Chereads / Princess Luana / Chapter 48 - Bab : 48

Chapter 48 - Bab : 48

Luana bingung.

Dari awal pagi lagi dia tidak dapat melihat Aryan. Lelaki itu sudah keluar semasa dia bangun. Semasa sarapan pun dia tidak berjumpa. Kata dayang Aryan tiada di istana sejak awal pagi lagi jadi mereka tidak hidangkan sarapan kepada lelaki itu kecuali buat Luana. Bila di tanya pengawal, mereka sendiri tidak tahu dan pengawal yang menjaga Aryan juga tidak kelihatan dimana-mana.

Jadi Luana ambil keputusan untuk ke bilik study tempat biasa Aryan bertapak. Dan tekaannya tepat. Pengawal suaminya sedang berdiri di depan pintu di koridor itu sewaktu dia tiba mendekat.

Isy...nak masuk ke tidak ni?Mamat poyo ni pun satu, cubala beritahu dia hal sebenar sejak awal lagi sebelum mereka berkahwin paling tidak pun beritahu dia tujuan asal ke apa ke dekat dia. Tak ada la dia nak buat perangai hantu dia macam ni sekali. Sudahnya dia yang termalu sendiri.

Luana mengalihkan pandangannya dari pintu yang tertutup rapat ke dua pengawal yang berdiri di sisi kanan dan kiri pintu tersebut.

         "Tuanku hendak masuk?"tanya seorang dari mereka setelah bertentang mata dengan Luana.

Rasa macam nak luruh jantung dibuat soalan itu. Luana pandang terkejut. Haish!Sabar la!Tak Nampak ke dia cuba cari semangat nak bersemuka dengan Aryan ni!Ditanya lagi.

        "Raja Aryan ada di dalam ke?"tanya Luana dengan suara kecil.

         "Ya...sejak subuh tadi baginda berada di dalam. Katanya ada urusan penting yang dia perlu kendalikan untuk Marlowe.."beritahu pengawal yang sama.

Luana mengangguk kepala. Dia bawa tangan kanan naik dan tangan kiri memeluk perutnya. jari di tangan kanannya di gigit resah. Patut ke tak patut dia masuk ke dalam?Ke nanti? Atau kemudian saja la dia minta maaf pada Aryan??Ke tak payah langsung!?

          "Tak apa ke?"tanya Luana dengan kekok kepada mereka.

Dan pengawal yang dengar pun kekok sendiri. Tak pernah-pernah permaisuri mereka kisah untuk bertanya selama ini...biasanya main masuk je. Tidak peduli sekiranya raja sibuk atau sedang berurusan dengan orang penting.

          "Tuanku nak tahu?"tanya pengawal itu dengan kening terangkat.

          "Haish!Kamu hendak kenakan saya ke?"marah Luana dengan kening mencerlung.

Pengawal di situ cepat-cepat ketap bibir nak tahan diri dari tersenyum.

          "Saya nak berikan sarapan kepada dia saja...bukan nak ganggu ke apa.."beritahu Luana dengan perlahan.

         "Sudah tentu tidak mengapa...silakan.." aju pengawal itu hendak membuka pintu buat Luana.

Tidak pasal-pasal pintu di depan Luana terbuka ke dalam dan Aryan berdiri di situ dengan tangan memegang skrol dan kertas lalu diikuti Rys di belakangnya.

Apabila Aryan bertentang mata dengan Luana di situ, keningnya terangkat tinggi. Terkejut kerana melihat isterinya di situ dengan dulang berisi makanan dan minuman. Hairan dengan apa yang di lihat, dia perlahan-lahan mengatur langkah keluar dari situ.

         "Apa yang permaisuri buat di sini?"tanya Aryan semasa melirik akan dulang itu dan wajah Luana dengan minat.

Luana blushing terus. Dia telan air liur hendak basahkan tekaknya yang kering tiba-tiba. Dia kedipkan mata beberapa kali kerana tidak tahu hendak berkata apa.

        "Tuanku permaisuri bawakan sarapan untuk tuanku nampaknya.."ujar Rys dengan senyuman nipis di bibir.

        Aryan tersengih. "Betul ke?"

        Sh*t!Malu betul.Luana menggeleng kepala. "Mana ada...saya baru balik dari ke taman tadi...kemudian terlintas di sini.." tipunya.

Pengawal yang ada di situ pandang tidak percaya kepada Luana. Bukan ke Luana yang datang ke situ hendak berikan sarapan?What the heck?

       "Oh ya ke. Baiklah kalau begitu.."balas Aryan yang kemudiannya berpaling hendak pergi dari situ. Dia perlu hadiri perjumpaan dengan para menterinya untuk membincangkan hal rasmi sebentar lagi.

Luana dekat belakang dah mencebik bibir. Dia perhatikan saja langkah itu semakin lama semakin jauh darinya sebelum tunduk memandang hidangan ditangannya. Hai!Susah payah dia tolong masak hidangan ni, berharap Aryan dapat memakannya. Tapi perangai pengecut ini telah gagalkan niatnya.

         "Tak guna betul!"gerutu Luana sendiri sebelum angkat kepala hendak jalan ke depan. Sekali tu dia berhenti dengan mendadak apabila depan dulangnya itu terlanggar badan seseorang, yakni Aryan sendiri.

Lah?

Ada dekat sini lagi?

Ingatkan dah pergi tadi?

Lantas dulang itu di capai dari tangan Luana.

Mata Luana tertancap pada Aryan lalu ke sekeliling koridor pula. Kosong tiada orang. Sejak bila semua ni terjadi?

        "Ada yang awak perlukan ke Luana?"tanya Aryan dengan lemah lembut semasa pegang dulang itu dengan sebelah tangan sahaja. Sedangkan ianya berat dengan pinggan dan minuman.

         Nafas Luana tersekat di kerongkongnya kerana berasa gementar. "Mana ada"tipunya lagi sambil pandang cemas ke kanan dan kiri. Aryan berpatah balik kerana dia ke?

        "Saya ada masa 10 minit sebelum meeting bermula?Kalau ada yang awak perlukan beritahu saya sekarang..."tambah Aryan yang tunduk melihat hidangan di atas dulang itu. Tidak tersentuh dan masih kelihatan hangat. "Adakah sarapan ini untuk saya juga?"

Sungguh!Jantung di dalam tulang rusuknya sudah berdegup kencang bagai mahu meletup rasanya! Luana tundukkan kepala dan mengetap erat bibirnya sebelum mengangguk kepala kerana malu.

        "Dayang kata tuanku tidak makan apa-apa sejak bangun pagi tadi...jadi saya sediakannya...tuanku makan la...saya pergi dulu.."katanya dengan laju-laju sebelum gerak hendak pergi dari situ kerana malu yang amat.

Sebelum Luana sempat pergi, Aryan cepat-cepat pegang lengan Luana dengan tangan sebelah lagi. Menghalang isterinya pergi.

          Kepala Luana berpaling pantas ke dan memandang jari bercincin yang mencengkam lengannya. Disentuh saja kulitnya, dia dapat rasakan seperti renjatan eletrik menjalar setiap saraf deria rasanya. "Ada apa?"tanya dia semasa mengangkat mata memandang Aryan.

         Aryan kemaskan cengkamannya pada lengan Luana. "Jangan pergi. Temankan saya makan.."ajaknya.

Mata Luana pandang tidak berkedip mendengar permintaan itu. Buat seketika dia diam tidak berkata apa-apa selain memandang Aryan.

        "Please?"minta Aryan lagi.

        "Okay.."angguk Luana dengan perlahan.

Aryan tersenyum senang. Dia tarik Luana dengan perlahan mendekati pintu bilik study dan masuk ke dalam ruangan itu.