Chereads / Princess Luana / Chapter 43 - Bab : 43

Chapter 43 - Bab : 43

Kepulangan Luana di istana Marlowe di lanjutkan selama beberapa hari oleh Aryan apabila Raja Issak memberitahu yang dia akan akan mengadakan majlis lelong sambil beramal bagi membantu memberi sumbangan kepada beberapa buah rumah anak yatim yang berada di daerah Marlowe itu.

Jadi malamnya Luana makan malam bersama-sama dengan ahli keluarganya dan berborak dengan Lukariah dan Raja Issak seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Namun sepanjang masa itu Luana hanya memperlakukan Aryan acuh tak acuh. Bila lelaki itu hendak bercakap, dia pasti akan mengelak dengan bertanya sesuatu kepada Raja Issak. Sekiranya Aryan cuba hendak bersama dengan Luana, dia akan dapatkan Lukariah dan ajak adik sepupunya itu ke satu tempat. Dan layanan itu berlanjutan sehingga la tiba di waktu malam ketika mereka hendak tidur.

Permaisuri Leona aturkan bilik tidur mereka di bilik tidur lama Luana yang telah di ubah suai sedikit untuk sepadan dengan suasana pasangan suami isteri.

Sepanjang masa itu juga, Aryan cuba hendak bercakap dengan Luana dan dapatkan perhatian isterinya itu. Tapi satu pun tiada hasilnya. Lantas Aryan pun berputus asa untuk mencuba.

Luana campak bantal ke atas lantai yang beralas permaidani di situ. Bersedia hendak tidur.

          "Apa yang awak buat?"tanya Aryan apabila melihat Luana berada di bawah bukan atas katil bersamanya.

Luana tidak menjawab. Dia hanya mendiamkan diri. Dia masih marah terhadap Aryan kerana tidak mahu memberitahu dia hal sebenar. Jadi sebagai balasan, dia akan beri sedikit pengajaran kepada Aryan dengan memulaukan suaminya itu.

           Apabila Luana sudah baring di atas bantal, Aryan yang sudahpun duduk melunjur di atas katil itu pun bangun. Dia dapatkan Luana dan tarik lengan isterinya supaya bangun dari situ. "Bangun...tidur di atas katil...biar saya yang berada di bawah."

Dengan kasar Luana rentap lengannya dan gerak mahu baring semula.

           Sentap dengan tindakan Luana dan mula merinding bengang akan kebisuan yang diterima sejak tadi Aryan pun menyentap. "Apa masalah awak ni!Dari siang tadi saya perhatikan awak!Buat perangai macam saya tak wujud!Memangnya saya buat salah apa sampai macam ni sekali perangai awak!"

Luana pejam mata rapat-rapat sewaktu baring mengiring di situ, Selimut ditarik hingga ke atas bahunya. Tidak mahu mempedulikan Aryan atau bercakap dengan suaminya. Sebab kalau dia buka mulut, pasti mereka berdua akan bertekak!Percaya la!

           "Luana Finley!"dengking Aryan dengan tegas. Masih berdiri di situ memandang Luana atas permaidani itu. "Sekiranya awak tidak bangun jangan salahkan saya kalau malam ni juga kita pulang ke Vulcapela dan tidak akan kembali ke sini langsung sampai bila-bila!"ini la sebabnya dia tidak mahu Luana pulang ke Marlowe semula. Sebab ini la!Luana akan pulaukan dirinya!

Terbuka luas mata Luana sebaik itu. Tidak mampu hendak mendiamkan diri, dia bangun dari situ dan berdiri menghadap lelaki yang melangit di depannya itu. Fine!Nak sangat dengar dia bercakap kan!Dengar elok-elok!

            "Apa!Apa yang tuanku mahukan dari saya lagi?Tak cukup ke dengan apa yang bonda dan ayahanda tuanku telah rampas dari saya? Sekarang giliran tuanku pula? Hah?" luahnya sekuat hati. Tidak peduli sekiranya ada yang dengar atau suaranya sampai keluar dari istana ini.

             Air muka marah Aryan berubah. Keningnya berkerut tidak faham. Dahinya berlapis tadi surut menghilang. "Kenapa awak cakap seperti itu Luana?"

            Luana berdengus hendak ketawa, dia menarik sengih meleret. "Lah...buat tak faham pulak?"soalnya. "Kenapa tuanku tak beritahu saya?Kenapa tuanku rahsiakan semuanya dari saya...alasan sebenar kenapa saya berkahwin dengan tuanku...siap kontrak konon!Pergi mampus la dengan semua tu!"

           "Luana!"panggil Aryan dengan tegas selepas mendengar kata-kata kasar Luana. "Rahsia apa?Apa yang saya tak beritahu awak?Awak sedar tak awak sedang bercakap dengan suami awak sekarang ni!"

            "Rahsia apa tuanku tanya?Rahsia yang ayahanda tuanku dan Bonda Aries menjadi alasan di atas kematian bonda dan ayahanda saya..apa lagi!Saya dah tahu segalanya!" lafaz Luana sekuat hati di depan Aryan lalu menolak dada Aryan ke belakang dengan marah. Dadanya berombak naik turun kencang.

Dan apabila Luana telah senyap, Aryan pandang terkejut ke Luana, mulutnya terbuka sedikit kerana tidak terkata dengan apa yang baru didengarinya. Perlahan-lahan matanya tunduk ke bawah. Tertanya-tanya kenapa Luana boleh tahu!?

            "Saya nakkan penceraian!Saya nak kita berpisah!Saya tidak mahu ada kaitan dengan tuanku lagi!"tegas Luana sambil menunding jari ke lantai.

             Aryan mengepal penumbuk. Kepalanya terangkat taktala Luana melafazkan perkataan itu. Keningnya mencerlung tajam. "Tidak...saya takkan bercerai dengan awak...atau berpisah dengan awak Luana.." beritahunya dengan nada perlahan. "Kenapa saya perlu bercerai dengan awak...sedangkan saya tak buat salah apa-apapun dengan awak.."

            "Apa?"tanya Luana dengan muka terkejut hendak marah. "Cari pasal ke?Dah pekak telinga sangat telinga tu sampai tak boleh nak faham Bahasa?Saya tak nak Bersama dengan tuanku lagi!Saya tak peduli sama ada tuanku buat salah pada saya atau tidak!Saya tak mahu teruskan perkahwinan dengan anak perempuan yang telah buat hidup saya sengsara!"dengking Luana lagi hingga merah padam wajahnya.

Tidak semena Aryan cengkam leher Luana seperti mahu mencekik dia tapi tidak cekik hanya pegang sahaja,

Kaki Luana berjengket setelah itu. Dia pegang tangan Aryan dan membalas renungan maut suaminya itu. Ingat dia takut!

             Aryan dekatkan muka Luana melalui cengkaman pada leher itu. "Sampai saya mati...awak akan tetap jadi isteri saya Luana...ingat tu." desisnya.

              Kening Luana terjungkit sebelah. Dia sengih meleret. "Oh ya ke...mari kita tengok...sampai bila tuanku boleh bertahan untuk menjadikan saya isteri tuanku." cabarnya tanpa gentar.

            Tersengih Aryan mendengarnya. "Semoga Berjaya..." bisiknya di depan bibir Luana sebelum campak Luana di atas katil dan dia gerak mengambil tempat di atas permaidani itu.

Luana yang jatuh terduduk di atas tilam itu pandang ke Aryan di atas permaidani depannya itu. Nafasnya naik turun keberangan. Memang dia tidak akan balas dendam. Tapi tak bermakna dia akan berdiam diri dan terus menjadi isteri kepada Aryan!Memang tak la!Dia akan pastikan Aryan menceraikan dia satu hari nanti!