🌷Hari Perbicaraan🌷
Berita mengenai Hera di tahan oleh pihak polis tersebar ke kawasan kolej keesokan harinya. Membuatkan semua ahli majlis Lembaga kolej mengadakan mesyuarat mengejut. Membincangkan hal itu kepada semua pensyarah dan pentadbir kolej untuk tindakan susulan.
Ibubapa Hera telah di maklumkan hal itu sehari selepas Hera direman di penjara. Sejurus itu surat dari mahkamah terus naik. Hal itu membuatkan keadaan semakin parah apabila Cassy mengalami konkusi dan tidak sedarkan diri seepas menjalani pembedahan membuang darah beku di bahagian perut dan ususnya.
Selepas dua minggu, barulah Cassy sedarkan diri.
Sidang mahkamah pun dapat dijalankan ekoran hal tersebut.
Sepanjang siasatan di jalankan, Hera sedikit pun tidak terkutik atau menunjukkan sebarang perasaan yang menunjukkan emosinya terganggu. Malah dia beri kerjasama yang baik. Dia iyakan semua tuduhan dan soalan yang diajukan kepadanya. Sewaktu di penjara selama dua minggu, Hera kelihatan tidak susah hati atau murung.
Sampaikan tiba hari untuk sidang mahkamah, Hera tunjuk ekpresi bersahajanya.
"Baiklah...sekarang diminta Cassandra Eline masuk ke kendang perbicaraan.."minta hakim mahkamah.
Mendengar nama itu di sebut, Hera di dalam kendang penjenayah kerling ke arah dimana Cassy sedang di sorong dengan kerusi roda masuk ke dalam ruang perbicaraan tidak jauh dimana dia berada. Wajah gadis itu kelihatan begitu devastated dan teruk. Mengalahkan dia sendiri yang terperuk dalam penjara selama dua minggu.
Bersama wajah murungnya. Cassy sikit pun tidak berani hendak angkat kepala. Matanya tertunduk memandang ke bawah. Mungkin sedang menguntil hujung kuku jarinya.
"Baiklah..Cik Cassandra..kita akan angkat sumpah ikr-"baru sahaja peguam pendakwaraya hendak menyampaikan permintaanya, terlebih dahulu Cassy bersuara.
"Kenapa awak tak beritahu hal sebenar?"tanya Cassy semasa pandang letih dan murungnya ke arah Hera di balik bar di situ.
Hera yang sedang digari bersahaja topang dagu memandang Cassy dengan kening terangkat. "Beritahu apa?"tanya dia tak faham.
Semua juri, hakim, para peguam serta saksi yang ada dalam ruangan sidang itu beri perhatian pada dua orang gadis itu. Tidak faham apa yang sedang di bualkan oleh dua orang itu.
Mata Cassy berkaca, bibir pucatnya menggeletar seperti mahu menangis. "Awak tahu siapa...tapi kenapa awak biarkan hal ni sampai ke tahap ni?Rosakkan nama awak sendiri?"tanya dia lagi.
Peguam pendakwaraya Cassy berdiri dari kerusi. Dia memandang terkejut ke arah Cassy.
"Cassandra...apa yang kamu sedang cuba lakukan ni?"tanya peguam itu.
Cassy yang berwajah pucat itu menyuruh peguam itu duduk dengan pandangannya saja. Lalu dia kembali memandang Hera. Awalnya dia nak buat kenyataan yang Hera sebenarnya tidak bersalah. Tapi tidak sempat sebab pada hari yang sama dia perlu jalani pembedahan. Namun tidak disangka pembedahan dia buatkan dia tidak sedarkan diri. Jadi tidak sempat la dia nak bantu Hera lepas dapat tahu apa yang terjadi.
Hera tersenyum sebelum sandar ke kerusi. "Sebab yang sama kenapa kau tuduh aku sebagai pelakunya."kata dia sewaktu pandang Cassy tanpa sebarang perasan benci atau marah. Lantas tangannya yang bergari di bawa naik untuk mengentel hujung rambutnya yang tidak terurus gara-gara duduk di penjara selama dua minggu. "Aku kena lindungi apa yang penting untuk aku...dan kau perlu lindungi apa yang penting untuk kau...nak kata nama tercemar tu...memang dah tercemar pun..."
Hakim yang mengetuai persidangan itu pandang terkejut ke arah Cassy selepas menyedari apa yang sedang terjadi di situ. Mulutnya terbuka sedikit kerana begitu tergamam.
"Lagipun..."Hera kembali duduk tegak, dia pandang semua di situ Bersama senyuman lebar di bibir sewaktu bertentang mata dengan parentsnya di tempat duduk audiens. "No matter what I did...what I said...What I do...it still look wrong from their sight...sama ada aku betul atau salah, orang akan tetap kata aku salah.."katanya dengan yakin.
Cassy terus terhambur menangis di situ, dia menggengam erat tangan dilututnya sebelum tunduk memandang ke bawah dengan bahu menggeletar kuat. Dia terpaksa
"Cassandra Eline...apa yang sedang berlaku ketika ini?Kamu tahu tak yang kamu berada di mahkamah?Sebarang kenyataan yang salah akan dikenakan tindakan.."ujar hakim di atas podium dengan tegas.
"Saya tahu.."angguk Cassy dengan sebak. Dia angkat kepala lalu memandang ke hakim itu. Lantas tersenyum pada masa yang sama sewaktu menangis. "Sebab itu saya tak nak panjangkan kes ini...saya nak gugurkan dakwaan ini...dan ingin memohon ribuan maaf kepada semua di atas kesulitan yang berlaku sepanjang waktu ini."
Peguam pendakwaraya yang menjadi peguam Cassy buat muka terkejut beruk bagai nak apa.
"Cassy!Apa yang kamu lakukan ni!"marah peguam itu.
Tidak dapat membendung rasa serba salahnya, Cassy melaung. "Saya sebut nama Hera sebab saya marahkan dia...saya marahkan dia sebab dia tak tolong saya sewaktu saya dibuli..dia nampak saya disakiti..tapi dia tak buat apa-apa...sebab itu saya sebut nama dia..."nangisnya tersedu sedan. "Tapi saya tak tahu pula hal boleh jadi serius seperti ni!"
Suara orang menahan nafas terkejut bergema dalam dalam ruangan sidang tersebut.
Jatuh terduduk di kerusi peguam pendakwaraya dibuat kenyataan itu. Begitu tercengangnya dia!
Sementara Hera hanya membuat muka menyampah tidak peduli dia. Well semua ini bukan masalah dia. Apa nak jadi...jadi la. Dia dah tak peduli!
DOK!
DOK!
DOK!
Tiga ketukan dihentak pada papa oleh hakim sejurus itu. Membuatkan suasana dewan itu menjadi lengang dan sunyi sepi. "Senyap...!Peguam pendakwa dan peguam bela sila hadirkan diri di depan saya!"arah hakim.
Peguam Bela Hera dan Peguam pendakwa pun bangun tanpa berlengah. Mereka berdiri di depan podium menghadap hakim dengan reaksi masing-masing.
Peguam belas Hera yang mendiamkan diri sejak perbicaraan bermula dan berwajah tenang itu ditanya terlebih dahulu oleh hakim.
"Kenapa kamu mendiamkan diri?"tanya hakim.
Peguam bela Hera pandang hakim di depannya dengan senyuman nipis di bibir. "Sebab saya diarahkan untuk mendiamkan diri dan mengiyakan segala kenyataan pendakwa."jawab peguam itu dengan patuh.
Peguam pendakwa di sebelah palingkan kepala dengan pantas. Terkejut!
"Kenapa?"tanya hakim lagi.
"Maafkan saya tuan. Ianya protocol pelanggan saya. Hanya setakat itu sahaja mampu saya beritahu."beritahu peguam bela itu dengan nada mengalah.
Hakim pun tidak berkata apa-apa lagi. Dia mengangguk kepala faham sebelum tunduk mencatit sesuatu di atas kertas tersebut. Setelah itu dia mengangkat kepala. Memandang semua orang di situ lalu berhenti pada Hera.
"Baiklah...seperti yang diminta oleh Cik Cassandra, Kes ini dibatalkan. Dan di tutup sepenuhnya. Oleh kerana dia telah jatuhkan dakwaannya dan melakukan kenyataan yang salah. Maka dengan itu Hera Xiana dibebaskan dari dakwaan mencederakan hingga membahayakan nyawa atas seksyen ***(b)."
DOK!
DOK!
DOK!
Ketukan rasmi kedengaran menandakan kes itu selesai dibicarakan.
Apabila semua orang di situ mula bersurai, Ibu Cassy mendapatkan Cassy, bertanyakan sesuatu kepada anaknya itu dengan reaksi marah dan hairan.
Sementara Hera yang sedang diiringi dengan polis dan peguamnya hanya menjeling sekejap ke Cassy buat sementara waktu sebelum ikut keluar dari dewan sidang tersebut.