Chereads / Princess Luana / Chapter 45 - Bab : 45

Chapter 45 - Bab : 45

          "Tuanku tak apa-apa Raja Aryan?"tanya Issak di sebelah seat kereta semasa perasan Aryan hanya mendiamkan diri sejak mereka bertolak dari istana untuk ke tempat majlis diadakan.

           Aryan termenung memandang keluar tingkap dan mengusik cincin kahwin di jari manisnya pada masa sama. "Luana...dia dah tahu...hal sebenar."luahnya dengan nada mengalah.

Raja Issak terkedu. Dia pandang tepi muka anak muda di sebelahnya dengan dada sesak tiba-tiba.

               "Beta tidak salahkan Luana kalau dia hendak lepaskan marahnya kepada beta"beritahu Aryan lagi yang masih tidak beritahu Raja Issak cerita sebenar mengenai ibubapanya angkatnya. Apa yang Raja Issak tahu, dia hanya ingin balas baik kepada mereka diatas kematian Permaisuri Sophea sahaja. Bukan dia enggan menceritakan hal sebenar. Tapi ini melibatkan rahsia kerajaan dan nama baik ayahandanya juga. Untuk itu memberitahu kisah sebenar bukan perkara mudah untuk dia lakukan.

           "Lu-Luana dah tahu?"tanya Raja Issak tergagap-gagap terkejut. "Tuanku ceritakannya kepada dia?"

Aryan mendiamkan diri. Dia tidak peduli bagaimana Luana sudah tahu. Apa yang dia peduli sekarang ini adalah bagaimana hendak memujuk Luana untuk tidak marah kepadanya semula.

Raja Issak melepaskan keluhan Panjang lalu bersandar pada kerusi dan pandang ke depan dengan muka dumbfounded. Tidak tahu hendak katakan apa lagi. Patut la Luana buat perangai dengan membuang pakaian Aryan. Rupanya sebab Luana telah tahu alasan sebenar perkahwinan mereka diadakan.

              "Macam mana la semua ni boleh berlaku.."keluh Raja Issak.

Aryan palingkan kepala keluar tingkap apabila perasan sebuah kereta bergerak sama di samping mereka ketika itu. Dan pada masa itu la dia ternampak Luana yang duduk di tepi tingkap. Isterinya ketika itu sedang termenung, jadi langsung tidak perasan akan Aryan yang sedang memandangnya ketika itu.

            "Luana minta beta supaya ceraikan dia..."beritahu Aryan tanpa alihkan matanya dari memandangt Luana di situ.

Raja Issak tersentak, dia menahan nafas terkejut sewaktu memandang Aryan dengan kening terangkat tinggi.

            "Luana apa?Cerai?Kamu berdua baru berkahwin tidak sampai sebulan...takkan sudah mahu bercerai...kalau hal ni di ketahui ramai orang. keadaan negeri Marlowe akan tergugat.."beritahunya dengan risau.

          "Beta tahu...."kata Aryan yang memandang buat seketika kereta di sebelahnya sebelum ia maju kehadapan mendahului kereta mereka.

           "Tuanku akan lakukan apa kalau begitu??"tanya Raja Issak dengan kening berkerut risau. Dia sudah tua. Hendak kendali terlalu banyak tekanan bukan bidangnya.

           Aryan palingkan kepala. dia pandang Raja Issak. DIa beri senyuman memberi kepastian."Jangan risau...beta akan pastikan hal itu tidak akan terjadi. Jadi tuanku Issak teruskan saja apa yang beta rancangkan...sementara hal Luana biar beta yang uruskannya."

Kening Raja Issak berkerut sedikit. Berasa serba salah sebab Aryan perlu tanggung pelbagai beban dan hadapinya seorang diri. Kalau la Luana bersikap matang dan cuba bantu Aryan kan bagus. Ini tidak malah tunjuk perangai kebudak-budakkannya pula tu. Apa la yang dia perlu lakukan kali ini.

Sejam kemudian, akhirnya dua pasangan diraja itu tiba di sebuah dewan umum di sebuah perkampungan dimana majlis lelong sambil beramal itu akan diadakan. Ketika kereta siap di parkir, rakyat dari golongan berada mahupun sederhana sudah memenuhi kawasan sekeliling. Hanya laluan untuk kenderaan lalu sahaja dibiarkan kosong.

Apabila Raja Issak dan Aryan keluar, suara jeritan dan sorakan kedengaran lantang dan begitu mengujakan. Dua orang lelaki yang segak menggenakan attire diraja mereka itu gerak ke arah kereta yang membawa pasangan mereka. Raja Issak dengan gentleman dapatkan Permaisuri Leona.

Sementara Luana yang baru saja keluar dari kereta di sambut oleh Aryan. Tetapi dia tidak hiraukan kehadiran Aryan. Malahan hanya berpaling hendak jalan sendiri. Tidak mengalah di situ. Aryan dapatkan Luana dan rangkul pinggang Luana semasa mereka dua orang berjalan menuju ke pintu masuk sambil dikelilingi dengan pengawal.

            "Don't touch me!"ketap Luana semasa dongak memandang Aryan.

Tapi Aryan tidak menurunkan tangannya, dia malah tersenyum manis semasa memandang Luana.

            "Arahan awak tidak valid kepada saya Luana...kalau awak nak saya boleh dukung awak di atas bahu saya di depan semua orang sekarang ini.."pesannya dengan berhemat.

           Kening Luana berkerut. Dia cuba menjarakkan dirinya dari Aryan tetapi tangan yang ada di pinggangnya ketika itu buatkan dia terpaksa sandar ke tepi badan itu dengan rapat lagi. "Saya masih marahkan tuanku!"gerutunya.

           Aryan tunduk memandang wajah Luana. Berkerut dan masam mencuka. "Saya tahu...dan saya minta maaf okay.."katanya sebelum kucup tepi kepala tu dengan perlahan.

Hisy!

Benci betul!

Luana merenggus kasar kerana dadanya sesak dan merinding jengkel kerana badan dia beri reaksi sebaliknya terhadap sentuhan Aryan. Sepatutnya dia benci, tapi entah kenapa dengar suara dan berada dekat dengan Aryan beri dia perasaan yang bertentangan! Luana hanya biarkan saja Aryan peluk dia sehingga la mereka masuk ke dalam dewan.