
"Kamu selalu membuat saya terkejut dengan kekuatan kamu."kata Rosetta kepadanya.
Roselia cuma tersenyum melihat Kamui.
Kamui melihat sekitar.
"Pelajar Kerajaan Lipos pergi mana?"tanya Kamui.
Gabalia menggelengkan kepalanya.
"Entahlah,penduduk kerajaan Lipos juga pelik."jawab Kei.
Kamui pun memikirkan pelajar dari kerajaan Oric.
Mereka pun menikmati hidangan di atas meja.
Pukul 13:40 pun tiba,Kamui berada di depan pintu ruang perawatan,ia membuka pintu dengan perlahan-lahan.Kamui melihat ada 4 gadis di dalam ruangan tersebut.
"Kamu baik-baik sahaja kan."kata Lisa kepada Vinson yang terbaring di atas ranjang.
"Ya,saya baik-baik saja."kata Vinson kepadanya.
Kamui pun membuka pintu tersebut,mereka semua melihat ke arah Kamui.
"Oi kamu!"kata Kirania dengan kesal.
"Beraninya kamu masuk ke sini!"sambungnya lagi.
Vinson mengangkat tangannya yang membuat Kirania terdiam.
"Ada apa keperluan kamu datang ke sini?"tanya Vinson.
"Maaf,apa saya mengganggu?"tanya Kamui kepadanya.
"Tidaklah,masuk-masuk."kata Vinson.
Kamui pun maju ke arah Vinson yang sedang terbaring,Kamui melihat ada balutan di perutnya.
"Maaf..."kata Kamui.
Dalam beberapa saat,ruang tersebut sunyi.
"Tidak apa,ini kesalahan saya juga...saya terlampau menggunakan kekuatan saya."kata Vinson.
"Tapi...ya,biarlah ini adalah kenangan bekas luka orang yang pernah kalahkan saya."kata Vinson.
"Maksud kamu?"tanya Kamui.
"Sebelum ini,saya tidak pernah kalah sekali pun dalam perlawanan."jawab Vinson.
"Kamu adalah orang yang pertama yang kalahkan saya,dengan seluruh tenaga saya."sambungnya lagi.
"Bagitu."Kamui dengan suara yang kecil.
Beberapa saat ruang tersebut sunyi lagi.
"Saya tarik balik,kamu itu kuat...sangat kuat."kata Kamui kepadanya.
"Sampai boleh mengeluarkan aura yang sangat indah..."sambungnya lagi.
"Kamu boleh jadi kuat lagi."kata Kamui dengan seruis.
Vinson cuma diam.
Kamui menunjukkan balutan di lehernya.
"Kamu adalah orang yang pertama dapat melukai saya."kata Kamui lalu ia berkata dalam hatinya "Manusia yang pertama dapat melukai raja iblis dalam pertarungan satu lawan satu."
"Kamu itu hebat...mungkin masa hadapan kamu akan menjadi seorang pahlawan yang kuat."kata Kamui.
"Terima kasih..."kata Vinson mulai lega.
Kamui pun ingin pergi dari ruang tersebut,ia pun berhenti di pintu ruangan.
"Saya permisi dahulu,semoga kamu cepat sembuh..."kata Kamui lalu ia keluar dan menutup pintu.
Dalam beberapa saat setelah Kamui pergi,Vinson mengeluarkan air matanya.
"Kamu kenapa?"tanya Lucia dengan risau.
"Saya kesal..."kata Vinson.
"Saya kesal..."kata Vinson mulai menangis.
"Saya sangat kesal kerana saya kalah."Vinson menangis dengan kuat.
Para gadis memeluknya.
"Kamu sudah buat yang terbaik."kata Lisa.
Pukul 14:00,semua orang sudah berada di tempat duduk.
"Mari kita lanjutkan ke pusingan kedua!"kata pengacara dengan semangat.
"Kali ini dalam pusingan kedua akan dimulakan dengan kerajaan Quinterland melawan dengan kerajaan Faren,setelah itu ketajaan Lipos melawan dengan kerajaan Gabold!"
Semua penonton masih lagi bersemangat.
"Baiklah marilah kita melihat kerajaan Quinterland melawan dengan kerajaan Faren!"
Peserta dari kerajaan Quinterland muncul di arena,semua penonton berteriak dengan semangat.Seterusnya,kerajaan Faren muncul.Banyak penonton sangat teruja.
"Kamu rasa siapa yang akan menang? apa kerajaan Quinterland atau kerajaan Faren?"tanya pengacara ke para penonton.
Ada yang berteriak Quinterland dan ada juga yang teriak Faren.
"Saya juga mahu tahu,apa yang akan terjadi! mari kita mulahkan perlawanan ini!!"
Semua penonton terus berteriak.
Para gadis pelajar Faren membentuk bulatan.
"Mari kita menangkan pertarungan ini!"kata Rely.
"Jangan macam tadi lagi ya Yely,hahaha."kata Buly kepada Yely.
Terlihat adik beradik yang sedang ketawa.
Goh melihat ke arah para pelajar dari kerajaan Faren.
"Adik beradik...omong kosong sahaja."kata Goh.
"3"
"2" semua pelajar sudah bersiap.
"1"
"Mula!!"
Semua pelajar masih di posisi masing-masing.
Goh langsung ketawa kecil,ia pun berkata "Tiada yang mau gerak apa?"
"Kalau begitu biar saya sahajalah yang mula."Goh dengan laju ke arah para gadis.
Rika,Felix,Faru dan Alisia mengikuti Goh dari belakang.
"Buly sekarang!"kata Rely dengan kuat.
Buly dengan laju mengeluarkan sihir pelindung air yang besar.
"Bodah,ini tidak akan bekerja kepada saya lah!"Goh langsung menebas menggunakan kedua pedangnya dengan kuat ke arah pelindung air tersebut.
Pelinding air tersebut langsung terbias ke mana-mana.
"Awas Buly!"kata Pully melihat Felix di sebelah Buly.
Pully ingin mengeluarkan sihir graviti ke arah Felix tetapi ada Rika di belakangnya.
"Maaf,gadis kecil."Rika menebas Pully menggunakan belakang pedang besarnya.
Pully langsung terbuang.
"Kamu!"Rely mengeluarkan sihir api ke arah Rika tetapi Goh berada di dekatnya.
Yely muncul entah darimana dengan laju memukul Goh ke atas,Rely menembak sihir apinya ke arah Rika.Rika ingin menghindar tetapi kakinya diikat di tanah,sihir api mengenai Rika hingga membuat Rika terbakar.
Felix langsung mengeluarkan sihir elektrik kepada Buly,Buly teriak kesakitan hingga pengsan.
"Cih!"Gely mengeluarkan sihir tenaman ke arah Felix tetapi Faru membakar tanamam yang mendekati Felix menggunakan sihir api.
Yely dengan laju ke arah Faru tetapi Goh muncul dari atasnya tanpa disedarinya.
Goh menendang Yely dengan sangat kuat dari belakang hingga membuat Yely memuntahkan darah.
Furu langsung mengeluarkan sihir api kepada Gely,Gely berteriak kesakitan.
Rely melihat adik-adiknya tercedera.
"Jangan.."
Rely dengan laju pergi ke arah Gely tetapi tiba-tiba Goh menendangnya dari sebelah,Rely langsung terbuang ke sebelah,ia pun terguling-guling di atas tanah.
Faru mengeluarkan sihir elektrik ke semua adik-beradik kerajaan Faren kecuali Rely yang masih terbaring di atas tanah.
Rely melihat adik-adiknya yang terus diseksa.
Para penonton terlihat risau.
Mata Rely terlihat kosong.Rika yang sudah disembuhkan oleh Alisia tiba-tiba muncul di belakangnya Rely.
"Kamu yang terakhir!"kata Rika dengan kuat mengarahkan pedang besarnya ke arah Rely.
"Bising..."Rely mengeluarkan gelombang api dari badannya.
Pedang Rika langsung mencair dalam hitungan detik.
"Apa?!"Rika terkejut,ia melihat tangan Rely ke arah kepalanya.Rely mengeluarkan laser api dari tangannya ke arah kepalanya Rika.
"Rika!"Alisia dengan kuat,ia langsung mengeluarkan sihir penyembuh kepada Rika.
Goh membuang kedua pedangnya ke tanah.
"Sudah gila."Goh mengeluarkan sihir laser putih ke arahnya.
Rely mengeluarkan sihir laser api ke arah Goh.Kedua laser tersebut saling mengenai hingga membuat letupan yang sangat besar,asap menutupi arena tetapi cahaya laser masi terlihat.
Terlihat laser apinya Rely mendekati Goh,Goh terus menahan menggunakan laser putih secara terus menerus.
"Kuat..."kata Goh dengan kesusahan menahan laser api tersebut.
Felix perlahan-lahan mendekati Rely tetapi Rely menyedarinya,ia mengeluarkan satu lagi laser api dari tangannya kirinya.Felix dengan laju mengeluarkan sihir laser air untuk menahan.
Para penonton melihat pertarungan laser yang sangat sengit.
Faru berada di belakangnya Rely lalu berbisik kepadanya "Kau tinggal seorang."
Faru mengeluarkan sihir elektrik dari belakangnya,Rely teriak kesakitan tapi ia masih terus mengeluarkan sihir apinya ke arah Goh dan Felix.
Pully yang terbaring melihat Rely yang terseksa.
"Cukup..."kata Pully dengan kecil.
Rely berteriak kesakitan kerana sihir elektrik masih ada dalam tubuhnya tetapi Rely masih bertahan,ia terus mengeluarkan sihir apinya tetapi sihir apinya perlahan-lahan melemah.Rely mulai kehilangan kesedarannya.
Tiba-tiba dinding pelindung arena hilang.
"Cukup sampai situ."kata Rosetta yang terbang di atas mereka lalu mengeluarkan anti sihir ke arah mereka semua.
Sihir laser Rely,Felix,Goh dan sihir elektrik dari Faru hilang begitu sahaja.
"Apa?!"Goh terkejut melihat sihirnya hilang.
Rely langsung jatuh dan pengsan di atas tanah.
Goh melihat ke arah Rosetta,ia berkata dalam hatinya "Dasar pahlawan!!"
Semua penonton diam melihat kekacauwan itu.
"Wow,tampaknya sudah selesai..."kata pengacara melihat pelajar dari kerajaan Faren pengsan semua manakala kerajaan Quinterland terlihat cuma Rika saja yang pengsan.
"Pemenang dalam pertarungan ini ialah kerajaan Quinterland!!"kata pengacara dengan semangat.
Semua penonton berteriak bersemangat kembali.