Chereads / Princess Luana / Chapter 47 - Bab : 47

Chapter 47 - Bab : 47

🌻Surat Lama🌻

"Kehadapan Aries....

Hai...apa khabar kau Aries?Aku harap kau baik-baik saja

Tujuan aku menulis surat ini adalah ingin memberitahu kau sesuatu perkara yang penting.

Sebenarnya, aku tahu kau dengan Eros tiada apa-apa hubungan. Aku tahu sebenarnya Eros tidak dapat melahirkan zuriat...aku tahu semuanya...jadi aku nak kau tahu...aku tak pernah salahkan kau...tapi aku kecewa. Aku kecewa sebab Eros nekad hendak berpisah dengan aku...Aries..walaupun aku dah berpisah dengan Eros....dia sentiasa ada dalam ingatan aku. Tidak kira apa yang aku buat...aku tidak boleh melupakan dia...sekalipun aku sudah berkahwin dan kini hamil anak pertama aku

Aries...

Aku rindukan kau...tapi aku tak boleh nak temui kau sebab aku tak kuat...aku tak kuat berhadapan dengan kau walaupun aku tahu kau tak pernah khianati akujadi ini adalah nukilan terakhir aku untuk kau..sebab aku nekad hendak tinggalkan dunia ni kerana rasa serba salah yang aku tanggung pada suami aku

Aku bersalah pada dia, dia cintakan aku dan layan aku dengan baik tapi aku tak boleh balas balik perasaan dia...setiap kali aku Bersama dengan dia, aku ingat pada Eros...berasa malu dan hina pada diri aku sendiri...aku pilih jalan ni...jadi jangan salahkan diri kau sekiranya sesuatu berlaku kepada diri aku..

Terima kasih kerana telah menjadi kawan yang baik untuk aku selama bertahun lamanya...alangkah indahnya kalau kita mempunyai anak sama-sama dan jalani hidup dengan normal tanpa semua ini...aku doakan yang terbaik untuk kau...jalani la hidup dengan baik...doa aku sentiasa iringi kau...dan Eros..

Salam sayang.

Sophea Ingrid

Jatuh terus tangannya ke riba selepas selesai membaca surat terakhir yang berada di dalam peti memori bondanya. Matanya tidak berkedip buat beberapa saat semasa memandang api yang membakar kayu di perapian. Lantas dengan lemah kepalanya tunduk melihat helaian surat lain yang selesai dibacanya. Dan kebanyakannya isi adalah harapan bondanya ingin menemui Eros dan Aries kerana bondanya merindui mereka. Dan surat terkahir saja yang mengandungi isi kandungan yang berbeza.

Luana ketika ini sedang bersimpuh depan perapian sebab nak cari sumber cahaya membaca surat itu dengan rahsia di satu daripada ruangan yang ada di istana ini. Waktu ini malam sudahpun lewat. Dia keluar pun selepas yakin yang Aryan telah terlena. Dan sejak sejam lepas Luana berada di situ membaca semua surat yang ada dalam peti itu. Membelek gambar yang terselit di celah diari di situ.

          "Kenapa la aku tak baca surat ni dari awal lagi.."bebel Luana sendirian semasa memegang diari yang berada di tepi kakinya ketika itu. Isi diairi itu lama dulu.

Isi diari itu ialah mengenai kisah cinta Sophea terhadap Eros dan betapa sayangnya Sophea terhadap lelaki itu. Perjalanan kisah hubungan mereka dari bercinta hingga la masuk ke perkahwinan. Dan segala yang indah mengenai hubungan yang terjadi di hari-hari Sophea serta Eros ketika hidup. Dan paling menggemparkan sekali, di dalam diari itu turut tertulis yang Sophea sudah tahu dari awal yang Eros tidak dapat memberikan mereka zuriat. Tetapi Sophea tidak kisah mengenainya.

Dan hal ini dibuktikan melalui cerita yang disampaikan oleh dayang kepada Luana siang tadi. Baru la Luana tahu sebenarnya Aryan hanya la anak angkat yang dijadikan sebagai sandaran. Dan semua konflik yang berlaku di antara Eros, Sophea dan Aries hanya skema Eros sendiri untuk yakinkan Sophea supaya berpisah dengannya. Yang mana Berjaya. Tapi sayangnya semua pelan itu backfire.

Dan akhirnya semua orang pergi dalam keadaan menderita dan tiada siapa pun yang bahagia.

Yang menjadi korban mereka adalah Luana dan Aryan sendiri.

Betapa dungunya Luana rasakan saat ini. Selepas sekian lama dia bertekak dengan Aryan, rupa-rupanya sejak awal lagi Aryan cuba menjaga nama baik kedua-dua ibubapa angkatnya iaitu Eros dan Aries.Barulah Luana faham bahawa alasan Aryan tidak mahu menceritakan hal sebenar kepadanya sejak awal kerana mahu menjaga keselamatan negeri dan kerajaan ini termasukla identitinya sebagai raja.

         "Sekarang apa?Hah?Nak aku minta maaf dekat dia pulak?"tanya Luana dengan marah semasa memandang surat dan diari di situ. Dia pun satu, kenapa la tak baca semua ni dari awal. Kalau tidak tak adanya dia buat drama dan bertengkar dengan Aryan sepanjang bulan ni. Buat tekanan darah dia naik saja la.

Tanpa berlengah Luana kemas semua sepah di situ. Dan sambil mengemas itu terpaksa la dia fikirkan cara macam mana nak minta maaf kepada Aryan dan selesaikan masalah Permaisuri Aries nanti!

Tak pasal-pasal betul la!