Chereads / Princess Luana / Chapter 44 - Bab : 44

Chapter 44 - Bab : 44

Oleh kerana dia terlalu sibuk merangka idea untuk sakitkan hati Aryan dan buatkan lelaki itu bercerai dengan dia, malam tu Luana sikit pun tidak terlena. Malah dia hendak pejam mata pun tidak. Jadi bila subuh berlabuh. Luana cepat-cepat turun dari katil. Sempat lagi dia check sama ada Aryan terlena atau tidak. Bertuahnya dia, Aryan memang terlena. Jadi dia terus ke almari pakaian. Mengeluarkan peti pakaian milik Aryan dan di bawa keluar dari bilik itu seperti pencuri.

Biar tidak berbaju la suaminya tu nanti!

Sampai saja di koridor, Luana di sapa oleh pengawal diraja Aryan yang berkawal di depan pintu keluar istana.

         "Ke tepi.."arah Luana dengan muka garangnya kepada mereka sambil memegang peti pakaian Aryan di tangan.

        "Tuanku hendak ke mana?"tanya pengawal itu.

         "Pergi mampus...tepi!"jawab Luana yang terus merempuh mereka dan keluar dari situ.

          "Tuanku...raja Aryan menegahkan tuanku untuk kekal di dalam istana.."beritahu mereka sambil mengekori langkah Luana yang difikirkan mahu pergi dari situ.

Tapi tidak, Luana malahan membelok ke arah bertentangan dari pintu gerbang istana. Dia atur langkahnya untuk ke kawasan reban dimana kambing, ayam, itik dan kuda lembu berada. Berkelentang-kelentung peti pakaian itu dek berlanggar batu serta lopak yang ada sepanjang perjalanan itu.

           "Tuanku...apa tuanku cuba lakukan ni?"soal pengawal yang mengekori Luana sejak tadi.

Dengan sengih jahatnya, Luana tunduk meletakkan peti pakaian itu ke bawah. Setelah itu dia buka peti tersebut. mendedahkan pakaian yang kemas terlipat di dalamnya.

Well!Memandangkan Aryan telah mencabar dia, lelaki tu akan terima bahananya kerana berani cabar dan tidak mendengar kata dia.

           "Sebelum awak semua yang saya kerjakan dengan peti ini baik mulut tu diam dan senyap!"arah Luana sambil pegang pakaian di peti itu dan gerak tepi kandang dimana kambing biri-biri berkelompok atas tanah berlumpur di situ. Mungkin pakaian mahal ini perlukan sentuhan asli untuk berikan tarikan yang lebih baik!

Pengawal-pengawal di situ hanya berdiri menyaksikan Luana panjat tembok kayu yang mengelilingi kandang kambing itu dan melemparkan pakaian ke atas kambing-kambing di situ. Kebingungan sendiri hendak tahu apa yang permaisuri mereka ini sedang lakukan.

           "Tuanku bahaya tu..nanti jatuh!"

           "Senyap!"ngaum Luana serta merta sewaktu berpaling memandang mereka. Dia turun dari situ dan tutup peti pakaian itu untuk ke kandang ayam dan itik pula. Mahu meletakkan semua pakaian ini ke situ pula. Biar padan muka Aryan!

Baru puas hati dia!

Beberapa jam kemudian,

           "Kamu seorang saja Luana?Aryan tak turun sekali untuk sarapan dengan kita?"tanya Permaisuri Leona di seberang meja makan.

            Luana yang berselera menikmat sarapannya menjungkit bahu. "Entah...tengah sibuk cari baju agaknya."katanya sewaktu mengunyah makanan tidak memandang Permaisuri Leona.

Kening Permaisuri Leona berkerut sedikit. Dia pandang tidak mengerti akan anak saudaranya itu.

            Pada masa itu la Raja Issak berjalan masuk dan diekori Aryan di belakang. "Luana Finley.."panggil lelaki itu apabila mendekati meja makan dan berdiri di situ.

Bila Luana dengar nama penuhnya di panggil, dia pun berpaling sebelum ternampak akan Aryan yang mengenakan pakaian oversized milik Issak di badan, makanan dalam mulutnya tersembur keluar kerana berasa lucu.

            "Luana!"panggil Permaisuri Leona dengan terkejut.

            "Uhuk!Uhuk!"batuk Luana sambil menutup mulutnya. Cuba sober semula dari terkejutnya.

             "Kamu yang lakukan hal ini?"tanya Raja Issak sambil tunjuk akan Aryan yang berwajah grumpy dan tangan bersilang di dada. "Mana bajunya?"

             "Apa yang telah berlaku ni tuanku?"tanya Permaisuri Leona dengan kening berkerut.

Lukariah yang melihat situasi itu pandang akan Luana dan Raja Aryan silih ganti. Cuba memproses apa yang sedang berlaku di depannya.

              "Anak saudara kesayangan awak ini telah membuang semua pakaian Raja Aryan sehingga dia tiada pakaian ganti untuk dipakai.." beritahu Raja Issak yang tahu mengenai hal itu selepas di maklumkan oleh pengawal Raja Aryan tadi.

            Luana telan sisa makanan dalam mulutnya. Dia pandang ke Aryan dengan sengih jahat. "Wahai suami tercinta...sampai hati tuanku menuduh saya?"lakonnya seakan terasa dengan tuduhan itu.

Aryan mengecilkan mata memandang curiga ke Luana.

           "Mana ada Luana buat semua tu.."nafi Luana semasa pandang Raja Issak pula. Hampir mahu tergelak dia di situ melihat Aryan yang tidak ubah seperti budak kecil mengenakan pakaian orang dewasa. Yalah, Raja Issak bukannya kurus mana Nak dibandingkan saiz badan cekeding Aryan, pakaian Raja Issak terlalu besar untuk lelaki itu.

            "Cukup Luana!Ianya tidak lucu!" tegas Raja Issak.

              Luana buat muka tidak bersalah. Dia menjungkit bahu. "Lantak la...Luana cakap ianya bukan salah Luana...malah Luana tak tahu apa yang sedang berlaku.."nafinya.

Permaisuri Leona yang sudah faham apa yang berlaku, telan air liur serba salahnya dan tundukkan kepala ke bawah. Berasa takut tiba-tiba kerana teringat akan hal yang dia telah sampaikan kepada Luana secara rahsia semalam. Ini pasti sesi membalas dendam kepada Aryan ni! Haih!

            "Mungkin Luke boleh pinjamkan baju untuk dia...saiz badan kami lebih kurang saja.."aju Lukariah yang jatuh simpati kepada abang ipar sepupunya itu.

             "Duduk la dulu kalau begitu..sarapan dengan kami..soal pakaian...beta akan uruskannya untuk tuanku.." aju Raja Issak kepada Raja Aryan.

              Mahu tak mahu Raja Aryan beri anggukan kecil dan senyuman nipis di bibir. "Baik...terima kasih Raja Issak."katanya.

Luana buat muka tidak pedulinya semasa dengar. Malah dia tidak pandang pun semasa Aryan mengambil tempat di sebelahnya. Ni baru sikit. Nanti lepas balik ke Vulcapela, dia akan lakukan lebih teruk dari ni!