Chereads / Princess Luana / Chapter 42 - Bab : 42

Chapter 42 - Bab : 42

         "Apa?Aryan tahu?"Luana pandang tidak percaya. Pergh! Dia rasa seperti mahu memaki orang saat ini!

Permaisuri Leona mengangguk kepala.

          "Ya...Aryan tahu. Sejak tiga tahun selepas Raja Eros mangkat. Sebagai balasannya, Aryan la yang bertanggungjawab membantu pakcik kamu menguruskan soal hal ehwal negeri ini...segalanya mengenai pemerintahan Marlowe. Dan pada masa yang sama dia uruskan hal ehwal negerinya." beritahu Leona sambil menatap dalam wajah Luana. Berharap anak saudaranya tidak akan membenci Aryan.

Kening Luana berkerut sedikit.

          "Sebab ini ke dia ingin mengahwini Luana?Bukan sebab dia hendak lari dari Menteri yang mendesak untuk mengahwini anak perempuannya?"tanya dia dengan nada termenung. Berasa tertipu dan di perdayakan. Dia terlalu marah sampaikan air mata pun tidak mahu keluar dan kepalanya tidak dapat memproses apa-apa emosi waktu ini.

Kalau orang lain pasti sudah menangis dan meraung bagai hendak gila. Sementara dia, hanya duduk seakan robot tiada perasaan. Semua ini terlalu melampau untuk dia terima dalam satu masa.

           "Dia hanya tergerak hendak mengahwini kamu pada malam pertemuan pertama kamu di istana pada majlis ulang tahunnya dulu..."jawab Permaisuri Leona.

        "Well played then... "kata Luana dengan dengusan kecil. Aryan dah tahu dari awal tetapi tidak mahu memberitahu dia hal sebenar. Dasar lelaki sadis!

Permaisuri Leona menggeleng kepala dengan muka berharapnya.

         "Jangan bencikan Aryan...dia sama seperti kamu. Aryan tidak bersalah. Hanya tersepit di antara isu ibubapa kamu berdua...Aryan seorang lelaki yang baik...tiada salahnya sekiranya kamu berdua bersama." pujuk Leona sambil memegang belakang badan Luana. "Lagipula dia pun turut menderita sama seperti kamu atas kesilapan ibubapanya."

Mata Luana lirik pada peti yang berada di sebelahnya. Still, Aryan telah memperdayakan dia dan rahsiakan hal ini!

           "Apa yang ada di dalam peti ini?"tanya dia.

           "Diari dan surat untuk Aries dari Sophea. Tapi surat tu tidak pernah di buka atau dibaca. Ianya hanya tersimpan di situ."Permaisuri Leona pegang peti tersebut lalu di letakkan atas riba Luana. "Mungkin kamu ingin membacanya...untuk fahamkan lagi situasi yang dihadapi oleh bonda kamu dan Aries.."

Peti itu di pegang Luana. Dia usap permukaan peti itu dengan kasih berharap dapat merasai bekas sentuhan bondanya. Kurang sedikit rasa marahnya kerana dia dapat juga menyimpan barang yang mempunyai memori bondanya.

            "Kenapa bonda terjun tasik?" tanya dia dengan lirih. "Patutnya bonda teruskan hidup dan didik Luana untuk balas dendam kepada keluarga Aryan...kan lebih baik tu."katanya sebelum tersengih. Kasihannya bondanya. Mati kerana kecewa. Ayahandanya pula mati kerana merind.

           Permaisuri Leona tarik Luana ke dalam pelukannya dengan erat. "Maafkan kami Luana...kerana merahsiakan semua ini dari kamu sejak awal dan buatkan kamu berkahwin dengan Aryan.."ucapnya dengan setulus hati.

Luana pandang Leona dengan bibir terketap nipis.

            "Tak apa...saya faham kenapa pakcik nak rahsiakan semua ni dari saya. Pakcik buat semua tu sebab tak nak Luana terluka dengan keputusan bonda bunuh diri dek kecewa dengan Raja Eros...malah Luana berterima kasih kepada makcik dan pakcik kerana sehingga ke akhirnya tetap jaga dan melindungi Luana walaupun Luana buat perangai tak guna dan berkurang ajar pada kalian berdua.." dia rehatkan pipi ke bahu Leona. "Maafkan Luana sebab selama ni buatkan pakcik dan makcik terasa dengan sikap tak matang Luana ya.."

Menangis Leona dibuat ucapan Luana. Patutnya dia yang minta maaf sebab biarkan Luana dalam situasi seperti ini. Bukannya Luana yang minta maaf kepada dia.

          "Maafkan kami sebab biarkan kamu disakiti Luana...tidak sepatutnya kami biarkan kamu berkahwin dengan anak wanita yang telah menyebabkan bonda kamu meninggalkan kita semua"teresak-esak dia berkata.

Luana melepaskan hela nafas panjang. Dia pasrah dan menepuk belakang badan Leona. Mesti makciknya sudah menanggung banyak tekanan kerana dia.

            "Tak apa...Luana dah biasa dengan rasa sakit ni...nak menangis pun tak ada gunanya sebab benda dah terjadi..bukannya Luana boleh bunuh Aries atau sakiti Aryan untuk hidupkan ayahanda dan bonda semula...ianya keputusan mereka sendiri untuk buat kesilapan ini." ucapnya. "Luana maafkan semua orang...Raja Eros...Permaisuri Aries...dan Aryan sendiri. Luana maafkan mereka"

Leona peluk Luana dengan erat dan menangis semahunya kerana tumpang bersedih akan nasib Luana. Semahunya dia hendakkan yang terbaik buat Luana. Tetapi jika takdir sudah tertulis begini, tiada apa-apa yang dapat di lakukan lagi.

          "Makcik benar-benar bersalah kepada kamu Luana"

          "Sudahlah. Makcik jangan la menangis...sepatutnya Luana yang menangis sekarang ni"pujuk Luana sambil hayun badan mereka kanan dan kiri.

          "Sebab kamu tak menangis la...makcik menangis untuk kamu.."rengek Leona.

Luana ketawa kecil.Dia tersenyum sedih. Mesti la dia nak menangis. Siapa tak sedih lepas dapat tahu yang ibubapanya tinggalkan dunia ini dalam keadaan sedang menderita bukan bahaga. Apa la yang dia patut lakukan sekarang ni?Bagaimana dia nak berhadapan dengan Aryan nanti. Mungkin mereka patut berpisah ke haluan masing-masing.

Memandangkan kontraknya hanya setahun bersama dengan Aryan, mungkin dia patut gunakan tempoh itu untuk hapuskan rasa serba salah dari Aryan dan Aries supaya mereka berdua anak beranak dapat hidup tenang.

            "Apa yang kamu akan lakukan selepas ini Luana?Adakah kamu akan balas dendam terhadap mereka?" tanya Leona selepas menjarakkan diri dari pelukan itu. Wajah Luana dipandangnya.

Luana menggeleng kepala.

           "Tak adalah...kalau balas dendam bukannya boleh selesaikan masalah, tapi tambahkan masalah lagi ada la...dan ianya tidak akan berakhir dengan baik untuk kedua-dua belah pihak. Kalau Luana nak balas dendam dan sakiti Aryan, siapa yang akan lindungi rakyatnya nanti...kalau Luana jadi jahat, apa kata rakyat kita pula?"

Berasa senang dengan kata-kata Luana, Leona tekap tangan ke tepi muka Luana.

           "Sememangnya kamu anak ayahanda kamu.makcik doakan hidup kamu sentiasa bahagia dan gembira suatu hari nanti."Leona tatap wajah Luana dengan perasaan bangga. Tidak sia-sia Issak didik Luana dengan tegas. Walaupun Luana banyak memberontak, sedikit sebanyak, Luana dapat berfikiran rasional.

             "Terima kasih makcik.."ucap Luana sambil pegang tangan di pipinya itu. Dia pandang muka tua makciknya. Kalau boleh mahu saja dia sakiti Aryan dan Aries...tapi setiap manusia buat kesilapan. Tiada siapa yang sempurna dalam dunia ini. Memang minta maaf itu mudah untuk di ucapkan dan memaafkan itu sukar untuk di lakukan. Tapi sebagai manusia juga, kita kena belajar untuk bertolak ansur. Sebab hidup ni tidak semestinya berjalan seperti yang kita kehendaki dan bukan semuanya mempunyai happy ending.

Mata Luana turun memandang peti di tangannya. Masa untuk misinya.