Chereads / That's Not My Problem / Chapter 28 - Bab : 28

Chapter 28 - Bab : 28

🌷Mr. Bully vs Ms. Gangster🌷

Sambil buat muka tidak berminatnya, Hera pandang pelajar lelaki lampai di depannya sebelum tunduk memandang kasut baru berkilatnya pula. Habis!Berbekas ia di pijak pelajar lelaki itu.

Grrr!

Hari pertama.

Awal-awal lagi dah spoilt kan mood dia!

"Ma-"pelajar lelaki di depannya diam sebaik bertentang mata dengan dia.

Hera balas renungan itu tanpa tunjuk rasa gentar. Lantas dia kerling akan tiga lagi pelajar lelaki lampai di depan lif itu dengan perasaan tak suka.

Empat orang sadis!

Ada ke patut buang pemberian orang macam tu saja. Kan baik kalau bagi dekat orang, berfaedah la jugak. Satu buat kebaikan, dua tidak membazir.

Entah apa-apa la pelajar akademi ni!

Ingatkan bagus...rupanya tak ada beza pun dengan mana-mana institute yang dia pernah pergi.

Semua sama!

"Asal Kayden?"tegur lelaki berambut sikat tepi ke kanan dedahkan dahi kepada pelajar lelaki yang melanggarnya tadi.

Hera pun apa lagi, Dia seluk tangan ke dalam poket kotnya lantas lentokkan kepala sedikit ke kanan. Matanya jatuh pada nametag yang di pin kemas pada kot lelaki-lelaki di depannya. Berkilat keemasan. Well...well sekurang-kurangnya akademi ini ada class yang tersendiri.

"Yalah...asal pandang-pandang?Ada masalah ke?"tegur Hera pada Kayden yang sejak tadi memandang dirinya seperti baru nampak hantu. "Did you have something to say?"

Pada masa itu la semua kepala berpaling menghadap Hera. Mereka semua pandang akan Hera dengan kening terangkat dan renungan hairan.

Nametag emas di kot menjadi tarikan semua orang di situ.

"Hera Xiana..?"sebut Kayden selepas dia baca nametag di kot Hera ketika itu. Kening terangkat sebelah kerana terkejut. Takkan la....

"Kayden Daniel.."sebut Hera pula berbaur mencabar. Dah kenapa tiba-tiba sebut nama dia!Buat jengkel saja la!Benci betul dia kalau orang sebut nama penuh dia. Ianya ibarat taboo buat dia. Bagi Hera kalau nama penuh dia di sebut itu bermakna dia bakal mendapat masalah!

Ugh!

"Oh..Budak baru?"tegur Noah dengan terkejut sambil tanggalkan air pod dari telinga.

Hans tersengih meleret sewaktu melirik akan penampilan Hera dan gaya gadis itu. Berambut hitam berkilat, toncang kecil di tepi kepala tetapi di ikat tinggi ke belakang. Mata itu di solek dengan celak hitam menampakkan renungan garang di mata bundar itu. Aura yang ditampilkan begitu kuat dan lain macam sekali.

Arion yang tahu apa yang berlaku turut pandang terkejut selepas mendengar Kayden menyebut nama penuh Hera. Dia pandang tepi kepala Kayden sekejap sebelum ke Hera semula.

Menyedari dirinya menjadi perhatian mereka di situ, Hera lirik setiap seorang di situ dengan benci. Dah kenapa pandang dia macam tu sekali?Memangnya dia ada buat salah ke dekat sini.

Lantas Kayden melepaskan dengusan kecil sambil tersenyum nipis. Tanpa berkata apa-apa dia kembali memandang ke depan. Melihat Kayden tidak mempedulikan Hera, mereka yang lain pun buat tak tahu. Masing-masing gerak menghadap lif semula.

Tapi Hera tidak membiarkan Kayden begitu sahaja. Lelaki itu masih berhutang dia satu perkara. Melihatkan lelaki itu sikit pun tidak meminta maaf selepas memijak kasut dan melanggarnya, dia lepaskan bunyi ketawa kecil.

"Woah.."sebut Hera. "Tak sangka eh..Budak-Budak dekat sini lebih kurang ajar dari tempat lama aku"selorohnya dengan bersahaja.

Kayden terkesan, dia palingkan kepalanya ke belakang bahu semula dan pandang Hera dengan kening terangkat. "Excuse me?Kau cakap dengan aku ke?"

"Omo"Hera acah terkejut sambil bawa tangan ke depan mulut. "Aku cakap kuat-kuat ke?Hahaha..."ketawanya yang sengaja hendak jengkelkan orang di depannya.

Rahang Kayden berketik. Dia pusingkan badannya menghadap Hera lalu berdiri mendabik dada di situ memandang Hera. Jadi ini la anak buah dekan Riana. Gadis yang dikatakan mempunyai masalah disiplin dan tantrum yang sukar di bendung! Mari tengok siapa yang tundukkan siapa!

"Kenapa?Marah?Good then...you deserve it."ujar Hera sambil berdiri sama tanding dengan Kayden. Lelaki itu mendabik dada, apatah lagi dia.

Bila Arion mengesan gerak Bahasa badan Kayden penuh amaran itu, dia terus merapat ke belakang kawannya itu lalu berbisik dengan perlahan. "Sabar Kayden...belum masanya lagi.."

Mata Kayden terus bergerak ke tepi bila suara Arion kedengaran. Dia kembali menjeling ke Hera semula. Berasa sakit hati kerana gadis baru ini suka hati saja hendak komen tentang pelajar akademi ini. Gadis ini fikir diri tu bagus sangat ke! "Aku tak tahu apa masalah kau, tapi aku nasihatkan kau supaya behave...sini bukan kingdom kau..."pesannya dengan nada serius.

Mata Hera mengecil saat dia pandang tidak suka akan Kayden sewaktu lelaki itu bersuara. Jangan sampai lelaki ni muncul depan muka dia lagi. Kalau hal itu terjadi, memang takkan dia lepaskan Kayden macam tu je!Tangannya mengepal penumbuk dengan erat.

Main sound orang pulak!Minta maaf la!Apa lagi!

DING!

Pintu lif terbuka.

Kayden terus berpaling dari situ dan melangkah masuk ke dalam lif itu tanpa berlengah. Lalu diikuti mereka bertiga kemudiannya. Berdiri saja mereka berempat dalam lif itu, Hera bertentang mata dengan Kayden. Dia berdiri kaku di situ memandang lelaki itu dengan renungan benci.

Sementara mereka berempat memandang Hera di luar lif itu sehingga la pintu lif tertutup rapat.

"Itu ke anak buah dekan yang kau cakapkan hari tu?"tanya Noah di sebelah kanan.

"Wah...bukan calang-calang tu.." komen Hans dengan kagum.

Arion pandang risau ke Kayden. "Kau sure kau nak buat semua ni?Belum terlambat untuk tarik diri."cadangnya

Tidak semena Kayden ketawa. "Hahaha...Interesting."kepalanya di angguk-angguk. "Aku rasa aku akan suka dengan cabaran baru ni.."kata dia semasa pandang tiga orang rakannya di situ.