π·Dibuangπ·
Pandangannya ditala ke arah dua orang yang sedang berdiri di hadapannya. Bersama dua bagasi di atas anak tangga bersebelahannya.
"Mulai hari ni...kamu tinggal Bersama dengan maksu kamu.."kata Nathan, Papa Hera. "Tinggalkan semua apa yang ada di rumah kamu...sekarang mulakan hidup kamu dengan buku yang baru.."
Hera mendiamkan diri ketika itu. Dia hanya memandang kedua-dua wajah itu dengan hati yang hiba tetapi berwajah poker face.
"Kami dah tak mampu hendak berurusan dengan kamu lagi, Hera."kata Nadia pula. "Tinggallah di sini buat sementara waktu. Mungkin dengan persekitaran baru dan kenalan baru boleh bantu kamu perbaiki diri.."
"Betul tu...lagipun sini adalah satu-satunya tempat yang terima kamu sebagai pelajar mereka. Yang mana satu-satunya akademi yang tidak akan membuang kamu tidak kira betapa besar sekalipun masalah yang kamu timbulkan...Maksu kamu adalah dekan akademi ini. Dia akan bantu kamu untuk masalah kamu nanti.."tambah Nathan lagi.
Mendengar kata-kata orang tuanya buatkan Hera ketawa kecil. Dia silangkan tangan ke dada lalu lentokkan kepala sedikit ke kanan sebelum berkata. "Jadi mama dengan papa akhirnya ambil keputusan untuk buang Hera dari hidup kalian?"tanya dia sebelum tersenyum dengan perasaan kecewa yang amat dan tidak percaya ibubapa dia dengan nekad berputus asa ke atasnya! Anak mereka sendiri!
"Bukan kami buang kamu...kami hanya mahukan yang terbaik untuk kamu..Sementara keadaan di sana reda. Kamu duduk la di sini elok-elok."jelas Nathan. "Papa tahu kamu tak bersalah...namun dari pandangan orang lain..kamu tetap salah.."
Sikit pun tidak menyenangkan. Hera turunkan tangannya ke sisi kerana hilang semangat.
Nadia gerak ke depan, dia hulur tangan hendak memeluk anaknya itu.
Tetapi Hera undurkan diri, dia enggan di peluk. "Sama je la...buang jugak namanya tu kalau lepaskan tanggungjawab sendiri kepada orang lain.."ujarnya sewaktu memegang bagasinya dan mendekati pintu rumah banglo tiga tingkat itu. Dia daki anak tangga itu dengan langkah yang berat tanpa menoleh ke orang tuanya.
Ibubapa Hera pun apalagi, tanpa tunggu lama-lama. mereka terus berpaling gerak masuk ke dalam perut kereta meninggalkan Hera di situ.
Sambil menggigit bawah bibirnya erat-erat nak kawal diri dari menangis, Hera bawa tangan hendak menekan butang loceng di tepi pintu rumah itu. Ketika itu la air matanya yang tak dapat di bendung jatuh juga dari kelopak mata.
Ding!
Dong!
Bergema satu rumah itu dengan bunyi loceng.
Pintu dua daun itu pun terbuka sebelah. Seorang wanita berdiri di situ dengan senyuman di bibir sebaik ternampak Hera di situ.
"Dah sampai?"sapa wanita berkaca mata bertubuh genit tidak kurus tidak tinggi di depan Hera.
Hera memandang maksunya dengan renungan kosongnya. Sama sekali tidak peduli akan matanya yang sedang kemerahan dan bertakung dengan air mata.
"Selamat pulang Hera..."sambut maksu Hera dengan mesra apabila melihat wajah lesu anak saudaranya itu. Tidak sampai hendak menambahkan apa yang Hera sedang lalui. Dia mahu menyambut anak saudaranya seperti anaknya sendiri. Dia kemudiannya buka tangan menarik tubuh kurus itu ke dalam pelukan hangatnya.
Mata Hera pun terpejam lega saat dagunya hinggap pada bahu itu. Oleh kerana terlalu letih dan sedih, dia tidak membalas pelukan itu. Apa dia tahu, berada Bersama maksunya lebih baik dari menetap dengan ibubapanya di sana.
"Hai Aunt Riana.."balas Hera dibalik nafas letihnya.
Riana gosok belakang badan itu dengan kasih saat tersenyum senang. "Mari la masuk ke dalam.."ajaknya.
π·π·π·π·π·π·π·π·π·π·π·π·π·