Semua penonton sangat teruja.
"Selanjutnya kita akan melihat kerajaan Lipos melawan kerajaan Elion!"
Semua penonton berteriak dengan kuat,telihat bangunan turnamen sangat meriah.
Kamui melihat Rosetta dan pahlawan lainya berada di paling atas tempat duduk berdekatan dengan tempat duduk raja,terlihat Gabalia melambaikan tangan ke arah Kamui dan lain-lain.
Roselia melihat ke arah Kamui.
"Jom kita pergi sana."kata Roselia.
"Hmm.."Kamui berfikir.
"Jom lah."Vivi berdiri dari tempat duduknya.
"Pantat saya sudah pegal.."kata Elysia.
Haical cuma menuruti sahaja,mereka berlima pergi ke tempatnya raja.
Dalam perjalanan ke atas,orang-orang dari kerajaan lain melihat ke arah mereka berlima.
"Mana satu pahlawan??"
"Yang lelaki itu kali."
"Wow.." "Tuan rumah."
Mereka berlima sampai di tempat raja duduk,terlihat Raja Royalty melihat mereka berlima.
"Kanapa naik,bosankah? hahaha."kata Raja kepada mereka.
Kamui melihat penduduk Gabold duduk di sebelah di antara tempat duduk raja dan pahlawan beserta Sharry duduk di samping Gabalia.
"Di sini ternyata kamu semua."kata Kamui melihat Sharry lalu ia melihat semua penduduk Gabold duduk di paling atas bangunan turnamen dan ada juga penduduk luar kerajaan duduk bersama.
Kamui melihat para pahlawan duduk di belakangnya raja.
"Duduk-duduk."kata Kei kepada mereka berlima.
Elysia menolaknya.
"Pungung saya sudah pegal."kata Elysia.
Gabalia ketawa.
"Hahaha,seperti nenek sahaja."kata Gabalia.
Telihat di dalam arena muncul kerajaan Lipos yang terlihat lelaki semua.Beberapa menit kemuadian,kerajaan Elion muncul yang terlihat lelaki semua juga.
Terlihat pelajar lelaki berambut kuning panjang diikat kebelakang,lelaki berambut merah,lelaki berambut merah tua,lelaki berambut coklat dan lelaki berambut hitam daripada kerajaan Elion manakala kerajaan Lipos terlihat semua pelajar memakai jubah hitam,terlihat pelajar kurus berambut panjang menutupi satu matanya dan semua keempat lelaki berambut hitam.
"Wow,kali ini semuanya lelaki."kata pengacara.
"Perkenalkan diri sebelum mula."sambungnya lagi.
"Nama saya Hakai."kata rambut kuning panjang.
"Saya Lioqi."kata lelaki berambut merah.
"Saya Riky."kata lelaki berambut merah tua.
"Saya David."kata lalaki berambut coklat.
"Saya Kioko,salam kenal."kata lelaki berambut hitam.
Lelaki berambut hitam panjang menutupi satu matanya melihat ke arah langit dan berkata "Langit yang biru,saya suka...saya Iriq."
Mereka pun diam.
"Yang lain?"tanya pengacara.
"Itu tidak penting."kata Iriq.
Pengacara tidak mahu tunggu lama.
"Mari kita mulakan pertarungan ini."
Semua penonton berteriak bersemangat.
"3"
"2"
Hakai dan lain mengeluarkan pedang yang bersedia ingin melawan manakala Iriq dan lain sangat santai.
"1"
"Mula!!"
Hakai langsung pecut ke arah Iriq.
Keempat rakannya Iriq mengeluarkan suara "Haaaaaaaaaaaaaaaaaaa"
Hakai dan rakannya langsung berhenti bergerak,Hakai berkata dalam hatinya "Apa yang terjadi?! tubuh saya tidak boleh bergerak."
Iriq mengeluarkan dua dagger (pisau) berwarna merah dari jubahnya,ia berlari ke arah Hakai.Dagger itu mengarah ke bahunya Hakai.
Iriq langsung menikam bahunya,Hakai tidak dapat teriak kerana badannya tidak boleh bergerak termasuk mulutnya.
Iriq berjalan ke arah rakan-rakan Hakai yang lain dengan santai,ia pun menusuk satu per satu bahu rakan-rakannya Hakai.
Iriq berjalan ke arah Hakai.
Iriq pun berbisik kepadanya"Tenang,kamu semua akan baik-baik sahaja kerana saya tidak menusuk di bahagian organ penting kalian."
Suasana yang sangat tegang,semua penonton cuma diam.
"Apa yang dia buat?"tanya Elysia kebingungan.
"Sihir lumpuh."jawab Kamui.
"Apa itu?"Elysia tidak faham.
"Itu merupakan sihir langkah,sihir macam itu seharusnya tidak wujud."kata Rosetta.
Iriq menepuk tangannya satu kali yang membuat Hakai dan lain boleh bergerak kembali.
Hakai dan lain langsung jatuh ke atas tanah,mereka berteriak kesakitan.
Pengacara melihat Hakai dan kawannya tidak boleh bertarung.
"Pemenang! Kerajaan Lipos!!"
Semua penonton cuma diam kecuali kerajaan Lipos yang berteriak dengan semangat.
Kamui berkata dalam hatinya "Sihir lumpuh ya..."
"Selanjutnya yang kita tunggu-tunggu! kita akan melihat kerajaan Oric bertarung dengan kerajaan Gobold!!!!"kata Pengacara dengan kuat.
Semua orang bersemangat kembali.
Vivi berdiri dari tempat duduknya,ia merenggangkan pinggangnya sambil berkata "Akhirnya giliran kita untuk beraksi."
"Turun kamu semua,kasih tunjuk kekuatan pelajar Gabold!"kata Gabalia dengan semangat.
Kamui dan lain berada di koridor menujuh ke arena,dalam pejalanan mereka melihat Goh menunggu di pintu keluar arena.
"Semoga berjaya.."kata Goh dengan sombong.
Kamui dan lainnya menghiraukannya,mereka terus maju kehadapan.
Kamui dan lainnya sudah berada di dalam arena dengan sorakan yang bergemuruh,terlihat pelajar kerajaan Oric sudah menunggu dalam arena.
"Sebelum mula,mari perkenalkan nama masing-masing."kata pengadil.
"Nama saya Elysia."kata Elysia.
"Nama saya pula Vivi."kata Vivi.
"Haical."kata Haical dengan dingin.
"Salam kenal,saya Roselia Westrom."kata Roselia sambil menunduk sedikit kepalanya.
Para penonton berbisik antara satu sama lain "Puteri." "Cantiknya."
Kamui berjalan ke hadapannya Vinson.
Semua orang melihat ke arah Kamui.
"Nama saya adalah Kamui,Kamui Vaza,seorang pahlawan."kata Kamui dengan gagah.
Vinson menundukkan kepalanya,ia membuka kaca matanya dan membuangnya ke tanah.
"Vinson Damolia."kata Vinson memperkenalkan dirinya.
Semua penonton berbisik antara satu sama lain.
"Damolia? anak raja dari kerajaan Oric."
"Dia sendiri yang turun tangan."
"Keluarga Damolia bukankan kuturunan pahlawan sama macam keluarga Westrom?"
"Gantengnya...."
Kamui mendengar percakapan para penonton dan ia berkata dalam hatinya "Oh,begitu...keluarga Westrom sama keluarga Damolia adalah bersaudara..."
Vinson melihat ke arah rakan-rakannya.
"Mereka adalah rakan seperjuang saya."kata Vinson melihat keempat gadis itu.
Para pelajar gadis dari kerajaan Oric menundukkan kepalanya.
"Lisa Elua."kata gadis beramput hitam panjang.
"Kirania."kata gadis berambut pendek kuning.
"Rinali."kata gadis berambut ponny ungu tua.
"Lusia Albedo."kata gadis berambut merah panjang.
Pengacara sangat bersemangat.
"Mari kita mulakan pertarungan ini!"
Vinson mengangkat tangannya,ia pun berkata "Sebelum mula,cuma saya sahaja yang bertarung,gadis-gadis di belakang saya cuma memberikan sihir pendukung kepada saya sahaja."
"Kamu semua boleh serang saya."sambungnya lagi.
Pengacara mendengar perkataannya.
"Waduh,5 lawan 1...ini bakal menarik."
Semua penonton sangat bersemangat.
"Yang benar sahaja..."kata Vivi.
"Percaya diri juga kamu."kata Haical kepadanya.
Vinson cuma diam.
"Baiklah,pangeran...mari kita liat seberapa kuat kamu."kata Roselia mengeluarkan dua pedangnya.
Kamui perlahan-lahan mundur tiga langkah ke belakang.
"Baiklah kita akan memulakan pertarungan ini!"kata pengacara.
"3" Vivi mengeluarkan dua kunainya manakala Haical mengeluarkan satu pedang.
"2" Para gadis memberikan sihir penguat badan,sihir menambahan kelajuan,sihir menambah kekuatan dan sebagainya yang membuat tubuh Vinson mengeluatkan aura emas di sekitarnya.
"1" Vinson mengeluarkan dua pedang emas yang bercahaya.
"Mula!!!!"
Vinson dalam sekelip mata sudah berada di depan Roselia,Roselia terkejut ia mengeluarkan sihir pelindung emas tetapi dihancurkan oleh Vinson menggunakan pedang emasnya.
Haical dengan laju ke arahnya,Vinson melihatnya.Vinson langsung ke arah Haical tetapi dalam perjalanan ke arah Haican,terlihat ada banyak kunai datang ke arahnya.
Vinson langsung menebas semua kunai yang datang ke arahnya lalu ia melihat Vivi yang tebang dari atas membuang kunai ke bawah.
Vinson langsung melempar satu pedang emasnya ke arah Vivi,Roselia langsung mengeluarkan pelindung emas kepada Vivi dan barhasil menahan pedang tersebut.
Vinson sudah di depan Haical,ia langsung ingin menebas Haical.Haical dengan laju menahan menggunakan pedangnya tetapi pedangnya langsung patah terkena tebasan Vinson.Haical dengan laju tunduk ke bawah lalu memegang tanah.
Dalam hitungan detik,sihir api yang sangat besar muncul dari bawahnya Vinson,terlihat api tersebut menutupi kesemua badannya Vinson tetapi Vinson muncul dari api tersebut,ia menggunakan kakinya ke arah kepalanya Haical.Haical dengan laju menggunakan tangannya untuk menahan serangan tersebut,tendangan Vinson membuat Haical terbuang ke sebelah dengan sangat jauh hingga mengenai dinding pelindung dengan sangat kuat.Elysia langsung ke arah Haical untuk menyembuhkannya.
"Kamu ni."kata Elysia kepada Haical.
Haical langsung bangun tetapi tidak berdiri.
"Kuat!!"kata Haical.
Terlihat ada 5 pedang perak muncul dari atas Vinson,kelima pedang itu jatuh dengan sangat laju ke arah Vinson.
Pedang emas satunya yang dilempar ke arah Vivi kembali ke tangannya,Vinson menangkis pedang tersebut satu per satu,ia dengan laju ke arah Roselia.
Vivi datang menggunakan pedangnya tetapi Vinson dengan cepat memegang leher Vivi lalu membuangnya jauh dari situ.
Haical melihat para gadis memberikan sihir kepada Vinson.
"Cih,pinjam pedang kamu!"Haical mengambil pedang di pinggangnya Elysia.
Vinson dengan laju ke arah Roselia ingin menebasnya.
Dalam beberapa saat ke arah Roselia,aura emas Vinson menghilang.Vinson dengan cepat melihat para gadis yang sudah pengsan akibat Haical mengetuk leher para gadis menggunakan pedang dibahagikan pemegang.
"Kamu lupa kalau dalam pertarungan ini bukan kamu sahaja yang bertarung."kata Haical dengan kuat kepadanya.
Roselia dengan laju mengarahkan pedang ke arah Vinson,Vinson langsung dengan laju menangkis pedangnya Roselia.
Roselia berlari ke arahnya,ia langsung menumbuk Vinson menggunakan tangannya ke atas,Vinson langsung terbuang ke atas beberapa meter,terlihat Vivi di atasnya Vinson.
"Makan ini!"Vivi menumbuknya ke bawah dengan kuat.
Vinson langsung terjatuh ke atas tanah dengan kuat hingga hembusan asap terbias kemana-mana,Roselia mengarahkan pedangnya ke arah kepalanya Vinson yang terbaring.
"Kamu kalah."kata Roselia.
Vinson perlahan-lahan membangunkan badannya sambil berkata "Masih belum..."
"Masih belum..."
"Masih belum.."
"Masih belum." Vinson berdiri perlahan-lahan.
"Masih belum berakhir!!" Vinson langsung mengeluarkan aura berwarna emas yang sangat terang di sekitar badannya.
Haical terkejut,ia melihat para gadis yang masih pingsan.
Vinson dengan laju ingin menabas Roselia,Roselia langsung tunduk dengan laju,terlihat Kamui berada di belakang Roselia.
Vinson melihatnya.
"Akhirnya,kamu pakai kekuatan kamu sendiri."kata Kamui dengan kecil.
Bunyi suara hilang di sekeliling Vinson.
Vinson membuka matanya dangan besar melihat pedang biru sudah berada di matanya dengan jarak 3 sentimeter.
Dalam hitungan detik,asap meliputi sekeliling Vinson,Kamui dan Roselia dangan bunyi tangkisan yang sangat kuat.
Terlihat Vinson terbuang keluar dari asap tersebut hingga mengenai dinding pelindung yang membuat dinding pelindung langsung tidak stabil.
Asap perlahan-lahan menghilang,telihat Kamui yang sedang berdiri memegang pedang biru dan Roselia memegang dua pedang perak.
Para penonton terkejut melihat Kamui yang mulai bertindak.
Vinson perlahan-lahan berdiri dengan aura emas yang masih terang,Roselia pelahan-lahan mundur ke belakang.
Kamui melihat ke arah Vinson lalu berkata "Mohon kerjasamanya."
Vinson langsung melihat ke arah Kamui dengan tatapan yang serius,ia langsung dengan secepat kilat ke arah Kamui.
Kamui cuma diam di tempat,terlihat tebasan yang sangat cepat ke arah Kamui tetapi Kamui menebas pedang tersebut dengan santai.
Vinson terus menebas menggunakan kedua pedangnya ke arah Kamui dan Kamui terus menangkis pedangnya Vinson.
"Kenapa?!"Vinson sangat terkejut melihat Kamui belum mengeluarkan sedikitpun tenaganya.
"Itu kerana kamu masih lemah."kata Kamui kepadanya sambil menangkis kedua pedangnya Vinson.
Vinson berhenti menebas,ia langsung lombat ke belakang.
"Kalau begitu..."kata Vinson dengan perlahan menutup matanya sambil menundukkan badannya.
Langit perlahan-lahan mengelap,terlihat aura emasnya Vinson perlahan-lahan berubah menjadi warna putih,Kamui melihatnya masih bertenaga.
"Oh...kamu masih boleh jadi lebih kuat."kata Kamui kepadanya.
"Tentu sahaja!"Vinson membuka matanya dengan mata berwarna biru bercahaya.
Roselia melihat Vinson.
"Ini kan..."Roselia teringat kembali ketika ia berada di dungeon melihat Kamui melawan dengan laba-laba.
Vinson dengan sangat cepat,secepat kilat ke arah Kamui hingga membuat bunyi hembusan yang sangat kuat.
Vinson langsung menebas Kamui lalu berhenti di belakang Kamui dengan jarak 10 meter.
Leher Kamui mengeluarkan sedikit darah.
Terlihat perutnya Vinson mengeluarkan darah yang sangat banyak,aura bercahaya putih di sekitar Vinson menghilang.
Beberapa detik seterusnya,Vinson terjatuh ke tanah yang sudah pengsan.
Langit perlahan-lahan cerah kembali,orang-orang dari kerajaan lain terkejut melihat Kamui.
"Pemenang!!! kerajaan Gabold!!!!!"
Semua penonton sangat teruja melihat pelawanan tersebut.
Goh dengan geram menggenggam tangannya dengan kuat,ia berkata dalam hatinya "Itu orang boleh kalahkan si Vinson sedangkan saya pernah dikalah oleh Vinson! Dah,biarlah saya ada rancangan lain lagi..."
Goh tersenyum sendiri sambil melihat Kamui di dalam arena.